20100130

RM3.7 Billion Wang Peneroka Dilesapkan Felda ?

* Tiada hadiah tunai ratusan ribu.
* Tiada layanan VIP
* Tiada hindangan mewah

* Tiada pengadil dan pertandingan

* Tiada Stadium dan dewan hotel untuk berdiskusi

* Tiada karpet merah


Tidak seperti Hari Anugerah Belia Felda Negara, anjuran Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) saban tahun. Mewah dan penuh dengan pembaziran.

Itu yang pencatat gambarkan pada Konyensyen Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang bakal diadakan pada 24-25hb April 2010 di Selangor.


Mesyuarat ke-2 penyelarasan kerja yang berlangsung di ibu negara semalam adalah susulan yang pertama yang diadakan di Johor rabu lepas.

Kini peneroka generasi peneroka Felda seluruh negara dianggarkan lebih 3 juta orang.

Daripada 275 buah perkampungan Felda dan punyai 103,156 keluraga peneroka. Setiap satu keluarga kini berpurata 30 orang.


Tahukah anda setiap bulan seorang peneroka ditipu oleh pengurusan Felda Holding sekitar purata minium RM100.00.


Dianggarkan RM100 darap 12 bulan darap 30 tahun (purata menjadi peneroka) darap 103,156 peneroka bersamaan RM371 billion.

( RM 100 X 12 X 30 X 103,156 = RM 3,713,616,000.00 )


RM100.00 hanya hasil penipuan gred, pelbagai potongan yang lesap dan kelapa sawit muda yang ghaib.
Bagaimana pula ahli Felcra boleh memperolehi bonus sekitar RM3000-4000 bonus setahun.

Sedangkan peneroka hanya memperolehi RM300-400 sahaja setahun.
Bagaimana pula dengan wang caruman tanaman semula yang tidak mahu dikembalikan setelah peneroka tanam sendiri pokok sawit dan getah.

Bagaimana pula sekolah berasrama penuh untuk generasi peneroka majoritinya dihuni oleh pekerja Felda Holding.


Bagaiman pula MBFM yang tidak lagi berdaftar dan mengadakan mesyuarat agung sejak 10 tahun lepas berbelanja jutaan ringgit setahun atas bantuan Felda dan badan kerjaan.


Bagaimana pula purata 10 perkampungan Felda hanya terdapa 1 pondok atau balai polis.


Bagaimana pula setiap persatuan belia Felda kawasan menerima sunbangan yang tidak diketahui sumbernya memperoleh puluhan ribu setahun.

Untuk apa dan siapa pemberinya tidak direkodkan.
Puluhan kes lagi akan dikupas dalam Konyensen Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan kelak.

20100129

UMNO DAN POLIS TERLIBAT DENGAN INSIDEN KEPALA BABI

KENYATAAN MEDIA
Tarikh: 29 Januari 2010


ANASIR DARI UMNO DAN POLIS TERLIBAT DENGAN INSIDEN KEPALA BABI?

Banyak pihak mengkritik Naib Presiden KEADILAN Azmin Ali mendedahkan bahawa beberapa anggota Umno terlibat dalam pembakaran sebuah gereja di Desa Melawati. Beliau akan mengumumkan nama mereka pada ketika yang sesuai. Mungkinkah kerana itu pihak Menteri Dalam Negeri dan polis tidak mahu memanggil beliau untuk siasatan?

Berikutan peristiwa kepala babi hutan diletakkan dekat masjid di Taman Datuk Harun dan Seri Sentosa pula didapati banyak perbualan mengenainya di kalangan orang ramai setempat. Sehubungan perbualan-perbualan di Taman Medan beberapa kesimpulan dapat dirumuskan, antaranya:

Pertama, kawasan di sekeliling masjid di Taman Medan itu didiami oleh orang Melayu dan tidak mungkin bagi seorang bukan Melayu yang dikenali atau tidak dikenali berani memasuki kawasan untuk membuat kerja buruk ini.

Kedua, kepala babi hutan itu dimasukkan dalam plastik dan diikat dengan tali, menunjukkan kemungkinan besar ia diletak dekat masjid oleh seorang atau lebih Muslim yang tidak mahu memegangnya kerana tahu ia dilarang dalam Islam.

Ketiga, ramai penduduk Taman Medan menganggap kerja ini mungkin dilakukan oleh beberapa orang extremis, termasuk ahli Umno, kerana mereka biasa dengan cara lama Umno ini untuk mengapikan kemarahan kaum.

Keempat, KPN Musa Hassan mengandaikan bahawa kepala babi itu mungkin dibeli dari restoran, dan ekoran dari andaian ini ramai penduduk mengesyaki ada anasir polis yang boleh jadi terlibat, kerana mereka saja – tidak orang biasa – yang boleh mendapatkan empat kepala babi hutan dari restoran sekaligus.

Saya menggesa pihak-pihak berkuasa menyiasat dengan segera dan teliti segala kesimpulan orang ramai ini sebelum ia merebak sebagai yang sebenarnya.


DR SYED HUSIN ALI
Timbalan Presiden KEADILAN


Boleh Dengar, Jangan Terlalu Yakin


Polis : Pemburu 'Si Kepala Babi', Ahhh Membodek Lagi..

Perbincangan di Astro Awani, rancangan Sudut Pandang diantara YB Nurul Izzah Anwar, Rizalman Mokhtar dan pengacara membuka minda penonton.

Perbincangan halatuju masakini dan keperhatinan masyarakat kota menemui pro dan kontra.

UMNO-BN masih bergelut untuk mengatasi masalah anakmuda kota walaupun sudah 52 tahun mendominasi.


Kelmarin juga perkhabaran dari rakan-rakan menyatakan mereka diganggu oleh para Inspektor Polis. Kononnya memantau keselamatan negara.

Persoalan pencatat, mengapa perlunya Polis yang dibayar gaji oleh pembayar cukai masih berkerja untuk UMNO-BN.

Adilkah Polis kerap menyibuk aktiviti PKR dan Pakatan Rakyat untuk melindungi kejahatan UMNO-BN ?.

Jika Polis menubuhkan pasukan pencari si pembuang kepala babi. Ia membanggakan.

Jika Polis menalipon hampir semua pimpinan AMK, ia agak keterlaluan dan menyalahgunakan amanah, tugas dan wang rakyat.
Untuk masa dan bil telefon.

Adalah lebih mulia kepada jika Inspektor menalipon para majikan restoran, kilang dan kontraktor. Adakah mereka mengajikan pekerja asing yang berpermit atau tidak.

Anda, para Inspektor Polis. Mengikut telunjuk Tan Sri Musa Hassan yang diketahui umum sebagai pembodek No. 1 UMNO-BN, perlukah anda ikut membodek untuk menambah paku dibahu.

Pembaca akan menilainya.

