20100211

Muhyiddin Pula Berfikir Gunakan Lutut

Pertemuan kami dengan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi tadi memberi tambahan vitamin kepada ANAK untuk terus menentang kezaliman.

Melalui nas serta dalil, menjadi fardu kifayah kepada kami untuk memperjuangkan mangsa yang tertindas.

Malangnya pentadbir kelompok yang beragama Islam menikam yang sama agama. Malam ini kami akan kembali ke Gua Musang.


Menceduk cetusan Tengku Razali Hamzah ( MP Gua Musang ) bahawa Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi menjadi Menteri Besar Perak sehinggalah beliau meletakkan jawatan atas kerelaannya sendiri, atau disingkirkan melalui usul undi tidak percaya pada persidangan Dewan Undangan Negeri.


Dan

Profesor Dr. Abdul Aziz Bari berkata, “Pada hakikatnya kalau di negeri Perak itu Sultan boleh menyingkirkan Menteri Besar tanpa melalui undi tidak percaya dalam dewan secara formal, maka di peringkat pusat juga peringkat persekutuan boleh menyingkirkan perdana menteri tanpa melalui undi tidak percaya,”

Ia bermaksud jelas institusi Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat boleh dirobah tanpa perlu mengikut perlembagaan negeri dan negara.

Hakim dan Institusi Raja-Raja boleh dibonekakan pada bila-bila masa oleh golongan tertentu. Ia bermaksud sistem perundangan negara begitu rapuh dan kong kali kong.


Jika Timbalan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen (MP) Pagoh mengatakan Political and Economic Risk Consultancy (PERC) penganalisi antarabangsa yang berpusat di Hong Kong bercakap mengunakan hidung tentang poliitik Malaysia.


Pencatat merasakan MP Pagoh pula menilai perundangan dan politik Malaysia mengunakan lutut. Anda menilainya.


No comments:

Post a Comment