20101130

20101129

LAHAT BN-UMNO MAMPIR BERSAJI

UMNO

Dari 1998 UMNO berkata KEADILAN-PKN akan berkubur. Malah mereka semakin gentar, malah makin ramai ahlinya menyertai KEADILAN.

Kerana terlalu gentar, saban hari berkata KEADILAN telah musnah. UMNO sendiri mencipta kubur dan batu nisannya.

PEMILIHAN KEADILAN

Selamat berjaya kepada mantan Setiausaha MPN Johor dan kelompok haloba. Tahniah buat yang berjaya dalam pemilihan.

BN melihat KEADILAN dengan gerun kejayaan pemilihan daripada ahli terhadap pemimpin. Malah UMNO-BN tidak mampu melakukannya.

KEADILAN JOHOR

KEADILAN bukan parti melayu, cina , India dan kaum. Kami akur pemimpin pengerusi negeri bukan kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim. Semasa Pengerusi Negeri dilantik oleh Datuk Seri Wan Azizah juga kami akur dan taat.

Pepatah pernah berkata, "orang tamak selalunya rugi".

1MALAYSIA

Bagaimana 1MALAYSIA boleh berjaya sedangkan parti komponen BN sendiri mempertikaikannya.

Bagaimana kata-janji rakyat diutamakan sedangkan marhaen merasanyai sebagai slogan sahaja. Perlaksaannya hanya tipu-daya.

KERAJAAN JOHOR

Makin ramai pemimpin BN-UMNO melahirkan kebimbangan Johor bakal dirampas oleh Pakatan Rakyat. Kami makin bersatu dan kuat.

Teruskan giat gerak-gempur diseluruh negeri. BN-UMNO sendiri kian yakin mereka bakal menjadi pembangkang.

KEADILAN KULAIJAYA

Lihat kanan, rakan-rakan Pakatan Rakyat makin mesra. Lihat kiri rakan-rakan KEADILAN makin bersemangat dan berkerjasama. Kami tidak menolah ke belakang lagi.

ANGKATAN MUDA KEADILAN

Tahniah kepada Srd Shamsul Iskandar mohd Akin atas kemenangan kedua kalinya. Terima kasih atas dokongan rakan-rakan AMK Johor sebelum ini atas kepimpinan pencatat sebagai Ketua dan Timbalan AMK Johor. Yang kurang gitu, perlu ditokok tambah.

Rapatkan pasukan dan maju bersama-sama.

FELDA

Kononnya penubuhan BAPAK untuk membantu peneroka. Tipu-daya jelas untuk mencuri lagi wang peneroka bagi mengerakkan pertubuhan itu. Dari mana wang itu datang untuk mentadbir BAPAK ?

Sudah tentu dari wang FELDA. Dari mana pula wang keuntungan FELDA. Pembaca lebih arif.

20101126

http://www.malaysiakini.com/news/149283

Timbalan ketua Pemuda PKR (AMK) sesi lalu Fariz Musa berharap kepimpinan baru sayap kanan parti itu tidak mengetepikan calon ketuanya Badrul Hisham Shaharin setelah mendapat mandat baru dalam sesi kali ini.

"Saya minta kawan-kawan kita daripada (kem) Badrul, saya syor Badrul diundang dalam AMK dan diberikan kedudukan baik supaya kedua gabungan tenaga ini berada dalam AMK.

"Kita mesti bekerja kerana fokus utama selepas ini untuk kita tawan Putrajaya," katanya ketika berucap kali terakhir kongres sayap itu di Petaling Jaya hari ini.

Bercakap ketika menyampaikan ucapan penggulangannnya, Fariz yang tidak mempertahankan kerusinya kerana 'lebih umur' malah berkata, beliau merayu perkara itu dengan nama Allah.

"Tolong hentikan, saya merayu dengan nama Allah, saya rayu dan harap hentikan sengketa (sesama kita). Selesaikanlah," katanya.

Nada yang hampir sama disuarakan oleh naib ketuanya sesi lalu Amiruddin Shari yang tidak mempertahankan jawatannya ekoran regunya Rafizi Ramli tidak meneruskan hasrat bertanding sebelum ini.

"Yang sudah, sudahlah. Yang lepas, lepaslah. Yang menang, menanglah. Yang tewas-tewaslah.

"Yang pasti selepas ini kita harus beri keadilan dan bebeasan pada rakyat," katanya sambil menegaskan cabaran besarnya untuk mendepani 4.6 juta pengundi baru.

Sementara itu, dalam sidang media selepas itu, Shamsul Iskandar ketika ditanya berhubung kesediannya melantik Badrul Hisham ke dalam barisan kabinet barunya kelihatan tidak menyatakan 'kesanggupan' yang benar-benar pasti.

"Kita menerima sesiapa sahaja. Saya tak nampak ada masalah besar (melantik Badrul)," katanya.

Terdapat lima kerusi lantikan untuk exco.

Manakala Badrul Hisham pula ketika ditemui di luar Dewan Sivik MBPJ - tempat persidangan berlangsung - berkata tidak timbul perkara itu kerana "sesiapa saja yang memperjuangkan keadilan adalah kawan".

Beliau juga menafikan terlibat dalam demonstrasi "baju hitam" yang menyokongnya petang ini.

"Saya gemuk, hendak nampak kurus," katanya sambil ketawa ketika ditanya kenapa beliau sendiri memakai jaket hitam.

Dalam keputusan rasmi pemilihan AMK yang diumumkan lewat petang ini, Shamsul Iskandar mempertahankan jawatannya mengalahkan Badrul Hisham.

Jumlah undi yang diterima mereka tidak diumumkan.

20101122

BAPAK Ganti ANAK?

