20090812

Wabak H1N1 Terus mengganas Di Johor

Jumlah korban akibat selesema babi atau influenza A (H1N1) di Johor terus meningkat kepada sembilan kes apabila dua kes baru dicatatkan semalam. Jumlah kes H1N1 di Johor kini meningkat kepada 303 kes.


Kebanyakan yang meninggal dunia adalah mereka yang berpenyakit seperti penghidap asma atau jantung kerana golongan ini berisiko tinggi dan mudah dijangkiti H1N1.


* 9 orang dicatat telah meninggal dunia.

* 34 daripada kes itu adalah kes import.

* 269 kes tempatan.

* 19 kes mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

* 90 kes kluster iaitu 43 positif dan 47 kes masih dalam rawatan.


Sepanjang tempoh penularan wabak tersebut diberitakan 11 buah sekolah diarah tutup atas arahan Kementerian Kesihatan dan sebahagian lagi ditutup atas kehendak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muar ditutup atas permintaan PIBG dan di Johor Bahru pun ada dua sekolah yang tutup tanpa menunggu arahan Kementerian Kesihatan.



No comments:

Post a Comment