Monday, February 8, 2010

Mahkamah BN : Zambry Menteri Besar Perak

Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Ariffin Zakaria telah membaca keputusan pengadilan. Keputusan seperti yang dijangkakan bahawa mahkamah BN memenangkan UMNO hari ini

Sebelumnya Ariffin berkata permohonan Nizar sepatutnya tidak dibuat mengikut 36(2) tetapi 16(2).

Ia bermakna Datuk Seri Zambry adalah Menteri Besar Perak yang sah mengikut keputusan tersebut.

Manakala Datuk Seri Nizar Jamaluddin kalah.

Datuk Seri Nizar berjanji sebelum ini bahawa jika beliau menang dalam kes ini, beliau akan membubarkan DUN Perak sebarapa segera.

Keputusan yang diperolehi dari 5 juri hakim ialah 5-0 berpihak kepada UMNO-BN.

Kelihat berada di mahkamah ialah Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Lim Kit Siang dan beberapa ADUN Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.


Pejabat MB Perak Telah Di Kosongkan #%$@+?

Khabar dari Perak agak mengejutkan. Ada 'mata-mata' mendakwa pejabat Menteri Besar dan exco-exco telah dikosongkan.

Ia bagi memberitahu mereka telah tahu bahawa meraka adalah kerajaan haram.

Jika dakwaan itu benar maka sah selama ini mereka mentabdir dan menerima gaji secara haram.

Fail-fail sulit dan dokumen juga didakwa telah 'lesap' dari tempat sepatutnya.

Keputusan sekejap lagi bakal memperlihatkan cabaran terbesar kepada Pakatan Rakyat dan UMNO-BN.

Kita nantikan 'arahan' tangan ghaib kepada Ketua Hakim untuk membacakan keputusan. Jika Datuk Seri Nizar Jamaluddin kalah. Saluran berikutnya pasti diambil.

Jika Nizar 'menang'. Ia adalah wajar. Pertempuran hebat pasti berlaku.

Perak : Najib Penentu Sampul A Atau Sampul B

Debaran semakin hangat. Desas desus kemenangan Datuk Seri Nizar Jamaluddin mencabar Menteri Besar haram tajaan UMNO kian terasa.

Walaupun rakyat Malaysia majoritinya berharapan tinggi Perak mesti melalui pilihanraya Dewan Undangan Negeri semula.

Pencatat merasakan agak rumit untuk UMNO-BN melepaskan Perak kepada Nizar begitu sahaja.

Awal pagi esok Ketua Hakim akan membuka "Sampul A" atau "Sampul B" untuk keputusan tersebut. Sekitar jam 8.00 am.

Perdana Menteri rasanya akan memberi isyarat khas untuk Ketua Hakim membuat keputusan.

Sampul A untuk kerajaan haram menang. Sampul B untuk Pakatan Rakyat. Seluruh jentera UMNO berharap Najib Razak memilih "Sampul A".

Jika ditanya pencatat, sampul mana yang akan Najib pilih untuk Ketua Hakim buka esok pagi. Jawapan pencatat "Sampul B" jika keputusan penuh esok.

Jika ditangguh hari berikutnya atau selain esok, Sampul A. UMNO gentar bertarung.

Sunday, February 7, 2010

Blog UMNO : Kini Anwar Ibrahim Liwat Nik Aziz

Pencatat adakalanya menjenggah blog lain. Blog pro UMNO tidak ketinggalan. Insan 1Malaysia sangat menjijikan.

Bukan setakat perkataan, fitnah, kejian dan gambar. Mereka edit foto mengkut citarasa sendiri. Pencatat berharap rakan-rakan tidak terperdaya dengan provokasi ini.

Bila anda melihat foto dibawah ini, sudah tentu pembaca berkata, " anak siapakah ini. Ya Allah ampuni dia, kesianilah dia dan berilah afiat kepadanya. Amin".

http://parpukari.blogspot.com/

http://jeffrydamien09.blogspot.com/

Chua Jui Meng Mengupas Isu Kalimah Allah

Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR juga penasihat PKR Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng berkata penggunaan kalimah Allah sehingga tercetusnya insiden pembakaran gereja dan rumah ibadat adalah "isu politik bukannya isu agama".

Beliau mendakwa Umno cuba menggunakan isu ini untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun katanya, apa yang diharapkan oleh Umno berlaku sebaliknya apabila PAS dan Pakatan Rakyat membuat keputusan untuk mempertahankan penggunaan kalimah ini.

"Selepas kejadian pembakaran gereja tersebut, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pergi melawat kawasan tersebut menyebabkan Umno terkejut dengan tindakan PAS.

"Ditambah pula selepas pembakaran tersebut, penganut agama Kristian mengampuni orang membakar gereja mereka," katanya dalam sebuah majlis diskusi di Kuala Lumpur.

"Habis orang Umno, Pakatan tidak berpecah, dan mengharapkan orang Kristian akan balas dendam, tetapi mereka berkata, orang yang buat jenayah itu, kita mengampuninya," katanya sambil menambah usaha parti itu gagal.

Sekiranya cetus ketegangan atau keadaan yang tidak aman di Selangor maka Umno akan mengisytiharkan darurat, tambahnya.

Dengan memberi contoh pengalaman di Kelantan, apabila darurat berlaku pada tahun 1977 ketika negeri itu di bawah kerajaan PAS menyebabkan pengundi telah memilih BN pada tahun berikutnya sehingga pada tahun 1990.

Katanya, ini kerana pengundi tidak mahu mengalami peristiwa yang sama berulang di bawah kerajaan PAS tambahnya.

Chua yang juga bekas menteri kesihatan mendakwa kerajaan terutamanya Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi tekanan kepada akhbar Herald setelah penganut agama Kristian dikatakan cenderung menyokong Pakatan sebelum pilihan raya umum ke 12.

"Sebelum pilihan raya 2008, berlaku demonstrasi besar-besaran oleh BERSIH. Dan Herald menerbitkan di muka hadapan artikel dan gambar demonstrasi BERSIH.

Beliau mendakwa menteri ketika itu mengeluarkan surat serta tekanan kepada NGO supaya menariknya balik, maka Katolik tidak ada cara lain selain menuntutnya keadilan di mahkamah.

"Bukan Katolik yang debat isu ini, tetapi Umno yang serang isu ini," katanya.

"Perkataan itu sangat luas maksudnya, ia belum didefinasikan lagi," katanya sambil membawa contoh Dr Chua Jui Meng berkata kepadanya "May Allah Bless You".

"Apa patut saya jawab? Takkan saya nak kata, jangan cakap begitu, kamu hina Islam.

"Takkan saya nak kata, jangan guna Allah, guna perkataan Tuhan. Apakah saya perlu kata begitu atau saya akan buat laporan polis," katanya sambil disambut gelak ketawa hadirin.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi mengesa parti politik atau pemerintah mendefinasikan dahulu perkataan "menggunakan" dalam konteks bagaimana perkataan tersebut sebelum ia diaplikasikan.

Saturday, February 6, 2010

Tolong... Negeri Ku Muflis... Muhyiddin, Hissamuddin... Tolonglah Negeri Ku

Pencatat mengerti para pembaca dikalangan professional, ahli politik yang bijak, pegawai kerajaan yang cekap, sebahagian polis yang jujur dan rakyat yang prihatin.

Tolonglah negeri ku yang kaya raya ini dari terus muflis. GLC di negeri ku yang terhebat di asia. Tetapi pemimpin ku dikalangan UMNO-BN 'sengal' dalam segala aspek kecuali rasuah dan tiris harta negeri ku, Johor Darul Ta'zim.

Sultanku baru lepas mangkat, Menteri Besar ku... zapin, zapin dan zapin... aduhai sahdu di benak kalbu ku.

Cacilah aku, hina lah aku dan nyahkan catatan-catatan ku ini. Tetapi bacalah gurindam ku dibawah ini :

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2008, kecairan tunai (Liquidity Ratio) kerajaan Negeri Johor adalah rendah kerana jumlah Aset Semasa hanyalah berjumlah RM 201.53 juta (Tunai RM36.37 juta & Pelaburan RM165.16 juta) berbanding dengan Tanggungan Semasa yang berjumlah RM 943.54 juta. Dengan kata lain jumlah Aset Semasa tidak dapat menampung jumlah Tanggungan Semasa.

Bajet Negeri Johor lebih kurang RM 785 Juta setahun @ RM 65 Juta sebulan. Ini bermakna jika tiada pendapatan baru diterima maka jumlah Aset Semasa sebanyak RM 201.53 juta hanya membolehkan kerajaan Negeri Johor bertahan selama 3 bulan sahaja .

Keadaan kewangan kerajaan Negeri Johor tempoh 3 tahun berturut-turut adalah defesit iaitu perbelanjaan lebih banyak daripada pendapatan. Kekurangan atau defisit bajet adalah sebanyak RM2.04 juta (Bajet 2008), RM2.746 juta (Bajet 2009) dan RM1.5 juta (Bajet 2010).

Hutang kerajaan Negeri Johor kepada kerajaan Persekutuan meningkat 20.6% dari RM 841.13 juta (2007) kepada RM1,010 juta atau RM1.01 bilion (2008).

Hutang terkumpul Johor Corporation (JCorp) adalah berjumlah RM4.032 bilion. Pada tahun 2002, JCorp telah menerbitkan Bon (surat hutang) berjumlah RM4.032 bilion dengan kerajaan Johor sebagai penjaminnya. Tempoh matang bon-bon tersebut adalah pada 2007, 2009 dan 2012.

Dalam Sidang DUN Johor pada 8/9/2009, JCorp telah menebus bayar sebanyak RM393.76 juta (bon yang matang 2007) dan RM694.98 juta (bon yang matang 2009). Jumlah baki bon yang perlu ditebus pada 31 Julai, 2012 adalah RM 3.58 bilion.

Keuntungan sebelum Cukai JCorp adalah lebih kurang RM 600 juta setahun. Ini bermakna menjelang tahun 2012, adalah dijangkakan JCorp hanya mampu mengadakan sejumlah RM 1.5 bilion bagi menebus bayar bon. Bagaimanakah JCorp hendak menampung kekurangan sebanyak RM 2 bilion ?

Kerajaan Negeri Johor sebagai penjamin kepada bon-bon (surat hutang) yang dterbitkan oleh JCorp perlu membayar kekurangan berjumlah RM 2 bilion atau RM 2,000 juta tersebut pada tahun 2012.