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan ( ANAK ) telah ditubuhkan bertujuan untuk memperjuangkan dan membela hak Generasi Felda dan menuntut keadilan untuk Peneroka Felda. ANAK telah berjaya mengenalpasti permasalahan peneroka dan generasi Felda yang hidup selama ini ditipu oleh Felda. Sdr Mazlan Aliman adalah Presiden ANAK.
.
Felda mengaut keuntungan yang berlebihan dari hasil kederat peneroka. Penipuan Felda dapat dibuktikan dengan kemenangan kes mahkamah Felda Kemahang 3 dan Felda Kemayan. Felda menafikan kekalahan mereka berpunca dari PENIPUAN, namun keputusan Mahkamah menyatakan FELDA MENIPU PENEROKA.
.
Badan Bertindak Felcra Kebangsaan ( BAPAK ) juga dituduhkan oleh Sdr Mazlan Aliman untuk menangani permasalahan peneroka Felcra. Peneroka Felcra turut ditipu malah keadaannya jauh lebih buruk berbanding Felda. Atas kesedaran peneroka Felcra tersebut, BAPAK ditubuhkan.
.
Kini BAPAK TIRUAN juga ditubuhkan oleh Gabungan Wawasan Generasi Felda Malaysia ( GWGFM ) yang mendapatkan sokongan Datuk Ahmad Maslan. Presidennya Tan Seri Rozali Ismail. Asal penubuhan GWGFM adalah hasil gabungan antara Majlis Belia Felda Malaysia ( MBFM ) dan Yayasan Pembangunan Generasi Felda Malaysia ( YPGFM ).
.
Awal penubuhan MBFM, YPGFM adalah untuk membela nasib generasi Felda untuk mendapatkan tapak kediaman kepada generasi Felda yang susah. Perjuangan ini terbantut setelah wujudnya penggabungan MBFM dan YPGFM dengan menubuhkan GWGFM dibawah Tan Seri Rozali Ismail. Beliau berjanji akan menuntut hak untuk Generasi Felda. Tetapi sehingga kini perjuangan tidak berhasil malah beliau semakin kaya raya dan generasi Felda yang miskin terus parah.
.
Kebimbangan ANAK menguasai segenap tanah rancangan Felada, BAPAk diwujudkan. Apa muslihatnya? Ianya hanya untuk bersaing dengan ANAK. Perjuangan pembelaan generasi Felda akan hanya omong kosong saja. MBFM jangan tertipu. Pergerakkan GWGFM akan memperlihatkan MBFM tidak mempunyai peranan langsung. MBFM dilihat gagal memainkan peranan bagi generasi Felda.
.
BAPAK tidak akan mampu membela Generasi Felda. Saya cabar BAPAK,
1. Desak Felda agar membantu mendapatkan tanah-tanah poket kepada anak-anak peneroka.
2. Hapuskan Felda Plantation dan masukkan peneroka baru dari kalangan anak-anak peneroka.
3. Beri hak kepada peneroka yang mahu mengusahakan ladang sendiri.
4. Kembalikan duit peneroka iaitu Caruman Tanam Semula, RM 17,000.00
5. Menaikkan kadar perahan minyak seperti yang sepatutnya, 20% - 28%
6. Buah sawit reject setelah digradding dikembalikan kepada peneroka atau bayar semula.
7. Hasil Kernel dibayar kepada peneroka sejak dari awal peneroka duduk di tanah rancangan.
8. Pulihkan penipuan proses tanam semula.
9. Kaji semula Dasar Perjanjian Tanam Semula.
10. Halang kerajaan Umno daripada merompak kekayaan Felda.
.
** Selesaikan 10 perkara ini dahulu jikalau perjuangan BAPAK telus..

20101119

Indeks Rasuah Malaysia paling COROT

Imej Malaysia selama 53 tahun di bawah pentadbiran Umno-Barisan Nasional telah mengalami kerosakan yang teruk di mana ia telah ditarafkan sebagai negara terburuk di Asia Pasifik oleh badan membanteras rasuah, Transparency International (TI) sejak 1995.

Dalam laporan terbaru TI, Malaysia telah diletakkan dikedudukan paling corot dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) sejak penilaian itu dibuat 16 tahun lalu.

Mendedahkan perkara ini di Parlimen, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata Malaysia telah jatuh dari tangga 23 daripada 41 negara pada 1995 dengan mata sebanyak 5.28 kepada kedudukan nombor 56 dengan mata sebanyak 4.4 pada tahun 2010.

Malaysia ketika itu berada di tangga ke enam sebaris dengan negara maju seperti New Zealand, Australia, Hong Kong, Singapura dan Jepun di kalangan negara Asia Pasifik.

"Selepas 16 tahun dan banyak kempen anti-rasuah dijalankan termasuk dua rang undang-undang anti-rasuah digubal dan mentransformasi Badan Pencegah Rasuah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang melibatkan dana awam yang besar, Malaysia terus dihantui dengan penarafan CPI pada tangga ke-56 sama seperti tahun lalu tetapi dengan mendapat mata yang lebih rendah iaitu 4.4 dan di tangga ke-11.
.
Baca Seterusnya :
.
Nota Pencatat:
Kerajaan tidak serius menangani gejala Rasuah dalam negara. Kebanyakkan perasuah negara terdiri daripada kakitangan awam dan menteri-menteri dari kalangan Umno/BN. Mereka merasakan "Tanpa Rasuah, Mereka Akan Jatuh". Mana mungkin rasuah akan dihapuskan.
.
Kesedaran rakyat tentang bahaya rasuah perlu jelas. Untuk menghapuskan rasuah secara total, rakyat perlu menghapuskan Umno/BN terlebih dahulu. Selagi kuasa ditangan mereka, selagi itu gejala rasuah tidak ditangani dengan kesungguhan.
.

Program Keadilan dan Pakatan Rakyat Johor

1. Majlis Ibadah Korban
Tarikh : 19/11/2009 ( Jumaat )
Masa : 2.00 pm - 6.00 pm
Tempat : Taman Purnama, Simpang Renggam
Anjuran Bersama PKR Cabang Simpang Renggam

2.Daftar Pemilih Pengundi Baru
Tarikh : 20 & 21hb November 2010
Masa : 10.00 am - 10.00 mlm
Tempat : Pasaraya TESCO, Kulaijaya
Anjuran : Keadilan Kulaijaya

3. Ceramah Korban Pakatan Rakyat
Tarikh : 20hb November 2010 ( Sabtu )
Masa : 9.00 - 12.00 Mlm
Tempat : PASTI Taman Anjaria, Felda Taib Andak, Kulaijaya
Anjuran : PAS Kawasan Kulaijaya

20101118

Sikap Meminta-minta: Zaid

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya secara terbuka membidas Datuk Zaid Ibrahim kerana menimbulkan masalah dalam parti itu yang telah memberikannya pelbagai peluang dan keistimewaan.

Bercakap kepada pemberita di kediamannya di Cherok To' Kun, Pulau Pinang, Anwar berkata Zaid bebas untuk berundur dari PKR dan berhak mendirikan parti baru yang dicadang dinamakan 'Keadilan Baru'.

Menurut Anwar zaid merayu diterima masuk ke parti itu apabila beliau meninggalkan Umno pada 2008. Katanya, Zaid kemudian memohon peranan sebagai pemimpin dalam parti itu.

"Beliau juga minta dijadikan calon untuk Hulu Selangor (pilihan raya kecil parlimen) meskipun mendapat tentangan dari cabang yang membawa bantahan mereka kepada presiden.

"Tetapi kami tetap berinya peluang dan apabila beliau kalah di Hulu Selangor, kita berinya peluang mempin PKR Wilayah Persekutuan,” kata Anwar.

BN Semakin Kencang Bergolak

http://malaysiakini.com/news/148483
.
"Perdana Menteri mahu mandat baru - kerana beliau baru ambil-alih daripada Abdullah dan tidak dilantik oleh rakyat.

