20101122

BAPAK Ganti ANAK?

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan ( ANAK ) telah ditubuhkan bertujuan untuk memperjuangkan dan membela hak Generasi Felda dan menuntut keadilan untuk Peneroka Felda. ANAK telah berjaya mengenalpasti permasalahan peneroka dan generasi Felda yang hidup selama ini ditipu oleh Felda. Sdr Mazlan Aliman adalah Presiden ANAK.
.
Felda mengaut keuntungan yang berlebihan dari hasil kederat peneroka. Penipuan Felda dapat dibuktikan dengan kemenangan kes mahkamah Felda Kemahang 3 dan Felda Kemayan. Felda menafikan kekalahan mereka berpunca dari PENIPUAN, namun keputusan Mahkamah menyatakan FELDA MENIPU PENEROKA.
.
Badan Bertindak Felcra Kebangsaan ( BAPAK ) juga dituduhkan oleh Sdr Mazlan Aliman untuk menangani permasalahan peneroka Felcra. Peneroka Felcra turut ditipu malah keadaannya jauh lebih buruk berbanding Felda. Atas kesedaran peneroka Felcra tersebut, BAPAK ditubuhkan.
.
Kini BAPAK TIRUAN juga ditubuhkan oleh Gabungan Wawasan Generasi Felda Malaysia ( GWGFM ) yang mendapatkan sokongan Datuk Ahmad Maslan. Presidennya Tan Seri Rozali Ismail. Asal penubuhan GWGFM adalah hasil gabungan antara Majlis Belia Felda Malaysia ( MBFM ) dan Yayasan Pembangunan Generasi Felda Malaysia ( YPGFM ).
.
Awal penubuhan MBFM, YPGFM adalah untuk membela nasib generasi Felda untuk mendapatkan tapak kediaman kepada generasi Felda yang susah. Perjuangan ini terbantut setelah wujudnya penggabungan MBFM dan YPGFM dengan menubuhkan GWGFM dibawah Tan Seri Rozali Ismail. Beliau berjanji akan menuntut hak untuk Generasi Felda. Tetapi sehingga kini perjuangan tidak berhasil malah beliau semakin kaya raya dan generasi Felda yang miskin terus parah.
.
Kebimbangan ANAK menguasai segenap tanah rancangan Felada, BAPAk diwujudkan. Apa muslihatnya? Ianya hanya untuk bersaing dengan ANAK. Perjuangan pembelaan generasi Felda akan hanya omong kosong saja. MBFM jangan tertipu. Pergerakkan GWGFM akan memperlihatkan MBFM tidak mempunyai peranan langsung. MBFM dilihat gagal memainkan peranan bagi generasi Felda.
.
BAPAK tidak akan mampu membela Generasi Felda. Saya cabar BAPAK,
1. Desak Felda agar membantu mendapatkan tanah-tanah poket kepada anak-anak peneroka.
2. Hapuskan Felda Plantation dan masukkan peneroka baru dari kalangan anak-anak peneroka.
3. Beri hak kepada peneroka yang mahu mengusahakan ladang sendiri.
4. Kembalikan duit peneroka iaitu Caruman Tanam Semula, RM 17,000.00
5. Menaikkan kadar perahan minyak seperti yang sepatutnya, 20% - 28%
6. Buah sawit reject setelah digradding dikembalikan kepada peneroka atau bayar semula.
7. Hasil Kernel dibayar kepada peneroka sejak dari awal peneroka duduk di tanah rancangan.
8. Pulihkan penipuan proses tanam semula.
9. Kaji semula Dasar Perjanjian Tanam Semula.
10. Halang kerajaan Umno daripada merompak kekayaan Felda.
.
** Selesaikan 10 perkara ini dahulu jikalau perjuangan BAPAK telus..

No comments:

Post a Comment