20090817

KJ Nampak Hantu Di Permatang Pasir

Ketua Pergerakan Pemuda Umno mendakwa terdapat pengundi hantu bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir kata Ketuanya Khairy Jamaluddin.

Sebelum ini pimpinan Umno sering menyalahkan Pakatan Rakyat dan mendakwa pengundi hantu tidak pernah wujud. Tidak mustahil Pemuda Umno akan menahan bas-bas yang masuk ke Permatang Pasir pada 25hb Ogos nanti.

"Kita dapati beberapa orang Melayu didaftarkan di rumah yang dihuni oleh orang Cina dan ada juga pengundi Cina didaftarkan alamatnya di rumah orang Melayu," katanya .

Khairy berkata sejak pilihan raya umum lepas terdapat kira-kira 1,000 pengundi didaftarkan di Permatang Pasir dan trend itu adalah tidak normal kerana jumlahnya terlalu besar.

Beliau berkata perkara itu akan dikemukakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil bagi menangani isu itu. "Kita akan kumpulkan bukti secukupnya dan kemukakan kepada SPR," katanya.

No comments:

Post a Comment