20090831

31hb Ogos 1957 dan Sheikh Abdullah Fahim

Termaktub didalam kitab susila negara Sheikh Abdullah Fahim atau nama sebenarnya Abdullah bin Ibrahim penentu tarikh bersejarah Hari Kemerdekaan tanah melayu.

Bukan pertikaian Mufti pertama Pulau Pinang ini pendokong PAS ataupun UMNO. Perjuangan kental tokoh agama ini sebaris dengan Mat Kilau dan lainnya. Ilmu Agama dan perjuangannya menjadi beliau mentor oleh majoriti pendakwah sehingga hari ini.

Walaupun beliau dikatakan pendokong utama PAS ketika itu, Tunku Abdul Rahman memberi penghormatan kepadanya untuk menentukan tarikh bersesuaian untuk dimaklumkan kepada pihak British tanggal Hari Kemerdekaan.

Beliau telah mencadangkan tarikh 31hb Ogos 1957 dan 31hb Ogos 1962. Maka tahun 1957 merupakan tahun bertuah.

Namun Islam Hadhari yang dicipta oleh cucu beliau gagal mencuri ketokohannya. Dengan bermodalkan slogan Harapan Baru, motto 1Malaysia diwujudkan bagi menutup kegagalan Islam Hadhari.

Perpecahan Barisan Nasional kian ketara didalam pentadbiran 1Malaysia. Sehingga hari ini mereka masih merayu-tanggis agar umat melayu kembali menghayati erti kemerdekaan.

20090830

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

KeMerdekaan negara kita Malaysia hanya bererti kepada BN/Umno sahaja. Tetapi buat rakyat Malaysia dan negara, kita masih terjajah. Satu penjajahan yang diwariskan kepada BN/Umno untuk menjadikan rakyat Malaysia kekal sebagai HAMBA.

Penjajah BN/Umno hanya mempamerkan bahawa Malaysia bebas dari penjajahan Portugis, British dan Jepun namun erti kemerdekaan sebenar masih kabur dan kini telah berjaya memperlihatkan BN/Umno merupakan Kuasa Penjajah yang sebenarnya. Kita ditipu, kita diajak untuk melaungkan Merdeka! Merdeka! Merdeka!. Media, tv dan radio digunakan untuk tujuan ini. Rakyat Malaysia seronok.. Malaysia Merdeka.

Penjajah tidak pernah memusnahkan Masjid atau surau, penjajah tidak pernah menyingkirkan penduduk kampung, penjajah tidak pernah melucutkan kuasa raja-raja Melayu, penjajah tidak pernah mempertikaikan Bahasa Melayu, Agama Islam dan adat istiadat semua kaum, penjajah tidak pernah menghapuskan tulisan Jawi dan Jumaat sebagai hari cuti, Penjajah tetap membenarkan rakyat berhimpun dan berdemo. Tetapi Penjajah telah mengikis hasil bumi kita.

Bagaimana pula dengan Penjajah BN/Umno? Mereka lebih teruk, bukan sahaja kekayaan negara diragutnya malah menjadi Kuku Besi kepada rakyat. Mereka mahu kekal berkuasa dan terus menindas rakyat. Mereka tanpa segan silu mencabuli hak rakyat. Mereka mempergunakan segala kekuatan untuk menindas rakyat. Mereka adalah Pemimpin yang Zalim, Wajib dihapuskan

Erti KEMERDEKAAN sebenarnya adalah bila rakyat bangkit berjuang untuk menjatuhkan penjajah BN/Umno. Perjuangan ini bukanlah satu perjuangan yang mudah. Memerlukan pengorbanan yang tinggi. Ingatlah... kejayaan kita hanya dapat dicapai bila Kerajaan Zalim BN/Umno dapat digulingkan. Itulah erti Kemerdekaan Pakatan Rakyat.

20090829

* Penggor Bermaksud Bodoh Yang Keterlaluan


Pencatat mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Ong Teat Kiat, kerana menyambut hari kemerdekaan penuh bermakna tahun ini.

Sambutan Hari kemerdekaan tahun ini disambut penuh gilang-gemilang di persekitaran Dewan Parlimen. Alasannya, bimbang wabak H1n1 merebak yang sebelum ini dirancang disebuah studium.

Siapa diantara anda yang boleh terima alasan penggor* ini. Alangkah baik jika pihak penganjur mengatakan bimbang Datuk A.Samad membawa hulubangnya membawa sepanduk untuk berkempen disegenap inci studium untuk meneruskan kempen isu bahasa.

Pencatat akan menyambut sambutan Hari Kemerdekaan ini dengan penuh syahdu kerana rakyat Malaysia tidak mampu membeli jalur gemilang (dipinjamkan dari kata-kata Rais Yatim semalam).

Pencatat juga merasa terharu kerana Pak Samad tidak dapat mengerakkan hulubalangnya sambutan kemerdekaan tahun ini. Tahniah buat Tun Abdullah Badawi kerana dilantik sebagai Pengerusi IKIM. Penghormatan Najib Razak kepada Abdullah untuk merealisasikan Islam Hadhari.

Hari ini terpampang di akhbar, rakyat Malaysia dipenggorkan* lagi. Kononnya RM100 juta lagi akan agihkan kepada rakyat miskin melalui pemberian saham. Pencatat mencabar disenanraikan nama dan jumlah penerima 100 juta tersebut . Pencatat percaya Perdana Menteri yang terbiasa menipu, bulan Ramadhan pun ketagih untuk mempenggorkan rakyat miskin.

Sebelum ini beberapa tokoh akedemik dan politik Pakatan Rakyat mencabar kerajaan untuk disenaraikan angka dan penama yang disalurkan untuk Bajet Rangsangan yang berjumlah puluhan billion. Oleh kerana angkaan tipu, satu data pun tidak umumkan. Bajet Tahunan dilebelkan sebagai Bajet Rangsangan. Kita dipenggorkan lagi.

Pilihanraya Kecil yang telah sudah, para penganalisis Umno-BN berkata pengundi muda dianggap 'Pengundi Nomad' atau 'Pengundi Atas Pagar'. Ia adalah penghinaan terhadap pengundi berusia 21-45 tahun. Penganalisis politik beranggapan mereka sahaja bijak dan professional, pengundi muda tiada pengetahuan dan penggor*.


RM100 juta yang Datuk Seri Najib Razak umumkan semalam juga akan menjadikan rakyat miskin akan mampu membeli berlian-mutiara seperti milik Rosmah Mansur. Malah duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan kemewahan Datuk Seri Khir Toyo.

20090828

Hadiah ' Kopi Bontot Kuali '

Beberapa blog & penganalisis kononnya profesional (Awani & NTV7) masih mencatat-membebel hiruk-pikuk Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir (N11) yang berlangsung 25hb Ogos, kelmarin.

N11 bukannya kejutan untuk Pakatan Rakyat (PR) yang menang besar dan juga Barisan Nasional (BN) kalah teruk. BN juara dan BN mengekalkan kemenangan seperti dijangkakan, BN menang pada undi pos iaitu 67%.

BN dapat 6 undi, PAS dapat 2 undi. 2 pegawai kerajaan itu bakal menerima 'habuan' kerana pangkah bulan.
Tahniah yang 2 ini.

Beberapa penganalisi yang mengatakan kononnya mereka professional terpaksa mengakuinya mereka sebenarnya 'Nujum Pak Belalang'. Kajian dan ramalannya perlu dibayar dengan 'kopi bontot kuali'. PR katanya sudah kurang-hilang pengaruh.

Pencatat mempelawa para 'Nujum Pak Belalang' di Astro Awani untuk meramal disebalik angka-angka dibawah ini. Hadiah kepada peramal yang tepat bagi keputusan PRU-13, akan dapat mengawini dengan 'Puteri Raja'.