Kegagalan kerajaan Negeri Johor membayar RM 2 bilion boleh menyebabkan Johor diisytiharkan "MUFLIS" pada tahun 2012.

Friday, February 5, 2010

Anwar Kini bergelar Hollow Man Malaysia

Maklumat yang pencatat perolehi bahawa pihak pendakwa tidak mempunyai rakaman video kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kondominium Desa Damansara pada 28hb. June 2008.

Pencatat dimaklumkan pada hari tersebut sistem cctv disitu berfungsi dengan baik.

Kemungkinan Anwar Ibrahim adalah Hollow Man dan tidak dapat dikesan oleh cctv.

Ataupun Anwar Ibrahim datang mengunakan helikopter tetapi tiada lapangan mendarat di bumbung kondominium tersebut.


Jika 3 Perdana Menteri begitu gerun dengan Anwar sehingga mengunakan segenap jentera untuk menumpaskan Anwar tetapi gagal.

Mungkin kerana beliau adalah Hollow Man Malaysia pertama. Ketangakasan Anwar tidak dapat dirakam.

Malah tidak ditayangkan di mahkamah agak membinggungkan.
Atau ada muslihat kenapa rakaman Anwar tidak ditayangkan. Anda pasti menantinya.

Jika anda ingin tahu, kita tunggu
The Hollow Man and Partners mengemukakan hujahnya nanti. Adakah ada kaitan dengan 16hb Setember 2008 ?

Thursday, February 4, 2010

Tahi Bertarikh 28hb June '08 Menjadi Saksi Saiful Diliwat

Mohd Zaiful Bukhari Azlan (insan mulia yang dianggap oleh Utusan Malaysia, TV3 dan UMNO) berkata beliau diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26hb. June 2008.

Pada jam 1.00, 28hb June 2008 Mohd Saiful ke Hospital Tawakal, malangnya doktor pakar dan jururawat dah balik kerana half day.

Dengan kesakitan didakwa diliwat Mohd. Saiful terus ke Hospital Pusrawi. Malang sekali lagi Mohd Saiful mendakwa Dr. Osman A. Hamid memberitahu hospital pakar tersebut tidak cukup peralatan.

Dalam menahan berak semalam 3 hari. Insan diliwat itu bergegas bersama Superintenden Jude Pereira ke Hospital Kuala Lumpur. Yes, Unit Rawatan Luar tidak half day.

Tetapi malang lagi Dr. Daniel sibuk minta penahan berak 3 hari itu ke Wad Kecemasan kerana kesakitan menahan berak.

Yehhh... akhirnya doktor di Wad Kecemasan Hospital Kuala Lumpur telah mengesan dilubang dubur Mohd. Saiful ada kesan air mani Anwar Ibrahim.

Mohd Saiful barulah boleh berak kerana ujian telah dijalankan. Jika Saiful berak sebelum itu, maka bukti air mani Anwar pasti ke lubang jamban bersama tahi-tahinya.

Mohd. Saiful bukan seorang , 7 pegum berwibawa yakin Saiful telah diliwat. Datuk Nordin Hassan ketua pendakwaan yakin anak guamannya diliwat secara.

Karpal Singh, Datuk Param Cumaraswany, S.N Nair, Ramkarpal Singh Deo, Datuk C.V. Prabharan, Marisa Regina Fernando dan M. Razlan Jalaluddin yang mewakili Anwar Ibrahim menunggu giliran dengan sabar untuk "meliwat" Mohd Saiful pula.

Nota : Contohi Saiful jika anda diliwat oleh Anwar Ibrahim. Usah berak selagi tidak ke hospital untuk doktor diambil kesan air mani. Nanti tahi anda akan mengecewakan anda.

Yes, Anwar Abrahim Liwat Saiful.... ?

Catatan rakan-rakan yang mengikuti perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim memperlihatkan ketika ini Mohd Saiful Bukhari telah menang 10-0.

Di kondominium itu Saiful menceritakan kepada hakim dan para peguam bagaimana diliwat. Ketika dikamar mahkamah Saiful begitu tangkas berhujah.

Diberitakan Anwar Ibrahim mencatat dengan air muka sinis terhadap penyataan Saiful. Pancatat pasti Anwar bukan sedang mereka skrip. Fakta dicatat dari hujah .

Biarlah sehingga petang tadi Saiful bagaikan menang 10-0. Jika esok Saiful mendakwa menang 20-0. Dan lusa 30-0 pula.

Perbicaraan masih diperingkat awal, sekitar 1% pembuktian. Jika Saiful rela duburnya diliwat dan Perdana Menteri sangat berminat. Ada kemungkinan juga malam tadi Saiful diliwat dek Mat Black.

Pembaca usah berdebar-debar kes liwat ini. Saiful sedang menendang penalti ke gawang tanpa penjaga gol dangan hanya berkaki ayam.

Kita nantikan Anwar pula menendang penalti dengan boot yang sama digunakan oleh Rolando.

Wednesday, February 3, 2010

1Malaysia Secara Rasmi Terkubur

Kenyataan rasis Datuk Nasir Safar, pegawai khas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan tanda kegagalan konsep dan pelaksanaan projek “1Malaysia” yang telah menelan berjuta-juta ringgit duit rakyat.

Haruslah jelas bahawa orang kanan Perdana Menteri itu telah mengeluarkan kenyataan tersebut dalam satu seminar “1Malaysia” di mana ianya merupakan satu program rasmi yang bertujuan untuk menerangkan konsep “1Malaysia”.

Adalah munasabah pihak penganjur menjemput Nasir untuk berucap dalam seminar tersebut atas nama pegawai khas kepada Perdana Menteri yang cukup layak untuk menjelaskan ide baru pentadbiran Najib itu.

Maka kenyataan rasis Nasir itu menunjukkan kegagalan pucuk pimpinan Barisan Nasional, khususnya Najib sendiri dalam menterjemahkan konsep “1Malaysia” ke dalam realiti masyarakat majmuk Malaysia.

Hari ini Najib terpaksa menerima hakikat bahawa orang kanannya sendiri pun tidak memahami ataupun bersetuju dengan konsep yang diwar-warkan olehnya sendiri, apatah lagi seluruh jentera pelaksana dan barisan pimpinan BN.

Hakikatnya konsep “1Malaysia” di dalam papan iklan, siaran radio dan televisyen, program indoktrinasi seperti seminar dan forum, dan papan tanda klinik kesihatan lebih bersifat kepentingan hiasan tingkap yang menghabiskan wang rakyat, dan bukannya kepentingan rakyat secara keseluruhan.

Kini Nasir telah melepaskan jawatannya bagi menjaga imej Perdana Menteri. Namun Parti Keadilan Rakyat yakin rakyat akan menyokong perubahan dasar yang sebenar sepertimana dilakukan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat, dan bukannya perubahan slogan yang kosong.


Dr Tan Yee Kiew
Ketua Penerangan Selangor
Parti Keadilan Rakyat


BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT

Zulkifli Nordin Ingin Robohkan Gereja Kuil Pula....

Pencatat meminjam kata-kata YB Zulkifli Nordin.

“Umum tahu, saya amat sayang dan hormati Anwar dan ini tidak pernah luntur....tetapi cinta saya kepada agama saya jauh melebihi segalanya dan ini saya tidak akan bertolark ansur.

Zulklifi mengakui juga dia masih merupakan ahli PAS dan diberi notis singkat bagi menggantikan pemimpin PKR Sheikh Azmi yang menghidap kencing manis untuk kerusi parlimen Kulim-Bandar Bharu.

Lawak seperti ini seperti yang pernah diluahkan bekas pemimpin PKR yang lepas seperti Ezam Mohd Noor dan rakan-rakannya. Skrip berbeza tetapi bunyinya sama.

Akhirnya mereka berkereta dan berumah mewah dan perut kian membuncit. Inilah perjuang hangat-hangat tahi ayam.

Bermadah jijik untuk menyertai UMNO-BN
.

Pencatat yakin marhaen dapat memahami niat tersembunyi dihati nurani Zulkifli.

Mungkin selepas ini Zulkifli ini akan menyewa jentolak untuk merobohkan kedai judi empat ekor dan gereja, kuil serta tokong pula.


Kepada YB Zulkifli Nordin, Romeo never die, Rosmah waiting you with love. Pencatat teringat lagu dendangan Shamsul Ghau-Ghau, "Selamat Jalan Romeo".

Tuesday, February 2, 2010

Datuk Nasir Keji Kaum Cina-India. Polis Terkedu

Pegawai khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar yang bermulut celupar telah menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia apabila beliau melabelkan kaum India dan Cina sebagai pendatang.

Nasir juga didakwa mengancam akan menarik balik kerakyatan mereka yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 matapelajaran sahaja untuk peperiksaan SPM kepada bukan melayu.

Maka kita mengerti kini mengapa ekonomi negara menjunam begitu teruk. Ia disebabkan Perdana Menteri mempunyai pembantu beridealogikan negitif dan perkauman.

Bukan sahaja Nasir perlu dipecat, beliau sewajarnya ditahan sebagai tahanan ISA kerana memecah belahkan kaum. Adalah wajar kaum selain melayu menyaman beliau.

Mengenai ISA, pencatat yakin Kementerian Dalam Negeri akan berdiam diri. Mungkin si bacul dari Semberong itu tidak akan mengambil tindakan.

Adakah Tan Sri Musa akan mengambil tindakan ? Ahh... KPN itu sudah dikenalpasti sebagai pembodek. Mana mampu Musa menangkap dan memenjarakan Nasir.

Isu ini memungkinkan Mahkamah Rayuan memangkan UMNO-BN dalam kes rayuan Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Malapetaka untuk UMNO-BN sudah pasti berlaku jika UMNO-BN kalah dalam kes tersebut.


Monday, February 1, 2010

Sana Sini Malapetaka Di Malaysia Tercinta

DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN

Pulau Pinang

Pecakaran yang dimulakan oleh Ahli Parlimen Bayan baru dari PKR amat mundukacitakan. Saluran mesyuarat dan perbincangan dari hati ke hati tidak dilakukan dengan sempurna.


Apakah dengan cetusan dimedia pro UMNO boleh membuahkan hasil. Moga Lim Guan Eng berhemah dalam menyelesaikannya.

Perak

Desas-desus Mahkamah Rayuan memangkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin membuatkan UMNO-BN menghuru-harakan isu perdana.

