20100227

Video Lucah Najib Razak Dan Altantuya !

Malam tadi program sambutan Tahun Baru Cina PKR Johor yang diadakan di Cabang Sekijang mendapat sambutan luarbiasa. Bukan sahaja dari kaum cina, melayu dan india juga hadir. Ribuan yang hadir.

Program ceramah yang diadakan di Segamat, walaupun puluhan sekatan jalanraya oleh Polis, tidak menghalang lebih 7,000 orang yang hadir dan turut dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beberapa minggu lepas ada seorang rakan menawarkan video klip sex antara Pardana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan arwah Altantuya. Pencatat tidak dapat memastikan kebenarannya, namun ianya tidak mustahil.

Beliau mahu ianya disampaikan kepada Anwar Ibrahim. Malangnya pihak tersebut meminta imbuhan.

Beliau menyatakan jika ianya digunakan oleh PKR, pasti Najib Razak akan terkubur. Seorang rakan pimpinan pusat berkata, " berikan saja pada KJ dan Muhyiddin, dia lebih memerlukan".

Jika sebelum ini Najib boleh bersalaman dengan Datuk Seri Chia Soi Lek dan tersenyum selepas terdedahnya vidoe lucah , ia memperlihatkan 'mereka sealiran'.

Malah Najib tidak rasa bersalah menerima Chia Soi Lek 'kembali' ke MCA-BN.

Pencatat merasakan rakan-rakan Pakatan Rakyat dan PKR tidak memerlukan isu maksiat untuk menumbangkan UMNO-BN. Isu keadilan, rasuah, ketirisan dan penyelewengan sudah memadai untuk rakyat menolak UMNO-BN.

Tentu ada diantara pembaca berkata, "betul ke ni Zabidie ?". Jawapannya, gambar boleh diedit, adakah video 20-30 minit boleh diubah raup wajah, suara dan aksi semulajadi individu itu.

Namun selepas 'tawaran berkait' tersebut pencatat tidak berminat untuk mengetahui sumber video dan siapa yang menyimpannya. Anda boleh bertanyakan kepada Najib Razak.

Jika sebelum ini Najib pernah bersumpah tidak pernah mengenali dan bersua Altantuya. Sudah pasti Najib akan menafikannya lagi.

Jika ianya benar, seperti skandal Najib dan seorang artis popular di Port Dickson sautu ketika dulu. Sudah pasti video ini akan tersebar tidak lama lagi.

Harap Polis tidak 'kebulur' mengintip perbulan telefon pencatat lagi. Juak UMNO pun tidak perlu bimbang, jika telah berlaku pasti terdedah juga.

Anwar: Lawan Tetap Lawan, Johor Tetap Ditawan
( Suara Keadilan )

SEGAMAT 27 Feb - Ketua Umum KEADILAN Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendirian dan keyakinan beliau bahawa Pakatan Rakyat akan terus menyerang Johor walaupun negeri tersebut dicanang sebagai kubu kuat Umno-Barisan Nasional.

"Mereka kata inilah kubu kuat Umno, kubu apa? "Saya berjanji akan datang. Minggu depan saya turun ke Johor lagi, jangan main-main, saya serang Johor betul-betul," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu disambut tepukan gemuruh hadirin yang hadir.
Sementara itu, beliau turut mempersoalkan tujuan kedatangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz ke Washington, Amerika Syarikat 25 Februari lalu.

Datuk Seri Anwar menjelaskan kedatangan menteri tersebut adalah kerana kerajaan terdesak ekoran tekanan Amerika Syarikat agar beliau diberi keadilan sewajarnya berhubung kes Konspirasi II.

"Mereka (Umno-BN) kata Amerika campurtangan. Sekarang kenapa Nazri pergi Washington semalam? Untuk tujuan apa? Nak terang kepada orang Amerika pula?" soal beliau.

Malah kata Datuk Seri Anwar lagi Peguam Negara Tan Sri Abd Gani Patail akan sentiasa cemas dan ketakutan untuk memberikan sebarang kenyataan berhubung kes beliau itu.

"Gani tidak akan berani mahu pergi bersidang dan bercakap dengan mereka (Amerika) mengenai kes saya. Nak cari pasal bila orang tanya dekat dia. Tergagap-gagap kalau orang Amerika tanya. Dekat sini (Malaysia) tak apa, sebab depan hakim pilihan dia," kata Ketua Pembangkang itu lagi.

Majlis ceramah turut dihangatkan lagi dengan kempen "Boikot Utusan" yang diketuai oleh Ketua Angkatan Muda KEADILAN Johor Zabidie Abas bersama pimpinan Pakatan Rakyat dan penyokong yang hadir.

Langkah simbolik membakar akhbar itu adalah sebagai usaha memberi kesedaran kepada rakyat supaya tidak melanggan akhbar milik Umno itu yang sentiasa mengaburi dan membohongi rakyat dengan laporan dan berita memburukkan Datuk Seri Anwar serta Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, kempen yang sama telah dijalankan di Selangor dan Perak.

Turut hadir pada ceramah di Sekijang termasuk Datuk Chua Jui Meng, Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye, Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Ketua Wanita KEADILAN Zuraida Kamarudin, Ketua AMK Pusat Shamsul Iskandar Mohd Akin serta Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Johor Annuar Salleh.

Datuk Seri Anwar juga sempat beramah mesra serta menghadiri sambutan Tahun Baru Cina bersama pimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat Johor di Segamat.

20100226

Sirah Nabi & Rasul Yang Terakhir

Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam ialah Nabi yang terakhir dan tidak ada Nabi selepasnya. Ini adalah kata sebulat suara umat Islam (ijma’). Di dalam agama pula dikenal dengan suatu perkara yang mesti dipercayai (‘Aqidah). Sepotong Hadith Nabi yang bermaksud:

“Aku dan Para Anbiya’ sebelumku ibarat satu bangunan yang dibina oleh seorang laki-laki. Lalu ia membinanya dengan baik dan dipercantikkannya kecuali pada tempat sekeping batu-bata pada suatu sudut. Maka orang ramai datang mengelilinginya dan kagum melihat dan berkata: Mengapa tidak diletakkan seketul batu-bata di tempat yang kosong itu? Maka akulah batu-bata itu dan akulah penyudah segala Nabi.”

Pertautan dan hubungkait da’wah Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam dengan da’wah para Anbiya’ terdahulu adalah bertujuan memperkuat dan memperkemas atau sebagai kesimpulan dan penutupan, sepertimana yang dapat difahamkan dan Hadith yang tersebut di atas.