Tan Sri Muhyiddin Yassin kata, "ada faktor UMNO-BN kalah". Tentulah 'ketua ' punca kekalahan sesatu pertandingan. Atau ayat yang tepat, "sayalah faktor kekalahan ini". Adakah anda setuju ?

Samagagah
Pas : 1397
BN : 594 Majoriti : 803 (PAS)

Permatang Ara
Pas : 139
BN : 1075 Majoriti : 322 (PAS)

Permatang Pauh

Pas : 875
BN : 354 Majoriti : 521 (PAS)

Bukit Indera Muda
Pas: 1302
BN : 862 Majoriti : 440 (PAS)

Kampung Pelet
Pas : 738 BN : 546 Majoriti : 192 (PAS)

Kubang Semang
Pas : 773 BN : 275 Majoriti : 498 (PAS)

Tanah Liat

Pas : 971 BN : 500 Majoriti : 471 (PAS)

Kg Cross Street
Pas : 938
BN : 300 Majoriti : 638 (PAS)

Permatang Tengah

Pas : 1225 BN : 555 Majoriti : 570 (PAS)

Undi Pos

Pas : 2 BN : 6 Majoriti : 4 (BN)

Jumlah N11.


Pas : 9618
BN : 5067
Majoriti : 4551 (PAS)

Putus Sudah Kasih Sayang

20090827

Tidak Pelik , Tetapi Semakin Benar

Kita dengar perkhabaran dari Mesir, pemain bolasepaknya diberi kebenaran oleh badan tertinggi majlis Agama negara itu untuk diberi kelonggaran untuk tidak perlu berpuasa. Pelbagai pihak mengecam tindakan majlis Agama itu.

Manakala di Pahang isu kontraversi Kartika sari Dewi yang dijatuhkan hukuman sebat dan penjara kerana minum arak dikhalayak ramai masih bertiup kencang. Namun pengangguhan hukuman sebat sedikit sebanyak dikontravesikan oleh media pro-Umno sebenarnya bagi menutup peristiwa amat memalukan di Pilihanraya Kecil N11 DUN Permatang Pasir. Syabas Y.B Ustaz Mohd. Salleh Man yang bakal menjawat Presiden Agama Islam Pulau Pinang kelak.

Walaupun pelbagai pihak mencurigai kewibawann Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam melaksanakan pentadbiran Islam dalam pemerintahannya jika dilantik sebagai Perdana Menteri. Dunia Islam luar melihat Anwar masih berprinsipkan Islam . Hari ini, Anwar Ibrahim diundang lagi sebagai salah seorang anggota mesyuarat perbankan Islam di Jeddah.

Anwar Ibrahim dan Permatang Pauh - P.Pasir - Penanti tidak dapat dipisahkan, ibarat aur dengan tebing. Sejak semalam pimpinan Umno asik mengeluh di media kerana dimalukan lagi. Sepatutnya Umno tidak perlu bertanding. Lawan malu tidak lawan pun malu.

Disebabkan rasa malu dengan video lucah, mantan Menteri Kesihatan, yang juga Timbalan Presidan MCA iaitu Dr Chua Soi Lek telah dipecat. Ucapan gentleman Chua, "Jika cadangan itu dipersetujui Majlis Presiden, saya yakin Presiden akan tidur lena malam ini". Pencatat merasakan BN-MCA bakal terima 'sengatan maut' seperti Umno Terengganu.

Umno Terengganu yang di Ketuai oleh Datuk Seri Hissamuddin Hussien mengatakan masalah Umno negeri itu telah selesai. Namun perjumpaan muhibbah ADUN Ajil yang mewakili beberapa ADUN Umno dengan Anwar Ibrahim memperlihat kekuatan PKR sudah tidak dapat dinafikan lagi.

Anwar Ibrahim akan meneruskan lawatan kerjanya ketiga ke Johor pada 06 Ogos ini. PKR cabang Sekijang dan Parit Sulong diberi penghormatan untuk menyambut kedatangan Ketua Pembangkang yang digeruni oleh juak-puak Umno. AMK Johor diberi kepercayaan sekali lagi mengawal-selia kehadiran Anwar Ibrahim.

AMK Johor dilihat makin digeruni oleh pencacai Umno. Walaupun didalam organisasi AMK Johor masih ada bisik-bisik, malah pencatat sendiri sebelum ini terdengar bisik-bisik sebagai talam dua muka. Ia tanggapan itu terhakis jua lama kelamaan. Islam itu menyatakan sabar adalah tuntutan kifayah kepada penganutnya.

Insan beriman itu tersemat pada jiwanya dengan sikap-sifat yang sabar. Diperhatikan satu blog rakan kita, asik menuding jari dalam ruangan chatnya. Ada baik penentang itu diikramkan menjadi sahabat. Apa guna berbalah sesama Islam mengenai prinsip PKR-Umno. "Sdr. Exco.. senyum sikit yer...".

Anwar Ibrahim - Najib Razak sendiri bersua dalam suasana muhibbah di Dewan Parlimen. Perdana Menteri mungkin berbincang mengenai peralih kuasa kepada Pakatan Rakyat kelak. Usah berbalah, kuat-rapatkan jentara.


20090826

Masuk PKR Jadi 'Ayam Pencen'

Tahniah dan syabas Y.B Mohd Salleh Man atas kemenangnya di N11 DUN Permatang Pasir.

Syabas juga buat jentera AMK Johor , PKR Johor dan lainnya yang bertungkus-lumus menyertai jentera Pakatan Rakyat disana. Didoakan selamat sampai di Johor dalam keadaan selamat.


Pencacai Umno berbisik-bisik jika BN menang Permatang Pasir akan menjadi 'anak emas' kepada kerajaan pusat. Sesudah kalah memalukan semalam mungkin juga jadi 'anak haram' pulak agaknya. Itu biar mereka yang berjanji akan memberi jawapannya.

Dalam tujuh pilihanraya kecil, hanya di Batang Ai, Sarawak sahaja BN menang bergaya. Ia bukan sautu kemungkinan, tetapi sudah pasti kerana calon Umno bukan yang bertanding. Jika Umno yang meletakkan calonnya. Anda ada jawapannya.

Pencatat membiarkan blogger lain memberi ulasan sewajarnya. Lepas ini mereka sudah tentu berbalah sesama sendiri mengenai calon. Kita nantikan ulasan 'insan pencen' seperti Tun Mahathir, Khir Toyo dan Ezam Mohd Noor berkata di media. Habit membedal 'internal & external' memang rutin mereka.

Hulu-Belalang Umno mengertikan kemasukkan mereka dewasa ini ke PKR sebagai 'ayam pencen'. Pencatat cuba mengertikan gelaran itu, agak menarik juga ungkapan itu. Jika diteliti senarai ahli Umno yang kononnya melebihi 400,000. Kita akan lihat ahli yang telah meninggal dunia masih tercatat.

Ada juga Y.B dan pimpinan Pakatan Rakyat masih lagi dicatat sebagai ahli Umno. Jika Khairi Jamaluddin membuat 'homework', pengundi BN pada PRU-12 yang berstatus ahli Umno mungkin tidak lebih 50,000 orang.

Anda mungkin sependapat dengan pencatat bahawa baki lebih 350,000 ahli Umno itu mungkin 'Pengundi Hantu' yang Khairi Jamaluddin sebutkan tempohari. Allahualambisawab.

20090825

Salam Takbir Buat Umno

Merujuk kepada laporan blog Malaysiakini.

Penyokong Umno telah melaungkan takbir "Allahuakbar" di Pilihanraya kecil N11 DUN Permatang Pasir.