Pencatat:
Datuk Seri Najib Tun Razak perlu sedar yang beliau belum pasti diterima oleh rakyat keseluruhannya. Bagi memastikan penerimaan rakyat, beliau perlu menyegerakan PilihanRaya Umum 13.
.
Cadangan supaya perdana menteri selaku pengerusi BN diberi kuasa penuh berhubung pemilihan calon bagi pilihan raya akan datang dikatakan tidak mendapat sokongan sebahagian besar pemimpin parti komponen gabungan itu.

Sumber yang rapat dengan gabungan itu memberitahu Malaysiakini bahawa cadangan berkenaan dimasukkan dalam draf pindaan dan telah diserahkan kepada 13 parti komponen BN pada awal tahun ini untuk pertimbangan mereka.

Pencatat:
Umno semakin Gila Kuasa... Datuk Seri Najib Tun Razak ingin terus mengekalkan kuasa. Parti-parti komponen BN hanya jadi "Pak Turut" saja dan tiada peranan langsung. Ini adalah Langkah awal kearah meruntuhkan penyatuan BN
.
Isu berkenaan menjadi 'duri dalam daging' dan semakin mendesak apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memikirkan sama ada untuk membubarkan parlimen supaya pilihan raya umum diadakan pada tahun depan.

Namun menurut sumber itu lagi, Najib kemungkinan besar akan melengkapkan penggalnya sebagai perdana menteri sebelum membubarkan parlimen.
.
Pencatat:
Perasaan takut masih menyelubungi Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membubarkan Parlimen kerana tidak yakin mampu mempertahankan Putrajaya. Mungkin beliau akan lakukan sesuatu terhadap DSAI sebelum Pembubaran Parlimen agar PR hilang imbangan.
.
Jangan bermimpi, seorang DSAI gugur, akan hadir beribu-ribu DSAI dan akan menuntut keadilan terhadapnya. Rakyat tidak sanggup membiarkan kezaliman terhadap DSAI diteruskan. PR akan tetap mempertahankan DSAI daripada kezaliman Umno/BN.
.

20101115

Zaid Meninggalkan PKR?

The Star dalam laporannya hari ini mendakwa Zaid telah mengambil keputusan untuk meninggalkan PKR.


"Saya sedari hari-hari saya semakin singkat kerana pemimpin parti tidak berhenti-henti membuat serangan peribadi ke atas saya.

"Saya berundur kerana mahu menjauhkan diri saya daripada penipu dan pembohong. Saya tidak lagi mahu menjadi sebahagian daripada kumpulan yang menaburkan fitnah dan sanggup menipu semata-mata untuk tujuan peribadi mereka,” katanya kepada akhbar itu.

Zaid, yang menyertai PKR pada Jun 2009 selepas meninggalkan Umno berkata beliau akan bercuti seketika untuk menjauhkan diri daripada semua tumpuan ketika ini. "Saya bukan membenci parti tetapi saya meluat dengan pemimpin yang bermasalah di dalam parti,” katanya.

Bekas menteri kabinet itu menarik diri daripada pemilihan jawatan timbalan presiden PKR minggu dengan alasan kepimpinan parti gagal menangani dakwaan manipulasi dan penyelewengan dalam sistem pemilihan berkenaan.

Beliau juga pada sidang akhbarnya itu membidas pemimpin PKR, termasuk ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Malah, beliau juga mencadangkan Anwar supaya berundur kerana berpendapat dia sebagai punca masalah di PKR.


Dalam wawancaranya, dengan beberapa akhbar pro-Umno, semalam adalah hampir pasti bahawa Zaid akan meninggalkan PKR dan menubuhkan partinya sendiri.

Malah, Zaid pernah mengumumkan pada dialognya di Kedah bahawa beliau akan menubuhkan “Keadilan baru” jika dipecat dari PKR.
.
Nota Pencatat,
Rahsia sebenar Zaid telah bocor dan diketahui oleh Pimpinan PKR keseluruhannya. Beliau terpaksa mencari helah mengelak dan mengalihkan pandangan umum kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim agar dilihat punca kekalutan yang berlaku. Zaid berusaha untuk menutup tembelang beliau.
.
Berhati-hati dengan orang-orang Zaid di Johor. Kumpulan ini tetap meneruskan propaganda untuk menghancurkan PKR

20101114

Keputusan Pemilihan Cabang Johor

1. Cabang Kluang

Timbalan Presiden
Azmin Ali 37 undian
Mustaffa Kamil Ayub 6 undian
AMK
Badrul Hisham Sahrin 7 undian
Samsul Iskandar Mohd Akin 18 undian

2. Cabang Simpang Renggam

Timbalan Presiden
Azmi Ali 31 undian
Mustaffa Kamil Ayub 6 undian
AMK
Badrul Hisham Sahrin 4 undian
Samsul Iskandar Mohd Akin 4 undian

3. Cabang Batu Pahat

Timbalan Presiden
Azmin Ali 25 undian
Mustaffa Kamil Ayub 7 undian
AMK
Badrul Hisham Sahrin 7 undian
Samsul Iskandar Mohd Akin 9 undian

4. Cabang Seri Gading

Timbalan Presiden
Azmin Ali 7 undian
Mustaffa Kamil Ayub 9 undian
AMK
Badrul Hisham Sahrin 2 undian
Samsul Iskandar Mohd Akin 1 undian

* Cabang Sembrong dan Cabang Parit Sulong ditangguhkan kepada 20hb Nov 2010

Ustaz Akill Hayy - Kembara Di Tanah Gersang



HAJI - Sweet Charity



20101113

Chua Jui Meng Contoh Terbaik

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pemimpin-pemimpin yang menyertai PKR dengan tujuan untuk menggilai jawatan. Kerakusan mereka mula dilihat sekarang ini terutama dalam pemilihan parti yang sedang berjalan. Anggota perlu menolak pemimpin begini demi menyelamatkan parti.

Berbeza dengan Datuk Chua Jui Meng yang tampil untuk memperjuangkan rakyat. Sifat beliau amat disenangi oleh semua pimpinan dan amat digeruni oleh musuh Umno/BN. Kegusaran juga timbul daripada talibarut umno di dalam Keadilan yang kepanasan.


Dirakam daripada: http://suara-keadilan.com/


Menyentuh mengenai keperibadian yang perlu ada kepada anggota KEADILAN, beliau memuji sikap bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng yang tidak meminta-minta sebarang jawatan dalam parti setelah menyertai perjuangan lebih setahun lalu.

"Saya tanya Datuk Chua samada beliau ingin bertanding, Kata beliau beliau masih baru dalam parti dan mahu membantu mengukuhkan jentera parti terutamanya di Johor sebab kita yakin pada pilihan raya umum akan datang kita yakin mampu mengambil alih Johor. saya lihat beliau menjelajah seluruh negeri Johor dan negara membantu parti tanpa meminta jawatan, kedudukan dan sebagainya. Inilah sikap yang baik sebagai seorang ahli parti. Jadi tidak semua bekas Menteri tidak baik dan ambil kesempatan," sindir Anwar.