Ini tegas sekali bila melihat di mana da’wah para Anbiya’ seluruhnya bersendikan dua asas yang penting:

1. ‘Aqidah kepercayaan
2. Perundangan dan akhlaq

Dan segi ‘aqidah kepercayaan langsung tidak berubah sejak Nabi Adam ‘Alaihi Salam hinggalah ke zaman Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam, Nabi yang terakhir, iaitu kepercayaan kepada Allah Yang Esa. Mensucikan Allah dan sifat-sifat kekurangan dan percayakan hari akhirat, hisab amalan manusia, syurga dan neraka. Tiap-tiap Nabi menyeru kaumnya kepada kepercayaan tersebut dan tiap-tiap Nabi juga menyokong dan menegaskan apa yang dibawa oleh Nabi yang terdahulu darinya. Rangkaian pengutusan para Anbiya’ sekeliannya menunjukkan kepada kita yang nabi-nabi semuanya diutus supaya menyeru manusia ke arah keimanan dengan Allah ‘Azza wajalla Yang Esa, seperti yang dinyatakan di dalam kitabNya yang bermaksud:

“Allah telah menerangkan kepada kamu di antara perkara-perkara agama yang Ia tetapkan hukumnya apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh dan kepadamu (wahai Muhammad), dan Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa, iaitu: Tegakkanlah pendirian agama dan janganlah kamu berpecah-belah atau berselisihan pada dasarnya.” (As-Syuura: 13)

Malah langsung tidak tergambar kepada kita yang seruan para Anbiya’ itu akan berlainan di antara satu dengan yang lain mengenai soal ‘aqidah, sebab soal ‘aqidah adalah soal berita dan perkhabaran dan tidak akan berlainan perkhabaran dan berita dan seseorang itu sekiranya perkara itu benar. Tidak diterima oleh ‘aqal manusia bahawa Allah telah mengutus seorang Nabi mengatakan Allah itu tiga - Maha Suci Allah - kemudian diutuskan seorang Nabi lain mengatakan bahawa Allah itu Esa dan kedua-dua perkhabaran itu kemudian dianggap benar belaka. Ini tidak mungkin berlaku.

Ini bersangkut dengan ‘aqidah, bersangkut dengan tasyri’ (perundangan). Perundangan (ahkam) ini pula bertujuan mengatur penghidupan sesebuah masyarakat. Peribadi manusia adalah berbeda kualiti dan kuantitinya sesuai dengan pengutusan seseorang nabi itu, sebab tasyri’ itu bukanlah untuk menyampaikan perkhabaran dan berita semata-mata tetapi bertujuan untuk mengadakan dan mewujudkan masyarakat yang sempurna. Sudah pasti di mana masa dan keadaan sesuatu kaum itu memberi kesan dan pengaruh-pengaruh terhadap perkembangan perundangan, kerana timbulnya undang-undang itu adalah demi maslahat dan kepentingan serta faedah manusia untuk dunia dan akhirat.

Pengutusan nabi-nabi yang terdahulu adalah semata-mata untuk kaum itu sahaja, tidak merupakan pengutusan yang menyeluruh. Justeru implikasinya terhadap perundangan tasyri’ adalah nyata sekali. Umpamanya pengutusan Musa ‘Alaihi Sallam kepada Bani Israel adalah untuk bangsa dan zaman itu sahaja. Dikatakan undang-undang yang diturunkan untuk Bani Israel itu sesuai untuknya kerana undang-undang itu nyata keras dan memang sesuai dengan bangsa yang bersifat keras kepala.

Apa yang dibawa oleh Nabi ‘Isa pula adalah sederhana sedikit daripada apa yang dibawa oleh Nabi Musa tadi. Perkara ini nyata sekali kalau diperhatikan apa yang ditegaskan oleh Allah dalam kitab Al-Qur’an yang bermaksud:

“Dan juga (aku datang kepada kamu ialah untuk) mengesahkan kebenaran Kitab Al-Taurah yang diturunkan dahulu daripadaku, dan untuk menghalalkan bagi kamu sebahagian yang telah diharamkan kepada kamu.” (Aali ‘Imran: 50)

Apa yang dibawa oleh Nabi ‘Isa adalah membenarkan dan menegaskan apa yang dibawa oleh Al-Taurah mengenai soal ‘aqidah dan kepercayaan, dan yang bersangkut dengan hukum tasyri’ ada sedikit perubahan iaitu kelonggaran dari yang dahulu.

Kesimpulan yang dapat kita ambil dan sini ialah, setiap pengutusan itu mengandungi ‘aqidah dan tasyri’. Kepercayaan dan ‘aqidah yang dibawa oleh seseorang Nabi itu fungsinya menguat dan menyokong ‘aqidah Anbiya’ yang terdahulu. Sedangkan syari’at pula fungsinya membatal dan memansuhkan syari’at para Anbiya’ dahulu dan kadangkalanya menyokong yang lama.

Justeru tidak ada agama dan ‘aqidah Ilahi berbilang-bilang dan beraneka corak, sebaliknya terdapat pelbagai syari’at Ilahi yang kemudian memansuhkan yang dahulu dan yang baharu membatalkan yang lama, hinggalah sampai kepada syari’at yang terakhir disudahi dengan Nabi yang terakhir.

‘Aqidah dan agama yang benar itu satu. Setiap Nabi dan Rasul yang diutuskan mulai dari Adam ‘Alaihi salam hingga ke Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam, semuanya menyeru manusia kepada agama yang satu iaitu agama Islam. Lantaran Islam maka diutuskan Ibrahim, Isma’il dan Ya’qub ‘Alaihim salam seperti firman Allah yang bermaksud:

“Tidak ada orang yang membenci agama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim di dunia ini dan sesungguhnya dia pada hari akhirat kelak tetaplah terdiri dari orang-orang yang soleh yang (tertinggi martabatnya). (Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: Berserah dirilah (kepadaKu wahai Ibrahim)! Nabi Ibrahim menjawab: Aku berserah diri kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya dan (demikian juga) Nabi Yaakub, katanya: Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam.” (Al-Baqarah: 130-132)

Dengan ‘aqidah inilah juga Allah mengutus Nabi Musa kepada keturunan Israel di mana Allah telah menceritakan tentang ahli sihir Fir’aun yang telah beriman dengan Nabi Musa. Firman Allah yang bermaksud:

“Mereka menjawab: Sesungguhnya kami (tidak gentar) kerana kepada Tuhan kamilah kembalinya kami (dan kepadaNyalah kami mengharapkan keampunan dan rahmatNya). Dan tidaklah engkau (hai Firaun) marah (dan bertindak menyeksa) kami melainkan kerana kami beriman kepada ayat-ayat Tuhan kami, ketika sampainya kepada kami. (Mereka berdoa): Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan matikanlah kami dalam keadaan berserah diri kepadaMu.” (Al-A’raaf: 125-126)

Dengan ‘aqidah ini jugalah Tuhan mengutus ‘Isa ‘Alaihi salam, di mana Tuhan telah menceritakan tentang kaumnya yang telah beriman dengan ajaran yang dibawanya. Firman Tuhan yang bermaksud:

“Maka ketika Nabi Isa merasa akan kekufuran dari mereka (kaum Yahudi), berkatalah dia: Siapakah penolong-penolongku kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)? Para Hawariyyuun (penyokong-penyokong Nabi Isa) berkata: Kamilah penolong-penolong (Utusan) Allah. Kami telah beriman kepada Allah dan saksikanlah sesungguhnya kami ialah orang-orang yang berserah diri kepada Allah.” (Aali ’Imran: 52)

