20101112

Johor Pasti Ditawan : PR

Penjelasan yang diberikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan YB Saifudin Nasution dalam pertemuan tertutup petang semalam bersama seluruh pimpinan utama cabang-cabang telah mengurai semua kemelut yang berlaku.
.
Keadilan Johor sepakat memberi sokongan penuh terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menerajui Keadilan. Beliau lebih wibawa berbanding pemimpin-pemimpin lain samada dalam Keadilan sendiri mahupun seluruh negara. Mesej yang beliau bawa untuk mengubah Kerajaan kepada pemerintahan Pakatan Rakyat amat jelas. Keadilan Johor sentiasa berganding bahu dan memberikan komitmen untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat ke Putrajaya.
.
Formula kemenangan telah dibentangkan. Gerakkerja bersepadu juga telah diatur. Pakatan Rakyat pasti akan mengambil-alih Putrajaya. Yakin dan percayalah, kerajaan BN akan rebah dan bertukar kepada kerajaan PR.
.
Tinggalkan sahaja Anggota Keadilan yang memperlambatkan proses kemenangan. Mereka yang menafikan dasar PR juga tidak diperlukan dalam parti. Keadilan Johor kini melalui proses penyucian. Segala kotoran dan najis yang terpalit kepada anggota Keadilan harus disamak dan dibersihkan. Sisa-baki tali barut Umno yang tertinggal dalam Keadilan Johor dinasihatkan berundur atau diundurkan oleh parti.
.
Datuk Chua Jui Meng adalah pemimpin yang tepat untuk menerajui MPNJ. Sokongan padu juga diberikan kepada beliau. Bahang kemenangan Johor kepada Pakatan Rakyat mula dirasai. Penerimaan Rakyat terhadap PR amat baik. Disamping itu, rakyat mula meluat dan menyampah kepada BN. Inilah peluang keemasan mengembalikan kuasa rakyat.
.
Semua pemimpin Keadilan termasuk jentera, anggota, AMK dan Wanita, pertingkatkan lagi usaha. Bersatu memperkukuhkan kekuatan. Ikuti "Formula Kemenangan" tanpa berbelah bagi. Fokus kepada musuh utama Umno/BN. Juga kenalpasti musuh dalaman iaitu sesiapa juga yang menentang Dasar parti dan menolak Formula Kemenangan, itulah juga musuh yang mahu menggagalkan Agenda.
.
Maklumkan kepada pimpinan seandainya terdapat anggota yang diragui dan mempertikaikan dasar parti agar tindakan segera dapat diambil. Dalam Proses Penyucian ini, anggota yang tidak diperlukan harus di apungkan agar tidak menjejaskan pejuangan parti.

No comments:

Post a Comment