Ia memberi gambaran jelas ahli-penyokong Umno kini telah bersedia untuk menyertai Pakatan Rakyat-PAS. Penyokong PAS pula melaungkan selawat keatas junjungan Nabi S.A.W sebagai salam silaturahim kesedian penyokong Umno untuk menyertai PAS.

Walaupun media pro-Umno sebelum ini begitu hebat mengambarkan pertelingkahan diantara Pakatan Rakyat Pulau Pinang, hari ini diberitakan omongan tersebut hanyalah propanganda murahan media tersebut.

Yang pasti Umno atau PAS , salah satu pasti kalah. keyakinan Pakatan Rakyat sudah terjawab oleh bisik-bisik pendokong BN sendiri. Tidak perlu pencatat mengulasnya.

Tidak salah jika pencatat mencoretkan bahawa calon BNtelah ditanam hidup-hidup oleh masalah pecah amanah pada perniagaan dan isteri kedua beliau. Jawapannya ketahui malam ini adakah berjaya Izat menangkis segala serangan.

Sendiri Berak, Sendiri Basuh

Amboi-amboi bersorak hari ini juak-puak BN-Umno mengenai ADUN Lunas menjadi calon bebas dan menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri. gembira sungguh dengan berita tersebut.

Bermacam tomahan, pendapat dan bidasan dilontarkan. Terlompat-lompat juak-puak Umno dihadapan media. Mungkin semasa bersahur mereka dah berkira-kira apa yag hendak dicakapkan dengan wartawan. Pencatat membaca Utusan Malaysia dengan minat pagi ini.

Muka enam ada gambar Datuk Seri Zahid Hamidi berkempen di N11, berita Tan Sri Muhyiddin tidak kelihatan. Gamaknya Ahli Parlimen Pagoh itu malu bertemu wartawan Utusan Malaysia semalam.

Dengar-dengar jentera BN se-Malaysia mula menuding jari ke arah Ketua Perhubungan Umno Pulau Pinang yang juga Menteri Pertahanan yang 'slow' pertahanannya. Macamanalah mahu mempertahankan negara, 'Panglima Perang' yang dilantik mengemudi pertarungan N11 berpalit dengan krisis peribadi.

Jika ditakdirkan Malaysia berjiran dengan Israel, belum bertempur Lans Kopral tentera Israel baru mahu terkentut tentera Malaysia lari lintang-pukang. Al-maklum Menteri Pertahanan dilantik oleh seseorang yang penuh dengan skandal.

Satu lagi, Menteri Pelajaran Malaysia = Pengarah Pilihanraya Kecil BN-Umno Se-Malaysia. Pancatat tidak mahu komen lebih-lebih. Bukan sahaja veteran Umno Johor geleng kepala. Pemuda-Pemuda Umno Johor pun semacam mahu hantuk kepala kat tembok.

Penyudahnya Ahli Parlimen Pontian hanya boleh berkata, "PKR akan ikut jejak Semangat 46" dihadapan wartawan. Mahu berkempen calon BN-Umno N11, pengundi optimis lari bila lihat kelibat beliau.

Perdana Menteri seperti mantan PM yang sudah, berkempen pilihanraya kecil haram baginya. "Sendiri berak, sendiri basuh" mungkin itu yang dikatakan dalam hati Datuk Seri Najib Razak kepada Muhyiddin dan Zahid Hamidi.

20090824

Petronas Raja F1 & GP Dunia : Rakyat Diambang Kebangsatan

Siapakah yang berbangga bila melihat logo Petronas terlekat dimotorsikal dan motorkar yang berlumba dipersada pertandingan antarabangsa. Tan Sri Hassan Marican ada jawapannya.

Dimana puluhan jutaan penonton dunia hendak membeli minyak Petronas setelah terpengaruh Valentino Rossi mengunakan logo Petronas dimotosikalnya ? Khabarnya puluhan billion ringgit dibelanjakan untuk menaja sukan permotoran setiap tahun.

Adakah wajar tindakan itu sedangkan rakyat Malaysia yang menjadi pemegang saham Petronas kini dalam kemiskinan dan puluhan ribu dalam kemiskinan tegar.

Ibarat kata pepatah, " kera dihutan disusukan, anak dibuaian mati kelaparan".

Tidak wajar digelar Pengerusi dan lembaga pengarah Petronas sebagai "Penghianat Bangsa" kerana mereka belum diadili oleh mahkamah dan masyarakat.

Mungkin rakyat yang sedang merintih hidup dalam kemiskinan berkata, " Tokeh beras yang untung seciput lebih berhari mulia dari Petronas yang ego dimata dunia".

Mungkin juga Petronas akan jatuh bangkrap jika tidak ditampal logo Petronas atau menaja sukan permotoran itu. Tan Sri Hassan Marican lebih maklum kemewahan pemandu-penunggang kenderaan GP dan F1 (berlogo Petronas) dan rakyat Malaysia yang sering dirundung malang.

Pencatat tidak menafikan sumbangan Petronas kepada masyarakat tetapi apa perlunya berbelanja lebih untuk masyarkat luar. MERDEKA....

ADUN Lunas : Kelompok Gologan Munafik Madinah ?

Alhamdulillah, syukur kepada hadrat Ilahi kita masih peroleh kekuatan untuk beribadat di Ramadhan yang Mubharak ini. Tidak kira lapan atau dua puluh raka'at sholat sunat tarawaih yang dikerjakan, sunnah Nabi S.A.W dijalani dengan istiqamah. Tahniah kepada muslimim dan muslimat sekelian.

Berita kurang elok dari Kedah agak memeranjatkan saya, namun bagi pimpinan PKR pusat dan Kedah ianya bagaikan sudah direstui. Di zaman Nabi S.A.W di Madinah dahulu juga terdapat golongan munafik yang berpura-pura memperjuangkan Islam.

Tetapi individu dan golongan tersebut tidak mendapat tempat disisi Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W.
Lantas mereka mendapat 'hukuman' sewajarnya.

Kepada Y.B Mohd. Radzi Salleh, jika puucuk pimpinan pusat dan negeri juga Pakatan Rakyat majoritinya hampa dengan tindakan Y.B. Saya juga mengalu-alukan Y.B keluar dari pakatan yang makin gah ini.


Ibarat nanah yang berulat ditelapak kaki pesakit kencing manis, jika sudah perlu dipotong sebagaian kaki. Perlunya doktor membuat pilihan yang menyedihkan.
Ingatan , amaran dan toleransi telah dilakukan oleh pimpinan pusat, namun Y.B tidak mengindahkannya.

Desas-desus mengatakan Y.B telah berunding dengan pencacai BN-Unmo. Jika itu gamaknya, PKR bukannya pelindung kepada golongan penghianat.

Doa dan harapan agar Y.B beroleh taufik dan hidayah dari Allah S.W.T dibulan yang penuh keberkatan ini. Aminn.


20090822

Keputusan Terbaru PSSMI : Muhyyiddin Khianat & Mengadai Masa Depan Rakyat

Angkatan Muda Keadilan (AMK) melahirkan rasa kesal dan menganggap pengumuman terbaru kerajaan dalam penmansuhan dasar Pengaajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PSSMI) sebagaimana yang diumumkan oleh ketua pengarahnya Tan Sri Alimuddin Mohd Dom membuktikan bahawa Menteri berkenaan telah mengkhianati harapan dan masa depan rakyat.

Menurut kenyataan Alimudin semalam, keputusan terbaru kerajaan pada awal Ogos menunjukkan bagaimana liciknya penipuan yang dibuat oleh kerajaan melalui Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengumumkan pada tahun 2012 dasar PSSMI akan dihapuskan.