Mungkin ditimbulkan pertanyaan. Kenapakah mereka yang mengaku sebagai pengikut-pengikut Nabi Musa mempunyai ‘aqidah tersendiri, tidak kena-mengena dengan ‘aqidah keesaan yang dibawa oleh para Anbiya’? Dan mengapakah mereka yang mengaku sebagai pengikut Nabi ‘Isa menganuti suatu ‘aqidah yang tersendiri? Sebagai jawapannya kita sarankan dalil al-Qur’an yang bermaksud:

“Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam, dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka.” (Aali ’Imran: 19)

Dan tegas Tuhan lagi dalam surah Al-Syura yang bermaksud:

“Allah telah menerangkan kepada kamu di antara perkara-perkara agama yang Dia tetapkan hukumnya apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad).” (As-Syuura: 13)

Dan lagi:

“Dan umat tiap-tiap Rasul tidak berpecah belah dan berselisihan (dalam menjalankan agama Allah) melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran yang memberi mereka mengetahui (apa yang disuruh dan apa yang dilarang); berlakunya (perselisihan yang demikian) semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri, dan kalaulah tidak kerana telah terdahulu kalimah ketetapan dari Tuhanmu (untuk menangguhkan hukuman) hingga ke suatu masa yang tertentu, tentulah dijatuhkan hukuman azab dengan serta-merta kepada mereka, dan sesungguhnya orang-orang yang diberikan Allah mewarisi Kitab agama kemudian daripada mereka, berada dalam keadaan syak yang menggelisahkan terhadap Kitab itu.” (As-Syuura: 14)

Para Anbiya’ diutuskan bersama-sama mereka yang Islam, agama yang diakui oleh Allah. Ahli Kitab mengetahui bahawa agama itu satu dan diutuskan Nabi-nabi untuk memberi sokongan kepada Nabi-nabi yang terdahulu.

Allahu a’lam bisshawab.

- Fiqh as-Sirah, Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Buthi

20100225

Anwar : Punca Kerugian Felda Dan Johor Pula *%#@ ?

Terdapat rakan-rakan Pakatan Rakyat dan UMNO-BN mempertikaikan catatan pencatat mengenai ekonomi Johor dan Felda yang merundum begitu teruk.

Kita telah mendengar, membaca dan meneliti dikaca tv dan koran Syarikat besar, sederhana dan kecil telah 'meluahkan' untung rugi mereka. Felda masih mencari tarikh sesuai.

Pencatat mendapat maklumat melalui 'pintu belakang', samaada Felda mahupun kerajaan UMNO-BN Johor telah mengalami kerugian dan defisit agak keterlaluan.

Jika sebelum ini UMNO-BN menyalahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim berlakunya desifit dan keruntuhan ekonomi negara. Pencatat tidak hairan jika Felda dan Johor menyalahkan Anwar juga.

Perlu diingat bahawa Anwar tidak mengahadiri sebarang mesyuarat, taklimat, seminar mahupun melulusakan apa jua keputusan kerajaan sejak 1999. Dimana logiknya ekonomi 2009 merundum disebabkan Anwar Ibrahim.

Mana mungkin" ibu kambing melahirkan anak keldai". Maka pertuduhan tersebut begitu daif bagi kerajaan yang dipenuh kurap, panau dan bangkai.

Pencatat ingin mengulas mengenai terguran mengenai fakta kerajaan Johor dan Felda. Mana mungkin mereka berani mengumumkan defisit dan kerugian dalam masa ini.

Jika pencatat mengeluarkan angka tersebut secara terperinci perakaunan Felda dan Johor, tentu sahaja Tuan Insektor menunggu dihadapan rumah.

Hakmilik : Peneroka Dakwa Felda Tipu

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) hari ini menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung dakwaan pelanggaran hak asasi, diskriminasi dan dakwaan berlakunya penipuan oleh Felda.

Memorandum tersebut diserahkan oleh presidennya Mazlan Aliman (kiri) kepada pesuruhjaya suruhanjaya tersebut Datuk Khalid Ibrahim (kanan) di pejabatnya kira-kira jam 3.30 petang ini.

Turut hadir ialah barisan peguam yang ketuai oleh Ahmad Nizam Hamid serta beberapa pemimpin Pakatan Rakyat, antaranya ahli parlimen Batu Tian Chua dan ADUN Port Dickson M Ravi.

Kira-kira 100 peneroka hadir dalam majlis penyerahan memorandum tersebut kepada Suhakam.

Dalam memorandum tersebut, persatuan itu menyenaraikan beberapa aduan termasuk dakwaan diskriminasi terhadap 25,000 peneroka yang mengendalikan sendiri kebun mereka selepas melangsaikan bayaran hutang.

"Tanah mereka itu, sudah selesai bayaran hutangnya, tetapi sampai hari ini, mereka tidak dapat hak milik," kata Mazlan dalam aduannya kepada Khalid.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS juga mendakwa terdapat peneroka menerima ugutan daripada Felda, termasuk dakwaan akan disingkirkan dari tanah rancangan.

Menurutnya, terdapat sesetengah peneroka Felda telah menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan hak milik tanah mereka itu, termasuk membuat laporan polis, berjumpa dengan menteri dan membawa perkara tersebut ke mahkamah.

Dalam memorandum tersebut, peneroka juga menuntut hak mereka yang telah dinafikan oleh agensi kerajaan itu selama ini, antaranya wang tanam semula sebanyak RM17,000 yang tidak diterima mereka sehingga hari ini.

Selain itu, mereka juga mendakwa dinafikan hak, antaranya, untuk mendapat bantuan tanam semula Risda bagi tanaman getah, lesen menjual hasil sawit dari Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) serta bantuan pendidikan dan pinjaman usahawan.

Dalam aduannya juga, Mazlan turut mendakwa Akta Penempatan Beramai-ramai (GSA) 1960 telah menjadi "senjata" agensi kerajaan itu untuk mengawal selia keseluruhan aktiviti dan kegiatan peneroka.

"Mereka akan menyebut akta ini termasuklah berhubung pengurusan ladang, dan kegiatan aktiviti peneroka mengikut tafsiran felda. Dan peneroka tidak boleh buat apa-apa," kata Mazlan.

Memorandum itu juga mendakwa akta tersebut membolehkan penguasaan tanah rancangan secara langsung dalam bentuk syarat nyata yang tertulis dalam surat hak milik peneroka, sama ada secara tersirat atau tidak nyata.

Akta itu, menurut memorandum tersebut, tidak membenarkan tanah mereka digadai, dipecah-pecahkan atau dibahagikan dan diserahkan kepada seorang penama sahaja.

Akta ini, kata peneroka terbabit, telah menimbulkan konflik dalam keluarga dari sudut pembahagian pusaka, hak peneroka terhadap tanah dan masa depan generasi kedua.

Memorandum itujuga mendakwa, peneroka terpaksa menandatangani beberapa perjanjian untuk mendapat hak milik tanah, termasuk perjanjian penanaman semula yang diperkenalkan beberapa tahun dahulu.

Peneroka juga didakwa tidak mendapat salinan surat perjanjian tersebut dan felda juga boleh bertindak hingga ke tahap mendapatkan 'kaveat' tanah peneroka.