20101112

KENYATAAN MEDIA - Mazlan Aliman

Kerajaan digesa untuk menubuhkan suatu Suruhanjaya Bebas mengkaji semula peranan agensi pembangunan tanah dalam negara ini setelah ianya wujud begitu lama. Sebagai contoh, Felda telah ditubuhkan pada tahun 1956 manakala Felcra tahun 1966. Manakala Risda, Kesedar, Ketengah, Kejora dan lain-lain juga telah wujud lebih 25 tahun lalu.

Agensi yang menempatkan hampir 100 peratus orang melayu dan mendapatkan peruntukan begitu besar;dilihat telah tersasar dari matlamat asal untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Pengkorporatan Felda pada tahun 1990 dengan kewujudan Felda Plantation seluas 364 ribu hektar telah mengundang kontroversi apabila keuntungannya tidak diisytiharkan dan menjadi tanda tanya. Adalah dipercayai aset Felda Plantation yang berjumlah berbilion ringgit tidak banyak memberi faedah kepada warga peneroka; sebaliknya membuka ruang para kroni pemimpin tertentu membuat kekayaan berlipat kali ganda melalui pelbagai projek yang ditawarkan.

Techno Plant Sdn Bhd, anak syarikat Felda yang bertanggungjawab mengendalikan kerja-kerja penyelenggaraan kebun peneroka di seluruh negara; wujud semata-mata memenuhi kehendak segelintir bekas pengarah-pengarah Felda dan pemimpin tertentu yang mengambil untung 'atas angin' daripada tanah peneroka. Hubungan intim antara pengurusan Techno Plant dengan kontraktor telah digunakan sepenuhnya merebut segala peluang yang ada termasuk kerja-kerja tanam semula dengan kos lebih mahal daripada syarikat perladangan swasta seperti IOI dan Sime Darby.

Di kala para kroni kaya raya; tuan punya kebun iaitu para peneroka menderita dengan bebanan hutang piutang, deretan potongan tidak munasabah, perjanjian yang sangat berat sebelah dan cengkaman Akta GSA 1960 yang zalim.

Tatkala 112,635 peneroka felda dibelenggu masalah di sana sini; 92,000 peserta Felcra lebih teruk lagi. Walaupun telah wujud sejak tahun 1966 dan di korporatkan pada tahun 1997; kehidupan mereka lebih sengsara. Pendapatan bulanan yang sangat kecil, dividen yang terlalu rendah serta kos pembangunan tanam semula yang melampau menjadi isu paling hangat ketika ini. Janji asal ketika mula memajukan tanah peserta sangat menarik. Realitinya indah khabar dari rupa. Bila ada peserta yang sedar dan mahu mengambil semula tanah mereka; ugutan hutang piutang untuk menakutkan peserta dilakukan. Jumlahnya sangat menakutkan...ada yang sampai RM70,000!

Berpuluh penyelewengan dikumpul dan dikenalpasti melibatkan ratusan juta ringgit bukan fitnah untuk memburukkan pengurusan agensi-agensi terlibat. Pendedahan yang dilakukan bukan bertujuan mengaibkan sesiapa. Inilah caranya membantu kerajaan mengenal pasti segala kepincangan, kelemahan, salah guna kuasa dan rasuah untuk tujuan pencegahan. Laporan polis, SPRM, Suhakam dan memorandum yang dibuat untuk mendesak siasatan dibuat dengan hasrat untuk menyelamatkan institusi orang melayu yang bermasalah. Mungkin dakwaan ini sangat keras. Tapi pengalaman turun padang lebih 15 tahun; wajah hodoh sesetengah peneraju agensi pembangunan tanah ini tidak boleh diselindung lagi!

Sedihnya... mereka seagama dan sebangsa dengan kita; tergamak mengkhianati kepercayaan rakyat marhaen.

Serius sangatkah hingga perlu ditubuhkan Suruhanjaya Bebas?
Jawabannya, Ya dan sangat mendesak. Itu pun jika tidak mahu lebih banyak wang rakyat lesap dan lenyap!
Apa buktinya?
Sebahagiannya telah didedahkan dan akan terus dibongkar.

Bagi memenuhi kehendak rakyat agar ada platform bagi memperjuangkan hak rakyat; maka ditubuhkan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK). Insyaallah, Badan Bertindak Peserta Felcra Kebangsaan(BAPAK) akan dilancar secara resmi pada 26 disember ini di Ipoh, Perak. Ketika ini, Alumni Bekas Kakitangan Felda juga telah ditubuhkan yang menggabungkan bekas kakitangan Felda seluruh negara.Sekretariat Bertindak Isu Felda(TINDAK) yang dipengerusikan YB Salahudin Ayub sedang menjelajah ke seluruh negara bertemu warga Felda. Himpunan Isu Tanah Rakyat Sabah pada 24 Oktober lalu di Sandakan yang di hadiri hampir 3000 penduduk Sabah pelbagai suku kaum dan agama telah menggariskan resolusi menangani kes rampasan tanah rakyat yang semakin bermaharajalela.

Semua ini adalah tanda komitmen bersepadu membantu rakyat jelata. Majlis 'Makan Malam Rakyat Marhaen' bakal menghimpunkan 5000 rakyat terdiri daripada para peneroka, peserta felcra,penduduk luarbandar dan wakil Sabah/Sarawak pada 6 Disember ini di Kuala Lumpur adalah lambang kerja keras seluruh jentera Pakatan Rakyat dan Ngo bergerak aktif menangani isu-isu marhaen. Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang telah mengesahkan hadir bagi mendokong komitmen bersama. Sejumlah wang yang banyak sangat diperlukan untuk menampung program bertali arus melalui majlis makan malam ini. Maklumat lanjut boleh hubungan pengarah program- Hj Zulkifli Muhammad Omar, 0192818816 atau Sdr Yohanis 0133039913.