20100128

MAJLIS HI-TEA & DIALOG RAKYAT

1. Yang Berbahagia Tn Hj Mohamad Bin Sabu
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
2. Yang Berbahagia Prof Dato Mahfuz Mohamad
Pesuruhjaya PAS Negeri Johor
3. YB Ong Kow Meng
Ahli Dewan Undangan Negeri Senai (DAP)
4. Hj Abd Halim Hj Dawam
Wakil PKR Negeri Johor

Hari : SABTU 30 JANUARI 2010
Masa : 3.30 PM

Tempat : No. 33 Jalan Cenderamata, Kampung Kurnia.Kebun Teh, Johor Bahru
Kupon berharga RM 10 boleh didapati daripada En. Sidiqin Omar : 013-7056243

Minda Zulkifli Noordin, Untukmu.. Kepala Babi

Marhaen Johor pasti tidak kisah pasukan bolasepak Johor yang diterajui YB Dato' Aziz Sapian kalah kepada pasukan Selangor 6-0.

Dan biarlah UMNO jahamankan ekonomi Johor dan Malaysia. Isu Zulkifli Noodin dan kepala babi mesti dibicarakan.

UMNO-BN berjaya mendominasi minda agar isu bodoh memperbodohkan semua. Kita leka rakyat kian melarat.

Pendokong Pakatan Rakyat tersipu-sipu mengapa YB Zulkifli Noordin membuat laporan Polis .

Mungkin juga beliau mahu mengikut jejak Datuk Ibrahim Ali, Lokman dan Ezam Mohd Noor untuk menyertai UMNO.


Ada spekulasi konkrit Zulkifli Nordin mahu menyertai kelompok katak naugan parti keris .

Spekulasi lain mengatakan isu ini untuk pilihanraya di DUN Perak dan Sarawak. Pastinya hakim yang membenarkan 'Kalimah Allah" digunapakai oleh penganut katolik lena ditilam empuk.

Mungkin hakim tu pagi tadi berkata dalam hati, " pergi mampus kauorang la... yang penting aku dapat gaji hari ni ".

Nah.. "untukmu Rumah Allah kepala babi" . Pencatat seakan pasti ada gereja akan terbakar lagi. Itulah niat pembaling kepala babi terbabit.

Marilah mendirikan Sholat, marilah menuju kejayaan.

20100127

Surat Kejinya MB Johor Kepada UTHM


Kepada Y.Bhg. Prof.Dato' Dr.Mohd Noh Dalimin
Pejabat Naib Canselor UTHM
86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

Y.Bhg. Dato'
BAJET JENTERA ASPIRASI SEMPENA PILIHAN RAYA KAMPUS

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Sukacita dimaklumkan bahawa, Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor akan menyalurkan dana kewangan sebanyak RM20,000 kepada jentera penggerak Aspirasi UTHM, bagi memenangkan calon-calon Aspirasi yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kampus pada 28 Januari 2010 ini.

2. Terlebih dahulu, Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor ingin mengucapkan tahniah di atas kejayaan jentera Aspirasi menguasi kemenangan dalam pilihanraya kampus yang lepas. Kejayaan ini mesti diteruskan bagi memastikan penguasaan politik kampus dikuasai sepenuhnya oleh proksi Barisan Nasional di bawah jentera Aspirasi. 3.

Melalui bantuan dana ini. Badan Perhubungan UMNO Negeri berharap agar gerak kerja diperingkat jentera menjadi lebih lancar dan teratur bagi memastikan calon-calon Aspirasi mendapat kemenangan dalam apa jua keadaan sekalipun.

4. Kerjasama dan tindakan dari pihak Dato' amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

YB Dato' haji Abdul Ghani Othman
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor.

KENYATAAN ANGKATAN MUDA KEADILAN NEGERI JOHOR

Pilihanraya kampus semakin hangat berlangsung di seluruh tanah air tidak terkecuali Universiti Tun Hussein Onn Malaysia atau singkatannya UTHM. Pilihanraya kampus UTHM dicemari dengan campur tangan parti politik iaitu UMNO yang telah menyalahguna kuasa untuk menyalurkan dana kewangan kepada calon – calon Aspirasi.

Dengan itu, Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor menyenaraikan beberapa elemen penting yang perlu di ambil tindakan dengan terbuktinya surat ( seperti di lampirkan ) daripada Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor kepada Pejabat Naib Canselor iaitu:-

a. Kakitangan Universiti atau Staf iaitu Naib Canselor Prof. Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin telah melanggar Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) yang terlibat secara langsung dengan parti politik. Kementerian Pengajian Tinggi perlu mengambil tindakan secara serius kepada staf yang terlibat secara langsung dalam hal ini.

b. Calon – calon Aspirasi merupakan proksi kepada Barisan Nasional bagi mengekalkan kuasa politik mereka di dalam universiti.


c. Unsur – unsur rasuah mula di semai dalam kehidupan kampus dengan UMNO memberi peruntukan sebanyak RM 20,000.00 kepada jentera penggerak Aspirasi UTHM.

d. UMNO telah menyalahguna kuasa dengan mencampuri hal berkaitan pilihanraya kampus yang sepatutnya tidak berlaku.

e. Tindakan terdesak pihak UMNO ini jelas menunjukkan mereka semakin terasa akan terhakis di kalangan intelektual.

Oleh itu, dapat kita menilai kematangan pihak UMNO untuk berpolitik amatlah cetek.

Zabidie Abas
Ketua Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor

20100125

UMNO BIAYAI CALON ASPIRASI UTHM

Sekarang sedang berlangsung kempen Pilihanraya Kampus di UTHM.

Bagaikan tidak percaya bila seorang penuntut menyerahkan sepucuk surat yang datangnya daripada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor YB Dato` Haji Abdul Ghani Othman.


RM 20,000 akan disalurkan kepada Jentera Penggerak Aspirasi UTHM untuk memastikan kemenengan calon-calon Aspirasi.

Malah isi kandungan surat tersebut secara terangan mahu memastikan penguasaan politik kampus dikuasai sepenuhnya oleh proksi UMNO-BN di bawah jentera Aspirasi.

Berikut adalah isikandungan surat tersebut,

Kepada Y.Bhg. Prof.Dato' Dr.Mohd Noh Dalimin
Pejabat Naib Canselor UTHM
86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

Y.Bhg. Dato'
BAJET JENTERA ASPIRASI SEMPENA PILIHAN RAYA KAMPUS

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Sukacita dimaklumkan bahawa, Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor akan menyalurkan dana kewangan sebanyak RM20,000 kepada jentera penggerak Aspirasi UTHM, bagi memenangkan calon-calon Aspirasi yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kampus pada 28 Januari 2010 ini.

2. Terlebih dahulu, Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor ingin mengucapkan tahniah di atas kejayaan jentera Aspirasi menguasi kemenangan dalam pilihanraya kampus yang lepas. Kejayaan ini mesti diteruskan bagi memastukan penguasaan politik kampus dikuasai sepenuhnya oleh proksi Barisan Nasional di bawah jentera Aspirasi. 3.