Dalam majlis tersebut juga lima wakil peneroka felda dari pelbagai negeri turut mengemukakan aduan lisan mereka kepada Khalid, yang rata-ratanya berkisar mengenai masalah yang dibangkit itu.

Sementara itu, Khalid berkata bagi pihaknya tidak pernah menerima aduan berhubung masalah yang dihadapi oleh peneroka.

"Kami hanya mendengar yang elok-elok sahaja, yang tidak ada masalah. Oleh sebab itu, kita mahu mendengar sendiri dari peneroka sebagai langkah pertama untuk menyelesaikan masalah ini," katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga akan mendapatkan penjelasan daripada Felda sendiri berhubung aduan yang dikemukakan oleh persatuan tersebut.

Sehubungan itu, para pesuruhjaya Suhakam akan bermesyuarat pada 8 Mac depan untuk mengkaji dan menentukan tindakan mereka berhubung aduan yang diterima itu, termasuklah membuat siasatan nasional sekiranya sukar untuk mendapatkan maklumat.

"Kita tidak ada kuasa untuk memaksa kerajaan mesti buat itu, mesti buat ini. Kita hanya menyampaikan kepada kerajaan, maklumat yang tidak menyebelahi mana-mana pihak," katanya.

Manakala Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pula memberitahu pemberita sebelum penyerahan memorandum tersebut bahawa sebagai ahli parlimen, akan membahaskan akta Akta Penempatan Berkelompok 1960 (GSA) dan masa depan Felda dalam sidang parlimen yang akan bermula 15 Mac ini.

Beliau yang juga ahli parlimen Kubang Kerian berkata, akta tersebut menindas peneroka dan sudah tiba masanya akta tersebut di semak semula.

Terdapat 112,635 peneroka di Malaysia di 317 tanah rancangan Felda di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, tiga buah negeri yang mempunyai jumlah peneroka yang ramai iaitu Pahang (43,123); Johor (27,641) dan Negeri Sembilan (16,429) orang.

Felda Lurah Bilut di Bentong yang dibuka pada 1958 adalah rancangan Felda yang terawal dengan projek penanaman getah, manakala Felda Taib Andak di Kulai Johor dibuka pada 1961 untuk penanaman kelapa sawit.

* http://www.malaysiakini.com/news/125077

Tahun Baru Cina Bersama Datuk Seri Nizar Jamaludin

20100222

LAWATAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM KE SEKIJANG

Aturcara Majlis Jamuan Makan Malam Sempena Tahun Baru Cina

6.00 pm – 6.30 pm : Ketibaan para VIP dan jemputan
7.00 pm – 7.15 pm : Ucapan aluan oleh KC Yoong Thau dan Jamuan Makan bermula
7.15 pm – 7.25 pm : Ucapan YB Lee Boon Chai
7.25 pm – 7.35 pm : Ucapan Ketua AMK Pusat ( Sdr Shamsul)
7.35 pm – 7.45 pm : Ucapan Wakil DAP
7.45 pm – 7.55 pm : Ucapan Wakil PAS
8.00 pm : Ketibaan Dato Seri Anwar Ibrahim
8.05 pm – 8.20 pm : Tayangan Slaid PKR Sekijang
8.20 pm – 8.45 pm : Ucapan Dato Chua Jui Meng
8.45 pm – 9.15 pm : Ucapan Dato Seri Anwar Ibrahim
9.15 pm – 9.20 pm : Penyampaian Cenderahati kepada DSAI

9.30 pm : Keberangkatan DSAI ke tapak ceramah bersama DCJM
9.35 pm – 9.55 pm : Ucapan YB Tian Chua
9.55 pm – 10.10 pm : Ucapan YB Gan Pei Nei (Rawang)
10.30 pm : Majlis Jamuan Makan tamat.


Ceramah Umum di Kg. Tahang Rimau Segamat

8.00 pm – 8.20 pm : Ketua AMK Pusat (Sdr Shamsul Iskandar)
8.20 pm – 8.40 pm : Ketua Wanita Johor ( Cik Nah Budin)
8.40 pm – 9.00 pm : Persuruhjaya PAS Negeri Johor ( Dato` Dr Mahfoz Mohamad)
9.00 pm – 9.20 pm : Wakil DAP
9.20 pm – 10.40 pm : Ketua Wanita Pusat (YB Zuraidah)
10.40 pm – 11.10 pm : Dato Chua Jui Meng
11.10 pm – 12.00 pm : Dato Seri Anwar Ibrahim

Penyeri Majlis:

1) YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

2) Ybhg Dato’ Seri Chua Jui Meng

3) YB Lee Boon Chye

4) YB Tian Chua

5) YB Zuraida Kamarudin

6) YB Gan Pei Nei

7) Sdr Annuar Salleh

8) Sdr Iskandar Mohd Akin


Sebarang maklumat lanjut boleh terus menghubungi KC Sdr Yoong Thau (012-7899838) atau S/Usaha, Nanie (012-7217818/016-7782254).

Demo 24 Feb diteruskan, kata NGO Felda

ANAK - sebuah NGO yang mewakili generasi kedua dan ketiga anak peneroka Felda - akan meneruskan rancangannya untuk mengadakan demonstrasi di ibupejabat Suhakam di Kuala Lumpur Rabu ini.

Presidennya, Mazlan Aliman (kanan sekali) merayu kepada kira-kira 1,000 peneroka Felda yang menghadiri konvensyen nasional anjuran PKR di Jerantut semalam, supaya turut hadir beramai-ramai menyertai demonstrasi pada 24 Februari ini.

Mazlan memberitahu demikian ketika ditemui Malaysiakini di konvensyen tersebut. Beliau turut membentangkan kertas kerja mengenai generasi baru Felda.

Di Konvensyen itu, Mazlan menggesa supaya dimansuhkan Akta Penempatan Berkelompok 1960 yang didakwanya menjadi instrumen utama bertentangan dengan matlamat asal Felda untuk mengurangkan kemiskinan di kalangan petani dengan menggalakkan mereka membersih, menanam dan akhirnya memiliki lebih 10 ekar tanah.

Katanya, kesannya dapat dilihat di mana 80 peratus tanah yang asalnya dibersih dan ditanam oleh peneroka, berakhir jatuh ke tangah Felda Plantations.

Felda yang ditubuhkan sebagai sebuah agensi pusat pada 1956, melancarkan tanah rancangan pertamanya dua tahun kemudiannya di Bentong. Dengan penggubalan Akta Penempatan Berkelompok 1960, agensi berkenaan telah beralih daripada pembasmian kemiskinan kepada mencatatkan keuntungan optima.

Mazlan berkata peralihan tersebut telah menjadikan peneroka petani penyewa, dengan pendapat antara RM800 hingga RM1,500 sebulan dalam bentuk gaji bulanan, bergantung kepada harga semasa pasaran minyak kelapa sawit atau getah.

Berikutan itu, katanya, skim yang bertujuan untuk membasmikan kemiskinan akhirnya telah menambah beban hutang peneroka dan merosakkan prospek masa depan anak cucu mereka, untuk keluar dari perangkap kemiskinan.