Dikhabarkan UMNO sangat berminat dengan isu kepala babi, bakar gereja-Surau dan kalimah Allah. Menang atau kalah Nizar, kita terus bertempur.


Selangor


Isu kepapaan Yayasan Basmi Kemiskinan memperlihatkan UMNO yang memerintah sebelum ini raja penipu. Wang banyak, tetapi enggan bayar cukai.

Seperti pilihanraya Kecil DUN Penanti.Sudah terdedah pekung baru mahu membayar hutang. Ibarat sudah mati baru mahu bertaubat. Allah itu Maha Kejam seksaanNya.


Melaka

Mahu berbakti kepada Khir Toyo dan berlakun juara rakyat. Sudah terlambat Ali Rustam


Kedah


Jika isu kandang babi, balak dan lainnya gagal memperbodohkan marhean. Kini sedang mencari-cari isu baru. Kini sedang menunggu.


Johor


Datuk Seri Utama Shahrir Abdul Samad menerima anugerah
di Wilayah Persekutuan. Tahniah Datuk Seri Utama...

Sehingga mangkatnya Sultan Johor, Bangida enggan mengitiraf beliau.
Terpaksalah beliau membeli pingat ditempat lain.

UMNO masih terkapai kapai untuk membayar segala kos pentadbiran negeri. Wang dibank hanya tinggal puluhan juta tetapi kos bulanan RM60 juta.

Negeri kaya tetapi bankrap.
Projek-projek majoritinya diselewengkan.

Pahang


Konyensyen Biro Felda Kebangsaan cuba diganggu-gugat. Segala penyeleweng Felda akan dibongkar. UMNO Pahang cuba menutup bangkai gajah dengan sehelai daun.

Kelantan


Tengku Razali Hamzah bukan menyeleweng dari landasan UMNO. Tetapi memperjuangkan hak rakyat. Beliau ditentang dihina kerana kebenaran.

UMNO. Dulu, kini dan selamanya bersikap seperti firaun. Syabas Tengku Razali.


Terengganu


Perkahabaran Tuanku Agong gering dan dirawat di luar negara, mendukacitakan sekelian rakyat. Moga Allah memberi afiat kepada Tuanku.

Roboh sana, roboh sini masih disembunyikan dengan cermat oleh UMNO-BN.Datuk Seri Hissamuddin Hussein mengawal UMNO Terangganu dengan pelbagai helah.


Si Joker (cerita Batman) ini memainkan kejahatannya di Terengganu setelah murid-murid sekolah dan kementerian pelajaran dijahamankan.


Perlis


Setelah ribuan ahli UMNO menyertai PKR. UMNO semakin malap. Isu Dr Asri menjuarai Perlis. Namun yang menariknya, Perlis masih dibayangi ketokohan Datuk Seri Shahidan Kassim.


Wilayah Persekutuan


Selamat Menyambut Hari Wilayah semalam. Penduduk ibu kota masih menunggu janji PM untuk membaiki rumah pangsa dan kemudahan awam.


YB Nurul Izzah lebih berpengaruh dari Datuk Bandar DBKL.
Layaknya Nurul Izzah menjadi Datuk Bandar.

Sarawak

Tahun ini bakal berlakunya pembubaran DUN Sarawak. Kerana mahu anak menjadi mewaris jawatan Ketua Menteri. Anaknya dipaksa meletakkan jawatan Timbalan Menteri.


Dilakukan kerana bimbang dipenjara kerana terlalu banyak penyelewengan dan ketirisan. Selama bersara Tan Sri....


Sabah


Terkenang kisah Datuk Abdul Rahman Dahlan ditahun awal 1990'an yang pernah berjawatan besar dengan syarikat broker haram di Menara Maybank. Ace Commercial Sdn Bhd.

Beliau bercita-cita tinggi mahu menjadi Ketua Menteri dan Menteri Pusat.

Sesiapa yang pernah ditipu syarikat komoditi antarabangsa haram tersebut boleh menghubungi atau menyaman beliau.


Beliau merupakan Pengurus Urusan disitu dizaman penipuan Ace Commercial.


Sunday, January 31, 2010

Biarkan 'Mereka' Melompat Ke UMNO

Azan Ismail, YB Indera Mahkota,
Zulkifli Noordin, YB Kulim Bandar Bahru
Datuk Seri Zahrain Hashim, YB Bayan Baru
Yusmadi Mohd Yusuff, YB Balik Pulau.

Semuanya pimpinan PKR. Dibicarakan oleh media internet didakwa menerima pelawaan serius untuk menyertai UMNO dan PCM.

Pencatat tidak menyalahkan UMNO-BN atau Datuk Jamaluddin Jarjis jika benar beliau memainkan peranan tersebut untuk mereka ini melompat-lompat.

Dalam PKR juga tidak kurang hebatnya. Rakan-rakan pun berperanan telah, sedang dan akan terus memujuk ahli UMNO-BN menyertai PKR.

Jika UMNO-PKR melakukan 'pujukan mesra'. Ia tidak bersalahan. Ia menjadi keji jika wang dan jawatan menjadi umpan untuk bertukar parti.

Juga menjadi kesalahan, rakan-rakan AMK tidak mengempur dan melipatkan usaha memujuk ahli UMNO-BN menyertai PKR untuk bersama membina negara wibawa.

Ribuan ahli PKR-PKN telah ke UMNO kerana kecewa dengan jawatan rendah, dirasuah dan mahu Anwar Ibrahim membelai mereka.

Namun PKR makin berpengaruh. Dan jutaan rakyat beralih arah mengundi PKR kerana yakin PKR-Pakatan Rakyat mampu membawa perubahan.

Jika benar diantara mereka mahu melompat kerana habuan. Biarkanlah, si-hipokit tidak boleh bersama kita dalam Pakatan Rakyat.

Friday, January 29, 2010

RM3.7 Billion Wang Peneroka Dilesapkan Felda ?

* Tiada hadiah tunai ratusan ribu.
* Tiada layanan VIP
* Tiada hindangan mewah

* Tiada pengadil dan pertandingan

* Tiada Stadium dan dewan hotel untuk berdiskusi

* Tiada karpet merah


Tidak seperti Hari Anugerah Belia Felda Negara, anjuran Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) saban tahun. Mewah dan penuh dengan pembaziran.

Itu yang pencatat gambarkan pada Konyensyen Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang bakal diadakan pada 24-25hb April 2010 di Selangor.


Mesyuarat ke-2 penyelarasan kerja yang berlangsung di ibu negara semalam adalah susulan yang pertama yang diadakan di Johor rabu lepas.

Kini peneroka generasi peneroka Felda seluruh negara dianggarkan lebih 3 juta orang.

Daripada 275 buah perkampungan Felda dan punyai 103,156 keluraga peneroka. Setiap satu keluarga kini berpurata 30 orang.


Tahukah anda setiap bulan seorang peneroka ditipu oleh pengurusan Felda Holding sekitar purata minium RM100.00.


Dianggarkan RM100 darap 12 bulan darap 30 tahun (purata menjadi peneroka) darap 103,156 peneroka bersamaan RM371 billion.

( RM 100 X 12 X 30 X 103,156 = RM 3,713,616,000.00 )


RM100.00 hanya hasil penipuan gred, pelbagai potongan yang lesap dan kelapa sawit muda yang ghaib.
Bagaimana pula ahli Felcra boleh memperolehi bonus sekitar RM3000-4000 bonus setahun.

Sedangkan peneroka hanya memperolehi RM300-400 sahaja setahun.
Bagaimana pula dengan wang caruman tanaman semula yang tidak mahu dikembalikan setelah peneroka tanam sendiri pokok sawit dan getah.

Bagaimana pula sekolah berasrama penuh untuk generasi peneroka majoritinya dihuni oleh pekerja Felda Holding.


Bagaiman pula MBFM yang tidak lagi berdaftar dan mengadakan mesyuarat agung sejak 10 tahun lepas berbelanja jutaan ringgit setahun atas bantuan Felda dan badan kerjaan.


Bagaimana pula purata 10 perkampungan Felda hanya terdapa 1 pondok atau balai polis.


Bagaimana pula setiap persatuan belia Felda kawasan menerima sunbangan yang tidak diketahui sumbernya memperoleh puluhan ribu setahun.

Untuk apa dan siapa pemberinya tidak direkodkan.
Puluhan kes lagi akan dikupas dalam Konyensen Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan kelak.

Thursday, January 28, 2010

UMNO DAN POLIS TERLIBAT DENGAN INSIDEN KEPALA BABI

KENYATAAN MEDIA
Tarikh: 29 Januari 2010


ANASIR DARI UMNO DAN POLIS TERLIBAT DENGAN INSIDEN KEPALA BABI?

Banyak pihak mengkritik Naib Presiden KEADILAN Azmin Ali mendedahkan bahawa beberapa anggota Umno terlibat dalam pembakaran sebuah gereja di Desa Melawati. Beliau akan mengumumkan nama mereka pada ketika yang sesuai. Mungkinkah kerana itu pihak Menteri Dalam Negeri dan polis tidak mahu memanggil beliau untuk siasatan?

Berikutan peristiwa kepala babi hutan diletakkan dekat masjid di Taman Datuk Harun dan Seri Sentosa pula didapati banyak perbualan mengenainya di kalangan orang ramai setempat. Sehubungan perbualan-perbualan di Taman Medan beberapa kesimpulan dapat dirumuskan, antaranya:

Pertama, kawasan di sekeliling masjid di Taman Medan itu didiami oleh orang Melayu dan tidak mungkin bagi seorang bukan Melayu yang dikenali atau tidak dikenali berani memasuki kawasan untuk membuat kerja buruk ini.

Kedua, kepala babi hutan itu dimasukkan dalam plastik dan diikat dengan tali, menunjukkan kemungkinan besar ia diletak dekat masjid oleh seorang atau lebih Muslim yang tidak mahu memegangnya kerana tahu ia dilarang dalam Islam.

Ketiga, ramai penduduk Taman Medan menganggap kerja ini mungkin dilakukan oleh beberapa orang extremis, termasuk ahli Umno, kerana mereka biasa dengan cara lama Umno ini untuk mengapikan kemarahan kaum.

Keempat, KPN Musa Hassan mengandaikan bahawa kepala babi itu mungkin dibeli dari restoran, dan ekoran dari andaian ini ramai penduduk mengesyaki ada anasir polis yang boleh jadi terlibat, kerana mereka saja – tidak orang biasa – yang boleh mendapatkan empat kepala babi hutan dari restoran sekaligus.

