20101112

PKR Johor menyokong penuh kepimpinan DSAI dan DCJM

Jangan pertikai: Anwar
http://www.sinarharian.com.my/com/content/story8396564.asp


SENAI - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, menyokong penuh Datuk Seri Chua Jui Meng selaku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor (MPNJ) selain menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum Parti dan Presiden parti itu, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

PKR Johor semalam, telah berikrar untuk memberikan sokongan penuh mereka terhadap ketiga-tiga pemimpin itu dan berusaha ke arah memperkukuhkan parti walaupun ada pihak-pihak tertentu yang cuba menjatuhkan parti tersebut hari ini.

Anwar berkata, pelantikan Jui Meng dalam parti yang juga selaku MPNJ tidak harus dipertikaikan mana-mana pihak berikutan setiap keputusan yang diputuskan mendapat persetujuan semua ahli dan bukan seperti yang dinyatakan pihak lain.

“Tiada isu mengatakan ahli PKR tidak setuju terhadap kepimpinan Jui Meng seperti yang dikata pihak tertentu kononnya ramai pihak yang tidak berpuas hati dan tidak bersetuju.

“Hari ini kita mendapat sokongan penuh dan hanya beberapa orang sahaja yang tidak berpuas hati yang mana jumlahnya adalah sedikit dan setiap pemilihan yang dibuat adalah persetujuan ramai secara bersama.

“Kita tidak seperti UMNO dan tidak semestinya jawatan yang tertinggi itu diberikan pada satu kaum sahaja,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat bersama PKR Johor di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Penerangan PKR Johor, Syed Hamid Ali berkata, PKR Johor akan meningkatkan usaha memperkukuhkan organisasi di peringkat negeri, cabang dan ranting selain berazam untuk memastikan kemenangan berpihak kepada parti Keadilan pada pilihan raya akan datang.

“Pelbagai kerenah dalam parti hari ini dan semua ini perlu ditangani dengan segera. Parti ini mempunyai masa depan yang cerah tetapi jalan yang harus ditempuh sangat berliku justeru semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing," katanya

No comments:

Post a Comment