Melalui bantuan dana ini. Badan Perhubungan UMNO Negeri berharap agar gerak kerja diperingkat jentera menjadi lebih lancar dan teratur bagi memastikan calon-calon Aspirasi mendapat kemenangan dalam apa jua keadaan sekalipun.

4. Kerjasama dan tindakan dari pihak Dato' amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

YB Dato' haji Abdul Ghani Othman
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor.

( ditaip semula 100% dari surat asal, Inshallah pencatat akan menyiarkan salin scan surat tersebut )


Zulkifli Rela Masuk Perangkap Untuk Glamour

Kita adakalanya mual dengan telatah YB Zulkifli Noordin . Sejak kegemilangan Refomasi 1998 hingga hari ini. Media tanpa penat lelah menemubual MP Kulim-Bandar Bharu itu.

Dalam UMNO-BN mengatur langkah memerangkap Pakatan Rakyat. Zulkifli mengambil risiko dengan berani masuki perangkap UMNO.

Setakat ini bukan sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Zaid Ibrahim sahaja mengeluarkan kenyatan emosi. Beberapa blog pro PKR juga mengeluarkan nada yang sama.

Pencatat merasakan jika benar YB Zulkifli Noordin begitu sensitif mengenai Agama Islam banyak pekara lain yang perlu diambil perhatian.

Ketika ini banyak masjid surau kekurangan dana untuk dibina atau dibaiki. Jika mahu popualar rasanya Zulkifli perlu menjejaki Mawi menyertai Akedemik Fantasia.

Tanpa Anwar Ibrahim Progam Lesu

Pencatat melihat Datuk Seri Chua Jui Meng dan Ketua AMK Johor Bahru, Ishak Mohamad di Istana Bukit Serene dikala penghormatan terakhir terhadap Almarhum Sultan Johor.

Yang lain mungkin ada, tetapi pencatat tidak kelihatan disebalik ribuan rakyat jelata. Allahualambisaw.

Mungkin juga kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) mempunyai jadual ketat dan tidak hadir maka rakan-rakan lain tidak hadir. (hanya tanggapan pencatat)

Jika DSAI diberitakan hadir mungkin juga ramai pimpinan PKR berada diperkarangan Istana Bukit Serene. Kecintaan yang biasa diperlihatkan. Begitu juga dengan program-program lain.

Tidak dinafikan juga kursus pidato yang dianjurkan oleh Biro Aduan Rakyat dan Setiausaha MPNJ. Sepi dan malap.

Ianya dipandang sepi kerana tiada kelibat DSAI mewarnai program tersebut. DSAI adalah mentor, malah pemimpin ulung Malaysia.

DSAI juga seperti Almarhum Sultan Johor adalah berstatus manusia. Kita juga akan pergi bila ajal telah tiba.

Kursus pidato dan lain-lain program yang tanpa kehadirin DSAI sama juga pentingnya dengan program yang dihadiri DSAI. Maka tidak perlu tunggu DSAI untuk hadir program.

Anggaplah penceramah atau pemidato itu DSAI jika rakan-rakan rasa kecintaan kepada DSAI membaham jiwa.

Ayuh bersama gembling tenaga gempur penghianat bangsa UMNO-BN.

20100123

Lim Guan Eng Menunggu 'Pembunuh' Beng Hock

Adakah Teoh Beng Hock dibunuh, terbunuh atau bunuh diri, bekas pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) lebih mengetahui. Beliau telah meletak jawatan.

Dr. Pornthip Rajanasunand dan Ketua Menteri Pulalu Pinang, Lim Guan Eng sudah tentu mempunyai bukti dan fakta maka beliau berani menyatakan Beng Hock dibunuh.

Adalah memalukan pegawai SPRM dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana membuat laporan Polis terhadap Dr. Pornthip.

Pencatat berpendapat SPRM tidak perlu terburu-buru menutup bangkai gajah dengan sehelai daun. Laporan Polis untuk menutup kes tersebut membinasakan SPRM juga.

Walaupun ada yang mengatakan sipulan mempunyai rakaman cctv bagaimana Beng Teoh dibunuh, itu tidak mempengaruhi pencatat menyebelahi dua penama diatas.

Asasnya, siapa makan cili, pasti merasai kepedasannya. Jika SPRM terus berat sebelah dalam mencari penjenayah rasuah. Sudah tentu SPRM terus menerus dikecam.

Pencatat pernah menghadiri majlis perkahwin anak seorang pegawai SPRM di Skudai. Adulahai.... suasana mewah dimajlis tersebut. Seperti berada dimajlis keluarga koprat.

Sipulan hanya pegawai biasa. Suaminya pula hanya pencen sebagai pemandu sahaja. Allahualambisaw.

Jika terdapat pegawai SPRM menerima atau meminta habuan,(rasuah) siapa pula nak siasat dan mendakwanya? Poliskah, atau UMNOkah...? Anda sedia maklum.

Almarhum Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail

Sultan Johor Mangkat Jam 7.15 Malam

Pencatat menerima makluman dari pihak istana bahawa Tuanku Sultan Johor,DYMM Seri Paduka Baginda Almutawakkil Alallah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail telah mangkat jam 7.15 malam pada 22 Januari 2010.

Walaupun ianya desus-desus tentang kemangkatan baginda sejak awal pagi lagi.

Al Fatihah buat Almarhum, semoga rohnya berada bersama-sama orang beriman. Al Fatihah...


20100122

Sultan Johor Mangkat ....

Pencatat menerima beberapa panggilan mengatakan Tuanku Sultan Johor,DYMM Seri Paduka Baginda Almutawakkil Alallah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail telah mangkat pada hari ini.

Namun sehingga catatan ini ditaip pencatat tidak dapat mengesahkannya. Terdapat juga wartawan daripada akhbar ternama menghubungi pencatat bertanyakan pekara ini.

Kebenarannya masih belum diumum dan disahkannya lagi oleh pihak istana.

Pencatat berharap pembaca usah terpengaruh dengan khabar angin yang bertiup kencang kini. Pencatat sentiasa mendoakan afiat terhadap Tuanku Sultan dan keluarga.

Tangan Ajaib Membenarkan Membakar Rumah Ibadat

Perkhabaran pembakaran khianat di sebuah surau di Muar dan lainnya sesautu yang tidak dapat dielakkan.

Apabila hakim memutuskan satu keputusan berbentuk provokasi, ia pasti mendatangkan permusuhan.


Sebelum keputusan hakim diputuskan, lumrahnya Ketua Hakim negara dimaklumkan. Semestinya Perdana Menteri mengetahuinya keputusan 'Kebenaran untuk mengunakan kalimah Allah'.

Adakah ia keputusan politik atau keputusan mahkamah. Anda boleh menilainya dangan waras.

Selepas ini tidak mustahil kejadian memusnakan rumah ibadat lain akan berlaku.

Pencatat mengeji semua bentuk perbuatan pembakaran surau dan gereja. ia tidak berhenti disini kerana tangan ajaib seperti sengaja membiarkan ini semua berlaku.