Ternyata program yang dirancang ternyata mahu memanjangkan polisi terbabit amat jauh dari harapan rakyat yang mahu dasar tersebut segera dihapuskan kerana menyebabkan ramai pelajar yang majoritinya berbangsa melayu terjejas teruk.

Bagi kami keputusan kabinet bagi portfolio Timbalan Perdana Menteri ini menunjukkan jelas dasar-dasar yang merugikan rakyat dan amat menyedihkan keadaan anak-anak muda disekolah rendah telah digadaikan untuk keegoan kerajaan dalam membuat keputusan.

Kami juga curiga keputusan ini dibuat untuk melindunggi kroni dari kerugian atas perubahan dasar kerajaan tetapi akibatnya rakyat telah dikhianati dan membinggungkan pelajar-pelajar sekolah terutama masyarakat melayu di kawasan luar bandar.



Amirudin Shari
Naib Ketua AMK
Adun Batu Caves

N11 : KJ Masih 'Dihantui Oleh Hantu Zaman Jepun'


Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata beliau masih menunggu jawapan daripada Pakatan Rakyat berhubung tiga isu besar yang dibangkitkannya dalam kempen pilihanraya kecil DUN Permatang Pauh.

Pertama: Isu pengundi hantu dalam pilihanraya kecil ini.
Kedua: Mengapa PAS tidak mendapat kerusi exco dalam kerajaan negeri Pulau Pinang;
Ketiga: Mengapa tiada sebarang rancangan atau pelan pembangunan buat rakyat sekiranya calon PAS menang di Permatang Pasir.

Saudara Khairi Jamalauddin anak menentu kepada mantan Perdana Menteri yang digulingkan oleh 'seseorang'. Izinkan saya menjawap bersoalan saudara.

1. Itu bidang kuasa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Sebagai Ahli Parlimen, saudara sepaututnya lebih mengetahui. Sila rujuk kepada SPR bukannya Pakatan Rakyat (PR).

2. Di Sarawak, Umno langsung diHARAMkan untuk ditubuhkan, wakil rakyat dan exco sudah tentu tiada. Adakah Umno diHARAMkan untuk mentadbir bersama-sama Barisan Nasional di Sarawak. Malah PAS mempunyai portfolio dibeberapa anak syarikat Kerajaan Negeri dan Ahli Majlis Daerah-Perbandaran di Pulau Pinang. Umno langsung tiada di Sarawak.

3. PR bukan seperti BN-Umno yang penipu dalam janji Pilihanraya Kecil. Sebelumnya janji Tan Sri Muhyiddin Yassin di PRK Manek Urai, pelan jamabatan dan Kota Argomolitan pun belum didrafkan sehingga hari ini. Setakat janji pembangunan kosong bukan praktikal PR dalam berkempen PRK. PRK Parlimen Permatang Pauh yang lepas, Datuk Seri Najib Razak berjanji untuk memberi sumbangan kepada masjid-Surau.

Sehingga hari ini hanya janji 'tong kosong'. PR-PAS tidak mahu jadi 'tong kosong' seperti Najib dan Muhyiddin. Pelan pembangunan DUN Permatang Pasir dibangun-selia oleh kerajaan negeri dalam perlaksanaan bajet tahunan.

Ulusan :

Patutlah Najib tidak memberi jawatan kepada saudara. Banyak pekara yang tidak diketahui tentang undang-undang negara dan perihal parti yang saudara naungi. Kepada saudara dan ahli BN-Umno yang beragama Islam saya ucapkan selamat beribadah dan berpuasa.

20090821

17 Pengkhianatan Umno Kepada Melayu

Oleh Afyan Ali

GOMBAK, 21 Ogos: Dalam kesibukan Umno melaung-laungkan 'Anwar Pengkhianat', mereka lupa bahawa Umnolah yang sebenarnya pengkhianat kepada orang Melayu.

Datuk Kamaruddin Jaafar, AJK PAS Pusat menyenaraikan 17 pengkhianatan Umno kepada orang-orang Melayu yang bermula semenjak zaman pemerintahan Mahathir lagi.

Beliau berkata demikian ketika berucap di dalam Majlis Hi-Tea anjuran PAS Kawasan Gombak untuk mengutip dana bagi PAS kawasan berkenaan di Markaz Tarbiah PAS Pusat, Taman Melewar.

"Jangan kita lupa, Umno telah melakukan pelbagai pengkhianatan terhadap orang-orang Melayu semenjak pemerintahan Dr Mahathir sehingga sekarang di bawah Najib," kat Kamaruddin.

"Pada zaman Dr Mahathir, beliau telah menghapuskan imuniti raja-raja Melayu. Institusi Raja Melayu adalah simbol ketuanan orang Melayu dan Umno telah merosakkannya," katanya.
Seterusnya, pengkhianatan Umno yang kedua, dengan merosakkan sistem kehakiman negara yang juga dilakukan oleh Dr Mahathir.

Beliau telah campur tangan di dalam sistem kehakiman negara, yang menjadi simbol kedaulatan undang-undang negara dan krisis ini membawa kepada pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas.

Kemudian, selepas pilihanraya umum 1999 yang menyaksikan Terengganu jatuh ke tangan PAS, kerajaan Umno menarik balik royalti minyak di sana.

Walhal, majoriti besar rakyat negeri Terengganu adalah daripada orang-orang Melayu dan Umno sanggup berbuat demikian demi membalas dendam akibat kalah teruk dalam pilihanraya berkenaan.

Pada zaman Dr Mahathir juga, pengkhianatan ke empat yang Umno lakukan adalah dengan memperkenalkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang secara terang melanggar Perlembagaan Malaysia dan Dasar Bahasa Melayu.

Ia secara lansung melemahkan pencapaian anak-anak Melayu di dalam kedua-dua subjek berkenaan; Sains dan Matematik.

Kemudian, pengkhianatan ke-5 Umno apabila menarik geran peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang menjadi tempat belajar anak-anak orang Melayu.

"Seterusnya, pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu apabila memperkenalkan dasar meritrokrasi," kata Kamarudin yang juga anggota Parlimen Tumpat itu lagi.

Jika dahulu, anak-anak Melayu berpeluang menyambung pelajaran ke menara gading, tetapi sekarang peluang tersebut semakin tipis apabila dasar meritrokrasi diperkenalkan oleh Dr Mahathir.

Berikut adalah 17 pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.
2. Melemahkan sistem kehakiman negara.

3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.

4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.
5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.

6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.

7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.

8. Persempadanan semula pilihanraya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.

9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.

10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.

11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.

12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.

13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Datuk Harussani 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.

14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.

15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.

16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.

17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra-- KeADILan Parliamentary Research Unit (KPRU).

Salam Ramadhan Al Mubharakh

Sempena Ramadhan al-Mubharak, saya dan Mat Kulai (blogger amkj , mantan amkjohor / Johor Daily) memohon kemaafan kepada semua pengunjung, pembaca dan pengkritik di atas segala bicara yang terlanjur atau komentar yang menyinggung sekelian.

Insya'allah kita akan terus berbicara dan berwacana demi keprihatinan terhadap nasib bangsa dan Agama tercinta. Salam ta'zim penuh kasih sayang dari ' Catatan ZABIDIE ABAS ' untuk semua.


Semoga ibadat kita diberkati dan diterima oleh Allah S.W.T . Aminn.


Selamat berpuasa dan bertarawih.

Zabidie & Mat Kulai


Mufti Perak Kian Tersasar Dari Landasan Agama


''Apatah lagi jika ada dakwaan kata masuk parti ini baru dijanjikan syurga, itu lagi tidak betul, jangan kita mendahului Tuhan,"kata Tan Sri Harussani .