Saya menggesa pihak-pihak berkuasa menyiasat dengan segera dan teliti segala kesimpulan orang ramai ini sebelum ia merebak sebagai yang sebenarnya.


DR SYED HUSIN ALI
Timbalan Presiden KEADILAN

Boleh Dengar, Jangan Terlalu Yakin


Polis : Pemburu 'Si Kepala Babi', Ahhh Membodek Lagi..

Perbincangan di Astro Awani, rancangan Sudut Pandang diantara YB Nurul Izzah Anwar, Rizalman Mokhtar dan pengacara membuka minda penonton.

Perbincangan halatuju masakini dan keperhatinan masyarakat kota menemui pro dan kontra.

UMNO-BN masih bergelut untuk mengatasi masalah anakmuda kota walaupun sudah 52 tahun mendominasi.


Kelmarin juga perkhabaran dari rakan-rakan menyatakan mereka diganggu oleh para Inspektor Polis. Kononnya memantau keselamatan negara.

Persoalan pencatat, mengapa perlunya Polis yang dibayar gaji oleh pembayar cukai masih berkerja untuk UMNO-BN.

Adilkah Polis kerap menyibuk aktiviti PKR dan Pakatan Rakyat untuk melindungi kejahatan UMNO-BN ?.

Jika Polis menubuhkan pasukan pencari si pembuang kepala babi. Ia membanggakan.

Jika Polis menalipon hampir semua pimpinan AMK, ia agak keterlaluan dan menyalahgunakan amanah, tugas dan wang rakyat.
Untuk masa dan bil telefon.

Adalah lebih mulia kepada jika Inspektor menalipon para majikan restoran, kilang dan kontraktor. Adakah mereka mengajikan pekerja asing yang berpermit atau tidak.

Anda, para Inspektor Polis. Mengikut telunjuk Tan Sri Musa Hassan yang diketahui umum sebagai pembodek No. 1 UMNO-BN, perlukah anda ikut membodek untuk menambah paku dibahu.

Pembaca akan menilainya.

MAJLIS HI-TEA & DIALOG RAKYAT

1. Yang Berbahagia Tn Hj Mohamad Bin Sabu
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
2. Yang Berbahagia Prof Dato Mahfuz Mohamad
Pesuruhjaya PAS Negeri Johor
3. YB Ong Kow Meng
Ahli Dewan Undangan Negeri Senai (DAP)
4. Hj Abd Halim Hj Dawam
Wakil PKR Negeri Johor

Hari : SABTU 30 JANUARI 2010
Masa : 3.30 PM

Tempat : No. 33 Jalan Cenderamata, Kampung Kurnia.Kebun Teh, Johor Bahru
Kupon berharga RM 10 boleh didapati daripada En. Sidiqin Omar : 013-7056243

Wednesday, January 27, 2010

Minda Zulkifli Noordin, Untukmu.. Kepala Babi

Marhaen Johor pasti tidak kisah pasukan bolasepak Johor yang diterajui YB Dato' Aziz Sapian kalah kepada pasukan Selangor 6-0.

Dan biarlah UMNO jahamankan ekonomi Johor dan Malaysia. Isu Zulkifli Noodin dan kepala babi mesti dibicarakan.

UMNO-BN berjaya mendominasi minda agar isu bodoh memperbodohkan semua. Kita leka rakyat kian melarat.

Pendokong Pakatan Rakyat tersipu-sipu mengapa YB Zulkifli Noordin membuat laporan Polis .

Mungkin juga beliau mahu mengikut jejak Datuk Ibrahim Ali, Lokman dan Ezam Mohd Noor untuk menyertai UMNO.


Ada spekulasi konkrit Zulkifli Nordin mahu menyertai kelompok katak naugan parti keris .

Spekulasi lain mengatakan isu ini untuk pilihanraya di DUN Perak dan Sarawak. Pastinya hakim yang membenarkan 'Kalimah Allah" digunapakai oleh penganut katolik lena ditilam empuk.

Mungkin hakim tu pagi tadi berkata dalam hati, " pergi mampus kauorang la... yang penting aku dapat gaji hari ni ".

Nah.. "untukmu Rumah Allah kepala babi" . Pencatat seakan pasti ada gereja akan terbakar lagi. Itulah niat pembaling kepala babi terbabit.

Marilah mendirikan Sholat, marilah menuju kejayaan.

Tuesday, January 26, 2010

Surat Kejinya MB Johor Kepada UTHM


Kepada Y.Bhg. Prof.Dato' Dr.Mohd Noh Dalimin
Pejabat Naib Canselor UTHM
86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

Y.Bhg. Dato'
BAJET JENTERA ASPIRASI SEMPENA PILIHAN RAYA KAMPUS

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Sukacita dimaklumkan bahawa, Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor akan menyalurkan dana kewangan sebanyak RM20,000 kepada jentera penggerak Aspirasi UTHM, bagi memenangkan calon-calon Aspirasi yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kampus pada 28 Januari 2010 ini.

2. Terlebih dahulu, Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor ingin mengucapkan tahniah di atas kejayaan jentera Aspirasi menguasi kemenangan dalam pilihanraya kampus yang lepas. Kejayaan ini mesti diteruskan bagi memastikan penguasaan politik kampus dikuasai sepenuhnya oleh proksi Barisan Nasional di bawah jentera Aspirasi. 3.

Melalui bantuan dana ini. Badan Perhubungan UMNO Negeri berharap agar gerak kerja diperingkat jentera menjadi lebih lancar dan teratur bagi memastikan calon-calon Aspirasi mendapat kemenangan dalam apa jua keadaan sekalipun.

4. Kerjasama dan tindakan dari pihak Dato' amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

YB Dato' haji Abdul Ghani Othman
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor.


KENYATAAN ANGKATAN MUDA KEADILAN NEGERI JOHOR

Pilihanraya kampus semakin hangat berlangsung di seluruh tanah air tidak terkecuali Universiti Tun Hussein Onn Malaysia atau singkatannya UTHM. Pilihanraya kampus UTHM dicemari dengan campur tangan parti politik iaitu UMNO yang telah menyalahguna kuasa untuk menyalurkan dana kewangan kepada calon – calon Aspirasi.

Dengan itu, Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor menyenaraikan beberapa elemen penting yang perlu di ambil tindakan dengan terbuktinya surat ( seperti di lampirkan ) daripada Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor kepada Pejabat Naib Canselor iaitu:-

a. Kakitangan Universiti atau Staf iaitu Naib Canselor Prof. Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin telah melanggar Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) yang terlibat secara langsung dengan parti politik. Kementerian Pengajian Tinggi perlu mengambil tindakan secara serius kepada staf yang terlibat secara langsung dalam hal ini.

b. Calon – calon Aspirasi merupakan proksi kepada Barisan Nasional bagi mengekalkan kuasa politik mereka di dalam universiti.


c. Unsur – unsur rasuah mula di semai dalam kehidupan kampus dengan UMNO memberi peruntukan sebanyak RM 20,000.00 kepada jentera penggerak Aspirasi UTHM.

d. UMNO telah menyalahguna kuasa dengan mencampuri hal berkaitan pilihanraya kampus yang sepatutnya tidak berlaku.

e. Tindakan terdesak pihak UMNO ini jelas menunjukkan mereka semakin terasa akan terhakis di kalangan intelektual.

Oleh itu, dapat kita menilai kematangan pihak UMNO untuk berpolitik amatlah cetek.

Zabidie Abas
Ketua Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor

Monday, January 25, 2010

Minda Anwar Ibrahim Untuk " Kalimah Allah "




UMNO BIAYAI CALON ASPIRASI UTHM

Sekarang sedang berlangsung kempen Pilihanraya Kampus di UTHM.

Bagaikan tidak percaya bila seorang penuntut menyerahkan sepucuk surat yang datangnya daripada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor YB Dato` Haji Abdul Ghani Othman.


RM 20,000 akan disalurkan kepada Jentera Penggerak Aspirasi UTHM untuk memastikan kemenengan calon-calon Aspirasi.

Malah isi kandungan surat tersebut secara terangan mahu memastikan penguasaan politik kampus dikuasai sepenuhnya oleh proksi UMNO-BN di bawah jentera Aspirasi.

Berikut adalah isikandungan surat tersebut,

Kepada Y.Bhg. Prof.Dato' Dr.Mohd Noh Dalimin
Pejabat Naib Canselor UTHM
86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

Y.Bhg. Dato'
BAJET JENTERA ASPIRASI SEMPENA PILIHAN RAYA KAMPUS

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Sukacita dimaklumkan bahawa, Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor akan menyalurkan dana kewangan sebanyak RM20,000 kepada jentera penggerak Aspirasi UTHM, bagi memenangkan calon-calon Aspirasi yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kampus pada 28 Januari 2010 ini.

2. Terlebih dahulu, Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor ingin mengucapkan tahniah di atas kejayaan jentera Aspirasi menguasi kemenangan dalam pilihanraya kampus yang lepas. Kejayaan ini mesti diteruskan bagi memastukan penguasaan politik kampus dikuasai sepenuhnya oleh proksi Barisan Nasional di bawah jentera Aspirasi. 3.

Melalui bantuan dana ini. Badan Perhubungan UMNO Negeri berharap agar gerak kerja diperingkat jentera menjadi lebih lancar dan teratur bagi memastikan calon-calon Aspirasi mendapat kemenangan dalam apa jua keadaan sekalipun.

4. Kerjasama dan tindakan dari pihak Dato' amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

YB Dato' haji Abdul Ghani Othman
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor.

( ditaip semula 100% dari surat asal, Inshallah pencatat akan menyiarkan salin scan surat tersebut )


Sunday, January 24, 2010

Zulkifli Rela Masuk Perangkap Untuk Glamour

Kita adakalanya mual dengan telatah YB Zulkifli Noordin . Sejak kegemilangan Refomasi 1998 hingga hari ini. Media tanpa penat lelah menemubual MP Kulim-Bandar Bharu itu.

Dalam UMNO-BN mengatur langkah memerangkap Pakatan Rakyat. Zulkifli mengambil risiko dengan berani masuki perangkap UMNO.

Setakat ini bukan sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Zaid Ibrahim sahaja mengeluarkan kenyatan emosi. Beberapa blog pro PKR juga mengeluarkan nada yang sama.

Pencatat merasakan jika benar YB Zulkifli Noordin begitu sensitif mengenai Agama Islam banyak pekara lain yang perlu diambil perhatian.

