20100831

Merdeka!!. Syoknya Merdeka

Sambutan Kemerdekaan Negara seakan-akan tiada ertinya lagi. Kenikmatan menyambutnya juga hambar. Sekadar berlakun menuruti kehendak BOS saja. Anak Muda bagaikan balaci diminta kibarkan Jalur Gemilang semata-mata untuk menampakkan sambutan yang meriah.

Terjerit-jerit seronok anak muda melaungkan Kalimah Keramat.. "Merdeka" !!! "Merdeka"!!! "Merdeka" !!! sedangkan mereka sendiri tidak jelas erti kemerdekaan. Budaya penjajah masih terikat kuat dalam kehidupan mereka..

Sementara Pemimpin umno/BN, yang kononnya beriya-iya dengan retorik 1Malaysia ingin menghapuskan golongan perkauman sehingga tanpa usul periksa terus munyerang Pakatan Rakyat. Mata belolok mereka telah dapat melihat, YB Teo Nie Ching melangkah masuk menghulurkan bantuan ke surau. Sedangkan ramai kontraktor bukan Islam buat kerja pembaikkan surau/masjid langsung keluar masuk kawasan.... tidak pula dicemuh!!! Wajarkah disebabkan Teo adalah YB Pakatan Rakyat.

Corong telinga mereka yang capang juga dapat mendengar alunan lagu Namewee yang katanya rasis. Sedangkan Pengetua Rasis dari Sek. Men. Tg. Abd Rahman Putra Kulai yang secara terbuka telah menghina pelajar Cina dan India disaksikan ratusan pelajar dan guru-guru hanya ditukarkan saja. Hukuman yang tidak adil sama sekali. "ISA telah dimansuhkan ker????"

Doa untuk hidayah Ketua Menteri Pulau Pinang juga dijadikan hebahan untuk memporak perandakan rakyat. Syukurlah Pakatan Rakyat sudah matang dan tidak mudah melatah. Apa juga usaha umno untuk memburuk-burukkan PR, akhirnya akan meludah kepada diri sendiri.
.

Erti Kemerdekaan - Anwar Ibrahim

Kemerdekaan negara,

Anwar menyeru semua rakyat bersama-sama beriltizam untuk:

- Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.

- Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan.

- Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.

- Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan undang-undang yang membenarkan tahanan tanpa dibicara. Serentak dengan itu mengesyorkan pembatalan semua pengisytiharan Darurat yang masih berkuatkuasa.

- Memansuhkan atau meminda semua akta dan undang-undang yang zalim serta melanggar hak asasi.

- Menjamin semangat persekutuan serta hubungan yang adil di antara Persekutuan dengan negeri-negeri, terutama Sabah dan Sarawak.

Untuk itu, Anwar berharap usaha semua pihak untuk memaknai erti sebuah Kemerdekaan diredhai dan diberkati.


.

20100830

Kenyataan Media : Isu Bukan Islam Masuk Masjid

Biro Pemahaman & Pemantapan Agama (BIPPA)
PARTI KEADILAN RAKYAT
KENYATAAN MEDIA

Isu Bukan Islam Masuk Masjid

Bagaikan menahan lukah di pergentingan, UMNO dan para kuncunya tidak habis-habis menerkam apa jua kesempatan dan isu sebagai modal mempertahan survival politik perkauman mereka. Seperti biasanya, bagaikan jerat sudah mengena, UMNO dan para pendokongnya mengambil kesempatan ke atas tindakan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat bukan Islam yang telah memasuki masjid dan surau baru-baru ini. Peristiwa Dr. Xavier Jayakumar berucap di dewan utama sebuah masjid di Taman Sri Andalas, Klang pada Ogos 2009 yang lalu, telahpun hampir dilupakan. Kini tindakan YB Teo Nie Ching (Ahli Parlimen DAP Serdang) masuk ke Surau Al-Huda, Kajang dan YB William Leong (Bendahari PKR, Ahli Parlimen PKR Selayang) masuk ke dalam Masjid At-Taqwa, Selayang Baru pula dijadikan isu besar.

Untuk menjelaskan pendirian kami mengenai isu ini, kami ingin membawa perhatian semua pihak kedudukan perkara ini dari perspektif fiqh (hokum Hakam Islam). Sekurang-kurangnya ada empat pandangan mengenai masalah ini. Pertamanya: Mazhab Hanafi yang membenarkan bukan Islam memasuki semua masjid. Keduanya: Mazhab Syafie yang membenarkan masuk kesemua masjid melainkan masjid Haram dan kawasan tanah haram Makkah. Ketiganya: Mazhab Hanbali yang membenarkan untuk memasuki masjidil haram dan lainnya setelah mendapat kebenaran dari umat Islam atas tujuan-tujuan yang munasabah. Akhirnya, Mazhab Maliki yang tidak membenarkan memasuki semua masjid melainkan kerana darurat kerja.