Menurutnya, kini terdapat lingkungan 1.3 peneroka di 317 tanah rancangan Felda, dengan 800,000 daripadanya merupakan generasi kedua dan ketiga.

Mazlan mendakwa, daripada 23,000 kakitangan kumpulan syarikat Felda, hanya 5,400 orang dari kalangan anak cucu penerika Felda - dan daripada jumlah itu, hanya kira-kira 100 orang yang memegang jawatan tinggi.

* Berita dari Malaysiakini

20100221

Felda Rugi RM 1 Billion Bersama 1Malaysia ?

Semua syarikat, individu dan perindustrian berasaskan minyak sawit dan perladangan sawit di seluruh dunia tahun 2009 mencatatan keuntungan sangat lumayan.

Perkhabaran bertiup kencang Kumpulan Felda Holding dikatakan telah rugi sekitar RM1 Billion tahun 2009.

Berita ini dikatakan sedang hangat dibicarakan 'di bangunan FELDA' .

Dikatakan juga perlantikkan Pengarah Besar Felda, Dato’ Dzulkifli Abd Wahab bagi menggantikan Dato’ Ahmad Tarmizi Alias yang dikatakan terpaksa dibersarakan berpunca dari kerugian tersebut.

Dikatakan juga Ahmad Tarmizi tidak bersendirian 'digugurkan' tetapi beliau disertai lebih 50 pegawai bergaji sekitar RM 3,000 dan 2 orang pegawai bergaji RM 11,000 telah dipecat. Jika berita ini benar, maka satu lagi malapetaka dibawah pentadbiran kerajaan 1Malaysia.

Sebelum ini kes mahkamah yang dimenangi oleh peneroka Felda Kemahang merupakan penipuan bersekala besar dan dipercayai semua 103,000 peneroka ditipu melalui keadah yang sama.

Teorinya adalah sama diseluruh tanah rancangan Felda, peneroka telah ditentukan awal menjual minyak sawit bergred rendah sebelum kelapa sawit dijual kepada kilang sawit.

Yang lebih keji dan hina, buah sawit muda dicuri oleh kilang Felda. Diproses dan minyaknya dijual. Manakala diumumkan kepada peneroka, sawit tersebut dilupuskan.(Buah sawit yang diketogerikan muda yang dijual oleh peneroka)

Tahukah Pembaca, ianya dilakukan setiap hari dan diseluruh kilang dimiliki Felda selama berpuluh tahun. Adakah ini palsu ?

Semua bekas dan pengurus serta pekerja kilang Felda ada jawapannya. Bertanya jika kenyataan ini adalah fitnah.

20100219

Si - Ustaz Sedia Jilat B.n..t Najib Razak

Jika kedengaran seorang bergelar Ustaz bercuti dan sedang mengerjakan Umrah, ianya lumrah. Tapi ada seorang mengelarkan dirinya Ustaz kini berada di Korea bersama 12 Ahli Parlimen.

Si-Ustaz ini khabarnya ingin melompat keluar 'pakatan' ingin menyertai 'barisan'. Allahualambisawab.

Digelarnya wira-wira rakyat sebagai 'Firaun Kecil' seperti Datuk Nik Abdul Aziz dan lainnya. Niat Si - Ustaz ini ingin menyertai 'barisan' kian ketara.

Rata-rata pendokong Pakatan Rakyat agak terkejut bila sebulan lalu Si-Ustaz ini bersendirian ke Balai Polis dan menyerang mambabi-buta.

Bagi PAS peristiwa sedemikian sudah lali, sebelum ini ramai wakil rakyat PAS telah dibeli. Kini PKR dan DAP sedang diserang dengan hebat.

BN tidak gagal dan Pakatan Rakyat terpaksa menerima hakikat. Dari kenyataan Presidan PAS beberapa hari lepas mengharapkan PKR dan DAP lebih efiktif dalam segala aspek agar tidak terjebak kekancah lebih parah.

YB Zulkifli Nordin mengadaikan harapan rakyat jika benar dia mengaut habuan dan meninggalkan amanah yang disumpahkan kepada pengundinya.

Mungkin beliau sanggup menerima Hukum Karma seperti Firaun dan beranggapan janji Allah semuanya palsu.

Sesungguh laknatnya mereka yang menjual agama dengan keuntungan dunia. Pencatat menasihatkan 'Si-Ustaz' agar sedar sebelum terlambat.

Bukan kerana PKR atau pakatan Rakyat tetapi janji dan sumpahnya semasa pilihanraya lepas.

Setelah diberi peluang untuk mengemukkan hujah Islam dan iman kopiahnya, Si-Ustaz ini cepat-cepat lari ke luar negara kononya tenangkan fikiran.

KONVENSYEN KEBANGSAAN PENEROKA DAN GENERASI KEDUA FELDA

Felda telah ditubuhkan pada 1hb Julai 1956 dengan matlamatnya antara lain:

Felda berperanan untuk memajukan tanah baru untuk dijadikan ladang pertanian yang produktif melalui pengurusan pertanian yang berkesan dikalangan peneroka serta menggalakkan pertumbuhan masyarakat yang maju dan berdisiplin dan membasmi kemiskinan luar bandar.

Penubuhan felda merupakan "brainchild" Allahyarham Tun Abdul Razak Hussain yang diawalnya bukanlah berteraskan kepada "profit making" atau untuk mengaut keuntungan semata-mata. Namun demikian setelah sekian lama, felda telah berubah dari agensi yang ditubuhkan bagi membantu rakyat/peneroka kepada gergasi birokrat dan entiti perniagaan yang berorientasi keuntungan semata-mata.

Falsafah disebalik penubuhannya telah diabaikan samaada dengan disengajakan ataun sebaliknya; felda tidak lagi dilihat sebagai agensi yang menjaga kebajikan peneroka malah boleh dinilai sebagai memusuhi peneroka.

Setelah sejak sekian lama masalah-masalah yang membelenggu peneroka nampaknya jauh dari dapat diselesaikan.

Masih terdapat Tanah Rancangan Felda yang bukan sahaja tidak mendapat kemudahan asas malah Suratan Hakmilik tidak diberikan kepada peneroka walaupun bayaran balik (BK) telah disempurnakan.

Begitu juga polisi Felda yang berkaitan dengan tanam semula yang nampaknya tidak memberikan ruang kepada peneroka untuk bermandiri dengan pelbagai sekatan syarat yang tidak adil dikenakan termasuklah keengganan felda mengembalikan wang tabung tanam semula.

Manakala mereka yang menyerahkan ladang untuk diuruskan oleh felda dengan sewenang-wenangnya mengenakan hutang didalam jumlah yang cukup besar.

Manakala nasib Generasi Ke-2 dan Ke-3 yang tinggal di Tamah Rancangan Felda masih jauh dari terbela. Tidak ada suatu dasar atau polisi yang jelas yang dibawakan oleh felda bagi mengatasi serta mencari jalan penyelesaian isu ini. Akibatnya, hasil dari tanah ladang yang diusahakan tidak boleh dianggap produktif dan dapat menampung keperluan.