Pencatat juga mengutuk tindakan menteri dari Sembrong yang sering mengugut rakyat. Sewajarnya hakim dipanggil untuk menpercepatkan keputusan rayuan.

Ada pula menteri sekular yang membenarkan kalimah Allah boleh digunakan di P.Pinang, W. Persekutuan, Sabah dan Sarawak. Kenyataan melangkaui Raja-Raja dan hakim.

Ia merupakan kenyataan kebulur popualar yang tidak sepatutnya berlaku.

20100120

SPRM : Lipas Kondong Serbu Selangor

Hari ini Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat exco kerajaan negeri, YB Yaakob Sapari .

Tahniah kepada SPRM yang bertindak seperti lipas kodong bila melibatkan pimpinan dan Kerajaan Pakatan Rakyat. Walaupun tiada waran, mereka bagaikan sanggup tidur dipejabat Yaakob Sapari.

Pencatat diberitahu sebuan itu hanya melibatkan urusniaga pasir dan lawatan keluar negeri. Perkiraan pencatat mengenai puluhan kes curian pasir di zaman Datuk Seri Dr. Khir Toyo.

Mungkin juga SPRM takutkan Khir Toyo kerana menpunyai misai-janggut yang tajam dan banglow yang mewah ala-Bali.

Sebelum ini dikhabarkan SPRM memantau sebuah sekolah untuk pemilihan ketua kelas di sebuah sekolah di Damansara.

Tahukah anda, sehingga hari ini kes kehilangan jet F-5E tiada satupun siasatan dilakukan oleh SPRM. Rasanya pengarah SPRM takut dipecat oleh 'Big Mama' atau Datin Seri Rosmah Mansur.

Shahrir Samad Tokoh Johor UMNO Juara Rakyat

Peristiwa sahdu di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru. Puak hina dari kelompok Datuk Shahrir Abdul Samad, Ahli Parlimen dan juga Ketua Bahagian UMNO Johor Bahru.

Seorang ahli 'power' UMNO Bahagian Johor Bahru berkata kepada penduduk yang diarahkan berpindah kerana tapak rumah meraka akan diambil oleh kerana pembangunan.

Pakcik, pemaju bersetuju memberikan RM18,000.00. Oleh kerana UMNO telah banyak berjasa, RM3,000.00 diambil dari setiap penduduk sebagai saguhati kepada cawangan UMNO .

Jika pakcik tidak ambil sekarang, bulan depan kami akan ambil lagi RM1,000.00 dan setiap bulan lewat ambil RM1,000.00.
Jika pakcik ambil bulan depan duit pakcik tinggal RM14,000.00, begitulah seterusnya.

Maka lengkaplah sudah slogan UMNO Juara rakyat. Bagi UMNO menipu dan menjahamkan bangsa melayu adalah kewajiban yang perlu diteruskan.

Pencatat ingin mencabar pihak Polis dan SPRM untuk menyiasat dan mencari kesahihan pekara ini. Walaupun kita tahu jika melibatkan UMNO, pihak ini akan tertidur dengan lena.

Jika terdapat 300 penduduk yang dipindahkan maka RM900,000.00 bakal dilanunkan oleh UMNO Johor Bahru.

20100119

Menipu : Felda Mesti Bayar RM12 Juta

Panel tiga orang hakim yang diketuai oleh Tun Zaki Azmi, sebulat suara enggan membenarkan Felda membuat rayuan. Setelah menipu Felda perlu membayar kepada peneroka.

Felda Kemahang 3 dari Kelantan, Felda diarah membayar RM12 juta kerana menipu 354 peneroka sejak 1995.

Pencatat menyeru semua peneroka felda seluruh negara meneliti hasil gred sawit. Boleh dikatakan hampir semua kilang sawit milik felda menipu peneroka.

Bukti-bukti yang diperolehi sangat selas berlaku penipuan gred.

Rakan pencatat iaitu Wan Rohimi Wan Daud dan Yusfarizal Yusoff kini sedang menguruskan beberapa kes seumpanya yang melibatkan kes penipuan gred dan penipuan wang caruman.

Selain di Kelantan, di Johor melibatkan Gugusan Moakil dan Taib Andak. Beberapa kelompok peneroka lain sedang meneiti kes.

Di Sungai Sibul, Pengeli, Tenggaroh dan Kota Tinggi hanya menunggu masa untuk menfailkan saman terhadap Felda.

Begitu juga di Negeri Sembilan, perak dan Kedah. Pasukan peguam dengan kerjasama ANAK menunggu lampu hijau untuk kemukan saman terhadap Kumpulan Felda.

Sementara itu Hj. Suhaimi Said, Pengurusi Biro Felda PKR berkata di Pahang bakal belaku beberapa saman terhadap Felda. Beberapa fakta jelas telah dikenalpasti.

Mencari Anwar Ibrahim Didalam Lumpur....

Awang Selamat, Ku Seman Ku Hussain dan puluhan wartawan dan bloggers pecinta UMNO terpaksa mengondam Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi pujaan.

Malangnya mereka ini jika tidak menyebut nama Anwar Ibrahim dalam catatan mereka, maka artikel meraka bagai hidup segan, mati tidak mahu mahu.

Dalam mencari idea untuk mencari rezeki dalam setiap catatan. Pengarang pecinta UMNO terpaksa memerah idea untuk mencaci Anwar Ibrahim.

Bagi mereka jika tidak menyebut nama mentor negara dan dunia itu maka lebih baik mereka mati seperti mangsa gempa bumi di Haiti .

Pencatat menyentuh Awang Selamat dan Ku Seman Ku Hussain. Sahabat pena Anwar yang terhebat masakini.

Cintanya kepada Anwar Ibrahim begitu mendalam. Bagi beliau menyumpah seranah Anwar Ibrahim adalah fardu kifayah.

AWANG bukanlah ghairah untuk menulis tentang Anwar Ibrahim dalam ruangan ini. Tetapi Awang tiada pilihan kerana tidak dapat berkompromi dengan manipulasi ketua pembangkang itu - Awang Selamat- Mingguan Malaysia. 17 Januari 2010.

Semasa Anwar Ibrahim dipecat, Ku Seman Ku Hussain begitu bersemangat mengeji Anwar Ibrahim. Baginya mengeji Anwar ganjaran beroleh Surga Firdaus.

Jika anda menjenggah blog Gerakan Anti-PKR. Anda pasti akan berkata, " Anak siapa la ini ?". http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com

Pencatat tidak mencela pencinta UMNO tidak menilai peradapan. Namun seperti pimpinan UMNO-BN, untuk terkenal dan ucapan didengari wajib bagi mereka menyebut nama Anwar Ibrahim.

Anda menilainya komen pencatat....

20100118

Dakyah Sonsang Menjana Kemunduran Bangsa

Rakan-rakan yang baru berjinak-jinak ke alam perniagaan merasa kebinggungan dengan persekitaran ekonomi negara.