Beberapa peristiwa di zaman Rasulullah juga boleh dijadikan panduan. Baginda pernah membenarkan ramai orang-orang bukan Islam masuk dan tinggal lama di masjid. Rasulullah juga diriwayatkan pernah menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah diizinkan oleh Nabi s.a.w untuk menunaikan sembahyang mereka di dalam masjid dan nabi menyebut kepada sahabat: "Biarkan mereka (untuk melunaskan sembahyang mereka)"
Kepelbagaian pandangan ini menggambarkan keluasan hukum Islam dalam persoalan yang digembar-gemburkan sebagai isu besar ini. Hakikatnya, majoriti ulama silam dan kontemporari jelas mengharuskan bukan Islam memasuki masjid-masjid biasa dengan syarat-syarat tertentu seperti keperluan mendapat keizinan umat Islam atau badan berkuasa Islam, mempunyai sebab yang munasabah dan menjaga adab-adab yang telah ditetapkan.

Oleh yang demikian, kami berpendirian bahawa adalah tidak wajar bagi siapa jua untuk menyempitkan sesuatu yang tidak jelas dari sudut nas-nasnya dan dalil-dalilnya. Apatah lagi jika kita sememangnya berpegang dengan mazhab al-Syafie sebagai mazhab rasmi umat Islam di Negara ini. Lebih jauh lagi, sikap menghalang bukan Islam memasuki masjid ini adalah bertentangan dengan semangat yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat-syarat yang telah ditentukan.

Amalan menerima bukan Islam memasuki masjid atas tujuan yang murni juga telah diamalkan di beberapa negara lain. Ia terbukti memberi nilai positif kepada keberkesanan pemahaman mereka kepada agama Islam, mengelakkan salah faham dan menjana interaksi yang harmoni dalam perhubungan di antara umat Islam dan bukan Islam.
Sewajarnya, para wakil rakyat PR demikian perlulah diberikan pujian kerana kesungguhannya dalam menjalankan tugasnya dengan baik kepada masyarakat majmuk di negara ini. Apatah lagi ia memang telahpun mendapat kebenaran pihak pengurusan masjid dan dilakukan pula atas tanggungjawab mereka sebagai wakil Kerajaan Negeri Selangor.
Kekecohan yang digembar-gemborkan hakikatnya akan memakan tuan. Inilah gambaran kegagalan UMNO selama ini dalam mendidik rakyat mengenai hakikat Islam. Sikap seperti ini akan menyuburkan pendirian fanatik melulu di kalangan orang Islam yang kurang berilmu. Lebih menghinakan apabila berita mengenainya ditokok tambah dengan pelbagai fitnah baru demi mencapai matlamat politik sempit yang diperjuangkan. Kita sentiasa mengingatkan bahawa umat Islam tidak boleh merelakan diri mereka terus dibelenggu dalam kerangka pemikiran sempit politik perkauman dan agama ala UMNO ini. Ini akan menjadikan kita semakin lesu dan masyarakat bukan Islam pula semakin menjauh dari kita. Yakinlah bahawa, kerja mereka ini akan menjadi sia-sia seperti mencari umbut di dalam batu.
Hakikatnya, tanpa mereka jangka, krisis yang mereka wujudkan ini akan menjadikan orang Melayu dan masyarakat Islam lebih memahami agamanya secara total dan lebih berkeyakinan bahawa Islam dan masyarakat Melayu akan lebih terjamin di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat pada masa depan. Inilah keyakinan kita kerana Islam itu tinggi dan merupakan agama yang membawa rahmat untuk seluruh alam.

DR MUHD NUR MANUTY
Pengerusi
Biro Pemahaman & Pemantapan Agama
Parti KeADILan Rakyat

Doa Nabi Muhamad SAW

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya

Aku bersaksi tiada Tuhan kecuali Allah, Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba-Nya dan utusan-Nya.

Aku bersaksi sesungguhnya surga itu benar, neraka itu benar, kiamat itu benar pasti terjadi tiada keraguan di dalamnya, dan sesungguhnya Allah akan membangkitkan manusia dari kuburnya.

Aku bersaksi bahwa Allah adalah Tuhanku tiada sekutu bagi-Nya, tidak beranak dan tidak diperanakkan.

Aku bersaksi sesungguhnya Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, Maha Kuasa atas segala sesuatu, berbuat terhadap apa yang dikehendaki-Nya, Meruntuhkan orang yang Dia kehendaki dan Mengangkat orang yang Dia kehendaki, Raja semua kerajaan, Pemberi rejeki terhadap semua hamba-Nya, Maha Pengampun dan Maha Penyayang, Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.

Aku bersaksi, aku bersaksi, aku bersaksi, aku bersaksi, aku bersaksi, aku bersaksi, aku bersaksi bahwa Engkau adalah Junjunganku, dan di atas semua kesaksian itu. Orang-orang yang menyifati-Mu tak akan mencapai hakikat keagungan-Mu.

Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, bimbinglah daku dan jangan sesatkan daku setelah Engkau tunjuki aku. Sesungguhnya Engkau Maha Memberi petunjuk dan Pemilik petunjuk.
(Iqbâlul A’mâl, Sayyid Ibnu Thawus Al-Hasani, jld 1: 360)

Doa Ahlul Bait AS

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya

Wahai Yang Memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam, Yang Mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup, wahai Yang Memberi rejeki orang yang dikehendaki tanpa perhitungan. Ya Allah, wahai Yang Maha Pengasih; Ya Allah, wahai Yang Maha Penyayang. Ya Allah, ya Allah, ya Allah, milik-Mu semua asmaul husna, perumpamaan yang tinggi, semua keagungan dan kenikmatan.

Aku memohon kepada-Mu
Sampaikan shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad
Jadikan namaku malam ini tergolong kepada orang-orang yang bahagia
ruhku bersama para syuhada’
kebaikanku berada di tempat yang mulia
kesalahanku diampuni
Anugerahkan kepadaku
keyakinan yang membahagiakan hatiku
keimanan yang menghilangkan keraguan dariku
Jadikan aku ridha pada apa yang telah Kau bagikan padaku
Berikan padaku kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat
Selamatkan aku dari siksa neraka yang membakar
Anugerahkan kepadaku kemapuan untuk berzikir dan bersyukur kepada-Mu
Karuniakan padaku kecintaan kepada-Mu
Berikan kepadaku kesadaran untuk kembali kepada-Mu
Bimbinglah aku seperti Engkau membimbing Muhammad dan keluarga Muhammad
(salam atas mereka).
(Mafâtihul Jinân: bab 2, pasal 3)
.

Doa Malam Laylatul Qadar

Laylatul Qadar, malam Al-Qadar adalah malam yang ditunggu2 oleh kaum muslimin di seluruh penjuru dunia. Puncak keutamaan di bln Ramadhan, puncak pengampunan, curahan karunia dan keberkahan. Di antara doanya:

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya

Ya Allah, malam ini aku datang kepada-Mu sebagai hamba yang hina
Aku tak memiliki manfaat dan mudharrat bagi diriku,
tak mampu menolak keburukan darinya

Dengan hal itu aku bersaksi atas diriku,
aku mengakui kelemahanku dan ketakberdayaanku.
Sampaikan shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad.
Karuniakan padaku malam ini maghfirah-Mu
yang telah Kau janjikan padaku, mukminin dan mukminat.
Sempurnakan karunia itu bagiku
Aku adalah hamba-Mu yang miskin dan papa, lemah, fakir dan hina

Ya Allah, jangan jadikan aku orang yang lalai
untuk mengingat-Mu terhadap apa yang telah Kau karuniakan padaku
dan kebajikan yang telah Kau berikan padaku
Jangan jadikan aku orang yang putus asa dari ijabah-Mu
walaupun Engkau menundanya bagiku
baik pada saat suka atau duka, bahagia atau sengsara
dalam keselamatan atau bahaya, menderita atau kenikmatan
Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa.
(Mafâtihul Jinân, bab 2: 225)

20100828

MAHKAMAH PUTUSKAN FELDA MENIPU!

Keputusan panel 3 Hakim Mahkamah Persekutuan semalam (26 Ogos 2010) yang diketuai Tan Sri Alaudin Mohd Sherif bersama Datuk Hashim Yusoff dan Datuk Seri Md Raus Sharif mengekalkan keputusan yang memerintahkan Felda membayar gantirugi berjumlah RM11 juta kepada 354 orang peneroka Felda Kemahang 3, Tanah Merah Kelantan adalah suatu catatan penting negara.

Pada 22 September 2002, kumpulan peneroka tersebut telah memfailkan saman terhadap Felda(defendan pertama), Pengurus Felda Kemahang 3(defendan kedua) dan Felda Palm Industries Sdn Bhd(defendan ketiga). Dalam tuntutan itu, peneroka mendakwa berlaku penipuan dalam urusan jual beli hasil sawit yang dijual defendan kedua atau defendan ketiga kepada defendan ketiga bagi pihak plaintif.

Keadaan itu disedari apabila seorang daripada plaintif menemui salinan asal 'Akuan Penerimaan Buah Tandan Segar (BTS) dikeluarkan defendan ketiga mengandungi cop penjual mengakui hantaran mutu BTS di bawah KPG (Kadar Perahan Gred )sebanyak 18 peratus. Mengikut salinan asal surat akuan itu, 'penjualan BTS itu dibuat atas kehendak penjual dan penjual bersetuju dengan KPG yang dibayar'.

Plaintif dalam writ samannya menegaskan mereka tidak pernah bersetuju dan tiada pengetahuan langsung terhadap persetujuan penjualan di bawah KPG 18 peratus seperti didakwa. Mereka juga menegaskan mutu KPG di bawah 18 peratus adalah salah, tidak tepat dan bercanggah dengan mutu perahan sawit yang dikeluarkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia(MPOB).

354 orang peneroka berkenaan di wakili peguam Wan Rohimi Wan Daud, Asmadi Abu Bakar, Yusfarizal Yusof dan Muhd Azmi Talib. Defendan pula diwakili Firma guaman Tetuan Wong Lu Peen dan Tunku Alina.