Ketika ini banyak masjid surau kekurangan dana untuk dibina atau dibaiki. Jika mahu popualar rasanya Zulkifli perlu menjejaki Mawi menyertai Akedemik Fantasia.

Tanpa Anwar Ibrahim Progam Lesu

Pencatat melihat Datuk Seri Chua Jui Meng dan Ketua AMK Johor Bahru, Ishak Mohamad di Istana Bukit Serene dikala penghormatan terakhir terhadap Almarhum Sultan Johor.

Yang lain mungkin ada, tetapi pencatat tidak kelihatan disebalik ribuan rakyat jelata. Allahualambisaw.

Mungkin juga kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) mempunyai jadual ketat dan tidak hadir maka rakan-rakan lain tidak hadir. (hanya tanggapan pencatat)

Jika DSAI diberitakan hadir mungkin juga ramai pimpinan PKR berada diperkarangan Istana Bukit Serene. Kecintaan yang biasa diperlihatkan. Begitu juga dengan program-program lain.

Tidak dinafikan juga kursus pidato yang dianjurkan oleh Biro Aduan Rakyat dan Setiausaha MPNJ. Sepi dan malap.

Ianya dipandang sepi kerana tiada kelibat DSAI mewarnai program tersebut. DSAI adalah mentor, malah pemimpin ulung Malaysia.

DSAI juga seperti Almarhum Sultan Johor adalah berstatus manusia. Kita juga akan pergi bila ajal telah tiba.

Kursus pidato dan lain-lain program yang tanpa kehadirin DSAI sama juga pentingnya dengan program yang dihadiri DSAI. Maka tidak perlu tunggu DSAI untuk hadir program.

Anggaplah penceramah atau pemidato itu DSAI jika rakan-rakan rasa kecintaan kepada DSAI membaham jiwa.

Ayuh bersama gembling tenaga gempur penghianat bangsa UMNO-BN.

Friday, January 22, 2010

Lim Guan Eng Menunggu 'Pembunuh' Beng Hock

Adakah Teoh Beng Hock dibunuh, terbunuh atau bunuh diri, bekas pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) lebih mengetahui. Beliau telah meletak jawatan.

Dr. Pornthip Rajanasunand dan Ketua Menteri Pulalu Pinang, Lim Guan Eng sudah tentu mempunyai bukti dan fakta maka beliau berani menyatakan Beng Hock dibunuh.

Adalah memalukan pegawai SPRM dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana membuat laporan Polis terhadap Dr. Pornthip.

Pencatat berpendapat SPRM tidak perlu terburu-buru menutup bangkai gajah dengan sehelai daun. Laporan Polis untuk menutup kes tersebut membinasakan SPRM juga.

Walaupun ada yang mengatakan sipulan mempunyai rakaman cctv bagaimana Beng Teoh dibunuh, itu tidak mempengaruhi pencatat menyebelahi dua penama diatas.

Asasnya, siapa makan cili, pasti merasai kepedasannya. Jika SPRM terus berat sebelah dalam mencari penjenayah rasuah. Sudah tentu SPRM terus menerus dikecam.

Pencatat pernah menghadiri majlis perkahwin anak seorang pegawai SPRM di Skudai. Adulahai.... suasana mewah dimajlis tersebut. Seperti berada dimajlis keluarga koprat.

Sipulan hanya pegawai biasa. Suaminya pula hanya pencen sebagai pemandu sahaja. Allahualambisaw.

Jika terdapat pegawai SPRM menerima atau meminta habuan,(rasuah) siapa pula nak siasat dan mendakwanya? Poliskah, atau UMNOkah...? Anda sedia maklum.

Almarhum Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail



Sultan Johor Mangkat Jam 7.15 Malam

Pencatat menerima makluman dari pihak istana bahawa Tuanku Sultan Johor,DYMM Seri Paduka Baginda Almutawakkil Alallah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail telah mangkat jam 7.15 malam pada 22 Januari 2010.

Walaupun ianya desus-desus tentang kemangkatan baginda sejak awal pagi lagi.

Al Fatihah buat Almarhum, semoga rohnya berada bersama-sama orang beriman. Al Fatihah...

Thursday, January 21, 2010

Sultan Johor Mangkat ....

Pencatat menerima beberapa panggilan mengatakan Tuanku Sultan Johor,DYMM Seri Paduka Baginda Almutawakkil Alallah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail telah mangkat pada hari ini.

Namun sehingga catatan ini ditaip pencatat tidak dapat mengesahkannya. Terdapat juga wartawan daripada akhbar ternama menghubungi pencatat bertanyakan pekara ini.

Kebenarannya masih belum diumum dan disahkannya lagi oleh pihak istana.

Pencatat berharap pembaca usah terpengaruh dengan khabar angin yang bertiup kencang kini. Pencatat sentiasa mendoakan afiat terhadap Tuanku Sultan dan keluarga.

Tangan Ajaib Membenarkan Membakar Rumah Ibadat

Perkhabaran pembakaran khianat di sebuah surau di Muar dan lainnya sesautu yang tidak dapat dielakkan.

Apabila hakim memutuskan satu keputusan berbentuk provokasi, ia pasti mendatangkan permusuhan.


Sebelum keputusan hakim diputuskan, lumrahnya Ketua Hakim negara dimaklumkan. Semestinya Perdana Menteri mengetahuinya keputusan 'Kebenaran untuk mengunakan kalimah Allah'.

Adakah ia keputusan politik atau keputusan mahkamah. Anda boleh menilainya dangan waras.

Selepas ini tidak mustahil kejadian memusnakan rumah ibadat lain akan berlaku.

Pencatat mengeji semua bentuk perbuatan pembakaran surau dan gereja. ia tidak berhenti disini kerana tangan ajaib seperti sengaja membiarkan ini semua berlaku.

Pencatat juga mengutuk tindakan menteri dari Sembrong yang sering mengugut rakyat. Sewajarnya hakim dipanggil untuk menpercepatkan keputusan rayuan.

Ada pula menteri sekular yang membenarkan kalimah Allah boleh digunakan di P.Pinang, W. Persekutuan, Sabah dan Sarawak. Kenyataan melangkaui Raja-Raja dan hakim.

Ia merupakan kenyataan kebulur popualar yang tidak sepatutnya berlaku.

Wednesday, January 20, 2010

SPRM : Lipas Kondong Serbu Selangor

Hari ini Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat exco kerajaan negeri, YB Yaakob Sapari .

Tahniah kepada SPRM yang bertindak seperti lipas kodong bila melibatkan pimpinan dan Kerajaan Pakatan Rakyat. Walaupun tiada waran, mereka bagaikan sanggup tidur dipejabat Yaakob Sapari.

Pencatat diberitahu sebuan itu hanya melibatkan urusniaga pasir dan lawatan keluar negeri. Perkiraan pencatat mengenai puluhan kes curian pasir di zaman Datuk Seri Dr. Khir Toyo.

Mungkin juga SPRM takutkan Khir Toyo kerana menpunyai misai-janggut yang tajam dan banglow yang mewah ala-Bali.

Sebelum ini dikhabarkan SPRM memantau sebuah sekolah untuk pemilihan ketua kelas di sebuah sekolah di Damansara.

Tahukah anda, sehingga hari ini kes kehilangan jet F-5E tiada satupun siasatan dilakukan oleh SPRM. Rasanya pengarah SPRM takut dipecat oleh 'Big Mama' atau Datin Seri Rosmah Mansur.

Tuesday, January 19, 2010

Shahrir Samad Tokoh Johor UMNO Juara Rakyat

Peristiwa sahdu di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru. Puak hina dari kelompok Datuk Shahrir Abdul Samad, Ahli Parlimen dan juga Ketua Bahagian UMNO Johor Bahru.

Seorang ahli 'power' UMNO Bahagian Johor Bahru berkata kepada penduduk yang diarahkan berpindah kerana tapak rumah meraka akan diambil oleh kerana pembangunan.

Pakcik, pemaju bersetuju memberikan RM18,000.00. Oleh kerana UMNO telah banyak berjasa, RM3,000.00 diambil dari setiap penduduk sebagai saguhati kepada cawangan UMNO .

Jika pakcik tidak ambil sekarang, bulan depan kami akan ambil lagi RM1,000.00 dan setiap bulan lewat ambil RM1,000.00.
Jika pakcik ambil bulan depan duit pakcik tinggal RM14,000.00, begitulah seterusnya.

Maka lengkaplah sudah slogan UMNO Juara rakyat. Bagi UMNO menipu dan menjahamkan bangsa melayu adalah kewajiban yang perlu diteruskan.

Pencatat ingin mencabar pihak Polis dan SPRM untuk menyiasat dan mencari kesahihan pekara ini. Walaupun kita tahu jika melibatkan UMNO, pihak ini akan tertidur dengan lena.

Jika terdapat 300 penduduk yang dipindahkan maka RM900,000.00 bakal dilanunkan oleh UMNO Johor Bahru.

Menipu : Felda Mesti Bayar RM12 Juta

Panel tiga orang hakim yang diketuai oleh Tun Zaki Azmi, sebulat suara enggan membenarkan Felda membuat rayuan. Setelah menipu Felda perlu membayar kepada peneroka.

Felda Kemahang 3 dari Kelantan, Felda diarah membayar RM12 juta kerana menipu 354 peneroka sejak 1995.

Pencatat menyeru semua peneroka felda seluruh negara meneliti hasil gred sawit. Boleh dikatakan hampir semua kilang sawit milik felda menipu peneroka.

Bukti-bukti yang diperolehi sangat selas berlaku penipuan gred.

Rakan pencatat iaitu Wan Rohimi Wan Daud dan Yusfarizal Yusoff kini sedang menguruskan beberapa kes seumpanya yang melibatkan kes penipuan gred dan penipuan wang caruman.

Selain di Kelantan, di Johor melibatkan Gugusan Moakil dan Taib Andak. Beberapa kelompok peneroka lain sedang meneiti kes.

Di Sungai Sibul, Pengeli, Tenggaroh dan Kota Tinggi hanya menunggu masa untuk menfailkan saman terhadap Felda.

Begitu juga di Negeri Sembilan, perak dan Kedah. Pasukan peguam dengan kerjasama ANAK menunggu lampu hijau untuk kemukan saman terhadap Kumpulan Felda.

