20090813

Iraq & Malaysia Juarai Tilawah Al-Quran

Qari dari Iraq Usamah Abdullah dan qariah dari Malaysia Sharifah Khasif Fadzillah Syed Badiuzzaman menjuarai peringkat masing-masing pada Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-51 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra .

Johan qari memperoleh 91.96 peratus sementara johan qariah mendapat 94.75 peratus. Majlis tilawah menyaksikan penyertaan seramai 66 peserta iaitu 42 qari dan 24 qariah dari 43 negara.

Johan Qariah Sharifah Khasif Fadzillah, 27, berkata beliau berhasrat untuk berehat seketika daripada menyertai pertandingan tilawah selepas impiannya untuk menjuarai tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan tercapai sebelum memasuki usia 30 tahun.

"Saya ingin berehat buat seketika dan mungkin ingin memberi peluang kepada generasi pelapis pula. InsyaAllah pada masa akan datang, kalau ada rezeki saya sertai lagi," kata beliau yang berhasrat untuk mengadakan majlis kesyukuran untuk guru-gurunya.

Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa diadakan bermula pada 9 Mac 1961.

No comments:

Post a Comment