"Saya sedia berjumpa dengan pihak berkenaan untuk menjelaskan perkara sebenar di sebalik kenyataan saya itu bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul," kata Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ia jelas menunjukkan bahawa Menteri Besar Kelantan itu mengikut kehendak Islam dengan sabar mengulas bidasan Mufti Perak dan Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan yang kebelakangan ini jelas membela puak-puak BN-Umno.

Mufti Perak itu yang dilihat mempunyai jelaan profil sijil , tauliah dan jawatan itu lebih berminat mengulas mengenai Islam mengikut laporan akhbar tanpa melalui saluran Islam sebenar dengan bertanya dan menyelidik secara adil. Mungkin mufti itu sudah patut meletak jawatan disebabkan faktor usia tua.


Saya tidak mempertikaikan jawatankuasa Muzakarah Fatwa kebangsaan kerana majlis itu terdiri dari mereka yang dilantik oleh juak BN-Umno. Kita lihat Mufti Perak itu lebih berminat bercakap dengan media dari bertindak melalui kuasanya ditangan.

Contohnya mengenai Jom Heboh anjuran TV3 yang dikatakannya haram. Harussani memunpunyi hubungan yang sangat rapat dengan Sultan dan Menteri Besar Perak. Adakah kerana kemewahan mulut terkunci ?

Tidak salah jika saya katakan pemimpin agama yang bacul dan berpura-pura tidak layak menjadi mufti dan perlu meletakkan jawatan.


Ibarat kera dapat bunga, syariat Islam entah kemana sarban-jubah cantik dimegahkan. Mungkin juga beliau bimbang pingat kebesarannya ditarik balik jika meneggakn syariat Islam. Allahulallambisaw.

20090820

Delima N11 : Dimana Ahmad Maslan Mahu ' Membawa Diri '

Berikut adalah kenyataan sidang akhbar rakan kongsi Srd. Rohaizat Othamn . Calon BN-UMNO PRK N11 : DUN Permatang Pasir

Pada tahun 2002, Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang Berhad mencadang membeli sebidang tanah untuk meluaskan perniagaan mereka dan telah melantik Firma Guaman Saif Ariff and Rohaizat untuk menguruskan pembelian tanah tgersebut.

Saya dan Rohaizat telah berbincang dengan lembaga pengarah koperasi tentang syarat syarat perjanjian jual beli. Setelah semua dipersetujui saya telah menyediakan perjanjian jual beli tanah tersebut.

Untuk tujuan pembelian ini, koperasi telah memohon pinjaman RM320,000 dari Jabatan Pembangunan Koperasi. Pinjaman tersebut telah diluluskan dan wang tersebut dideposit ke dalam akaun klien di firma guaman.

Namun atas sebab masalah komunikasi dengan penjual, yang tinggal di Acheh, jual beli tersebut telah tidak disempurnakan.

Dalam pada itu, koperasi memerlukan sejumlah wang untuk tujuan pengembangan perniagaan mereka. Yusri telah menandatangan satu cek berjumlah RM100,000 atas nama koperasi dan diberikan kepada pihak koperasi. Maka baki RM220,000 masih tersimpan di dalam akuan firma.

Sementara itu, seorang pelanggan, kenalan Rohaizat yang telah membeli sebidang tanah dengan harga RM130,000 telah memohon jasabaik firma (guaman) untuk membiayai bayaran baki RM100,000. Beliau terdahulu telah membayar RM30,000 kepada penjual.

Firma telah bersetuju untuk meminjamkan RM100,000 yang diambil dari wang koperasi kepada pelanggan (tersebut) untuk menyempurnakan jualbeli tanah tersebut dengan syarat beliau membayar balik pinjaman.

Setelah pelanggan gagal membayar balik pinjaman, Rohaizat telah berbincang dan bersetuju untuk mengambil alih milik tanah berkenaan dan melupuskan pinjaman tersebut.

Malangnya, firma gagal menjual keseluruhan tanah (tersebut) sebagai pecahan lot dan tidak dapat membayar kembali wang koperasi yang telah digunakan.

Sebahagian daripada baki dalam akaun pelanggan dan akaun syarikat telah digunakan untuk memberi pinjaman kepada salah seorang pengarah sebuah syarikat pemaju perumahan yang juga kenalan Rohaizat yang menghadapi masalah kewangan yang teruk dan juga untuk pengurusan cawangan baru firma di Ipoh.

Saya bertanggungjawab menguruskan cawangan firma di Ipoh, sementara Rohaizat menumpu sepenuhnya di firma Butterworth.

Saya tidak lagi memantau akaun-akaun pelanggan di cawangan Butterworth sehinggalah saya meninggalkan firma pada November 2003.

Merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Ahmad Maslan seperti yang dilaporkan oleh Utusan Online bertarikh 19 Ogos 2009 bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan dan tidak tahu menahu tentang perkara tersebut, saya ingin tegaskan bahawa ia adalah satu pembohongan.

Ini adalah kerana segala urusan pembelian tanah tersebut dan penggunaan wang koperasi di buat dengan pengetahuan dan penglibatan Rohaizat seperti yang dijelaskan di atas.

Mana mungkin pengaliran keluar dan masuk wang dalam sesuatu akaun syarikat tidak diketahui oleh Rohaizat yang juga penandatangan yang sah untuk akaun-akaun tersebut.

Sepatutnya Rohaizat menceritakan perkara sebenar dan tidak meletakkan tanggungjawab dan kesalahan hanya kepada rakan kongsi untuk membebaskan dirinya sendiri.

Merujuk kepada kepada kenyataan Ahmad Maslan yang mengangkat Rohaizat sebagai “wira” kerana membayar balik wang koperasi baru-baru ini, saya ingin tegaskan sesungguhnya beliau sewajarnya menyelesaikan pembayaran pada 2003 lagi ketika cawangan Ipoh telah menjana pendapatan yang agak lumayan.

Seyugia diingatkan bahawa cawangan Ipoh ditubuhkan dan diuruskan dengan sebahagiannya menggunakan wang dari akaun klien koperasi pekebun getah Pulau Pinang.

Layakkah title itu diberikan oleh Ahmad kepada Rohaizat? Saya percaya Ahmad Maslan tidak sedar akan kedudukan sebenarnya atau lebih malang lagi kalau beliau sengaja berpura-pura tidak tahu?

Wirakah Rohaizat ketika enggan, cuai, dan gagal menghadirkan diri di hadapan Majlis Peguam pada 14 September 2007 untuk memberi penjelasan ke atas satu kes besar yang beliau hadapi.

Dakwaan Ahmad Maslan bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan atau pengetahuan mengenai transaksi jual beli tanah itu, menggambarkan Rohaizat selaku senior partner di dalam firma tersebut, tidak tahu apa-apa tentang urustadbir pejabat.

Apakah dakwaaan Ahmad Masalan ini lojik dan munasabah? Transaksi sebesar ratusan ribu yang dijalankan rakan kongsinya, didakwa tidak diketahuinya? Tidak masuk akal langsung sebagai seorang yang berpendidikan tinggi!

Saya berharap dengan penjelasan ini, saya dapat membersihkan diri saya daripada dikambinghitamkan dalam kes kecuaian Rohaizat yang membawa kepada pembatalan pendaftaran beliau sebagai penguambela dan peguamcara.


oleh Yusri Isahak

Ulasan :

Amad..hang jadi Pak Menteri awat tak wat homework, wat malu kaum aje.
Pada Pak TPM... 'Hang baguih jadi tok imam untuk sumpah laknat si izat tu. Jangan pulak lupa bawak kopiah sama serban nooo....



Skesta 2006 : Kenangan Manis Bersama Datuk Ahmad Maslan & Najib

KUALA LUMPUR -Tuesday, December 12, 2006- It is not a name that catches the attention of many people. But the Persatuan Belia Sejati Felda Bukit Besar (Felda Bukit Besar Youth Association) in Johor Baru, with only 296 members, can pride itself with producing several good sportsmen.