Walaupun dunia asik membicarakan gempa bumi di Haiti, akhbar harian berbahasa melayu menyibukkan diri membicarakan walhal Nik Abdul Aziz Nik Mat, Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Bagi editor Utusan Malaysia dan Berita Harian popualariti pemimpin Pakatan Rakyat lebih penting dari mentelaah ekonomi Malaysia yang dihentam gempa bumi.

Pertumbuhan ekonomi negara ditahap -6% suku tahun pertama, -4 % suku tahun kedua, +1% suku tahun ketiga dan dianggarkan hanya +3% pada suku tahun keempat.

Pokoknya rakan-rakan yang baru dialam perniagaan pasti melalui jalan sukar untuk merintis kejayaan. Tahun 2010 dibayangi perbelanjaan negara susut sekitar 40%.

Ia bermakna pengalaman ekonomi 2010 lebih berranjau untuk dilalui pada tahun ini. Diharapkan pagar, pagar makan padi. Oleh itu peniaga muda usah terpengaruh dengan dakyah songsang UMNO.

Teliti dan berwaspadalah dalam menjana perniagaan yang dilalui.

20100117

Agama Yang Satu, Pak Menteri Kalam Kabut

Batuk-batuk yang dihadapai kian beransur pulih. Ahhh... rakan-rakn girang bertutur dipentas ceramah. Perlbagai isu dikupas. Semuanya berkisar masadepan negara yang semakin malap. UMNO pemusnah bangsa.

Agak cemburu tidak dapat memegang mikrophone. heheh...

Minggu lepas gamat di Kota Tinggi sebuah gereja disimbah cat. Gara-gara Si-Hakim tersasul membenarkan Kalimah Allah diguna pakai oleh penganut katolik.

Datuk Seri Nazri Aziz pula berkata, di Sabah dan Sarawak boleh digunakan oleh penganut ugama itu. Agak menjengkelkan kenyataan tersebut.

Isu dunggu yang dibicarakan, mahkamah masih menunggu hasil rayuan, pak menteri ini sudah melalut. Kebulur mahu bercakap dengan wartawan kiranya.

Pencatat mengingatkan rakan-rakan AMK Johor. Islam adalah agama terutuh, jika memilih ugama lain sebagai pegangan hidup. Tiada paksaan dalam beragama.

Namun keyakinan perlu jitu. Hak individu perlu berada dilandasan yang tepat. Semurni iman adalah keiklasan dan istiqamah ketika beribadat. Ayuh menyembah tuhan yang Maha Satu.

20100116

UMNO Juara Rakyat : Felda Bersifat Rejim Zionis

Saman yang difailkan oleh peneroka Felda Maokil, Labis Segamat, Johor bukannya bahan akedemik untuk tatap umum. Ia juga bukan mengugut Felda Holding.

Hak dan wang peneroka terus dimanupulasi untuk terus menjahamankan peneroka diseluruh negara.

Saman-saman lain akan menyusul innshallah, untuk menuntuk hak para peneroka yang terus ditiris dan diselewengkan.

Ketika ini semua pengurus tanah rancangan Felda terutama di Johor telah diarahkan ceramah dari Pakatan Rakyat terutama Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) dihalang.

Polis diberi lampu hijau untuk menghalang semua bentuk ceramah, perhimpuan dan perjumpaan. Begitu gentar Felda berhadapan dengan ANAK.

Kami tidak sedikit pun merasa gementar dengan perkhabaran tersebut. Demi memberi penerangan penipuan berskala besar oleh Kumpulan Felda, pencatat dan rakan-rakan pasti meneruskannya, innshaalah.

Berani kerana benar, takut kerana salah. Wang peneroka perlu dipulangkan semula. Apa guna Datuk Ahmad Maslan terus bersetongkol dengan penjenayah jika mahu menjadi Juara Rakyat.

Konyensyen Biro Felda PKR peringkat Kebangsaan nanti bakal merungkaikan isi-perut kejahatan Felda. Ayuh bersama menjayakannya.

20100115

Malaysia Telah Berada Di Lembah Jahaman

UBS Invesment Research menyatakan Malaysia sebagai negara yang mengalami penurunan rizab antarabangsa paling teruk di rantau asia tahun 2009.

UBS memperincikan kewangan Malaysia jatuh menjunam berikutan pengaliran keluar modal asing secara drastik.

Pengaliran modal dari Malaysia memuncak hampir 50 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar bersamaan RM355 bilion pada kiraan nilai semasa.

Pelaburan asing sebanyak RM4.2 bilion bagi tempoh Januari - Mei 2009. Manakala di zaman Pak Lah tidur RM46 bilion bagi tahun 2008.

Sebelum ini kita ditipu mengenai kenyataan akhbar pelbagai menteri bahawa puluhan pakej pelaburan asing yang bernilai ratusan billion sepanjang 2009.

Ianya sekadar propanganda UMNO-BN agar kita terleka. Namun apa yang mengerikan rizab Malaysia hampir pupus sama sekali. Ia lebih baik dari dari Thailand , Mongolia, Sri Lanka dan semua negara asia lain.

Fakta kebangsatan UMNO-BN merosakkan negara :

June 2007 : Kehilangan enjin jet F-5E dengan pengetahuan menteri pertahanan Datuk Seri Najib Razak
Ogos 2008 : Barulah Najib Razak arah untuk buat laporan Polis.
Disember 2009 : Peguam negara pulangkan dokumen siasatan Polis yang tiada fakta jelas.
05 Januari 2010 : Suspek hanya direman. Pencuri masih tidak diketahui ?.
13 Januari 2010 : UMNO Juara Rakyat.

20100114

Pabila Mat Jenin Jadi Perdana Menteri

Pabila Datuk Seri Najib Razak mengumumkan sumbangan RM500,000.00 kepada disebuah gereja katolik, para hadirin bersorak gembira. Tersenyum Datuk Seri Hissamuddin disisi.

Dalam hati Hissamuddin mungkin berkata, "nasib kau la labu... ke longkang la jawabnya...".

Penonton dilokasi tersebut lupa bahawa Najib Razak pakar penglipurlara dan menabur janji.

Semasa Pilihanraya Kecil di Permatang Pauh setiap masjid dan surau dijanjikan puluhan ribu setiapnya. Malangnya sehingga hari ini melopong.

Jika rumah Allah ditipu, adakah rumah ibadat ugama lain ditepati janji. Anda akan menilainya sendiri.

Peneroka, penduduk kampung dan rumah pangsa begitu juga. Janji juta sana, juta sini. Semuanya melopong. Malah tidak tahu malu terus menerus menipu rakyat.

Marhaen tidak lupa di Kuala Lumpur sendiri Najib telah berjanji memperbaiki rumah pangsa dan menjanjikan bantuan. Hasilnya, permata-berlian Rosmah Mansur yang bertambah-tambah.

Beranikah anda mencabar Najib Razak untuk istiharkan jumlah dan nilai permata-berlian Rosmah Mansur kepada umum. Jika berlaku, Perdana Menteri pasti menipu angka dan nilai tersebut.

