20090830

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

KeMerdekaan negara kita Malaysia hanya bererti kepada BN/Umno sahaja. Tetapi buat rakyat Malaysia dan negara, kita masih terjajah. Satu penjajahan yang diwariskan kepada BN/Umno untuk menjadikan rakyat Malaysia kekal sebagai HAMBA.

Penjajah BN/Umno hanya mempamerkan bahawa Malaysia bebas dari penjajahan Portugis, British dan Jepun namun erti kemerdekaan sebenar masih kabur dan kini telah berjaya memperlihatkan BN/Umno merupakan Kuasa Penjajah yang sebenarnya. Kita ditipu, kita diajak untuk melaungkan Merdeka! Merdeka! Merdeka!. Media, tv dan radio digunakan untuk tujuan ini. Rakyat Malaysia seronok.. Malaysia Merdeka.

Penjajah tidak pernah memusnahkan Masjid atau surau, penjajah tidak pernah menyingkirkan penduduk kampung, penjajah tidak pernah melucutkan kuasa raja-raja Melayu, penjajah tidak pernah mempertikaikan Bahasa Melayu, Agama Islam dan adat istiadat semua kaum, penjajah tidak pernah menghapuskan tulisan Jawi dan Jumaat sebagai hari cuti, Penjajah tetap membenarkan rakyat berhimpun dan berdemo. Tetapi Penjajah telah mengikis hasil bumi kita.

Bagaimana pula dengan Penjajah BN/Umno? Mereka lebih teruk, bukan sahaja kekayaan negara diragutnya malah menjadi Kuku Besi kepada rakyat. Mereka mahu kekal berkuasa dan terus menindas rakyat. Mereka tanpa segan silu mencabuli hak rakyat. Mereka mempergunakan segala kekuatan untuk menindas rakyat. Mereka adalah Pemimpin yang Zalim, Wajib dihapuskan

Erti KEMERDEKAAN sebenarnya adalah bila rakyat bangkit berjuang untuk menjatuhkan penjajah BN/Umno. Perjuangan ini bukanlah satu perjuangan yang mudah. Memerlukan pengorbanan yang tinggi. Ingatlah... kejayaan kita hanya dapat dicapai bila Kerajaan Zalim BN/Umno dapat digulingkan. Itulah erti Kemerdekaan Pakatan Rakyat.

No comments:

Post a Comment