Kenyataan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak bahawa ia kesilapan teknikal kerana ketidakhadiran panel guaman Felda adalah suatu penghinaan kepada Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang telah membuat keputusan berasaskan penghujahan peguam plaintif yang turut mengemukakan para saksi.

Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Datuk Mohd Azman Husin dalam penghakiman lisan bertarikh 13 Januari 2008 berkata; mahkamah mendapati wujud bukti konspirasi antara pengurus Felda dan kilang sawit berkenaan untuk menipu gred harga kelapa sawit. Mahkamah berpuashati bahawa kadar gred harga kelapa sawit yang diberikan pihak berkenaan kepada peneroka adalah tidak munasabah.

Adalah jelas apa yang diputuskan mahkamah selari dengan realiti yang sedang dihadapi oleh peneroka berpuluh tahun lamanya di semua 70 kilang kelapa sawit. Penipuan ini bukan dilakukan individu tetapi sengaja diprogramkan untuk mengaut keuntungan mudah berjuta ringgit setiap bulan. Peneroka telah membangkitkan isu ini termasuk isu 'minyak kotor' dan isirong tetapi respon Felda begitu dingin. Felda mendakwa peneroka telah bersetuju dengan KPG tersebut. Walhal peneroka tidak pernah pun diajak berbincang sebaliknya mengiyakan sahaja operasi di kilang kelapa sawit.

Lebih buruk lagi, Buah Tandan Segar yang digrading sebagai mengkal/mentah yang sepatutnya dikembalikan kepada peneroka seperti mana Manual Pengredan MPOB; Felda enggan berbuat demikian. Sebaliknya dipercayai secara senyap-senyap dimasuk ke dalam rem sebelum diproses semula menyebabkan kadar perahan menjadi rendah.

Najib dan pengurusan Felda tidak mahu menerima hakikat kerja kotor mereka selama ini telah terdedah di peringkat perundangan. Mereka cuba kambinghitamkan panel peguam yang mereka lantik sendiri untuk menutup penipuan mereka.

Kenapa Felda tidak mahu bermuhasabah dan membetulkan kepincangan mereka?
Kalau kadar perahan yang sepatutnya dinikmati peneroka antara 22-25 peratus, kenapa tidak diberikan?
Mengapa mereka menidakkan garis panduan sedia ada daripada MPOB, agensi yang berotoriti bahkan memperlekeh analisis makmal Sime Darby serta Felda sendiri yang mengatakan kadar perahan peneroka sekitar 24-25 peratus?

Apa pula nanti alasan Najib, Ahmad Maslan dan Yusof Nor kalau sekiranya keputusan perbicaraan kes yang sama bagi Gugusan Maokil dan Serting memihak kepada peneroka?

Untuk pengetahuan, ini baru penipuan KPG sawit. Kita belum membicarakan lagi penipuan atas Kandungan Getah Kering(KGK) atau lebih dikenali sebagai 'Chee'. Mereka hanya dibayar KGK sekitar 29-30 peratus sahaja sedangkan sepatutnya mereka wajar mendapat antara 33-34 peratus KPG. Peneroka mempersoalkan penggunaan oven pembakar, penipuan timbangan, susutan getah sekerap dan lain-lain.

Insyaallah selepas hariraya ini, tindakan saman berikutnya bukan lagi tertumpu atas kilang sawit Felda; tapi juga Pusat Mengumpul Getah Felda(PMG).

Kesimpulannya, sebahagian daripada perjuangan warga Felda mulai berhasil. Ini suatu permulaan yang sangat baik. Tuntutan lain seperti Wang Tanam Semula, pengurusan ladang yang lemah oleh Techno Plant Sdn Bhd, diskriminasi peneroka yang menguruskan kebun secara persendirian dan perumahan generasi kedua akan terus dikumandangkan.

Najib dan rakan-rakannya sedang panik dan ketakutan. Talian Hayat mereka di Felda boleh ranap dan dondang sayang mereka bahawa peneroka mesti bersyukur dan berterimakasih pada kerajaan BN semakin tidak laku.

Sama-sama kita saksikan TSUNAMI POLITIK pada PRU ke 13 atas kesedaran dan perubahan warga Felda, Insyaallah!

MAZLAN BIN ALIMAN
Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda
Kebangsaan(ANAK)