Sementara itu Hj. Suhaimi Said, Pengurusi Biro Felda PKR berkata di Pahang bakal belaku beberapa saman terhadap Felda. Beberapa fakta jelas telah dikenalpasti.

Monday, January 18, 2010

Mencari Anwar Ibrahim Didalam Lumpur....

Awang Selamat, Ku Seman Ku Hussain dan puluhan wartawan dan bloggers pecinta UMNO terpaksa mengondam Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi pujaan.

Malangnya mereka ini jika tidak menyebut nama Anwar Ibrahim dalam catatan mereka, maka artikel meraka bagai hidup segan, mati tidak mahu mahu.

Dalam mencari idea untuk mencari rezeki dalam setiap catatan. Pengarang pecinta UMNO terpaksa memerah idea untuk mencaci Anwar Ibrahim.

Bagi mereka jika tidak menyebut nama mentor negara dan dunia itu maka lebih baik mereka mati seperti mangsa gempa bumi di Haiti .

Pencatat menyentuh Awang Selamat dan Ku Seman Ku Hussain. Sahabat pena Anwar yang terhebat masakini.

Cintanya kepada Anwar Ibrahim begitu mendalam. Bagi beliau menyumpah seranah Anwar Ibrahim adalah fardu kifayah.

AWANG bukanlah ghairah untuk menulis tentang Anwar Ibrahim dalam ruangan ini. Tetapi Awang tiada pilihan kerana tidak dapat berkompromi dengan manipulasi ketua pembangkang itu - Awang Selamat- Mingguan Malaysia. 17 Januari 2010.

Semasa Anwar Ibrahim dipecat, Ku Seman Ku Hussain begitu bersemangat mengeji Anwar Ibrahim. Baginya mengeji Anwar ganjaran beroleh Surga Firdaus.

Jika anda menjenggah blog Gerakan Anti-PKR. Anda pasti akan berkata, " Anak siapa la ini ?". http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com

Pencatat tidak mencela pencinta UMNO tidak menilai peradapan. Namun seperti pimpinan UMNO-BN, untuk terkenal dan ucapan didengari wajib bagi mereka menyebut nama Anwar Ibrahim.

Anda menilainya komen pencatat....


Dakyah Sonsang Menjana Kemunduran Bangsa

Rakan-rakan yang baru berjinak-jinak ke alam perniagaan merasa kebinggungan dengan persekitaran ekonomi negara.

Walaupun dunia asik membicarakan gempa bumi di Haiti, akhbar harian berbahasa melayu menyibukkan diri membicarakan walhal Nik Abdul Aziz Nik Mat, Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Bagi editor Utusan Malaysia dan Berita Harian popualariti pemimpin Pakatan Rakyat lebih penting dari mentelaah ekonomi Malaysia yang dihentam gempa bumi.

Pertumbuhan ekonomi negara ditahap -6% suku tahun pertama, -4 % suku tahun kedua, +1% suku tahun ketiga dan dianggarkan hanya +3% pada suku tahun keempat.

Pokoknya rakan-rakan yang baru dialam perniagaan pasti melalui jalan sukar untuk merintis kejayaan. Tahun 2010 dibayangi perbelanjaan negara susut sekitar 40%.

Ia bermakna pengalaman ekonomi 2010 lebih berranjau untuk dilalui pada tahun ini. Diharapkan pagar, pagar makan padi. Oleh itu peniaga muda usah terpengaruh dengan dakyah songsang UMNO.

Teliti dan berwaspadalah dalam menjana perniagaan yang dilalui.

Sunday, January 17, 2010

Agama Yang Satu, Pak Menteri Kalam Kabut

Batuk-batuk yang dihadapai kian beransur pulih. Ahhh... rakan-rakn girang bertutur dipentas ceramah. Perlbagai isu dikupas. Semuanya berkisar masadepan negara yang semakin malap. UMNO pemusnah bangsa.

Agak cemburu tidak dapat memegang mikrophone. heheh...

Minggu lepas gamat di Kota Tinggi sebuah gereja disimbah cat. Gara-gara Si-Hakim tersasul membenarkan Kalimah Allah diguna pakai oleh penganut katolik.

Datuk Seri Nazri Aziz pula berkata, di Sabah dan Sarawak boleh digunakan oleh penganut ugama itu. Agak menjengkelkan kenyataan tersebut.

Isu dunggu yang dibicarakan, mahkamah masih menunggu hasil rayuan, pak menteri ini sudah melalut. Kebulur mahu bercakap dengan wartawan kiranya.

Pencatat mengingatkan rakan-rakan AMK Johor. Islam adalah agama terutuh, jika memilih ugama lain sebagai pegangan hidup. Tiada paksaan dalam beragama.

Namun keyakinan perlu jitu. Hak individu perlu berada dilandasan yang tepat. Semurni iman adalah keiklasan dan istiqamah ketika beribadat. Ayuh menyembah tuhan yang Maha Satu.

Friday, January 15, 2010

UMNO Juara Rakyat : Felda Bersifat Rejim Zionis

Saman yang difailkan oleh peneroka Felda Maokil, Labis Segamat, Johor bukannya bahan akedemik untuk tatap umum. Ia juga bukan mengugut Felda Holding.

Hak dan wang peneroka terus dimanupulasi untuk terus menjahamankan peneroka diseluruh negara.

Saman-saman lain akan menyusul innshallah, untuk menuntuk hak para peneroka yang terus ditiris dan diselewengkan.

Ketika ini semua pengurus tanah rancangan Felda terutama di Johor telah diarahkan ceramah dari Pakatan Rakyat terutama Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) dihalang.

Polis diberi lampu hijau untuk menghalang semua bentuk ceramah, perhimpuan dan perjumpaan. Begitu gentar Felda berhadapan dengan ANAK.

Kami tidak sedikit pun merasa gementar dengan perkhabaran tersebut. Demi memberi penerangan penipuan berskala besar oleh Kumpulan Felda, pencatat dan rakan-rakan pasti meneruskannya, innshaalah.

Berani kerana benar, takut kerana salah. Wang peneroka perlu dipulangkan semula. Apa guna Datuk Ahmad Maslan terus bersetongkol dengan penjenayah jika mahu menjadi Juara Rakyat.

Konyensyen Biro Felda PKR peringkat Kebangsaan nanti bakal merungkaikan isi-perut kejahatan Felda. Ayuh bersama menjayakannya.

Thursday, January 14, 2010

Malaysia Telah Berada Di Lembah Jahaman

UBS Invesment Research menyatakan Malaysia sebagai negara yang mengalami penurunan rizab antarabangsa paling teruk di rantau asia tahun 2009.

UBS memperincikan kewangan Malaysia jatuh menjunam berikutan pengaliran keluar modal asing secara drastik.

Pengaliran modal dari Malaysia memuncak hampir 50 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar bersamaan RM355 bilion pada kiraan nilai semasa.

Pelaburan asing sebanyak RM4.2 bilion bagi tempoh Januari - Mei 2009. Manakala di zaman Pak Lah tidur RM46 bilion bagi tahun 2008.

Sebelum ini kita ditipu mengenai kenyataan akhbar pelbagai menteri bahawa puluhan pakej pelaburan asing yang bernilai ratusan billion sepanjang 2009.

Ianya sekadar propanganda UMNO-BN agar kita terleka. Namun apa yang mengerikan rizab Malaysia hampir pupus sama sekali. Ia lebih baik dari dari Thailand , Mongolia, Sri Lanka dan semua negara asia lain.

Fakta kebangsatan UMNO-BN merosakkan negara :

June 2007 : Kehilangan enjin jet F-5E dengan pengetahuan menteri pertahanan Datuk Seri Najib Razak
Ogos 2008 : Barulah Najib Razak arah untuk buat laporan Polis.
Disember 2009 : Peguam negara pulangkan dokumen siasatan Polis yang tiada fakta jelas.
05 Januari 2010 : Suspek hanya direman. Pencuri masih tidak diketahui ?.
13 Januari 2010 : UMNO Juara Rakyat.

Wednesday, January 13, 2010

Pabila Mat Jenin Jadi Perdana Menteri

Pabila Datuk Seri Najib Razak mengumumkan sumbangan RM500,000.00 kepada disebuah gereja katolik, para hadirin bersorak gembira. Tersenyum Datuk Seri Hissamuddin disisi.

Dalam hati Hissamuddin mungkin berkata, "nasib kau la labu... ke longkang la jawabnya...".

Penonton dilokasi tersebut lupa bahawa Najib Razak pakar penglipurlara dan menabur janji.

Semasa Pilihanraya Kecil di Permatang Pauh setiap masjid dan surau dijanjikan puluhan ribu setiapnya. Malangnya sehingga hari ini melopong.

Jika rumah Allah ditipu, adakah rumah ibadat ugama lain ditepati janji. Anda akan menilainya sendiri.

Peneroka, penduduk kampung dan rumah pangsa begitu juga. Janji juta sana, juta sini. Semuanya melopong. Malah tidak tahu malu terus menerus menipu rakyat.

Marhaen tidak lupa di Kuala Lumpur sendiri Najib telah berjanji memperbaiki rumah pangsa dan menjanjikan bantuan. Hasilnya, permata-berlian Rosmah Mansur yang bertambah-tambah.

Beranikah anda mencabar Najib Razak untuk istiharkan jumlah dan nilai permata-berlian Rosmah Mansur kepada umum. Jika berlaku, Perdana Menteri pasti menipu angka dan nilai tersebut.

Felda Terus Menipu Bangsa Peneroka

Felcra Berhad diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini membayar pampasan RM6.4 juta kepada 38 peserta Felcra Tebing Runtuh, Gelang Patah setelah agensi itu didapati melanggar perjanjian.

Ingin menipu anak bangsa tetapi tidak kesampaian.

Pencatat pasti jika peneroka menyaman Felda. Angka ringgit yang perlu dibayar oleh Felda mencecah billion.

Sejak tahun lepas Felda bertali-arus menabur janji kepada peneroka Felda dan generasi.

Malah Majlis Belia Felda Malaysia( MBFM) pertubuhan tidak didaftarkan sah digunakan untuk memujuk generasi peneroka agar tidak menuntut hak peneroka.


Saban hari Menteri berkaitan dan Lembaga Pengarah Felda kian galak menabur janji dan memberi gula-gula kepada peneroka dan generasi.

Adakah ia berbaloi dengan penipuan gred minyak sawit diseluruh negara selama puluhan tahun dan menutup pekong dengan memberi pinjaman tanpa faedah kepada anak peneroka.