Menyedari hakiikat ini dan pelbagai isu yang lain, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dan Pakatan Rakyat (PR) mengambil inisiatif bagi menganjurkan Konvensyen Peneroka Felda dan Generasi Kedua Peringkat Kebangsaan dengan bermatlamat untuk membela nasib peneroka serta bagi mencari penyelesaian kemelut yang melanda peneroka sejak sekian lama.

Konvensyen ini juga merupakan bukti keperhatinan KEADILAN dan PR terhadap nasib dan masadepan golongan peneroka yang banyak berjasa dan menymbang kepada kemakmuran negara.

Butiran mengenai Konvensyen:

Tarikh : 20-02-2010 (Sabtu)

Masa : 8.00 pagi - 9.00 Pendaftaran
9.00 pagi - 6.00 petang Pembentangan Kertas Kerja dan Perbahasan

Tempat : Markaz PAS Kawasan Jerantut, Kg Temin, Jerantut, Pahang

Pembentang Kertas Kerja: Dr Syed Husin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN
Sdr Mazlan Aliman (ANAK) Ajk Pas Pusat
Sdr Wan Rohimi Wan Daud (Peguam)

Upacara perasmian dan Ucaptama akan disempurnakan oleh Dato Seri Wan Azizah Ismail, Presiden KEADILAN.

HARAPAN BARU UNTUK PENEROKA

Hj. Suhaimi Said
Ketua Biro Felda & Anak Asal PKR Pusat

Ceramah Perdana Pakatan Rakyat Johor

19 Februari 2010 (Sabtu)

9.00 – 12.00 Malam

Taman Sri Pulai Perdana, Skudai, Johor ( Belakang Kawasan SOBB )


Penceramah:

1. YB Dato’ Seri Abdul Hadi Awang ( Presiden PAS )
2. YBhg YBhg Dato’ Seri Chua Jui Meng ( Biro Politik PKR )
3. Ybhg Dr. Boo Chee Hau ( ADUN & Ketua Pembangkang DUN Johor )

20100218

Liwat : Polis, UMNO Dan Mahkamah Sudah Lintang Pukang

Kerjaaan UMNO-BN sedang huru-hara cuba melindungi Mohd Saiful Bukhari dalam pertuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Polis dikerahkan kesegenap ceramah Pakatan Rakyat untuk sedaya upaya mengagalkan penerangan yang disampaikan.

Mahkamah UMNO-BN pula gagal berlaku adil dan terkial-kial apabila diserang bertali-arus. Terpaksa bertangguh akibat salah membuat pertimbangan dan keputusan.

Hakikatnya Polis, mahkamah, Utusan Malaysia dan TV3 berhempas pulas menghabiskan wang rakyat dan keringat untuk membantu Datuk Seri Najib Razak.

Tiada dapat dinafikan ahli, penyokong dan pemimpin akar umbi UMNO dan BN makin terkedu masalah yang dicipta oleh Presiden UMNO.

Majoritinya yang mengatakan 'jerat makan tuan'.

Para hakim pula tiada cukup tanah nak menyorok bila diserang oleh barisan peguam professional yang mewakili Anwar Ibrahim.

Adakah anda percaya Anwar Ibrahim meliwat ? Mohd Saiful, Ghani Patail dan Musa Hassan dan ahli UMNO ada jawapannya.


Ceramah Perdana Sempena Konvensyen Peneroka & Generasi Kedua FELDA

20 Februari 2010 (Sabtu)

9.00 – 12.00 Malam

Markaz PAS Kawasan Jerantut
Kampong Temin, Jerantut, Pahang

Penceramah:

1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YBhg Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man
3. Ybhg Dato’ Zaid Ibrahim
4. Ybhg Dato’ Fauzi Abd Rahman
5. YBhg Dato’ Seri Chua Jui Meng
6. YB V. Sivakumar


20100217

Petronas : Mati Pewira Sebelum Ajal Sampai...

Tan Sri Hassan Marican secara rasmi tidak disambung kontraknya bersama Petronas. Adakah kerana muak dengan cabaran yang dihadapi di Pertonas.

Atau, disingkir kerana tidak mengizinkan kroni Najib-UMNO mengaut keuntungan.

Atau, dianggap dunggu mentabdirurus Petronas sehingga keuntungan jatuh lebih 30% tahun sudah.

Atau, politik UMNO mahu mentabdir Petronas lantas ketegasan Hassan Marican tidak diperlukan lagi.

Atau, Hassan Marican muak dengan sikap kerajaan UMNO-BN tanpa henti mengikis hasil keringat Petronas.

Jawapan tersebut hanya beliau dan Datuk Seri Najib Razak sahaja yang tahu. Yang pasti warga Petronas akan kepiluan kehilangan Master Mind Petronas.

Tan Sri Hassan Marican layak digelar Bapa Petrolium Negara dengan kejayaan cukup gemilang dengan berjaya menembusi lebih 27 negara dan berkongsi hasil petrolium.

Pencatat boleh beranggapan Hassan Marican telah mati sebelum ajalnya sampai dengan digugurkan dari Petronas.

Jika dari aturan diatas, jawapannya kerana UMNO ingin menguasai Petronas dengan niat jahat. . Dan ingin menjahamkan Petronas seperti Felda, maka sudah pasti ia tidak sepatutnya berlaku.

20100216

Hasbie Satar Lanun Didikan Tan Sri Nor Mohamad

Apabila pembaca mengikuti ceramah Pakatan Rakyat, anda diantara berjuta rakyat Malaysia yang dihalau oleh Polis. Ia kerana bagi Polis ceramah Pakatan Rakyat adalah fitnah dan hasutan jahat.

Semalam Hasbie Satar, setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop ditahan kerana mempunyai aset puluhan juta dan wang tunai RM2 juta.

Malah ribuan lagi pemimpin UMNO dan Barisan Nasional yang mempunyai asset seperti Hasbie Satar. Pembaca menilai kenyataan pencatat adakah benar atau fitnah.

Hakikatnya SPRM tidak dapat menangkap mereka kerana banyak faktor. Salah satu faktor utama fail hilang 'ditengah jalan'.

Menyingkap kapal selam antara termoden didunia yang beli oleh Datuk Seri Najib Rarak yang tidak boleh menyelam.

Menyingkap Najib Razak bersumpah tidak mengenali Altantuya. Rosmah menafikan berada dilokasi semasa pembunuhan Altantuya.

Menyingkap Mohd Saiful Bukhari bersumpah diliwat pada punggung yang tidak kesan diliwat dan terdapat air mani Anwar Ibrahim.

Ahhh... anda pasti sudah menonton aksi lucah Datuk Seri Chua Soi Lek. Ia semua dipandang bermaruah bagi pimpinan UMNO-BN.

Sepatutnya Tan Sri Nor Mohamed Yakcop perlu meletak jawatan bersama Setpolnya. Kerana apa ? .Sebab hanya penjenyah membela penjenyah dan penjenyah tidak layak menjadi menteri.

Hasbie Satar pasti menjadi 'lanun' setelah melihat bosnya hebat melanun. Kenapa pula SPRM tidak menyelidik harta-asset Mohamed Yakcob pula ?. Lumrah bagi SPRM, 'tiada telor'.