20100827

AMKJ - Memilih Calun Reformis

AMK Negeri Johor melihat pertembungan 3 Penjuru untuk merebut jawatan Ketua AMK Pusat sebagai satu amalan budaya sihat dan perlu di sokong. Perebutan ini bakal memberi Gambaran bahawa Keadilan mengamalkan sistem keterbukaan dan lebih Demokratik.
Setiap calun perlu mempamerkan kehebatan masing-masing. Apakah gagasan yang akan dibawa dalam AMK yang mampu memenangkan PR dalam PRU 13. Keadilan mesti sentiasa berada pada landasannya yang sebenar. Perjuangan Keadilan bukan sekadar menegakkan Keadilan di bumi Malaysia untuk menumbangkan BN sahaja tetapi perlu diterjemahkan dan direalisasikan disetiap pemegang jawatan pemimpin Keadilan itu sendiri.
"Tidak ada maknanya menyertai Keadilan seandainya dalam Keadilan itu sendiri sudah tidak ada lagi Keadilannya". Justeru itu, setiap anggota Keadilan mesti meletakkan kepentingan rakyat lebih utama berbanding kepentingan individu dalam menentukan bakal pemimpin Keadilan. Jangan sesuka hati memilih pemimpin berlandaskan ikut-ikutan membabi buta.
AMK Johor teramat benci kepada calun yang mengaitkan dirinya dengan Datuk seri Anwar Ibrahim semata-mata untuk meraih sokongan. Begitujuga sebaliknya, DS Anwar Ibrahim tidak bertindak menentukan sesiapa untuk memegang jawatan Keadilan. Berikan ruang demokratik yang seluas-luasnya kepada anggota untuk memilih.
Selagi Keadilan masih berada dilandasan Keadilan, selagi itu ianya tetap didokongi. Tetapi andainya ia tergelincir dari landasan itu, maka kami tidak teragak-agak bertindak sesuatu. Keadilan mesti diperjuangkan dan dihindari daripada dicengkap oleh individu-individu yang berkepentingan peribadi dan gila kuasa/jawatan.
.

AMK - Pertembungan 3 Penjuru


Perebutan kerusi ketua Pemuda PKR (AMK) hampir pasti menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara penyandangnya Shamsul Iskandar Md Akin dan dua anggota majlis pimpinan pusat (MPP) Badrul Hisam Shaharin dan Rafizi Ramli.


Bagaimanapun, anak sulung ketua umum Nurul Izzah difahamkan tidak berhasrat merebut mana-mana jawatan kanan dalam sayap parti itu sebaliknya mahu menumpukan tugasnya sebagai ahli parlimen.

Rafizi –bekas pemimpin pelajar di United Kingdom yang pernah meletakkan jawatan sebagai anggota MPP dan exco AMK pada 2004 – agak mengejutkan selepas 'ditarik' daripada dunia korporat ketika sedang meningkat naik dalam kariernya. Rafizi tanpa bersembungi lagi mengakui menawarkan diri bagi bertanding di jawatan itu.

“Ya, saya akan bertanding jawatan ketua AMK,” katanya kepda Malaysiakini sambil menjelaskan pengumuman rasmi berhubung perkara tersebut akan dibuat pada minggu depan. Beliau menawarkan diri bertanding bagi memperkenalkan “model pendekatan baru” anak muda yang “bukan semata-mata bersandarkan ghairah dan semanga

Rafizi akan beregu dengan ADUN Batu Caves Amiruddin Shari dan disokong sekumpulan ahli parlimen muda PKR, antaranya Nik Nazmi Nik Ahmad dan Sim Tze Tzin (Pantai Jerejak) berpendapat, AMK perlu pendekatan baru bagi menarik sokongan anak muda sebagai golongan penentu yang dalam masa yang sama “kurang berminat dalam Politik, “Kita perlu melepasi (perasaan) sentimental reformasi (1998),” kata bekas pegawai kanan di Petronas Carigali Sdn Bhd dan Pharmaniaga Berhad itu yang kini bertugas sebagai Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

Sementara Shamsul pula mendapat dokongan seorang lagi naib ketua AMK Khairul Anuar Ahmad Zainudin, juga seorang aktivis kesatuan sekerja yang pernah ditahan di bawah akta kontroversi ISA.

“Ya, saya tawarkan diri sebagai timbalan ketua AMK bagi membantu Shamsul Iskandar (sebagai ketua AMK),” katanya kepada Malaysiakini.


Difahamkam Khairul dipilih berganding dengan Shamsul - seorang peguam - kerana gandingan lamanya, Mohd Fariz Musa sudah melebihi umur 40 tahun.

Namun dipercayai walaupun perlembagaan baru PKR menetapkan pemimpin AMK mestilah disandang oleh mereka yang berumur 35 tahun ke bawah, tetapi ini hanya akan dikuatkuasakan pada sesi akan datang bagi mempersediakan sayap parti itu kepada “peralihan”.

Sementara itu, berbeza dengan Rafizi dan Shamsul, Badrul yang meraih populariti dengan pelbagai 'gimik' politik dan kepetahannya berceramah pula masih dilihat lone ranger atau berseorangan.

Beliau yang kerap bergerak melalui Solidariti Anak Muda Malaysia - NGO yang diasaskannya - enggan mendedahkan lagi siapa gandingannya atau menawarkan diri.


“Saya tidak akan umumkannya. Terpulanglah kepada akar umbi (untuk menentukannya),” kata Badrul kepada Malaysiakini.

Menganggap pemilihan parti sebagai “urusan keluarga”, bekas guru itu berkata: “Dalam keluarga, takkanlah kita harus kata adik lebih baik daripada abang, (atau) abang lebih baik daripada adik”.

Katanya, tenaga itu lebih baik digembleng bersama bagi menumbangkan kerajaan BN.

Mengulas tentang tanggapan beliau berseorang dalam PKR, sambil ketawa Badrul berkata: “Berseorangan belum tentu sunyi, berdua belum tentu tak sunyi.”