Harap siarkan,

Mazlan bin Aliman
Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda
Kebangsaan(ANAK)
0137130103

Johor Pasti Ditawan : PR

Penjelasan yang diberikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan YB Saifudin Nasution dalam pertemuan tertutup petang semalam bersama seluruh pimpinan utama cabang-cabang telah mengurai semua kemelut yang berlaku.
.
Keadilan Johor sepakat memberi sokongan penuh terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menerajui Keadilan. Beliau lebih wibawa berbanding pemimpin-pemimpin lain samada dalam Keadilan sendiri mahupun seluruh negara. Mesej yang beliau bawa untuk mengubah Kerajaan kepada pemerintahan Pakatan Rakyat amat jelas. Keadilan Johor sentiasa berganding bahu dan memberikan komitmen untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat ke Putrajaya.
.
Formula kemenangan telah dibentangkan. Gerakkerja bersepadu juga telah diatur. Pakatan Rakyat pasti akan mengambil-alih Putrajaya. Yakin dan percayalah, kerajaan BN akan rebah dan bertukar kepada kerajaan PR.
.
Tinggalkan sahaja Anggota Keadilan yang memperlambatkan proses kemenangan. Mereka yang menafikan dasar PR juga tidak diperlukan dalam parti. Keadilan Johor kini melalui proses penyucian. Segala kotoran dan najis yang terpalit kepada anggota Keadilan harus disamak dan dibersihkan. Sisa-baki tali barut Umno yang tertinggal dalam Keadilan Johor dinasihatkan berundur atau diundurkan oleh parti.
.
Datuk Chua Jui Meng adalah pemimpin yang tepat untuk menerajui MPNJ. Sokongan padu juga diberikan kepada beliau. Bahang kemenangan Johor kepada Pakatan Rakyat mula dirasai. Penerimaan Rakyat terhadap PR amat baik. Disamping itu, rakyat mula meluat dan menyampah kepada BN. Inilah peluang keemasan mengembalikan kuasa rakyat.
.
Semua pemimpin Keadilan termasuk jentera, anggota, AMK dan Wanita, pertingkatkan lagi usaha. Bersatu memperkukuhkan kekuatan. Ikuti "Formula Kemenangan" tanpa berbelah bagi. Fokus kepada musuh utama Umno/BN. Juga kenalpasti musuh dalaman iaitu sesiapa juga yang menentang Dasar parti dan menolak Formula Kemenangan, itulah juga musuh yang mahu menggagalkan Agenda.
.
Maklumkan kepada pimpinan seandainya terdapat anggota yang diragui dan mempertikaikan dasar parti agar tindakan segera dapat diambil. Dalam Proses Penyucian ini, anggota yang tidak diperlukan harus di apungkan agar tidak menjejaskan pejuangan parti.

PKR Johor menyokong penuh kepimpinan DSAI dan DCJM

Jangan pertikai: Anwar
http://www.sinarharian.com.my/com/content/story8396564.asp


SENAI - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, menyokong penuh Datuk Seri Chua Jui Meng selaku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor (MPNJ) selain menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum Parti dan Presiden parti itu, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

PKR Johor semalam, telah berikrar untuk memberikan sokongan penuh mereka terhadap ketiga-tiga pemimpin itu dan berusaha ke arah memperkukuhkan parti walaupun ada pihak-pihak tertentu yang cuba menjatuhkan parti tersebut hari ini.

Anwar berkata, pelantikan Jui Meng dalam parti yang juga selaku MPNJ tidak harus dipertikaikan mana-mana pihak berikutan setiap keputusan yang diputuskan mendapat persetujuan semua ahli dan bukan seperti yang dinyatakan pihak lain.

“Tiada isu mengatakan ahli PKR tidak setuju terhadap kepimpinan Jui Meng seperti yang dikata pihak tertentu kononnya ramai pihak yang tidak berpuas hati dan tidak bersetuju.

“Hari ini kita mendapat sokongan penuh dan hanya beberapa orang sahaja yang tidak berpuas hati yang mana jumlahnya adalah sedikit dan setiap pemilihan yang dibuat adalah persetujuan ramai secara bersama.

“Kita tidak seperti UMNO dan tidak semestinya jawatan yang tertinggi itu diberikan pada satu kaum sahaja,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat bersama PKR Johor di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Penerangan PKR Johor, Syed Hamid Ali berkata, PKR Johor akan meningkatkan usaha memperkukuhkan organisasi di peringkat negeri, cabang dan ranting selain berazam untuk memastikan kemenangan berpihak kepada parti Keadilan pada pilihan raya akan datang.

“Pelbagai kerenah dalam parti hari ini dan semua ini perlu ditangani dengan segera. Parti ini mempunyai masa depan yang cerah tetapi jalan yang harus ditempuh sangat berliku justeru semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing," katanya

20101111

Berikan Sokongan Padu Pemilihan Parti

Profesor: Jangan bakar kelambur

"Setakat ini proses pemilihan ahli itu diterima (oleh ahli) dan kita melihat ia adalah proses yang baik dari segi prinsipnya. Tetapi mungkin ada, tidak kita nafikan berlaku kepincangan, kesalahan dan sebagainya, itu yang ingin kita perbaiki.


"Saya rasa parti juga dihuni oleh pemimpin yang berjiwa besar dan sanggup menerima teguran dan sanggup memperbaiki keadaan," katanya lagi ketika ditanya.

Dalam pada itu, pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari yang turut memberi ucapan dalam pertemuan tertutup itu berkata, beliau menasihatkan anggota parti berkenaan supaya bersabar dan "tidak mengikut rentak orang luar."

"Walaupun ada kelemahan saya tengok ini satu keberanian di pihak parti untuk kemukakan cara baru (melalui pemilihan langsung)

"(Memang) ada masalah tetapi itulah sebenarnya kekuatannya supaya pemimpin itu naik dengan cara yang terbuka yang telus. Walaupun saya tak nafikan ada pemimpin yang gunakan cara yang tak sihat tapi lama kelamaan orang ini akan terkeluar juga.

"Mungkin sekarang tidak, jadi saya katakan tadi kena bersabarlah, jangan sampai bakar kelambu kerana ada satu dua masalah. Kena bersabar dan gunakan saluran yang ada, saya katakan tak ada benda yang tak ada kelemahan. Ini kali pertama, kena bersabarlah.

Tak hancur

Tambahnya, PKR perlu menghadapi masalah yang timbul dalam pemilihan kali ini "dengan berani."

Katanya, mungkin terdapat teguran terhadap parti "mungkin betul" namun sistem parti itu masih perlu dihormati.

Beliau yang ditemui di luar bilik pertemuan tertutup itu juga berkata pemimpin yang tewas dalam pemilihan perlu menghadapinya dengan terbuka.


"Parti akan terus bergerak, bukan kali pertama ada orang mengugut untuk keluar dan sebagainya.

"Sebelum ini ada orang yang lebih besar daripada (pemimpin yang mengugut untuk keluar PKR), saya sebut tentang (bekas presiden Umno) Datuk Onn (Jaafar), (ahli parlimen Gua Musang) Tengku Razaleigh (Hamzah), tapi parti tidak hancur.

"Musuh-musuh akan gunakan, itu soal dia. Dalam konteks lain, PKR kena hentam juga jadi parti kena faham, sebagai parti yang nak kemukakan cara baru kepada rakyat, dia kena terbukalah," katanya.