20 Feb : Anwar Berama Menyelami Keperitan Warga Peneroka Felda'

Satu sidang media khas bagi mewar-warkan Konvensyen Kebangsaan Peneroka Dan Generasi Kedua Felda telah diadakan di sebuah Rumah Rehat Temerloh di sini semalam.

Sidang media itu antara lain ingin memberi penjelasan dan penerangan tentang agenda majlis pada konvensyen sehari di KIAS, Temin Jerantut hari Sabtu 20 Februari ini.

Turut hadir ialah Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal PKR Pahang, Tn.Hj Suhaimi Said dan Ketua PKR Cabang Maran, Bustamin Abu Bakar.

Antara lain agenda majlis yang akan diadakan pada hari tersebut ialah Pembentangan Kertas Kerja dan Perbahasan.

Antara nama-nama yang tersenarai bari pembenyangan kertas kerja ialah :

Senator Dr.Syed Husin Ali (Timbalan Presiden PKR)
Mazlan Aliman (Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda dan AJK PAS Pusat)
Wan Rohimi Wan Daud (Peguam mengendalikan permasalah peneroka Felda)

Ucaptama dan upacara perasmian akan disempurnakan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr.Wan Azizah Ismail.

Pendaftaran peserta dijangka bermula seawal jam 8.00 hingga 9.00 pagi dan program berakhir sekitar jam 6.00 petang. Sementara itu, disebelah malamnya pula satu ceramah Umum Pakatan Rakyat bakal diadakan di lokasi yang sama, bermula jam 9.00 hingga 12.00 tengah malam.

Antara penceramah jemputan yang dijangka akan hadir ialah :

Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum PKR)
Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Naib Presiden PAS Pusat)
Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Pahang)
Datuk Zaid Ibrahim (Majlis Pimpinan Pusat PKR)
Datuk Seri Chua Jui Meng (Majlis Pimpinan Pusat PKR)

20100213

Legenda Tahun baru Cina

Bebrapa tahun lepas seorang rakan bertanya, Bilakah daun getah luruh ? Pencatat tersipu-sipu tidak tahu jawapan. Beliau menjawab, "raya cina laaa..".

Seperti lumrahnya dedaun pokok getah akan gugur pada tahun baru cina, namun ia tiada kaitan dengan agama. Daun getah gugur kebetulan iklim katulistiwa.

Tahun Baru Cina lebih dikenal sebagai Tahun Baru Imlek. Kata Imlek : Im = Bulan, Lek = penanggalan) berasal dari dialek Hokkian atau mandarinya yin li yang berarti kalender bulan. Perayaan Tahun Baru Imlek.

Imlek merupakan sistem kalender lunisolar yaitu gabungan dari sistem kalender bulan dan kalender matahari. Tahun Baru Imlek dikenal juga sebagai Tahun Baru Cina dan Festival Musim Semi (Chun jie).

Tahun Baru Cina tahun 2010 mengikut kelandernya merupakan tahun Harimau.
Perayaan Tahun Baru Cina juga dikenal sebagai Chūnjié.

Mitologi Tahun Baru Imlek. Berdasarkan cerita rakyat dan legenda kuno, tahun baru cina dirayakan ketika orang cina berhasil melawan haiwan mitos yang disebut sebagai Nian yang bererti tahun dalam bahasa cina.

Kepada rakan-rakan yang beragama Buddha, pencatat mengucapkan tahun baru cina. Usah gentar mencari dan menegakkan kebenaran hakiki.

Anwar : Fardu Kifayah Selamatkan Negara







20100212

Angkara Syarikat Anaknya RM2.00 Zahrain Melompat ?

"Ku rasa Zulkifli Nordin melompat dulu, rupa-rupanya Zahrain terjah awal".

Tidak mengapalah, desas desus Zahrain kempunan projek RM40 juta menyebabkan dia melompat atas pagar. Pencatat enggan mengulasnya.

Namun pencatat mengerti mengapa dia tidak menyertai UMNO-BN. Zahrain maklum UMNO adalah parti sampah sarap.

Walaupun ada yang berkata Zahrain telah bertemu Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.

Tadi beliau menafikannya bertemu ahli UMNO-BN mahupun Najib. Manusia boleh ditipu, masakan Allah boleh ditipu ?

Pencatat menanti kelibat Zulkifli Nordin pula. Apa skrip telah tersedia.

Dengan modal syarikat anaknya bernilai RM2.00 mahukan projek RM40 juta. Dituduh pula Lim Guan Eng perkauman. Adilkah kenyataan tersebut.

Apa erti menyertai PKR dan Pakatan Rakyat, diberikan jawatan Pengerusi Island Golf. Jawatan tertinggi digunakan untuk 'songlap' tender dan projek.

Zahrain.. Jadi JIN tidak bertuan

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Semalam saya terima banyak panggilan telefon dari sahabat2 P.Pinang mahupun dari Selangor dan KL hingga jam 2.06 pagi yang bertanyakan soal benarkah Zahrain akan umum keluar PKR.

Saya cuma katakan jika itu benar-benar terjadi...biarkanlah. Itu hak dia sebagai seorang pengkhianat.

Pengkhianat kepada parti, pengkhianat kepada rakyat.

Hari ini terbukti Zahrain umum keluar PKR dan jadi BEBAS.

Saya cabar Zahrain, jika dia benar-banar rasa dia hebat dan menang kerana namanya DATO' ZAHRAIN, sila letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Bayan Baru dan bertanding semula atas tiket bebas. Bukan melompat sebagai YB Bebas.

Dia ini jenis bangsat tak sedar diuntung. Macam musibat dan kamjat kata orang Penang. Dia muncul ketika Anwar sudah dibebaskan pada tahun 2004 dan saya percaya dia mungkin rasa Anwar akan terpenjara semula, sebab itu dia takut.

Dalam pertemuan pertama beliau dengan AMk P.Pinang, dia pernah menyatakan bahawa beliau tidak suka dengan demontrasi, ketika itu saya selaku Ketua AMK P.Pinang dan sahabat-sahabat seperjuangan yang lain sudah tidak senang dengan Zahrain.

Ye lah..tetapi apakan daya...siapa nak dengar cakap AMK ...beritahu pada Anwar Ibrahim pun macam buang garam ke laut saja ataupun umpama tuang air ke daun keladi.

Sudah ada gelaran Dato' nak gelaran Dato' Seri pula. Bukankah ini memalukan PKR sedangkan DAP tidak ambil sebarang gelaran pun.

Tidak cukup dengan itu, beliau membawa pula 4 orang taukeh-taukeh dari Gerakan dan MCA untuk menerima gelaran Dato'.

Ini yang menyebabkan 10 pimpinan berbangsa Tioghua dalam PKR mendesak supaya Zahrain ditukar sebagai Pengerusi PKR P.Pinang.

Beginikah sikap YB yang pentingkan rakyat. Rakyat kah atau pangkat hang yang utamakan.

Dalam pertemuan dengan Lim Guan Eng pad Khamis lepas, Lim Guan Eng berkata beliau seolah-olah menjadi barua Zahrain bila terpaksa bertemu dengan Anwar untuk menyatakan hasrat Zahrain yang mahukan gelaran Dato' Seri.