Sehingga hari ini wang tabungan taman semula, Felda masih enggan memulangkan kepada peneroka yang sudah taman dengan wang sendiri. Jumlahnya mencecah juta ringgit di seluruh negara.

Tahukah anda, sesiapa yang mahu meminta wang itu semua dicap sebagai penderhaka kepada Felda.


Tuesday, January 12, 2010

Hissamuddin Kemaruk Laksana ISA

Kementerian Dalam Negeri akan mengambil tindakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim jika beliau sengaja menggunakan isu agama dan perkauman berhubung insiden serangan ke atas gereja.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jika terdapat bukti dan laporan bahawa Anwar atau pihak-pihak tertentu sengaja menggunakan isu tersebut, Anwar akan dikenakan tindakan tegas.

"Isu-isu berkait agama dan perkauman besar risikonya, tetapi kita menanganinya dengan bertemu untuk berinteraksi dengan pihak berkepentingan iaitu pengurusan gereja, bukan untuk melaga-lagakan tetapi tenangkan keadaan supaya kita stabil."

Ulasan pencatat :

Siapa pernah lihat muka penjahat Joker dalam filem Batman ?

Monday, January 11, 2010

Dulu, Kini & Selamanya... UMNO Tetap Juara.....

Kini berkumandang pula UMNO JUARA RAKYAT. Semestinya marhaen telah tahu Umno juara dulu, kini dan selamanya...juara menipu rakyat.

Lihat sahaja di setiap kali perhimpunan agung UMNO. Dengan kereta mewah, perut yang buncit dan kehulu-ke hilir membawa beg berisi profil syarikat.

UMNO juara tiris harta rakyat.

Oleh kerana tahun 2010, bajet perbelanjaan negara menguncup sekitar 30% dari 2009. MIC, MCA, PPP, GERAKAN dan lainnya akan bersaing merebut kontrak dan projek kerajaan pusat.

UMNO Juara Rakyat adalah isitlah semuanya kontak-projek UMNO yang punya. Parti kompenen Barisan Nasional pasti gigit jari.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membayangkan kempen 1Malaysia memang masuk longkang. Maka terpaksa mencari platfom lain untuk mencari popuariti.

UMNO Juara Rakyat dipalu kerana beliau yakin 1Malaysia idea tahun 60'an, baru beberapa bulan dicanangkan rakyat makin meluat dan tiada sambutan kecuali murid-murid sekolah.

Sunday, January 10, 2010

UMNO Mengharapkan YB Dato' Zainal Mati Cepat

UMNO bagaikan sedang meraikan Majlis Tahlil di Parlimen Hulu Selangor walaupun Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad masih lagi bernyawa.

Sejak kebelakangan ini bersilih ganti menteri-menteri UMNO telah mengadakan majlis-majlis tahlil tersebut. Pelbagai janji telah dilontarkan.

Ianya berlaku kerana kesihatan Ahli Parlimen (MP) tersebut dikatakan begitu tenat. Tidak keterlaluan jika pencatat mengatakan pemimpin UMNO mengharapkan Dr. Zainal Abidin mati awal.

Pencatat dimaklumkan setiap cawangan UMNO di Hulu Selangor telah mengerakkan jentera mencari undi. Pengundi mula dijanjikan pelbagai hadiah.

Malah UMNO Selangor telah memberi isyarat kepada Bahagian-Bahagian lain agar menyerang di Hulu Selangor. Seperti mengharapkan MP tersebut mati sekarang juga.

Pencatat juga mendoakan ADUN Kempas, YB Dato' Osman Sapian agar cepat sembuh dan penyakit yang dihadapi.



Datang Cemerlang , Perginya Meninggalkan Nama

Pencatat mengucapkan selamat maju jaya kepada Dato’ Salehuddin Hashim yang telahpun meletakkan jawatan hujung minggu lepas.

Mewakili warga AMK Johor, tentunya kami amat merindui beliau. Ketegasan dan ketangkasan beliau semasa menjawat Setiausaha Agung sentiasa menjadi inpirasi.

Pencatat mendoakan kejayaan dikesempatan ini dan salam penghargaan kepada Dato’ Salehuddin Hashim yang telah berkhidmat cemerlang selama 6 tahun bersama PKR.

Jasamu dikenang dan terima kasih Dato' Salehuddin Hashim.

Friday, January 8, 2010

Malaysia Punyai PM Terbodoh Dalam Sejarah

Selepas detik 09 januari 2010, rasmi sudah perkarangan Masjid Negara telah diambil alih oleh ahli, puak, kuncu, balaci, kaum-kerabat, pembodek dan juak UMNO.

Kegemilangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat untuk mengadakan demontrasi disitu mungkin perlu memikirkan lokasi lain.

Namun stuasi sangat jauh berbeza. Kehadiran puluhan ribu orang dengan sekitar 500-1000 orang sahaja demontrasi anjuran UMNO.

Perlu diingat, UMNO-BN sengaja memainkan isu kalimah Allah untuk menutup isu ketirisan, rasuah dan pelbagai jenayah UMNO-BN.

Tahun 2009 negara mencatat pertumbuhan ekonomi sekitar negitif 2-4%. Terburuk selepas Merdeka. Terburuk di Asean.Terburuk negara pengeluar petrolium, getah dan minyak sawit. Terburuk diantara negara membangun.

Malangnya Timur Leste mencatat pertumbuhan ekonomi lebih baik dari Malaysia.


Ia bermaksud Perdana Menteri sekarang bukannya sekadar terburuk tetapi terbodoh sejak Merdeka.

Perlukah anda menyokong UMNO-BN lagi atau anda tidak setuju jika pencatat mencadangkan pertukaran kerajaan perlu dilakukan sekarang ?

Hissammuddin Si Pirahhhh.... Mulut Busuk

ISA... ISA... ISA.... itu sahajalah yang boleh Datuk Seri Hissammuddin Hussein bercakap di media. Tidak henti-henti mengugut rakyat.

Semua pekara melibatkan bantahan umum atau pertelagahan, mahu disumbatkan ke ISA.

Mungkin juga beliau telah dimakan sumpah keris yang diusungnya semasa menjadi Ketua Pemuda UMNO dahulu.


Pantang Melayu dicabar konon. Lihat sahaja pemimpin UMNO di Bahagian Semberong. Anda boleh menilainya sendiri harta dan kemewahan mereka.

Pencatat mengimbaskan kembali jasa-jasa Hissammuddin semasa menjawat Menteri Pelajaran . Keputusan pelajar merundum, jenayah pelajar meningkat mendadak dan menipu mengenai yuran percuma.

Wajarnya Hisammuddin rakyat Malaysia yang sepatutnya masukkan ISA. Merosakkan anak bangsa. Tersembur-sembur bercakap dihadapan media, hasilnya anak bangsa porak-peranda.

ISA.... ISA... ISA... puluhan kali dah kita dengar. Cakap tetapi tidak buat, ianya boleh disebut.... "pirahhhhh Hissamuddin, berpakaian kemas tetapi mulut berbau busuk" .

Selain mengugut, tiada cara lainkah untuk menyelasaikan masalah bangsa, agama dan negara ?

Thursday, January 7, 2010

Saiful Bukhari Mencari Peliwat VVIP

Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu membawa kes liwat ke Mahkamah Syariah.

Namun Mohd Saiful Bukhari Azlan dan Datuk Jamil Khir Baharom, Menteri Jabatan Perdana Menteri bertegas mahu dibicarakan di mahkamah sivil.


Tiada bukti perubatan yang pasti bagi mencadangkan berlakunya penetrasi ke dalam dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan, inilah yang diberitahu di Mahkamah Tinggi pada 22 November 2009.

Pencatat hairan mengapa Saiful Bukhari sanggup bersumpah di dalam rumah Allah sedang enggan dibicarakan di Mahkamah Syariah. Apakah motif Saiful Bukhari ?

Jika Saiful tergamak teringin memenjarakan Anwar Ibrahim ke penjara dengan habuan lumayan.

Pencatat cadangkan ada baiknya Saiful Bukhari memasukkan anak batu lesung ke duburnya.
Atau masukkan besi cerucuk sebelum pemerisaan doktor.

Dengan itu ada bukti kemasukkan objek keras ke lubang duburnya. Bak kata pepatah, " alang mandi biar basah".

UMNO : Hari Ini Dalam Sejarah

Hari ini khabarnya UMNO Selangor, PEKIDA, PERKASA dan NGO pro-UMNO telah bersiap sedia mahu mengambil alih perkarangan Masjid Negera untuk melakukan demontrasi.

Pencatat membayangkan Ezam Mohd Noor, Lokman Noor Adam dan mantan pimpinan PKN-PKR akan berada disana. Mungkin juga Khairi Jamaluddin dan Khair Toyo akan menyertainya.

Peristiwa yang amat pencatat nanti-nantikan pada hari ini. Terbayang diminda pencatat pelbagai sepanduk dan laungan mereka.

Pencatat membayangkan sekitar 10,000 orang akan hadir. Jika ia berlaku ia kejayaan besar, jika sekitar 500-1000 orang maka UMNO kena lakukan post-mortem.

Setiausaha Agung PKR Letak Jawatan

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Datuk Salehuddin Hashim hari Khamis meletak jawatan sebagai setiausaha agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi menumpukan perhatian terhadap bidang kerjayanya.

Bagaimanapun, beliau, yang mengambilalih jawatan tersebut daripada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khlaid Ibrahim, pada Mac 2008, kekal sebagai anggota biasa dalam part itu.

"Cukuplah enam tahun saya aktif dalam parti, lagi pun saya nampak ada orang lain ang lebih berkebolehan dan lagi pandai untuk menggantikan saya," katanya kepada Bernama di sini.

Salehuddin berkata surat perletakan jawatan sudah pun dihantar kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali pada pukul 5 petang tadi.

Katanya beliau ingin menumpukan sepenuh perhatian dalam bidang perundingan pengurusan minyak dan gas di Amerika Syarikat.

Salehuddin mula menyertai PKR pada 2004 sebagai setiausaha pengelola sebelum dilantik menjadi setiausaha agung.

Wednesday, January 6, 2010

UMNO Kini Hero Di Masjid Negara

Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Razak memberi lampu hijau agar perhimpunan anti- Herlard dilakukan di Masjid Negara esok.

Manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menghalang namun mempertikaikannya.

Selepas sholat jumaat. Maka ada baiknya Najib Razak juga mengarahkan FRU, Polis Simpanan, Polis Trafik dan semua warga Polis berkampung di Masjid Negara.