Among them are national motorcross veteran Zakaria Muri, 45, and hockey player Mohd Hafizi, 18. The association received a feather in its cap when it was awarded the Anugerah Piala Timbalan Perdana Mentri for its involvement in the development of Felda's new generation.

Najib (right) presenting a mock cheque to Seranta (Felda) chairman Ahmad Maslan to be given to Persatuan Belia Sejati Felda Bukit Besar, Johor Baru, while association chairman Zabidi Abas holds up the Piala Timbalan Perdana Menteri at the Felda Youth Awards and Convention ceremony in Kuala Lumpur
“We carry out activities to keep the young people occupied during their free time,” said its chairman Zabidi Abas, 38.“Thank God, they are free of the drug problem and other social ills.

“Our members are not calculative and are willing to contribute whenever we have financial problems and carry out activities through gotong-royong,” Zabidi said after receiving the award from Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak at the Felda Youth Awards and Convention.


Zabidi said the association was active in football, hockey, sepaktakraw and motorcross. The award is the highest given to Felda youth associations by the Prime Minister’s Department and the Felda Youth Council.


http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2006/12/12/nation/20061212072608&sec=nation


Ulasan :

Najib terpaksa melantik Ahmad Maslan , sebagai orang kanan beliau kerana peneroka , keluarga dan generasi Felda mempunyai pengundi berdaftar melebihi 1 juta orang (talian hayat terakhir BN-Umno).

ANAK (didaftarkan dibawah PAS) telah berjaya menyedarkan peneroka hampir diseluruh negara . Mampukah Felda menyembunyikan penyelewangan dan ketirisan yang mereka lakukan. Felda sudah tidak boleh menyembunyikan lagi 'pekong' yang telah tersebar.

Zabidie Abas
Setiausaha Kehormat
Persatuan Anak-Anak peneroka Kebangsaan (ANAK)

Datuk Ahmad maslan Pula Temui 'Hantu.....'

Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan berkata selama ini pihak pembangkang yang selalu membangkitkan isu pengundi hantu tetapi tidak mampu menunjukkan bukti seperti mana yang dilakukan oleh Barisan Nasional .

Ulasan.

Alahai bodohnya Ahli Parlimen Pontian ini. Semuanya bukti sudah diberikan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Al-maklum SPR pun 'sengal'. Tidak mengapalah Datuk Ahmad, selepas ini arahkan Khairi Jamaluddin, Lokman Noor Adam, Ezam Mohd Noor dan rakan-rakan pemuda Umno menahan bas-bas yang masuk ke Permatang Pasir pada 25hb Ogos ini. Pastikan 'hantu-hantu' tidak tidak mengundi dihari tersebut.

AMK juga menanti kedatangan Perdana Menteri yang pemurah lagi berhati mulia datang ke Permatang Pasir. Jika tidak mampu menunaikan janji PRK Permatang Pauh, derma bubur lambuk jadilah. Sekurung-kurungnya janji-tipu yang lepas tidak menjadi dendam oleh pengerusi dan AJK Masjid-Surau.

Kesianlah pada Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa bergelumang dengan calon pilihannya yang tidak amanah. Imam-iman Masjid Wilayah Persekutuan ketika ini dengarnya terpaksa menyorokkan diri dari disuruh untuk menjadi saksi 'Sumpah Laknat' calon BN-Umno di PRK Permatang Pasir.

Maklumlah, itu sahaja jalan terakhir untuk menutup pekong yang tersebar luas. Nampaknya terpaksalah Rohaizat berjumpa Mohd. Saiful untuk meniru skrip 'Sumpah Laknat' karangan bekas pembantu Anwar Ibrahim itu.

20090819

Jala Lenting

Assalamualaikum dan Salam Reformasi.

Saya Mohammad Hafiz Tarmizi, adalah salah seorang ribuan rakyat yang prihatain terhadap keadaan negara yang saya anggap sudah masuk ke tahap yang kritikal akibat H1N1. Setiap hari kematian bakal berlaku dan ini akan memburukan lagi keadaan sekiranya perkara ini tidak dibendung dengan serta merta. Apa yang saya lihat sekarang ini adalah kerajaan pusat yakni pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional bertindak agak lambat untuk menangani wabak H1N1 ini dengan lebih efektif.

Walaupun kerajaan berusaha membuat kempen di merata-rata tempat, namun saya merasakan usaha ini masih belum mencukupi untuk mengurangkan wabak ini dari terus berleluasa. Saya dan rakan-rakan facebook yang lain telah berbincang mengenai wabak ini dan cara untuk menangani wabak ini dengan lebih efektif.

Antara yang dicadangkan dalam perbincangan kami adalah meminta kerajaan pusat memberikan peruntukan Topeng Muka secara percuma kepada rakyat dan mungkin sekurang-kurangnya memberikan topeng muka secara percuma ini diberikan kepada golongan yang berpendapatan rendah. Perkara yang saya cuba bawakan ini adalah atas dasar keprihatinan saya serta rakan-rakan lain berhubung dengan wabak H1N1 di negara ini.

Saya berharap agar Pakatan Rakyat dapat menyuarakan hati seluruh rakyat Malaysia berhubung dengan isu ini. Kami rakyat Malaysia sangat berharap apa yang diharapkan menjadi kenyataan.

Mohammad Hafiz Bin Tarmizi
Angkatan Revolusioner Anak Muda (ARM)




Hebahan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

HIMPUNAN 'ANWAR PEMBELA RAKYAT'

Perkara diatas adalah dengan segala hormatnya dirujuk. AMK bersama-sama AMK Negeri Johor akan menganjurkan satu perhimpunan soladiriti 'Anwar Pembela Rakyat'. Perhimpunan tersebut akan diadakan pada:

Tarikh : 21 Ogos 2009 (Jumaat)
Masa : 2.30 ptg.
Lokasi: Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.

Orang awam dan wakil media kecuali Utusan Malaysia adalah dijemput untuk hadir ke majlis tersebut.

Maklumat lanjut, sila hubungi Sdr. Zabidie Abas (Ketua AMK Johor) di talian 019-7654699 Harap maklum

N11 : DUN Permatang Pasir ( UMNO : Apa Dah Jadi ? )

"Apakah salahlaku kewangan seumpama itu sudah menjadi perkara biasa sehingga tidak lagi menjadi faktor dalam memilih calon yang sesuai.

"Pemimpin parti yang memilih dan menyaring calon-calon mesti sudah tahu kecacatan itu tetapi menganggap salahlaku kewngan itu sebagai satu perkara yang remeh," Tengku Razaleigh

"Ini menjadi masalah kepada penduduk di Permatang Pasir kerana jika calon ini menang ia akan mewakili mereka." Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Apabila Muhyiddin mengumumkan nama Rohaizat terdapat penyokong BN dari kalangan kaum Cina yang kelihatan terkejut kerana mereka juga menyangka Mohd Zaidi yang akan dipilih.

"Ada yang bertanya-tanya'apa sudah jadi'...," kata seorang Ketua Cawangan UMNO Permatang Pauh.

"Yang penting untuk BN, kita akan memberikan penjelasan yang betul dan tidak akan bohong.

"Kita memberikan kenyataan berdasar fakta yang betul kerana kita mahu memberikan peluang kepada pengundi membuat penilaian yang tepat," kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

SPRM DIGESA SIASAT PENDEDAHAN AHLI PARLIMEN PASIR MAS SERTA LAPORAN BERNAMA

AMK melihat pendedahan beberapa laman blog dan portal berita maya mengenai isu pengkhianat bangsa adalah satu perkara yang serius yg perlu diambil perhatian oleh semua pihak. Ini termasuklah satu pendedahan yang dilaporkan oleh Harakahdaily pada 15 Mei 2006.