20100113

Felda Terus Menipu Bangsa Peneroka

Felcra Berhad diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini membayar pampasan RM6.4 juta kepada 38 peserta Felcra Tebing Runtuh, Gelang Patah setelah agensi itu didapati melanggar perjanjian.

Ingin menipu anak bangsa tetapi tidak kesampaian.

Pencatat pasti jika peneroka menyaman Felda. Angka ringgit yang perlu dibayar oleh Felda mencecah billion.

Sejak tahun lepas Felda bertali-arus menabur janji kepada peneroka Felda dan generasi.

Malah Majlis Belia Felda Malaysia( MBFM) pertubuhan tidak didaftarkan sah digunakan untuk memujuk generasi peneroka agar tidak menuntut hak peneroka.


Saban hari Menteri berkaitan dan Lembaga Pengarah Felda kian galak menabur janji dan memberi gula-gula kepada peneroka dan generasi.

Adakah ia berbaloi dengan penipuan gred minyak sawit diseluruh negara selama puluhan tahun dan menutup pekong dengan memberi pinjaman tanpa faedah kepada anak peneroka.

Sehingga hari ini wang tabungan taman semula, Felda masih enggan memulangkan kepada peneroka yang sudah taman dengan wang sendiri. Jumlahnya mencecah juta ringgit di seluruh negara.

Tahukah anda, sesiapa yang mahu meminta wang itu semua dicap sebagai penderhaka kepada Felda.

Hissamuddin Kemaruk Laksana ISA

Kementerian Dalam Negeri akan mengambil tindakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim jika beliau sengaja menggunakan isu agama dan perkauman berhubung insiden serangan ke atas gereja.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jika terdapat bukti dan laporan bahawa Anwar atau pihak-pihak tertentu sengaja menggunakan isu tersebut, Anwar akan dikenakan tindakan tegas.

"Isu-isu berkait agama dan perkauman besar risikonya, tetapi kita menanganinya dengan bertemu untuk berinteraksi dengan pihak berkepentingan iaitu pengurusan gereja, bukan untuk melaga-lagakan tetapi tenangkan keadaan supaya kita stabil."

Ulasan pencatat :

Siapa pernah lihat muka penjahat Joker dalam filem Batman ?

20100111

Dulu, Kini & Selamanya... UMNO Tetap Juara.....

Kini berkumandang pula UMNO JUARA RAKYAT. Semestinya marhaen telah tahu Umno juara dulu, kini dan selamanya...juara menipu rakyat.

Lihat sahaja di setiap kali perhimpunan agung UMNO. Dengan kereta mewah, perut yang buncit dan kehulu-ke hilir membawa beg berisi profil syarikat.

UMNO juara tiris harta rakyat.

Oleh kerana tahun 2010, bajet perbelanjaan negara menguncup sekitar 30% dari 2009. MIC, MCA, PPP, GERAKAN dan lainnya akan bersaing merebut kontrak dan projek kerajaan pusat.

UMNO Juara Rakyat adalah isitlah semuanya kontak-projek UMNO yang punya. Parti kompenen Barisan Nasional pasti gigit jari.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membayangkan kempen 1Malaysia memang masuk longkang. Maka terpaksa mencari platfom lain untuk mencari popuariti.

UMNO Juara Rakyat dipalu kerana beliau yakin 1Malaysia idea tahun 60'an, baru beberapa bulan dicanangkan rakyat makin meluat dan tiada sambutan kecuali murid-murid sekolah.

UMNO Mengharapkan YB Dato' Zainal Mati Cepat

UMNO bagaikan sedang meraikan Majlis Tahlil di Parlimen Hulu Selangor walaupun Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad masih lagi bernyawa.

Sejak kebelakangan ini bersilih ganti menteri-menteri UMNO telah mengadakan majlis-majlis tahlil tersebut. Pelbagai janji telah dilontarkan.

Ianya berlaku kerana kesihatan Ahli Parlimen (MP) tersebut dikatakan begitu tenat. Tidak keterlaluan jika pencatat mengatakan pemimpin UMNO mengharapkan Dr. Zainal Abidin mati awal.

Pencatat dimaklumkan setiap cawangan UMNO di Hulu Selangor telah mengerakkan jentera mencari undi. Pengundi mula dijanjikan pelbagai hadiah.

Malah UMNO Selangor telah memberi isyarat kepada Bahagian-Bahagian lain agar menyerang di Hulu Selangor. Seperti mengharapkan MP tersebut mati sekarang juga.

Pencatat juga mendoakan ADUN Kempas, YB Dato' Osman Sapian agar cepat sembuh dan penyakit yang dihadapi.

Datang Cemerlang , Perginya Meninggalkan Nama

Pencatat mengucapkan selamat maju jaya kepada Dato’ Salehuddin Hashim yang telahpun meletakkan jawatan hujung minggu lepas.

Mewakili warga AMK Johor, tentunya kami amat merindui beliau. Ketegasan dan ketangkasan beliau semasa menjawat Setiausaha Agung sentiasa menjadi inpirasi.

Pencatat mendoakan kejayaan dikesempatan ini dan salam penghargaan kepada Dato’ Salehuddin Hashim yang telah berkhidmat cemerlang selama 6 tahun bersama PKR.

Jasamu dikenang dan terima kasih Dato' Salehuddin Hashim.

20100109

Malaysia Punyai PM Terbodoh Dalam Sejarah

Selepas detik 09 januari 2010, rasmi sudah perkarangan Masjid Negara telah diambil alih oleh ahli, puak, kuncu, balaci, kaum-kerabat, pembodek dan juak UMNO.

Kegemilangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat untuk mengadakan demontrasi disitu mungkin perlu memikirkan lokasi lain.

Namun stuasi sangat jauh berbeza. Kehadiran puluhan ribu orang dengan sekitar 500-1000 orang sahaja demontrasi anjuran UMNO.

Perlu diingat, UMNO-BN sengaja memainkan isu kalimah Allah untuk menutup isu ketirisan, rasuah dan pelbagai jenayah UMNO-BN.

Tahun 2009 negara mencatat pertumbuhan ekonomi sekitar negitif 2-4%. Terburuk selepas Merdeka. Terburuk di Asean.Terburuk negara pengeluar petrolium, getah dan minyak sawit. Terburuk diantara negara membangun.

Malangnya Timur Leste mencatat pertumbuhan ekonomi lebih baik dari Malaysia.


Ia bermaksud Perdana Menteri sekarang bukannya sekadar terburuk tetapi terbodoh sejak Merdeka.

Perlukah anda menyokong UMNO-BN lagi atau anda tidak setuju jika pencatat mencadangkan pertukaran kerajaan perlu dilakukan sekarang ?

20100108

Hissammuddin Si Pirahhhh.... Mulut Busuk

ISA... ISA... ISA.... itu sahajalah yang boleh Datuk Seri Hissammuddin Hussein bercakap di media. Tidak henti-henti mengugut rakyat.

