20090802

DSAI & DCJM

Tahniah dan terima kasih diatas kunjungan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dan Dato Chua Jui Meng (DCJM) ke Negeri Johor.

Rakyat sangat ternanti-nanti kehadiran kedua-dua tokoh ini. DCJM mampu mengubah senario politik Negeri Johor dan MCA Johor bakal lenyap. Ini berikutan kemasukkan beberapa pemimpin MCA diperingkat Bahagian dan Cawangan ke dalam PKR.

Dalam Ceramah Sulong DCJM malam semalam telah berjaya menarik ribuan kaum cina untuk hadir mendengar sendiri penjelasan beliau. Selama ini parti-parti komponen BN hanya menjadi pak turut sahaja walaupun mereka tahu tindakan Umno salah tetapi tiada kuasa dan upaya untuk menegur. Umno telah membuli mereka selama ini.

DCJM akan memastikan Johor juga mampu dimenangi oleh Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya Umum ke 13 nanti. Ditambah pula dalam ucapan DSAI, beliau berjanji akan merempuh Johor habis-habisan. Beliau akan memastikan Pimpinan Pusat akan hadir berceramah sekurang-kurangnya setiap minggu.

Dipentas ceramah akan datang. SS Subramaniam juga akan bersama-sama tampil bagi menggegarkan Johor. Percayalah, Kejayaan Pakatan Rakyat menjatuhkan Umno/BN Johor nescaya akan tumbanglah Kerajaan Zalim BN.

Tahniah juga kepada Jentera AMK yang telah bertungkus lumus menjayakan Program tersebut. Penat lelah kita akan kita nikmati hasilnya dengan kemenangan. Jangan berundur kecuali Sahhid dalam perjuangan. Berundur beerti Lari Dari Medan Perjuangan. Terus maju membina kekuatan AMK. Kemenangan menanti dihadapan.

No comments:

Post a Comment