Pendedahan tersebut, melalui berita "Umno Gadai Tanah Johor Kepada Singapura" antara lain memuatkan pendedahan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali di dalam satu ceramah di Kuala Nerus Terengganu mendakwa tanah seluas 51,170 hektar kepada Singapura pada tahun 1980 telah dijual dengan bayaran RM350 juta oleh Menteri Besar Johor ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Pendedahan ini adalah sangat serius kerana melibatkan keselamatan negara di mana wujud intervensi negara luar ke dalam kedaulatan negara melalui tanah rizab melayu. Adalah sangat malang, dalam keadaan pemimpin melayu Umno ini melaung-laungkan slogan pengkhianat bangsa kepada pemimpin politik lain, rupanya pemimpin melayu inilah yang mengkhianati bangsa dengan memajak tanah kepada negara jiran. Ini juga jelas melanggar salah satu wasiat Raja-raja Melayu yg menekankan penjagaan hak hartanah rizab Melayu tanpa kompromi.


AMK mendesak agar siasatan dilakukan ke atas individu-individu berkenaan agar pendedahan ini dapat disahihkan demi kelangsungan maruah bangsa dan negara:


1. Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai individu terpenting di dalam kes ini.

2. Datuk Ibrahim Ali selaku individu yang bertanggungjawab membuat pendedahan.

3. Bekas Setiausaha Kerja Umno Johor, Encik Hamzah Othman yang juga bekas pengerusi guru-guru besar yang bertanggungjawab memberi taklimat dan menyalur maklumat kepada Ibrahim.


AMK juga menggesa SPRM menyiasat Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana menggunakan kemudahan kerajaan untuk kepentingan peribadi sepertimana yang dilaporkan oleh Bernama. Dilaporkan bahawa beliau menggunakan helicopter Nuri milik TUDM untuk hadir ke majlis parti UMNO. Menurut laporan tersebut, Setiausaha Akhbar beliau tanpa berselindung memberi pengakuan bahawa ketika kejadian (pendaratan cemas) tersebut, beliau sedang dalam perjalanan untuk merasmikan Mesyuarat Umno Bahagian Penampang.


Pengakuan ini secara terang-terangan telah membuktikan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan. AMK mendesak SPRM menyiasat kedua-dua kes ini dengan penuh bertanggungjawab serta berintegriti.



Shamsul Iskandar Mohd Akin

Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia


Retak Menanti Belah

Adalah lumrah bahawa persekitaran politik negara selari dengan kecapaian ekonomi. Ekonomi yang kini merundum kerana parti mentadbir dalam kelemasan.

Pelbagai skim rangsangan, dana tambahan dan berita pertambahan pelaburan asing dicatitkan didada-dada akhbar.Namun ekonomi negara masih mencatatkan kemelesetan kian ketara. Ini akibat dari pimpinan negara menjadikan angka sebagai hiburan dihadapan media-wartawan.

Pengangguran kian bertambah, tidak mustahil kadar jenayah akan bertambah apabila yang pengganggur terpaksa melakukan pekara salah bagi menanggung kos sara hidup yang kian meningkat.

Parti politik perlu berkempen untuk menambah ahli dan kekuatan. Perlunya ia menjadi pekara terpenting selapas memperkasakan ekonomi dan tanggungjawab kepada masyarakat sekeliling. Pedulikan BN kian mengalami kehancuran.

Setelah menghianati amanah dan wang rakyat, BN sedang menjalani sumpahan . Jika kita menturuti perangai mereka yang mengunakan politik untuk bermewah. Pasti kita akan menjadi pencacai politik yang disumpah rakyat.

'Tiada harta rampasan perang' dalam berpolitik mengikut landasan Islam.


Nur Ramadhan : Ummu Fadhl menghukum Abu Lahab

NAMA sebenar beliau ialah Lulabah binti al-Harits dan mendapat gelaran Lulabah al-Kubra. Beliau lebih dikenali dengan panggilan Ummu Fadhl yang membawa makna ibu Fadhl.


Ummu Fadhl memeluk agama Islam sebelum hijrah. Beliau merupakan wanita pertama selepas Khadijah bin Khuwailid memeluk agama Islam.


Perkara ini dinyatakan oleh Abdullah, anak yang berbunyi: "Saya dan ibu saya adalah termasuk orang yang tertindas dari wanita dan kanak-kanak". Suami beliau ialah Abbas bin Abu Mutalib, bapa saudara Nabi Muhammad.


Abbas tidak mengisytiharkan keislamannya sehingga pada tahun pembebasan Kota Mekah. Abu Rafi, hamba nabi Muhammad menyatakan: "Saya pernah menjadi pelayan bagi Abbas bin Abu Mutalib. Ketika Islam datang maka Abbas memeluk agama Islam lalu diikuti oleh Ummu Fadhl dan saya juga memeluk agama Islam. Hanya Abbas merahsiakan keislamannya".


Ummu Fadhl telah melahirkan enam orang anak lelaki yang bijaksana dan mulia. Mereka adalah Fadhl, Abdullah, Ubaidullah, Mabad, Qatsam dan Abdul Rahman.


Abdullah merupakan seorang imam ilmu tafsir tersohor sehingga mendapat gelaran lautan kerana memiliki ilmu yang sangat luas dan kemuliaannya.


Kebijaksanaan Abdullah merupakan salah satu anugerah dari Allah kepada Ummu Fadhl. Kenikmatan Allah atas hambanya sangat luas dan paling sempurna adalah kebijaksanaan anak.


Ummu Fadhl dan Ummu Aiman telah diberi penghormatan untuk memandikan jenazah Khadijah oleh nabi. Ketika nabi berhijrah ke Madinah, Ummu Fadhl dan suaminya menetap di kota Mekah tetapi mengikuti perkembangan nabi di kota Madinah.


Ummu Fadhl telah mendapat kemuliaan untuk memukul dan membunuh Abu Lahab (musuh orang Islam) selepas Perang Badar.


Abu Lahab tidak dapat berjuang dalam Perang Badar dan mewakilkan dirinya kepada Ash bin Hisham. Ini adalah adat orang Quraisy yang akan mewakilkan kepada orang lain jika mereka tak dapat menyertai sesuatu peperangan. Abu Lahab menunggu dengan penuh debaran.


Ummu Fadhl duduk memerhatikan hambanya, Abu Rafi sedang memahat sesuatu pada batuan di sekitar telaga zamzam. Mereka berdua berasa gembira mendengar kemenangan pihak Islam ke atas pihak kafir Quraisy Mekah.


Abu Lahab yang mendapat berita kekalahan pihak kafir Quraisy berlari ke arah Abu Suffian bin Harith yang baru pulang dari Perang Badar.


"Abu Suffian sudah pulang dari Badar. Mari kita tanya apa yang telah berlaku di Badar?," kata orang-orang Mekah yang mula mengerumuninya.


"Wahai sepupu, ceritakanlah kepada kami peperangan Badar yang telah kau sertai," kata Abu Lahab kepada Abu Suffian.


"Ketika pasukan kita hendak bertempur dengan pihak Muhammad, tiba-tiba mereka menyerang tanpa henti ke arah pasukan kita. Mereka bertempur sesuka hati dan menawan kami sesuka hati.


"Kemudian saya menghimpun semula pasukan untuk menyerang mereka, tiba-tiba kami melihat ada sekelompok lelaki yang berkuda hitam putih berada di tengah-tengah manusia. Mereka tidak menginjakkan kaki ke tanah," cerita Abu Suffian dengan bersungguh-sungguh.