Sementara itu, walaupun hampir pasti berlaku pertembungan tiga penjuru November nanti, seorang lagi pemimpin cabang Hasmi Hashim – satu-satunya calon yang pernah menentang Shamsul pada sesi lalu, masih tidak jelas kedudukannya.


Kalah teruk dalam pertandingan lalu, Hasmi, seorang penggiat budaya dilihat masih mengintai peluangnya.

“Kali ini (saya) akan dengar, timbang dan bincang dengan anggota AMK, pimpinan dan keluarga dulu,” katanya yang kritikal kepada kumpulan Shamsul dan Badrul itu.

PKR bakal mengadakan pemilihan parti secara langsung bermula dengan proses pencalonan di peringkat cabang (bahagian) lewat bulan ini, sebelum mengundi memilih pucuk pimpinan tertinggi parti itu pada November depan.
.

Felda diarah bayar peneroka RM11 juta

Selepas lebih sepuluh tahun, akhirnya 354 peneroka Felda Kemahang Tiga dari Kelantan mendapat khabar gembira apabila Mahkamah Persekutuan hari ini mengarahkan Felda membayar mereka RM11 juta kerana menipu peneroka berkenaan berhubung gred buah kelapa sawit.

Mahkamah Persekutuan Putrajaya menolak permohonan Felda yang mencabar keputusan yang dibuat oleh panel lain, mahkamah itu yang sebelum ini mengketepikan rayuan berkenaan.


Lebih 150 peneroka hadir pada perbicaraan yang penuh sesak ini manakala ratusan lagi berhimpun di luar menantikan penghakiman. Kebanyakan mereka mengagahi perjalanan lebih sembilan jam dari Kelantan untuk mencari keadilan.

Dengan penghakiman hari ini, setiap peneroka itu dijangka menerima RM25,000 hingga RM30,000 setiap seorang.

Keputusan hari ini mempunyai implikasi besar ke atas Felda dan kerajaan kerana ia akan menyaksikan lebih banyak saman difailkan dan mengugat kepercayaan sebelum ini bahawa penubuhan agensi kerajaan itu oleh perdana menteri kedua, Tun abdul Razak Hussein bagi meningkatkan kebajikan masyarakat bumiputera dengan menaikkan taraf hidup mereka sebenarnya mempunyai kepincangan.

Keputusan sebulat suara

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sherif, yang mengetuai panel tiga hakim, menolak permohonan Felda berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang mengetepikan permohonan Felda membuat rayuan terhadap perintah Mahkamah Tinggi Kota Baharu supaya agensi itu membayar RM7.8 juta ganti rugi dan faedah kepada peneroka-peneroka itu.

Panel hakim, yang turut terdiri Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusoff dan Datuk Seri Md Raus Sharif, mendapati mahkamah itu tidak dapat membenarkan permohonan itu kerana ia tidak mempunyai bidang kuasa menyemak semula keputusan awalnya.

Menurut Alauddin, keputusan sebulat suara itu dibuat kerana mahkamah hari ini tidak mempunyai jurisdiksi untuk mengkaji keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan sebelum ini.

"Justeru, rayuan itu ditolak."

Mahkamah juga memerintahkan Felda membayar kos perundangan sebanyak RM20,000.

Mahkamah Tinggi Kota Baharu memerintahkan Felda membayar RM7.8 juta bersama faedah kepada peneroka-peneroka itu setelah peguam agensi itu gagal hadir di mahkamah semasa saman itu didengar, dan mahkamah membuat keputusan memihak kepada peneroka selepas mendengar keterangan saksi-saksi mereka.

Jumlah meningkat

Jumlah itu kemudiannya meningkat kepada RM11 juta bersama faedah terkumpul.

Pada 19 Januari lalu, Mahkamah Persekutuan enggan membenarkan Felda untuk merayu dan mengarahkannya supaya membayar pampasan kerana menipu 354 peneroka sejak 1995.

Panel tiga orang hakim ketika itu diketuai oleh Tun Zaki Azmi yang sebulat suara enggan membenarkan Felda membuat rayuan.


"Mahkamah puas hati bahawa tiada mana-mana bahagian dalam undang-undang bagi perkara ini disemak semula oleh mahkamah ini. Kami mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan," kata Zaki dalam penghakiman lisannya.

Dua lagi panel hakim tersebut ialah Datuk Gopal Ram dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin.

Peneroka menamakan Felda, pengurus tanah rancangan tersebut, Ibrahim Ismail (telah meninggal dunia) dan Felda Palm Industries Sdn Bhd sebagai defenden.

Mereka diwakili oleh peguam Wan Rohimi Wan Daud dan Yusfarizal Yusoff

20100824


Pembangkang Nafi Pecah Belah Peneroka

Pembangkang nafi pecah belah peneroka
http://www.sinarharian.com.my/com/content/story8096796.asp

SHAH ALAM – Pembangkang semalam menafikan isu berkaitan Felda yang dikatakan bertujuan memecahbelahkan peneroka dengan syarikat itu seperti didakwa Pengerusinya, Tan Sri Dr Mohd Yusof Nor.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Latheefa Koya berkata, dakwaan Mohd Yusof bahawa pembangkang hanya mengganggu dan cuba menyusup masuk ke Felda adalah tidak profesional.