Pencatat dimaklumkan oleh rakan bahawa mungkin penyokong Pakatan Rakyat juga akan berada disana, esok.

Bukan bersama-sama mereka untuk tunjuk perasaan tetapi untuk catatan blog-blog mereka.

Namun pencatat dimaklumkan bahawa mungkin esok petang akan hujan. Nasihat pencatat kepada pencacai UMNO, Sedia Payung Sebelum Hujan.

Selamat berdemontrasi teman-teman UMNO, tanpamu siapalah Najib Razak.

Negara Rugi, Rakyat Menjerit Di Tepi Jalan

Marhaen tersipu-sipu dengan Jabatan Peguam Negara yang makin hilang kreabiliti dengan ratusan peristiwa hitam yang menyelubungi negara.

Adakah mereka makan gaji buta atau negara tiada pasukan professional ?. Diantara dua pekara yang pencatat ingin bicarakankan.

Pertama. Kehilangan Pulau Batu Putih kepada Singapura.
Kedua. Pengunaan nama Allah oleh majalah aliran katolik.

Ratusan kes lain yang melibatkan UMNO-BN diperap begitu sahaja oleh Jabatan Peguam Negara. Adakah ini fitnah ? Anda lebih arif.

Pencatat merasakan, bukan salah peguamcara Herlard menyatakan hak . Tetapi dimana pasukan professional JAKIM, Jabatan Perdana Menteri dan badan berkaitan mengenai Islam mempertahankan hak nama Allah.

Begitu juga dengan kehilangan Pulau Batu Putih. Jika mereka menyediakan fakta lengkap, cekap berhujah dan mempunyai pasukan peguam yang mantap. Dua pekara ini tidak akan berlaku.

Pulau Batu Putih pasti kekal menjadi hak negara. Pastinya isu Allah ini hanya bertujuan mengalihkan perhatian marhaen untuk tidak membicarakan ekonomi negara yang diambang muflis.

Hasilnya negara rugi dan rakyat diperbodohkan. Adakah anda setuju dengan komen pencatat ?

Tuesday, January 5, 2010

Datuk Muhammad Mustaffa Idrus Meliwat ?

Gambar kanan adalah isteri keempat Ahli Jawatankuasa Umno bahagian Tasek Gelugor, Datuk Muhammad Mustaffa Idrus. Namanya Mastura Bakar.

Pengakuan Mastura di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan :

“Dia (suami) suka paksa saya untuk tidur dengannya dan apabila saya enggan berbuat demikian, dia mengasari saya termasuk pernah meliwat saya.

“Jadi, sebab itu saya tertekan dan ingin memohon cerai fasakh dengannya. Bukan itu sahaja, dia juga pernah memukul, menampar dan menendang saya sebanyak tujuh hingga lapan kali apabila mempunyai masalah dan apabila saya bertanya tentang hubungannya dengan wanita lain.

“Apabila saya melarikan diri dari rumah, dia akan pecahkan barang-barang dan pernah melanggar saya dengan kereta sekali,” katanya pada perbicaraan kes tuntutan cerai fasakh terhadap suaminya itu.

Perosalan utama, dimanakah si-hero Tan Sri Musa Hassan dan Abdul Ghani Patail yang paling menyibuk kes liwat.

Pembaca mungkin lebih maklum tugas si pembodek untuk kekal berpangkat dan mengharap gaji lumayan.

Pengarang Akhbar PKR Disiasat

Seperti Lipas Kodong Polis memanggil pengarang Suara Keadilan apabila pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat laporan Polis beberapa hari lepas.

Ia tidak lain hanyalah bermotifkan politik. Ingin memberi tekanan maksimum kepada pendokong Pakatan Rakyat.

Pencatat merasakan Polis usah gusar. Kes di mahkamah sedang berlansung, sudah tentu tindakan pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand yang melaporkannya mempunyai fakta jelas.

Terlalu banyak laporan Polis yang dilakukan oleh rakan-rakan Pakatan Rakyat . Terdapat ada yang langsung tiada tindakan.

Sampai bila Polis mahu meranapkan ekonomi dan maruah negara dengan menyembuyikan kejahatan dan rompakan yang dilakukan pemimpin UMNO dan Barisan Nasinoal.

Saban hari Polis dan SPRM memperuntukkan pegawai yang besar hanya untuk menyiasat dan menakut-takutkan pemimpin Pakatan Rakyat. Sampai bila Polis dan SPRM perlu berpura-pura.

Monday, January 4, 2010

2010 : Malaysia Ke Lembah Jahanam

Semua koran dan media melayu kini tertumpu isu majalah mingguan Herald mengenai keputusan mahkamah mengenai perkataan Allah.

Pencuri enjin jet F-5E entah kemana perginya. Kementerian Dalam Negeri dan ketua Polis Negara masih tersipu-sipu malu mahu menangkap mereka yang terlibat.

Dua tahun dan menyiasat tetapi masih buntu dan tidak berani mengambil tindakan. Datuk Seri Hissamuddin, Ahli parlimen Semberong yang sebelum yang dikenali kaki sembang tidak berani berbuat apa-apa.

Jika diharapkan Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Abdul Ghani Patail, negara akan musnah dalam tahun 2010.

Tidak mustahil jika ada pimpinan UMNO berkata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hissamuddin sedang berkompromi ingin merebut tahta Perdana Menteri.

Sememangnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu dijatuhkan dengan apa juga cara. Negara kini diambang muflis dan huru-hara.

Mengharapkan popualar dan makan gaji buta dengan slogan 1Malaysia. Selain itu apa yang mampu mereka berdua lakukan ?

Saturday, January 2, 2010

Peneroka Kahang Timur Mahu Gempur BN - Felda

Kelmarin kehadiran Pencatat, Setiausaha MPNJ dan rakan-rakan dinantikan oleh kumpulan lebih 30 peneroka dan generasi peneroka Felda Kahang Timur.

Dengan tegas mereka menyatakan tidak tahan lagi dengan pelbagai pembohongan dan ketirisan yang dilakukan oleh Felda Holding dan Felda Plantation.

Mereka mendesak agak pengurusan Felda berhenti manupulasi hasil sawit dan pengurusan kewangan-caruman peneroka.

Dengan keyakinan tinggi terhadap PKR, meraka telah berjaya menubuhkan Ranting PKR Kahang Timur, Cabang Sembrong.

Iltizam mereka untuk bersama-sama Biro Felda dan ANAK untuk memperjuangkan hak meraka dan peneroka keseluruhannya.

Mencari Bencana Dari Allah S.W.T

Pengunaan nama Allah dalam agama Islam diketahui umum diseluruh dunia.

Tujunan mengembangkan dakwah Kristian dengan meminjam nama Allah adalah bertentangan.

Pencatat menegaskan bahawa tidak perlu mengunakan nama Allah untuk agama selain Islam. Ia hanya mengelirukan penganut Kristian itu sendiri.

Hala-tuju dalam pengibadan perlu jelas. Jesus tetap Jusus ,dan tidak mungkin menjadi Allah S.W.T. God alih bahasanya adalah Tuhan dan bukannya Allah.

Maksud Tiada paksaan dalam agama bukan bermaksud boleh sewewangnya dalam pengibadan dan sebagainya.

Dalam Islam nama tuhan tidak sesekali melibatkan nama tuhan ugama lain. Jika pencabulan ini sekadar mencari popuariti, pastinya bala bencana dari Allah S.W.T pasti hadir.

Hari Penghukuman bagi pelaku dosa . Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Thursday, December 31, 2009

Orang Tertua Di Malaysia Menyertai PKR

PKR Johor dengan kerjasama erat Cabang Sekijang telah menerima keahlian ahli tertua iaitu Chin Fong yang lahir pada 28hb. Disember 1909.

Beliau telah menyerah borang keahliannya pada hari ulangtahun kelahirannya yang ke 101 tahun beberapa hari lepas.

PKR Sekijang bersama-sama keluarga Chin Fong meraikan sambutan tersebut.

Pengalaman sejak zaman dijajah British, Jepun dan awal Merdeka sehingga sekarang mendorong beliau menyertai Pakatan Rakyat terutama PKR.

Penyertaan beliau melambangkan negara perlu ditukar pemerintahan. UMNO-BN sudah tidak lagi relevan bagi semua dan negara.

Editor Utusan Malaysia Merapu

Hari ini jika pembaca membaca Utusan Malaysia(UM), kita ketahui tahap pendidikan editor koran tersebut. Diketahui umum ekonomi negara merundum negetif 2-4 % untuk tahun 2009.

Bagaimana pula editor UM mencatatkan "Bangkit Lebih Ampuh - PM". Sedangkan negara menghadapi krisis ekonomi terburuk sejak Merdeka.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0101pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Pencatat berkira sepatutnya Bangkit Dari Rebah atau Bangkit Dari Parah.

Jika Datuk Seri Najib Razak berkata bahawa ekonomi negara dalam keadaan sangat baik. Beliau sememangnya diketahui umum mempunyai pelbagai jenayah politik, jenayah bersekala billion dan tidak mahir mentadbir negara.

Pencatat merasa sempati kepada Utusan Malaysia, saban hari menipu fakta kepada pembaca demi mencari rezeki dan menyara keluarga. Hasilnya rakyat terperdaya dan melarat.

Wednesday, December 30, 2009

Musa Hassan, Pelakon Terbaik Negara

Buat apa lagi Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan terus bersandiwara mengenai kehilangan dua enjin jet F-5E tahun 2007.

Membodek sudah ditahap maksimum dan negara kian hancur.

Kita dimaklumkan , Jabatan Peguam Negara mengembalikan semula kertas siasatan kes berkenaan kepada Polis kerana siasatan seperti melepas batuk ditangga.

Itulah jasa Tan Sri Musa Hassan kepada negara, meranapkan harta negara dan sering berpura-pura dihadapan media. Adalah lebih baik letak jawatan jika tidak tahu buat kertas siasatan.

Jika kertas siasatan tidak tahu buat bagaimana pula ingin menangkap penjenayah. Maka kita pasti pertumbuhan ekonomi negara pada tahap negetif kerana Polis lebih berminat menjaga ceramah Pakatan Rakyat dan membiarkan UMNO-BN merompak harta rakyat.

Kita akan saksikan Kementerian Pertahanan, Polis dan Jabatan Peguam Negara meneruskan sandiwara ini.