Rahsia Talibarut Umno Ketahuan

Hari ini 5 ahli jwatankuasa PKR Sembrong diketuai Ketua Cabang Sembrong Saiman Marjuki ( Pak Ngah ) mengumumkan meletak jawatan. Keputusan ini dibuat setelah wajah beliau yang sebenar telah diketahui umum. Beliau merupakan salah seorang tali barut umno yang menimbulkan propaganda dan gerakan untuk menjatuhkan Chua Jui Meng. Beliau pernah bersumpah, beliau akan perangi Chua Jui Meng habis-habisan.
.
Sisabaki juak mereka masih ada lagi dalam MPN. Semuanya perlu dibersihkan. Pusat telah berjanji akan menyegerakan tindakan tatatertib keatas semua yang terbabit. Tali barut umno ini tidak boleh dibiakkan. Kebijaksanaan beliau mendapatkan kewangan daripada Datuk Zaid telah disalah gunakan. Program-program yang diatur sepatutnya berkempen untuk Zaid, disalahgunakan, menjadi program menghasut anggota menentang Chua Jui Meng dan perkauman.
.
Hasrat Umno untuk menghancurkan PKR Johor tidak kesampaian setelah tali barut mereka gagal menyelinap. Saiman dan Aziz adalah barua umno yang aktif memporak-perandakan PKR, beliau kerap mengadakan rapat umum dan melaungkan semangat perkauman. Namun dibelakang beliau masih ada seorang lagi yang lebih merbahaya. Hanya tunggu masa yang sesuai sahaja untuk bertindak.
.
Anggota PKR jangan gusar, Kemelut ini akan selesai dengan segera. Semua tali barut dan perosak parti akan diambil tindakan tegas. PKR Pusat mempunyai kuasa untuk memecat mereka setelah memperolehi bukti yang kukuh. Keadilan diperlukan untuk menghukum petualang ini.
.
* Lebih baik Pak Ngah dan Pencacai-pencacai lain meninggalkan PKR sebelum disingkirkan oleh Parti. Biarlah hidup bermaruah. Pak Ngah hanya mensia-siakan usia pencen sahaja. Saya amat simpati dengan nasib Pak Ngah.
.
.

20101109

Surat Terbuka Kepada Presiden

SURAT TERBUKA KEPADA PRESIDEN, PARTI KEADILAN RAKYAT

Saya telah menjadi ahli parti sejak PKR ditubuhkan. Saya dan beratus ribu lagi rakyat Malaysia telah memilih PKR sebagai wadah perjuangan politik. Kami telah menaruh harapan untuk PKR membawa perubahan kepada mutu sistem pemerintahan di negara yang tercinta ini. Harapan kami telah menggunung apabila PKR serta PAS dan DAP berjaya mencapai kejayaan yang tidak diduga pada PRU 12. Kemaraan ke Putrajaya kian menjadi realiti.

Walau bagaimanapun perkembangan-perkembangan mutakhir dalam PKR amat mencemaskan saya. Rentetan daripada pemilihan pucuk pimpinan yang sedang berlangsung, parti telah di heret ke ambang krisis. Pada hemat saya, krisis ini ialah yang paling getir pernah dihadapi oleh parti. Besar kemungkinan parti akan berpecah akibat krisis ini dan sekali gus memusnahkan peluang Pakatan Rakyat untuk menang di PRU 13. Kemaraan ke Putrajaya akan menjadi hanya sebuah impian.

Justeru itu, saya merayu dari lubuk hati saya kepada Presiden parti yang telah menang tanpa bertanding pada pemilihan kali ini untuk bertindak mengawal keadaan dan menyelamatkan parti. Hal-hal pemilihan parti tidak perlu dibincang dan diputuskan oleh Biro Politik kerana ramai ahli dalam Biro Politik mempunyai kepentingan dalam proses dan keputusan pemilihan. Budi bicara Presiden memadai untuk membuat keputusan muktamad atas hal-hal pemilihan.

Presiden harus menampilkan kepimpinan yang tegas dan melantik sebuah Jawatankuasa Pemilihan Parti baru dengan mandat penuh untuk menguruskan proses pemilihan secara adil dan bebas.

Ketua Umum parti mesti menghormati kedudukan dan kuasa-kuasa Presiden dan beliau sewajarnya tidak campur tangan dengan keputusan-keputusan yang diambil oleh Presiden. Sayugia diingatkan, Ketua Umum telah terlibat dalam krisis ini dan banyak pihak meragui peranan beliau dalam proses pemilihan.

Jika perlu, sebuah jawatankuasa pemandu ditubuhkan dengan mandat dari Majlis Pimpinan Pusat dan Presiden sebagai pengerusi untuk menstabilkan parti.

Saya doakan Presiden akan berjaya dalam misi ini. Janganlah hancurkan impian kami sebagai ahli-ahli biasa untuk parti membawa perubahan kepada pemerintahan negara ini.


Sekian, Salam Reformasi.




ILLAM KUBONG AK DAGANG
Kuching, Sarawak
No ahli: Q060000568

Tindakan Zaid Ibrahim Mula Menular Di Johor?

Keputusan menarik diri dari pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden amat memeranjatkan banyak pihak. Zaid Ibrahim mempunyai alasan yang tersendiri. Setelah teguran beliau untuk memperbaiki sistem pemilihan dan Parti itu sendiri dipandang sepi oleh pihak berwajib. Teguran beliau ada asasnya demi kebaikkan kita bersama.
.
Tidakkah ada ruang untuk mendengar pandangan beliau? Sistem pemilihan ini baru dilaksanakan, jadi sudah pasti terdapat cacat dan celanya. Tidak perlu kita terlalu angkuh menolak sebelum siasatan dibuat. Kita mahukan yang terbaik.
.
Kemerosotan undian Zaid bukan dipandang dari sudut penipuan sahaja. Penyokong-penyokong beliau yang terlalu agresif juga memualkan anggota. Mungkin Zaid tidak melihat kebawah gelagat wakil-wakilnya. Di Johor kini mula menular kebencian anggota terhadap Zaid angkara pengikut dan wakil-wakil beliau yang tidak profesional.
.
Mungkin ini bukan kesalahan Zaid, tetapi wakil beliau disini bertindak bangsat memainkan isu melampau. Memupuk sikap kebencian sesama anggota, mahu dilaga-lagakan antara kaum, sesukahati buat kenyataan media diakhbar pihak lawan, membuat laporan polis yang tidak berasas, bertindak menggugat kestabilan PKR Johor dan lebih jijik bertekad akan memerangi Chua Jui Meng habis-habisan.
.
Saya pasti, Zaid tidak mengetahui perkara ini berlaku di Johor. Malang sungguh, orang kepercayaan Zaid telah melakukan sesuatu yang mengakibatkan sokongan terhadap Zaid berkurangan. Kita tidak menolak Zaid sebaliknya Wakil-wakil beliaulah yang patut ditolak.
.
Satu gerakkan untuk menggulingkan Chua Jui Meng sudah bermula. Sebahagian mereka ini terdiri daripada pemimpin-pemimpin kepercayaan Zaid. Usaha mereka akan menjadi sia-sia, sebaliknya kita yakin mereka ini akan keluar meninggalkan PKR. Kita tunggu pengistiharan dari mereka.
.
Mereka mampu melakukan tindakan yang lebih buruk daripada Zaid. Kerana mereka ini dianggap Tali Barut Umno.
.