"Itu adalah malaikat", sampuk Abu Rafi sambil mengangkat batu dengan tangannya.


"Apa kata kamu?," Abu Lahab mengepalkan tangannya lalu memukul Abu Rafi dengan kuat.


Abu Lahab tidak suka Abu Rafi menyampuk cerita Abu Suffian itu. Dia memandang hina pada Abu Rafi yang hanya merupakan seorang hamba. Hatinya yang marah sudah tidak terkawal sehingga Abu Lahab menarik tubuh Abu Rafi lalu memukulnya berulang kali di atas tanah.


Ummu Fadhl yang tengah duduk terkejut melihat sikap Abu Lahab yang sudah melampaui batas. Beliau mendekati salah sebuah tiang khemah tempat Abu Suffian tengah duduk lalu mengambil dengan tangannya. Ummu Fadhl memukul Abu Lahab dengan pukulan keras tepat pada kepada Abu Lahab sehingga luka.


"Aduh sakitnya! Berhenti pukul saya," Abu Lahab menjerit kesakitan sambil memegang bahagian kepalanya yang mula berdarah.


"Berani kamu menyeksa hamba saya ketika tuannya tiada!," tengking Ummu Fadhl lalu meminta Abu Rafi bangun dan beredar dari kawasan itu.


Abu Lahab bangun lalu berdiri dan memalingkan muka dari Ummu Fadhl dengan perasaan malu. Nyawa Abu Lahab tidak panjang selepas kejadian itu. Allah telah menimpakan penyakit bisul kepada Abu Lahab yang menyebabkan kematiannya.


Keberanian Ummu Fadhl terhadap musuh Allah seperti Abu Lahab sehingga jatuhnya kehormatan diri dan kesombongannya harus menjadi teladan kepada peribadi wanita Islam.


Ummu Fadhl selalu dimuliakan oleh nabi dan mempunyai kedudukan tinggi di kalangan wanita Islam pada zaman itu kerana memiliki sifat peribadi dan akhlak yang baik.


Ummu Fadhl adalah wanita yang beriman, bertakwa, rajin berpuasa dan ikhlas hatinya.


Pada suatu hari Ummu Fadhl menceritakan mimpinya kepada nabi yang sering mengunjungi dan tidur siang di rumahnya. Nabi mendengar kata-kata Ummu Fadhl tentang mimpinya sebelum memberitahu apa maknanya.


"Ya Rasulullah saya bermimpi seperti salah satu daripada anggota tubuh kamu berada di rumah saya".


"Bagus mimpi kamu. Fatimah akan melahirkan seorang anak lelaki nanti. Anak itu akan kamu susukan bersama dengan anak kamu, Qatsam," kata nabi tentang mimpi Ummu Fadhl.


Ummu Fadhl berasa gembira dengan apa yang dikatakan oleh nabi dan menceritakan kepada keluarganya tentang perkara itu. Tidak berapa kemudian, Fatimah melahirkan seorang anak lelaki yang dinamakan Hasan yang kemudian diasuh oleh Ummu Fadhl.


Dia meninggal dunia pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan.


Utusan Malaysia 18/08/2009

20090818

Helikoper, Umno & Muhyiddin


Gelombang di Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir kini mewarnai politk tanahair.

PKR Johor tidak ketinggalan berpaut-tangan dengan jentera Pakatan Rakyat. Ketua Wanita Johor , Nah Budin dan AMK Johor diwakili Sdr. Fauzi dan rakan-rakan turut bersama-sama memastikan kejayaan milik Pakatan Rakyat di Permatang Pasir.

Khabarnya beberapa jentera dari PKR Johor akan menusul. Perkhabar Datuk Alimuddin Syawal menyertai PKR Pahang menunjukkan kekuatan PKR semakin gagah. Di Johor sendiri kemasukkan pelbagai kaum menyertai PKR bukan sesautu yang asing.

Perkhabaran di Muar, Batu Pahat, Kluang, Senai dan daerah lain begitu juga. Saban hari berduyun-duyun mengampuhkan PKR Johor. Maka tidak hairanlah pihak Polis sentiasa menghubungi saya dan rakan-rakan bagi mengetahui perkembangan PKR.

BN-Umno sudah tidak relevan lagi dipersada politik tanahair dan Johor. Agak memalukan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengunakan helikopter TUDM untuk menghadiri mesyuarat Umno Bahagian Tuaran.

Mengapa aktiviti Umno mengunakan kemudahan kerajaan ? Nasib baik helikopter itu tidak terhempas walaupan mengalami kerosakkan diudara. Jika tidak ia menjadi insiden yang memalukan Umno dan kerajaan.

Tidak sopan jika saya mengatakan Muhyiddin adalah penghianat negara kerana mengunakan helikopter itu untuk aktiviti Umno. Namun ianya melampau batas dan bidang kuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri.

20090817

Jeng... Jeng.... Jeng... Ahmad Maslan Datang Lagi


"Hampehh 60,000 jentera Umno...." Itulah ungkapan tersirat dari mulut Ahli Parlimen Pontian kepada semua jentera Umno yang bertugas di PRU-12 yang telah lalu. Di PRK DUN Manek Urai, MP Pontian ini sungguh bergaya menoreh getah.

Malangnya jentera BN-Umno tidak mengikut segala tunjuk-ajar MP Pontian itu. Jawapannya sudah tentu BN tumpas lagi.
Namun begitu di Permatang Pasir, MP Pontian ini akan memastikan semua pengundi di N11 akan diberi penerangan sejelas-jelasnya.

Kita akan lihat ganding tiga sejoli yang pernah ditabur jasa oleh Anwar Ibrahim, iaitu Zahid - Muhyiddin - Ahmad Maslan menghempas keringat. Khairi Jamaluddin dikatakan menjadi
ghost buster pulak kali ini bagi memburu pengundi hantu.

Muhyiddin dikatakan terpaksa 'membayar' hutang Najib Razak yang masih tidak mengotakkan janjinya untuk menderma kepada masjid-surau semasa PRK Permatang Pauh yang lepas.


Malang sungguh bagi Umno terpaksa meletakkan calon yang ada rekod menipu. Zahid Hamidi berjanji akan memberi penjelasan kepada pengundi N11 bahawa calon BN-Umno sebenarnya bersih dari sebarang jenayah.

Jeng.... Jeng.... Jeng.... ayam tambatan Najib, Mr. MP Pontian...

Kerumah peneroka Felda telah ku tiduri,
Menoreh getah telah jalani,
Rumah fakir miskin telah ku tangisi,
Cina India Melayu ku sanjung tinggi,
Mungkinkah aku perlu menendang peti undi ?

Indonesia Raya .... 1Malaysia Hampeh..

Rakyat Indonesia bukan asing dinegara ini. Walaupun pelbagai masalah berlaku diantara dua negara ini lumrahnya disudahi dengan penyelesaian yang baik.

Apa yang memalukan, kita punya Perdana Menteri yang mendakwa dirinya bijak yang mempunyai tahap akedemik yang tinggi. Kecapaian Indonesia lebih memberansangkan dari Malaysia yang kononnya mendakwa mempunyai ramai pakar. Perdana Menteri hanya bijak menfaatkan pakar letupan sahaja.


Bukan salah pakar tidak menjana ekonomi negara. Sudah pasti Menteri Kewangan dan Perdana Menteri yang tamak kuasa tidak pandai menjana ekonomi negara.Bolot dua jawatan kerana rakus kuasa.


Indonesia akan merayakan Hari Kemerdekaan esok dengan kecapaian ekonomi yang membanggakan, Malaysia pula merayakan Hari Kemerdekaan 31hb Ogos ini dengan rakyat dipaksa berbaris dijalanraya. 1Malaysia hampehhh....