Semua pekara melibatkan bantahan umum atau pertelagahan, mahu disumbatkan ke ISA.

Mungkin juga beliau telah dimakan sumpah keris yang diusungnya semasa menjadi Ketua Pemuda UMNO dahulu.


Pantang Melayu dicabar konon. Lihat sahaja pemimpin UMNO di Bahagian Semberong. Anda boleh menilainya sendiri harta dan kemewahan mereka.

Pencatat mengimbaskan kembali jasa-jasa Hissammuddin semasa menjawat Menteri Pelajaran . Keputusan pelajar merundum, jenayah pelajar meningkat mendadak dan menipu mengenai yuran percuma.

Wajarnya Hisammuddin rakyat Malaysia yang sepatutnya masukkan ISA. Merosakkan anak bangsa. Tersembur-sembur bercakap dihadapan media, hasilnya anak bangsa porak-peranda.

ISA.... ISA... ISA... puluhan kali dah kita dengar. Cakap tetapi tidak buat, ianya boleh disebut.... "pirahhhhh Hissamuddin, berpakaian kemas tetapi mulut berbau busuk" .

Selain mengugut, tiada cara lainkah untuk menyelasaikan masalah bangsa, agama dan negara ?

Saiful Bukhari Mencari Peliwat VVIP

Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu membawa kes liwat ke Mahkamah Syariah.

Namun Mohd Saiful Bukhari Azlan dan Datuk Jamil Khir Baharom, Menteri Jabatan Perdana Menteri bertegas mahu dibicarakan di mahkamah sivil.


Tiada bukti perubatan yang pasti bagi mencadangkan berlakunya penetrasi ke dalam dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan, inilah yang diberitahu di Mahkamah Tinggi pada 22 November 2009.

Pencatat hairan mengapa Saiful Bukhari sanggup bersumpah di dalam rumah Allah sedang enggan dibicarakan di Mahkamah Syariah. Apakah motif Saiful Bukhari ?

Jika Saiful tergamak teringin memenjarakan Anwar Ibrahim ke penjara dengan habuan lumayan.

Pencatat cadangkan ada baiknya Saiful Bukhari memasukkan anak batu lesung ke duburnya.
Atau masukkan besi cerucuk sebelum pemerisaan doktor.

Dengan itu ada bukti kemasukkan objek keras ke lubang duburnya. Bak kata pepatah, " alang mandi biar basah".

UMNO : Hari Ini Dalam Sejarah

Hari ini khabarnya UMNO Selangor, PEKIDA, PERKASA dan NGO pro-UMNO telah bersiap sedia mahu mengambil alih perkarangan Masjid Negera untuk melakukan demontrasi.

Pencatat membayangkan Ezam Mohd Noor, Lokman Noor Adam dan mantan pimpinan PKN-PKR akan berada disana. Mungkin juga Khairi Jamaluddin dan Khair Toyo akan menyertainya.

Peristiwa yang amat pencatat nanti-nantikan pada hari ini. Terbayang diminda pencatat pelbagai sepanduk dan laungan mereka.

Pencatat membayangkan sekitar 10,000 orang akan hadir. Jika ia berlaku ia kejayaan besar, jika sekitar 500-1000 orang maka UMNO kena lakukan post-mortem.

Setiausaha Agung PKR Letak Jawatan

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Datuk Salehuddin Hashim hari Khamis meletak jawatan sebagai setiausaha agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi menumpukan perhatian terhadap bidang kerjayanya.

Bagaimanapun, beliau, yang mengambilalih jawatan tersebut daripada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khlaid Ibrahim, pada Mac 2008, kekal sebagai anggota biasa dalam part itu.

"Cukuplah enam tahun saya aktif dalam parti, lagi pun saya nampak ada orang lain ang lebih berkebolehan dan lagi pandai untuk menggantikan saya," katanya kepada Bernama di sini.

Salehuddin berkata surat perletakan jawatan sudah pun dihantar kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali pada pukul 5 petang tadi.

Katanya beliau ingin menumpukan sepenuh perhatian dalam bidang perundingan pengurusan minyak dan gas di Amerika Syarikat.

Salehuddin mula menyertai PKR pada 2004 sebagai setiausaha pengelola sebelum dilantik menjadi setiausaha agung.

20100107

UMNO Kini Hero Di Masjid Negara

Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Razak memberi lampu hijau agar perhimpunan anti- Herlard dilakukan di Masjid Negara esok.

Manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menghalang namun mempertikaikannya.

Selepas sholat jumaat. Maka ada baiknya Najib Razak juga mengarahkan FRU, Polis Simpanan, Polis Trafik dan semua warga Polis berkampung di Masjid Negara.

Pencatat dimaklumkan oleh rakan bahawa mungkin penyokong Pakatan Rakyat juga akan berada disana, esok.

Bukan bersama-sama mereka untuk tunjuk perasaan tetapi untuk catatan blog-blog mereka.

Namun pencatat dimaklumkan bahawa mungkin esok petang akan hujan. Nasihat pencatat kepada pencacai UMNO, Sedia Payung Sebelum Hujan.

Selamat berdemontrasi teman-teman UMNO, tanpamu siapalah Najib Razak.

Negara Rugi, Rakyat Menjerit Di Tepi Jalan

Marhaen tersipu-sipu dengan Jabatan Peguam Negara yang makin hilang kreabiliti dengan ratusan peristiwa hitam yang menyelubungi negara.

Adakah mereka makan gaji buta atau negara tiada pasukan professional ?. Diantara dua pekara yang pencatat ingin bicarakankan.

Pertama. Kehilangan Pulau Batu Putih kepada Singapura.
Kedua. Pengunaan nama Allah oleh majalah aliran katolik.

Ratusan kes lain yang melibatkan UMNO-BN diperap begitu sahaja oleh Jabatan Peguam Negara. Adakah ini fitnah ? Anda lebih arif.

Pencatat merasakan, bukan salah peguamcara Herlard menyatakan hak . Tetapi dimana pasukan professional JAKIM, Jabatan Perdana Menteri dan badan berkaitan mengenai Islam mempertahankan hak nama Allah.

Begitu juga dengan kehilangan Pulau Batu Putih. Jika mereka menyediakan fakta lengkap, cekap berhujah dan mempunyai pasukan peguam yang mantap. Dua pekara ini tidak akan berlaku.

Pulau Batu Putih pasti kekal menjadi hak negara. Pastinya isu Allah ini hanya bertujuan mengalihkan perhatian marhaen untuk tidak membicarakan ekonomi negara yang diambang muflis.

Hasilnya negara rugi dan rakyat diperbodohkan. Adakah anda setuju dengan komen pencatat ?

20100106

Datuk Muhammad Mustaffa Idrus Meliwat ?

Gambar kanan adalah isteri keempat Ahli Jawatankuasa Umno bahagian Tasek Gelugor, Datuk Muhammad Mustaffa Idrus. Namanya Mastura Bakar.

