20090825

Sendiri Berak, Sendiri Basuh

Amboi-amboi bersorak hari ini juak-puak BN-Umno mengenai ADUN Lunas menjadi calon bebas dan menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri. gembira sungguh dengan berita tersebut.

Bermacam tomahan, pendapat dan bidasan dilontarkan. Terlompat-lompat juak-puak Umno dihadapan media. Mungkin semasa bersahur mereka dah berkira-kira apa yag hendak dicakapkan dengan wartawan. Pencatat membaca Utusan Malaysia dengan minat pagi ini.

Muka enam ada gambar Datuk Seri Zahid Hamidi berkempen di N11, berita Tan Sri Muhyiddin tidak kelihatan. Gamaknya Ahli Parlimen Pagoh itu malu bertemu wartawan Utusan Malaysia semalam.

Dengar-dengar jentera BN se-Malaysia mula menuding jari ke arah Ketua Perhubungan Umno Pulau Pinang yang juga Menteri Pertahanan yang 'slow' pertahanannya. Macamanalah mahu mempertahankan negara, 'Panglima Perang' yang dilantik mengemudi pertarungan N11 berpalit dengan krisis peribadi.

Jika ditakdirkan Malaysia berjiran dengan Israel, belum bertempur Lans Kopral tentera Israel baru mahu terkentut tentera Malaysia lari lintang-pukang. Al-maklum Menteri Pertahanan dilantik oleh seseorang yang penuh dengan skandal.

Satu lagi, Menteri Pelajaran Malaysia = Pengarah Pilihanraya Kecil BN-Umno Se-Malaysia. Pancatat tidak mahu komen lebih-lebih. Bukan sahaja veteran Umno Johor geleng kepala. Pemuda-Pemuda Umno Johor pun semacam mahu hantuk kepala kat tembok.

Penyudahnya Ahli Parlimen Pontian hanya boleh berkata, "PKR akan ikut jejak Semangat 46" dihadapan wartawan. Mahu berkempen calon BN-Umno N11, pengundi optimis lari bila lihat kelibat beliau.

Perdana Menteri seperti mantan PM yang sudah, berkempen pilihanraya kecil haram baginya. "Sendiri berak, sendiri basuh" mungkin itu yang dikatakan dalam hati Datuk Seri Najib Razak kepada Muhyiddin dan Zahid Hamidi.

No comments:

Post a Comment