Menurutnya, masalah penyelewengan Felda diadukan sendiri oleh peneroka, bukan diada-adakan pembangkang.

“Kita hanya bertindak sebagai peguam dan menjalankan amanah peneroka yang menuntut hak mereka. Dalam mahkamah pendakwa tidak akan tanya peguam parti mana, yang dia akan tanya adalah berdasarkan kes.

“Sebagai pihak bertanggungjawab menjaga Felda, mereka perlu jawab secara profesional, lantik peguam dan berdepan dengan perkara ini. Bukan bercakap melalui media sahaja,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Beliau meminta Felda tidak mempolitikkan apa sahaja isu yang dikaitkan dengan mereka hanya kerana peneroka melantik peguam dalam kalangan pembangkang.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub menegaskan, Pakatan Rakyat(PR) konsisten untuk mendedahkan isu penyelewengan dan salah urus tadbir yang berlaku dalam Felda.

“Ini tanggungjawab kita untuk menyelamatkan peneroka. Apa pun dakwaan mereka kita (PR) akan terus berjumpa rakyat dengan kerap supaya maklumat mereka dapat disampaikan secara terus.

“Dia (Mohd Yusof) sepatutnya menjawab isu ini, bukan berdalih. Seharusnya dia menyatakan persetujuan untuk menerima pelawaan berdialog yang diusulkan pembangkang, bukan bersembunyi di sebalik kuasa yang ada,” katanya.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar meminta pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuka peluang kepada pembangkang untuk berdebat dan membahaskan isu Felda di Parlimen.

Menurutnya, pembangkang adalah saluran yang betul bagi peneroka untuk mengemukakan masalah mereka.

“Bukan kita menyibuk tetapi kita mengetengahkan masalah. Banyak isu yang masih belum dijawab Felda.

“Mereka kata ekonomi Felda masih baik, berkembang dan menguntungkan tetapi yang untung Felda? Bukan peneroka,” katanya.

Terbaru media melaporkan, Pengerusi Felda Tan Sri Dr Mohd Yusof Nor mendakwa ada pihak mahu melihat peneroka dan pentadbiran dalam organisasi itu berpecah belah untuk memudahkan mereka menyusup masuk dalam Felda.

Dakwaan itu timbul berikutan pelbagai masalah berkaitan salah urus dan penyelewengan Felda dikemukakan pihak pembangkang

Umno Fitnah Kerana Terancam Kekuatan Pakatan Rakyat

Oleh Nazar Hashim

BUKIT MERTAJAM 24 Ogos - Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyelar segelintir pimpinan Umno Pulau Pinang yang sengaja menjadikan isu doa khutbah Jumaat sebagai satu cara untuk meraih sokongan yang sudah jelas semakin pudar terhadap mereka.

Dr Wan Azizah membidas sikap Umno Pulau Pinang yang terpaksa menggunakan taktik murahan dengan usaha menaikkan kemarahan rakyat berhubung isu agama dan kaum di negeri itu.

"Dengan kepimpinan yang ditunjukkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah teraju Pakatan Rakyat, Umno dan Barisan Nasional sudah semakin hilang taringnya. Mereka melihat kekuatan yang ada pada Pakatan Rakyat semakin lama semakin mencengkam dan menggugat kedudukan mereka.

"Apa lagi dengan pemberian wang khas sempena menyambut Aidilfitri kepada 3,577 kakitangan awam Pulau Pinang sebelum 3 September ini. Ini semua memberi tamparan hebat kepada mereka yang menerajui Kerajaan Pusat setelah melihat negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat mampu untuk menghargai rakyat negeri ini.

"Mereka semakin tertekan dan dihimpit pelbagai kemungkinan. Apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang kebelakangan ini merupakan tamparan kepada Umno dan Barisan Nasional. Kejayaan kepimpinan Pakatan Rakyat di bawah teraju Ketua Menteri sekarang adalah di luar jangkaan mereka," tegas Dr Wan Azizah.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian sumbangan sempena Ramadhan kepada 50 ibu tunggal di Tanah Liat,Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah Ahad lalu.

Majlis anjuran Koperasi Ibu Tunggal Seberang Perai Tengah itu turut dihadiri isteri Timbalan Ketua Menteri I, Datin Aishah Zainol serta Ketua Wanita KEADILAN Pulau Pinang, Norhayati Jaafar.

Dr Wan Azizah juga berkata ketakutan Umno-BN kini adalah kerana sokongan yang semakin kuat diberikan oleh rakyat di negeri Pulau Pinang kepada kepimpinan Lim Guan Eng.

Menyentuh mengenai dakwaan penderhaka terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung isu pertahanan, beliau membidas menteri itu yang dianggap enggan berpijak dibumi nyata.

