20090803

KETUA POLIS NEGARA PERLU MELETAKKAN JAWATAN ATAS TINDAKAN GANAS TERHADAP PERHIMPUNAN MANSUH ISA

Lee Khai Loon, Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, merangkap Naib Ketua AMK Negeri Selangor mengecam sekeras-kerasnya tindakan ganas pihak polis yang menghalang perhimpunan Mansuhkan ISA yang aman pada Sabtu lalu. Pihak polis telah menangkap 589 orang termasuk 40 wanita dan 44 remaja. Tindakan polis bukan sahaja tidak memainkan peranan yang memberikan perlindungan kepada rakyat jelata malah bercanggah dengan kebebasan berhimpun yang termaktub dalam Perlembagan Persekutuan.

“Pihak polis tidak professional serta tidak mengetahui menjaga ketenteraman awam. Jika bilangan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang begitu ramai, water canon yang disediakan serta penutupan jalanraya utama, mengapakah pihak polis tidak berusaha serta berunding dengan pihak penganjur untuk menjaga ketenteraman awam dengan berkesan?

“Kebanyakkan perhimpunan atau demonstrasi yang dijalankan di luar negara boleh diadakan dalam keadaan yang aman dan tenteram, mengapakah pihak polis hanya tahu melepaskan banyak tembakan pemedih mata dan tembakan meriam air yang mengandungi bahan kimia asid terhadap rakyat?”

Lee juga menyatakan bahawa pihak polis telah kehilangan integriti untuk menjalankan tugas mereka. Mereka sepatutnya tumpu dalam menjaga keselamatan masyarakat yang kian bahaya dan bukannya menindas rakyat yang mengambil bahagian dalam himpunan! Pihak polis seharusnya neutral dalam tidak melibatkan diri dalam kepartian.

Angkatan Muda KEADILAN Malaysia merakamkan terima kasih dan perhargaan kepada semua rakyat yang hadir perhimpunan itu. Walaupun kerajaan Barisan Nasional dan pihak polis menggunakan pelbagai cara untuk menghalang rakyat menyertai Himpunan tersebut, tetapi Himpunan Mansuhkan ISA telah berjaya mengumpulkan puluhan ribu rakyat untuk menghantarkan hasrat rakyat kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

Pehimpunan tersebut amat menyentuh hati kerana saling membantu di kalangan orang ramai yang tidak mengambil kira kaum apabila diserang oleh tembakan pemedih mata dan meriam air. Rakyat telah menujukkan kematangan dan rasional dalam menyampaikan mesej mereka.

Akhir sekali, AMK menggesa Ketua Polis Negara, Musa Hassan patut bertanggungjawab atas tindakan ganas terhadap perhimpunan tersebut. Beliau juga harus memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia serta meletakkan jawatan beliau supaya kredibiliti Polis Di Raja Malaysia boleh diperbaiki.

Lee Khai Loon
Ketua Penerangan
Angkatan Muda KEADILAN Malaysia


Pilihanraya Kecil Permatang Pasir

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata semalam terdapat permintaan daripada pemimpin dan akar umbi PKR supaya parti itu meletakkan calonnya di kerusi yang dikuasai PAS selama tiga penggal kerana kedudukan parti itu yang semakin kuat dan mantap di Permatang Pasir.

PAS berkira-kira siapa bakal calon mengisi kerusi tersebut. Bakal-bakal calon UMNO-BN pula sedang ke Putrajaya, menjengah Tan Sri Muyhiddin Yassin. Dengan harapan menjadi calon tambatan . Persaingan ini sudah tentu sengit. Dengarnya Lokman, Hamdan , Ezam dan rakan-rakan sudah mengasah taji untuk bercacai.

Permatang Pasir di Parlimen Permatang Pauh. Tiada siapa menafikan kubu sifu-mentor Pakatan Rakyat. Saya yakin Pakatan Rakyat akan kekal kerusi di situ, Insya'allah.

Banyak telah membidas kemenangan tipis PAS di Manek Urai. Saya mendoakan tiada yang terlalu ego. Semasa saya bertugas di Pilihanraya Kecil DUN Penanti, kami bagaikan dipulau oleh pendokong PAS setempat.

Apa gunanya berkokok lantang jika akhirnya menjadi telahan merata. Allahualambisaw.

No comments:

Post a Comment