Wanita Tetap Dalam Perjuangan Keadilan


Salam Perjuangan buat rakan-rakan sekalian.....

Saat ini Negeri Johor yang kita sayangi seolah-olah dilanda Tsunami yang hebat....tetapi yang amat menyedihkan serangan tsunami ini bukanlah dari musuh kita tetapi dari ahli keluarga yang selama ini kita hormati dan sanjungi....selama ini kita melaung-laungkan semangat setiakawan tanpa mengira bangsa, agama atau keturunan kerana itu adalah prinsip perjuangan kita.....kita sama-sama berjuang bagi menegakkan KEADILAN!!!!! Apakah benar kita semua faham tentang prinsip PARTI kita? Kenapa soal CINA? MELAYU? INDIA? masih timbul????????????? Ketua Umum sering melaung-laungkan dan seringkali menekankan peri pentingnya semangat kekeluargaan ini....Dengan semangat inilah kita sebenarnya dapat bersatu dan bersama-sama bangun untuk menentang kezaliman yang ada......

Kita semua tahu bukan satu jalan yang mudah bagi kita untuk menawan Negeri Johor ini......Kita patut malu dengan rakan-rakan dari negeri lain yang telah maju jauh kehadapan meninggalkan kita...Andaikata kita ingin terus maju dalam perjuangan ini sepatutnya kita memperkuatkan akar umbi kita di peringkat Cabang-Cabang...Ini tidak!!! Kenapa asyik memanjat gunung yang tinggi sedangkan bukit pun kita tidak mampu mendaki??? Perjuangan ini bukan satu perjuangan yang retorik semata-mata!!!! Kita mesti ingat kita adalah pelopor REFORMASI di negeri Johor......Janganlah kita bergaduh sesama sendiri kerana dalam tidak sedar kita sebenarnya ditertawakan musuh yang selama ini mengintai kelemahan kita....

Tuan-tuan dan puan-puan telah lama berada dalam perjuangan ini...Kami, Wanita PKR Negeri Johor baru ingin merangkak!!!!Kami berasa amat sedih dengan terjadinya perkara-perkara seperti ini.... Tolonglah jangan melemahkan semangat perjuangan kami....kami perlu bimbingan,kami perlukan tunjuk ajar....Kami ingin berjaya!!!!!

Buat Dato Chua Jui Meng, di sini kami, Wanita PKR Negeri Johor akan terus memberikan sokongan padu kepada Dato sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor...Kami berharap Dato terus teguh dan terus membimbing kami......

Salam Reformasi....LAWAN TETAP LAWAN

-Nanie-
S/U Wanita PKR Johor

20101108

Musuh Dalam Keadilan Johor

Selama ini kita hanya mendengar dedas desus kononnya Umno menghantar tali barutnya menyelinap ke dalam Keadilan sehingga ramai yang melompat parti. Keadaan ini turut menular ke Negeri johor. Bahangnya mulai terasa setelah Keadilan dilihat bertambah kuat dan mampu mengancam keselesaan Umno.
.
Kini Tali Barut Umno dalam Keadilan sudah mula menampakkan wajahnya. Isu perkauman mula dicanang dalam Keadilan. Usaha menghasut agar menggulingkan Chua Jui Meng mula digerakkan. Pemberontakkan dan penentangan mula dididik dikalangan anggota. Memburuk-burukkan Keadilan di akhbar-akhbar berlaku dengan kerap. Rakus terhadap jawatan, gila kuasa, melakukan penentangan terhadap Pengerusi MPN kerana tidak dilantik dalam jawatan utama. Mengadakan pertemuan-pertemuan sulit yang membelakangkan Keadilan.
.
Jika tidak dibendung segera, barah ini akan menghancurkan Keadilan. Pimpinan Keadilan Pusat perlu memandang ini sebagai ancaman kerana mampu mengugat dan menghancurkan parti. Tindakan segera perlu diambil, Lembaga Tatatertib bertanggungjawab mengadili mereka ini.
.
Terbaru di akhbar Utusan Malaysia (8hb Nov 2010) terpapar berita mempertikaikan Chua Jui Meng dan Keadilan Johor. Turut terlibat Dr`s Zaid (Air Hitam), Pak Ngah (Sembrong), Mohd Bakri (Seri Gading), Bariman (Kota Tinggi), Zailan (Timb Pt Sulong), Aziz (Naib Sembrong), Khalid (AMK Seri Gading) dan beberapa pak turut yang terpedaya dengan hasutan.
.
Sebelum itu, di akhbar NST, Mohd Bakri mencemuh Chua Jui Meng Diktator, diikuti cemuhan oleh Zailan dan Aziz di akhbar Sinar Harian yang secara sengaja mengkritik Keadilan di akhbar. Mereka mempergunakan akhbar untuk mengeruhkan keadaan. Tindakan yang biadap...
.
Semua anggota Keadilan dan rakan-rakan Pakatan Rakyat, harus melihat mereka ini sebagai musuh dalam selimut. Tindakan mereka melakukan protes di akhbar adalah salah disisi perlembagaan parti. Mereka mempunyai hasrat untuk menghancurkan Keadilan. Segala bentuk urusan parti yang melibatkan mereka hendaklah dielakkan.
.
Adalah wajar mereka ini dikenakan tindakan tatatertib. Lebih sihat, Pusat singkirkan barua-barua Umno ini dari Keadilan. Kami tidak mahu menjalinkan kerjasama lagi dengan mereka. PECAT adalah langkah yang terbaik untuk mereka daripada Keadilan hancur.
.
*Jika tidak mahu merealisasikan Dasar Keadilan, adalah lebih baik keluar dari Keadilan.
.

20101105

Aidul Adha buat Sahaat dan seluruh Umat

Selamat Menunaikan Ibadah Haji kepada Sahaat Mohd Salleh, Setiausaha Keadilan Cabang Kulaijaya. Hari ini adalah tarikh keberangkatanmu menuju ke Baitullah. Selaku tetamu Allah, amat bertuah dan bersyukurlah.
Kami sekelian sentiasa mengiringkan doa agar saudara selamat sampai dan selamat kembali semula, memperolehi haji yang mabrur. Keampunan dan kemaafan diatas segala salah dan silap kami terhadap saudara. Halalkan segala-galanya. Tumpukan sepenuh perhatian terhadap Ibadah disana. Jaga kesihatan sebaik mungkin. Perbanyakkan doa kehadrat Illahi.
Salam Aidul Adha.. Buatmu dan seluruh teman-teman yang telah diundang oleh Allah ke Baitullah.
Perjuangan bermula dengan pengorbanan dan dinobatkan dengan kemenangan.. Insyaallah.