Pengakuan Mastura di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan :

“Dia (suami) suka paksa saya untuk tidur dengannya dan apabila saya enggan berbuat demikian, dia mengasari saya termasuk pernah meliwat saya.

“Jadi, sebab itu saya tertekan dan ingin memohon cerai fasakh dengannya. Bukan itu sahaja, dia juga pernah memukul, menampar dan menendang saya sebanyak tujuh hingga lapan kali apabila mempunyai masalah dan apabila saya bertanya tentang hubungannya dengan wanita lain.

“Apabila saya melarikan diri dari rumah, dia akan pecahkan barang-barang dan pernah melanggar saya dengan kereta sekali,” katanya pada perbicaraan kes tuntutan cerai fasakh terhadap suaminya itu.

Perosalan utama, dimanakah si-hero Tan Sri Musa Hassan dan Abdul Ghani Patail yang paling menyibuk kes liwat.

Pembaca mungkin lebih maklum tugas si pembodek untuk kekal berpangkat dan mengharap gaji lumayan.

Pengarang Akhbar PKR Disiasat

Seperti Lipas Kodong Polis memanggil pengarang Suara Keadilan apabila pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat laporan Polis beberapa hari lepas.

Ia tidak lain hanyalah bermotifkan politik. Ingin memberi tekanan maksimum kepada pendokong Pakatan Rakyat.

Pencatat merasakan Polis usah gusar. Kes di mahkamah sedang berlansung, sudah tentu tindakan pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand yang melaporkannya mempunyai fakta jelas.

Terlalu banyak laporan Polis yang dilakukan oleh rakan-rakan Pakatan Rakyat . Terdapat ada yang langsung tiada tindakan.

Sampai bila Polis mahu meranapkan ekonomi dan maruah negara dengan menyembuyikan kejahatan dan rompakan yang dilakukan pemimpin UMNO dan Barisan Nasinoal.

Saban hari Polis dan SPRM memperuntukkan pegawai yang besar hanya untuk menyiasat dan menakut-takutkan pemimpin Pakatan Rakyat. Sampai bila Polis dan SPRM perlu berpura-pura.

20100105

2010 : Malaysia Ke Lembah Jahanam

Semua koran dan media melayu kini tertumpu isu majalah mingguan Herald mengenai keputusan mahkamah mengenai perkataan Allah.

Pencuri enjin jet F-5E entah kemana perginya. Kementerian Dalam Negeri dan ketua Polis Negara masih tersipu-sipu malu mahu menangkap mereka yang terlibat.

Dua tahun dan menyiasat tetapi masih buntu dan tidak berani mengambil tindakan. Datuk Seri Hissamuddin, Ahli parlimen Semberong yang sebelum yang dikenali kaki sembang tidak berani berbuat apa-apa.

Jika diharapkan Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Abdul Ghani Patail, negara akan musnah dalam tahun 2010.

Tidak mustahil jika ada pimpinan UMNO berkata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hissamuddin sedang berkompromi ingin merebut tahta Perdana Menteri.

Sememangnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu dijatuhkan dengan apa juga cara. Negara kini diambang muflis dan huru-hara.

Mengharapkan popualar dan makan gaji buta dengan slogan 1Malaysia. Selain itu apa yang mampu mereka berdua lakukan ?

20100103

Peneroka Kahang Timur Mahu Gempur BN - Felda

Kelmarin kehadiran Pencatat, Setiausaha MPNJ dan rakan-rakan dinantikan oleh kumpulan lebih 30 peneroka dan generasi peneroka Felda Kahang Timur.

Dengan tegas mereka menyatakan tidak tahan lagi dengan pelbagai pembohongan dan ketirisan yang dilakukan oleh Felda Holding dan Felda Plantation.

Mereka mendesak agak pengurusan Felda berhenti manupulasi hasil sawit dan pengurusan kewangan-caruman peneroka.

Dengan keyakinan tinggi terhadap PKR, meraka telah berjaya menubuhkan Ranting PKR Kahang Timur, Cabang Sembrong.

Iltizam mereka untuk bersama-sama Biro Felda dan ANAK untuk memperjuangkan hak meraka dan peneroka keseluruhannya.

Mencari Bencana Dari Allah S.W.T

Pengunaan nama Allah dalam agama Islam diketahui umum diseluruh dunia.

Tujunan mengembangkan dakwah Kristian dengan meminjam nama Allah adalah bertentangan.

Pencatat menegaskan bahawa tidak perlu mengunakan nama Allah untuk agama selain Islam. Ia hanya mengelirukan penganut Kristian itu sendiri.

Hala-tuju dalam pengibadan perlu jelas. Jesus tetap Jusus ,dan tidak mungkin menjadi Allah S.W.T. God alih bahasanya adalah Tuhan dan bukannya Allah.

Maksud Tiada paksaan dalam agama bukan bermaksud boleh sewewangnya dalam pengibadan dan sebagainya.

Dalam Islam nama tuhan tidak sesekali melibatkan nama tuhan ugama lain. Jika pencabulan ini sekadar mencari popuariti, pastinya bala bencana dari Allah S.W.T pasti hadir.

Hari Penghukuman bagi pelaku dosa . Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

20100101

Orang Tertua Di Malaysia Menyertai PKR

PKR Johor dengan kerjasama erat Cabang Sekijang telah menerima keahlian ahli tertua iaitu Chin Fong yang lahir pada 28hb. Disember 1909.

Beliau telah menyerah borang keahliannya pada hari ulangtahun kelahirannya yang ke 101 tahun beberapa hari lepas.

PKR Sekijang bersama-sama keluarga Chin Fong meraikan sambutan tersebut.

Pengalaman sejak zaman dijajah British, Jepun dan awal Merdeka sehingga sekarang mendorong beliau menyertai Pakatan Rakyat terutama PKR.

Penyertaan beliau melambangkan negara perlu ditukar pemerintahan. UMNO-BN sudah tidak lagi relevan bagi semua dan negara.

Editor Utusan Malaysia Merapu

Hari ini jika pembaca membaca Utusan Malaysia(UM), kita ketahui tahap pendidikan editor koran tersebut. Diketahui umum ekonomi negara merundum negetif 2-4 % untuk tahun 2009.

Bagaimana pula editor UM mencatatkan "Bangkit Lebih Ampuh - PM". Sedangkan negara menghadapi krisis ekonomi terburuk sejak Merdeka.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0101pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Pencatat berkira sepatutnya Bangkit Dari Rebah atau Bangkit Dari Parah.

Jika Datuk Seri Najib Razak berkata bahawa ekonomi negara dalam keadaan sangat baik. Beliau sememangnya diketahui umum mempunyai pelbagai jenayah politik, jenayah bersekala billion dan tidak mahir mentadbir negara.

Pencatat merasa sempati kepada Utusan Malaysia, saban hari menipu fakta kepada pembaca demi mencari rezeki dan menyara keluarga. Hasilnya rakyat terperdaya dan melarat.