Akhirnya Anwar terpaksa akur dengan desakan 10 pimpinan PKR dan menggantikan dengan YB Mansor Othman sebagai Pengerusi PKR P.Pinang.

Di sinilah bermulanya Zahrain sudah merajuk. Macam budak-budak walapun badan besar macam badak.

Sebab itu beliau tidak hadir dalam roadshow yang Pertama Konvensyen " Menggilap Harapan Rakyat".

Saya sempat menelefon Senator Mustaffa (Pak Mus) sebentar tadi, beliau berkata "lega Din..senang kita nak buat kerja"...itulah ayat Pak Mus yang memang terkenal dengan sikap "Play Save". Pak Mus sudah turn 360% ...he.he..

Beliau menambah "setakat ini dia sorang sorang saja, tak dak siapa ikut dia di P.Pinang." Begitulah ayat Pak Mus yang pernah bersekongkol dengan Zahrain untuk memecat saya bila saya bongkarkan kes penipuan kuari orang kanan Zahrain.

Hari ini Zahrain mengesahkan khabar angin semalam. Beliau akhirnya isytihar bebas. Berita lanjut di sini.

Beliau berkata beliau jadi YB BEBAS yang tidak mesra BN...kah..kah..kah..

Zahrain..saya cadangkan pergi beli kuaci dan kacang goreng banyak-banyak, selepas itu bagi dekat budak-budak tadika KEMAS dan ceritalah pada kanak-kanak tersebut. Depa pasti percaya bulat-bulat pada Zahrain.

Saya dimaklumkan bahawa Zahrain sebenarnya memang telah bertemu Najib. Sebab itu jersi baru bolasepak Penang pun sudah ada logo 1 Malaysia dan saya difahamkan oleh orang kanan Zahrain, jersi itu sebenarnya ditaja oleh Najib.

Zahrain umpama JIN tidak bertuan dan saya percaya akhirnya beliau akan bertemu dengan JIN Altantuya dan akan berkahwin dengannya. Siapakah walinya...siapakah saksinya...berapakah hantarannya....saya yakin anda pun tahu jawapannya.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

Felda Juarai Segala Penipuan Dan Ketirisan

Ceramah penerangan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) malam tadi di Felda Ciku 1,2 & 3, Gua Musang mendapat sambutan hangat oleh peneroka disitu.

Dalam dailog dari hati ke hati mereka kini lebih memahami kerakusan Kumpulan Felda berperanan meniris hasil keringat peneroka.

Perlu diingat bahawa Felda walaupun telah ditolak kes rayuannya oleh Mahkamah Rayuan tetapi tanpa segan silu mengemukan semakan semula. dan enggan membayar RM11 juta sehingga hari ini.

Hasil peneroka ditipu-selewengkan tetapi telah didapati bersalah masih bermuslihat. Keji dan memalukan.

Kepada anak-anak peneroka, apabila anda pulang ke kampung, minta slip gaji yang diberikan oleh Felda Holding kepada ibu-ayah. Tiada catatan berat sawit, jika ada pun tiada angka perpuluhan ( e.g : 5.38 tan ).

Jika ada sekarang bagaimana dengan selama puluhan pula. Tiada catatan pada slip gaji peneroka. Menjijikan dan penghianat.

Ia bermaksud setiap siap buah sawit mempunyai timbangan genap (e.g : 1 tandan = 5 kg.). Bayangkan jika terdapat 103,156 peneroka.

20100211

Muhyiddin Pula Berfikir Gunakan Lutut

Pertemuan kami dengan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi tadi memberi tambahan vitamin kepada ANAK untuk terus menentang kezaliman.

Melalui nas serta dalil, menjadi fardu kifayah kepada kami untuk memperjuangkan mangsa yang tertindas.

Malangnya pentadbir kelompok yang beragama Islam menikam yang sama agama. Malam ini kami akan kembali ke Gua Musang.


Menceduk cetusan Tengku Razali Hamzah ( MP Gua Musang ) bahawa Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi menjadi Menteri Besar Perak sehinggalah beliau meletakkan jawatan atas kerelaannya sendiri, atau disingkirkan melalui usul undi tidak percaya pada persidangan Dewan Undangan Negeri.


Dan

Profesor Dr. Abdul Aziz Bari berkata, “Pada hakikatnya kalau di negeri Perak itu Sultan boleh menyingkirkan Menteri Besar tanpa melalui undi tidak percaya dalam dewan secara formal, maka di peringkat pusat juga peringkat persekutuan boleh menyingkirkan perdana menteri tanpa melalui undi tidak percaya,”

Ia bermaksud jelas institusi Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat boleh dirobah tanpa perlu mengikut perlembagaan negeri dan negara.

Hakim dan Institusi Raja-Raja boleh dibonekakan pada bila-bila masa oleh golongan tertentu. Ia bermaksud sistem perundangan negara begitu rapuh dan kong kali kong.


Jika Timbalan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen (MP) Pagoh mengatakan Political and Economic Risk Consultancy (PERC) penganalisi antarabangsa yang berpusat di Hong Kong bercakap mengunakan hidung tentang poliitik Malaysia.


Pencatat merasakan MP Pagoh pula menilai perundangan dan politik Malaysia mengunakan lutut. Anda menilainya.


Polis Membodek UMNO Dinaikkan Gaji

Pisang emas dibawa berlayar,
Masak sebiji diatas peti.
Hutang Saiful belum dibayar,
Polis menjaganya mahkamah terhenti.

Anak cina bermain galah,
Anak india melompat-lompat.
Pilihanraya DUN Perak sudahlah kalah,
Polis berkawal merata tempat.

Pagi-pagi memancing ikan,
Umpan dimakan si ikan gelama.
Gaji Polis sudah dinaikkan,
menjaga UMNO-BN sekian lama.

Si Luncai niat pergi kenduri,
Nasibnya malang lauknya habis.
Pembawa tilam sedang dicari,
Rupanya menjadi Ketua Polis.

* Pada kes liwat Anwar Ibrahim yang lepas, hakim tidak dibawa ke lokasi pertuduhan kerana ada pegawai polis yang membawa ke mahkamah. Kini tilam tidak dibawa ke mahkamah kerana tukang angkat tilam telam menjadi.... Maka hakim terpaksa ke lokasi.

Kali ini tiada kesan air mani ditilam tetapi dilubang dubur Saiful pula. kih kih kih...

Saiful kata telah diliwat,
Tersenyum megah di Utusan Malaysia.
Polis berkawal sangatlah ketat,
Kerja Polis yang sia-sia.

Umum sudah kenaikan gaji,
Askar bomba tenung melopong lagi.
Menolong UMNO-BN naik imbuhan gaji,
Membodek kerjanya usah rasuah lagi.


Mak Limah berlengang ke pasar,
Mencari sembilang, tongkol dan rebung.
Staff kerajaan menjadi gusar,
Gaji tak naik harga barang melambung.

Sorong papan tarik papan,
Diatas peti buah keranji.
Bonus diumum entahlah kapan.
Huraikan ceramah Pakatan Rakayat dinaik gaji