Felda telah ditubuhkan pada 1hb Julai 1956 dengan matlamatnya antara lain:
Felda berperanan untuk memajukan tanah baru untuk dijadikan ladang pertanian yang produktif melalui pengurusan pertanian yang berkesan dikalangan peneroka serta menggalakkan pertumbuhan masyarakat yang maju dan berdisiplin dan membasmi kemiskinan luar bandar.
Penubuhan felda merupakan "brainchild" Allahyarham Tun Abdul Razak Hussain yang diawalnya bukanlah berteraskan kepada "profit making" atau untuk mengaut keuntungan semata-mata. Namun demikian setelah sekian lama, felda telah berubah dari agensi yang ditubuhkan bagi membantu rakyat/peneroka kepada gergasi birokrat dan entiti perniagaan yang berorientasi keuntungan semata-mata.
Falsafah disebalik penubuhannya telah diabaikan samaada dengan disengajakan ataun sebaliknya; felda tidak lagi dilihat sebagai agensi yang menjaga kebajikan peneroka malah boleh dinilai sebagai memusuhi peneroka.
Setelah sejak sekian lama masalah-masalah yang membelenggu peneroka nampaknya jauh dari dapat diselesaikan.
Masih terdapat Tanah Rancangan Felda yang bukan sahaja tidak mendapat kemudahan asas malah Suratan Hakmilik tidak diberikan kepada peneroka walaupun bayaran balik (BK) telah disempurnakan.
Begitu juga polisi Felda yang berkaitan dengan tanam semula yang nampaknya tidak memberikan ruang kepada peneroka untuk bermandiri dengan pelbagai sekatan syarat yang tidak adil dikenakan termasuklah keengganan felda mengembalikan wang tabung tanam semula.
Manakala mereka yang menyerahkan ladang untuk diuruskan oleh felda dengan sewenang-wenangnya mengenakan hutang didalam jumlah yang cukup besar.
Manakala nasib Generasi Ke-2 dan Ke-3 yang tinggal di Tamah Rancangan Felda masih jauh dari terbela. Tidak ada suatu dasar atau polisi yang jelas yang dibawakan oleh felda bagi mengatasi serta mencari jalan penyelesaian isu ini. Akibatnya, hasil dari tanah ladang yang diusahakan tidak boleh dianggap produktif dan dapat menampung keperluan.
Menyedari hakiikat ini dan pelbagai isu yang lain, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dan Pakatan Rakyat (PR) mengambil inisiatif bagi menganjurkan Konvensyen Peneroka Felda dan Generasi Kedua Peringkat Kebangsaan dengan bermatlamat untuk membela nasib peneroka serta bagi mencari penyelesaian kemelut yang melanda peneroka sejak sekian lama.
Konvensyen ini juga merupakan bukti keperhatinan KEADILAN dan PR terhadap nasib dan masadepan golongan peneroka yang banyak berjasa dan menymbang kepada kemakmuran negara.
Butiran mengenai Konvensyen:
Tarikh : 20-02-2010 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 9.00 Pendaftaran
9.00 pagi - 6.00 petang Pembentangan Kertas Kerja dan Perbahasan
Tempat : Markaz PAS Kawasan Jerantut, Kg Temin, Jerantut, Pahang
Pembentang Kertas Kerja: Dr Syed Husin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN
Sdr Mazlan Aliman (ANAK) Ajk Pas Pusat
Sdr Wan Rohimi Wan Daud (Peguam)
Upacara perasmian dan Ucaptama akan disempurnakan oleh Dato Seri Wan Azizah Ismail, Presiden KEADILAN.
HARAPAN BARU UNTUK PENEROKA
Hj. Suhaimi Said
Ketua Biro Felda & Anak Asal PKR Pusat

No comments:
Post a Comment