Kekalahan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil Batu Sapi dan Galas boleh dianggap kemenangan kepada rakyat di kedua-dua kawasan tersebut. Rakyat disajikan dengan pelbagai pembangunan, kewangan dan hadiah.
Walaupun pemberian tersebut ada yang berbentuk wang zakat atau sumbangan atau hadiah atau rasuah sekalipun, rakyat juga yang menerimanya. Alangkah beruntungnya jika wang tersebut diterima sebagai zakat, hadiah atau sumbangan tetapi teramat malangnya jika wang rasuah juga turut dikutip oleh rakyat.
Kemenangan BN ini bolehlah dijadikan satu keyakinan untuk mempercepatkan Pilihanraya Umum ke 13. Pakatan Rakyat menunggu seakan tanpa kesabaran saat diumumkan pembubaran Parlimen untuk PRU 13 nanti. Detik inilah penentu kebenaran peperangan sebenar.
PRK ini seperti telah dijangkakan keputusannya bila dilihat pencurahan wang ringgit bagaikan hujan ditanah gersang yang dilakukan oleh BN. Entah berapa ratus juta ringgit telah ditaburkan disana dengan pulangan kemenangan sedikit yang diperolehi. Adakan ianya berbaloi?
Kepada rakyat di Batu Sapi dan Galas, anda bijak... kerana anda memperolehi habuan yang lumayan dan PRU 13 dan PRU Sabah/Serawak akan menyusul tidak lama lagi. Inilah masanya anda menentukan dan membuktikan pilihan rakyat yang sebenarnya.
No comments:
Post a Comment