20101104

Terima Kekalahan, Bangkit Untuk Kemenangan

Kekalahan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil Batu Sapi dan Galas boleh dianggap kemenangan kepada rakyat di kedua-dua kawasan tersebut. Rakyat disajikan dengan pelbagai pembangunan, kewangan dan hadiah.

Walaupun pemberian tersebut ada yang berbentuk wang zakat atau sumbangan atau hadiah atau rasuah sekalipun, rakyat juga yang menerimanya. Alangkah beruntungnya jika wang tersebut diterima sebagai zakat, hadiah atau sumbangan tetapi teramat malangnya jika wang rasuah juga turut dikutip oleh rakyat.


Kemenangan BN ini bolehlah dijadikan satu keyakinan untuk mempercepatkan Pilihanraya Umum ke 13. Pakatan Rakyat menunggu seakan tanpa kesabaran saat diumumkan pembubaran Parlimen untuk PRU 13 nanti. Detik inilah penentu kebenaran peperangan sebenar.


PRK ini seperti telah dijangkakan keputusannya bila dilihat pencurahan wang ringgit bagaikan hujan ditanah gersang yang dilakukan oleh BN. Entah berapa ratus juta ringgit telah ditaburkan disana dengan pulangan kemenangan sedikit yang diperolehi. Adakan ianya berbaloi?


Kepada rakyat di Batu Sapi dan Galas, anda bijak... kerana anda memperolehi habuan yang lumayan dan PRU 13 dan PRU Sabah/Serawak akan menyusul tidak lama lagi. Inilah masanya anda menentukan dan membuktikan pilihan rakyat yang sebenarnya.

20101101

Muafakat Pasti Membawa Berkat

Salam perjuangan buat rakan-rakan di PRK Batu Sapi dan Galas. Dengan doa dan keyakinan pencatat mendoakan kemenangan berganda buat Pakatan Rakyat.

Pencatat merasakan hangat di kedua-dua pilihanraya kecil tersebut sama bahangnya dengan pergolakkan di Keadilan Johor.

Maaf kepada kedua-dua pihak yang mempertahankan keputusan mereka. Jika dilihat dari pelbagai sudut pencatat rasa eloknya berkecuali.

Jika dilihat kepada pengorbanan pada perjuangan parti maka ini merupakan titik tolak kepada duit poket yang sengaja dihangguskan.

Beberapa pendapat dari rakan-rakan. Mereka mempunyai ketegasan tersendiri.

Pencatat enggan berpihak kepada pergolakkan ini. Sememangnya nakhoda perlu satu sahaja nakhoda. Jika ada pihak beranggapan nakhoda yang ada perlu diganti maka siapakah yang layak ?

Adakah Saiman Marzuki ?
Adakah Hj Halim Dawam ?Imbang PenuhAdakah Dr Fadhli ?
Adakah Syed Hussin Ali ?
Adakah Dato' Chua Jui Meng diteruskan ?

Jika salah seorang menjadi pilihan pembaca. Pencatat yakin individu itu sedia untuk dilantik dan mempunyai pengalaman di pilihanraya. Berani berhadapan walaupun di mahkamah atau 'dipentas getir'.

Pencatat merasakan apa jua permasalahan perlunya diperbincangkan dengan telus. Berterusan mengadakan 'side meeting' menjurus kepada perpecahan.

Merujuk kepada Agenda Perubahan Patkatan Rakyat, agenda menyerang peribadi bukannya termaktub dalam agenda membela rakyat.

Maka sudah pasti ada mesyuarat negeri. Adalah lebih baik dibawa berbincang atau diminta disegerakan mesyuarat daripada berkata, "aku betul kau salah".

Kini terpampang di di media beberapa anggota Keadilan Johor tidak berpuas hati terhadap beberapa pekara. Kelihatan kini media bersorak mendapat isi dan 'musuh' terus bertepuk tangan.

Tidak mustahil ada pihak lain pula memanggil wartawan untuk mengeruhkannya lagi. Pencatat yakin hanya dengan perbincangan boleh menyelesaikan perpecahan pendapat.

Pencatat berdoa selepas keputusan dibuat tidak berlaku lagi ungkit-ungkitan.

Geng Nak Jatuhkan MPN Johor

Assalamualaikum wbt,

aku menulis ini buat Zabidie dan rakan-rakan Keadilan yang sedang sibuk mencatur kejatuhan Dato' Chua Jui Meng. ( hahaha... mangsa terbaru konpirasi politik tanahair ).

terlebih dahulu aku ucapkan terima kasih kepada zabidie yg sudi siarkan ngobrol aku ni.

Dalam rakan-rakan busy menjatuhkan BN di PRK Galas dan Batu Sapi. terdapat usaha keras di Johor agar Chua Jui Meng dilucutkan dari MPN Johor. Alasannya cukup konkrit :

1. Pak Ngah tidak dilantik lagi Setiausaha
2. Orang cina diberi jawatan penting.
3. Mengapa Cabang Air Hitam masih berstatus penaja
4. Chua Jui meng melantik tanpa perbincangan.
5. Macam - macam lagi lah

maka malam esok dikatakan akan berlansung lagi perjumpaan di sebuah hotel untuk membincangkan perlembagaan parti. Waduh... waduh... bersungguh-sungguh kelompok ini nak jatuhkan Chua Jui Meng.

aku teringat beberapa kes sabotaj sebelum ini di sabah, pulau pinang dan selangor. hari ni berjangkit ke Johor.

aku dengar ada ura-ura agar orang ini dicadangkan utk tindakan tatatertib. Hahahaha.. satu lagi kempen pembersihan jika Saifuddin Nasition bertindak tegas.

zabidie, aku ingat kau jangan masuk campur geng tak puas hati ini. Belajar peristiwa Perang Uhud... Keadilan Johor apa nak dibanggakan utk direbutkan jawatan.

Kalaulah betul pak Ngah tu betul-betul nak jawatan. Tunggu PRU 13 nanti.. tunjukkan jaguh jatuhkan Hissamuddin di Sembrong, bukan jatuhkan geng Keadilan sendiri.

kepada pak ngah, Dr Zaid dan geng-geng yang tak puas hati. Cabang kau orang macam mana ? AMK kau org macam mana ? Wanita kau orang macam mana ?
Hancur bro... cawangan UMNO lagi kuat dari cabang kau orang.

esok berhimpun la kat hotel tu. Negeri lain bersidang dan berkumpul nak jatuhkan BN-UMNO. hang dok sibuk nak jatuhkan pemimpin sendiri.

Kata orang tua-tua, cakap malam dengar-dengar, cakap siang dengar-dengar. dah hang dari dulu kutuk Chua Jui Meng, bila dah tak dilantik dak hasut cabang- cabang lain... bagus la tu.

aku cadangkan kepada kawan-kawan yang akan bersorak di Johor bahru esok... eloknya panggil wartawan dan istihar keluar parti macam di batu sapi... baru best. hahahaha

Mat Conggok