"Sedangkan dalam Parlimen lagi perkara ini telah pun didedahkan berkali-kali oleh ahli parlimen mengenai kegagalan kapal selam milik negara kita berfungsi.

"Kerajaan jangan cuba hendak mengalihkan perhatian rakyat terhadap penyelewengan berleluasa yang telah mereka lakukan selama ini. Di bawah pemerintahan mereka segala pengkhianatan berlaku. Wang rakyat mereka habiskan mengikut acuan mereka. Kronisme, korupsi dan skandal yang cuba mereka selindungi juga tidak akan bertahan lama.

"Lambat laun saya yakin, Umno dan BN akan tumbang dalam pilihan raya umum yang akan datang apabila rakyat sendiri melondehkan segala kejelekan yang telah mereka lakukan dan hanya rakyat yang mampu memberi pengajaran kepada mereka," ujar Dr Wan Azizah lagi.
.

Nikmat Berpuasa

Targhib (Penyemangat) Bagi yang Puasa Ramadhan
Penulis: Syaikh Salim bin Ied Al-Hilaaly
Fiqh, 27 Oktober 2003, 02:42:00

1. Pengampunan Dosa

Allah dan Rasul-Nya memberikan targhib (spirit) untuk melakukan puasa Ramadhan dengan menjelaskan keutamaan serta tingginya kedudukan puasa, dan kalau seandainya orang yang puasa mempunyai dosa seperti buih di lautan niscaya akan diampuni dengan sebab ibadah yang baik dan diberkahi ini.

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, (bahwasanya) beliau bersabda (yang artinya) : “ Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh iman dan ihtisab (mengharap wajah ALLAH) maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu" [Hadits Riwayat Bukhari 4/99, Muslim 759, makna "Penuh iman dan Ihtisab' yakni membenarkan wajibnya puasa, mengharap pahalanya, hatinya senang dalam mengamalkan, tidak membencinya, tidak merasa berat dalam mengamalkannya]

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu juga, -Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam pernah bersabda (yang artinya) : “ Shalat yang lima waktu, Jum'at ke Jum'at. Ramadhan ke Ramadhan adalah penghapus dosa yang terjadi di antara senggang waktu tersebut jika menjauhi dosa besar" [Hadits Riwayat Muslim 233].

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu juga, (bahwasanya) Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam pernah naik mimbar kemudian berkata : Amin, Amin, Amin" Ditanyakan kepadanya : "Ya Rasulullah, engkau naik mimbar kemudian mengucapkan Amin, Amin, Amin?" Beliau bersabda (yang artinya) : “ Sesungguhnya Jibril 'Alaihis salam datang kepadaku, dia berkata : "Barangsiapa yang mendapati bulan Ramadhan tapi tidak diampuni dosanya maka akan masuk neraka dan akan Allah jauhkan dia, katakan "Amin", maka akupun mengucapkan Amin...." [Hadits Riwayat Ibnu Khuzaimah 3/192 dan Ahmad 2/246 dan 254 dan Al-Baihaqi 4/204 dari jalan Abu Hurairah. Hadits ini shahih, asalnya terdapat dalam Shahih Muslim 4/1978. Dalam bab ini banyak hadits dari beberapa orang sahabat, lihatlah dalam Fadhailu Syahri Ramadhan hal.25-34 karya Ibnu Syahin].

2. Dikabulkannya Do'a dan Pembebasan Api Neraka

Rasullullah Shalallahu 'alaihi wa sallam bersabda (yang artinya) : “ Sesungguhnya Allah memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari neraka setiap siang dan malam dalam bulan Ramadhan, dan semua orang muslim yang berdo'a akan dikabulkan do'anya" [Hadits Riwayat Bazzar 3142, Ahmad 2/254 dari jalan A'mas, dari Abu Shalih dari Jabir, diriwayatkan oleh Ibnu Majah 1643 darinya secara ringkas dari jalan yang lain, haditsnya shahih. Do'a yang dikabulkan itu ketika berbuka, sebagaimana akan datang penjelasannya, lihat Misbahuh Azzujajah no. 60 karya Al-Bushri]

3. Orang yang Puasa Termasuk Shidiqin dan Syuhada

Dari 'Amr bin Murrah Al-Juhani[1] Radhiyallahu 'anhu, ia berkata : Datang seorang pria kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam kemudian berkata : "Ya Rasulullah, apa pendapatmu jika aku bersaksi bahwa tidak ada sesembahan yang hak kecuali Allah, engkau adalah Rasulullah, aku shalat lima waktu, aku tunaikan zakat, aku lakukan puasa Ramadhan dan shalat tarawih di malam harinya, termasuk orang yang manakah aku ?" Beliau menjawab (yang artinya) : “ Termasuk dari shidiqin dan syuhada" [Hadits Riwayat Ibnu Hibban (no.11 zawaidnya) sanadnya Shahih]

Footnote :

[1]. Lihat Al-Ansab 3/394 karya As-Sam'ani, Al-Lubab 1/317 karya Ibnul Atsir

Judul Asli : Shifat shaum an Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam Fii Ramadhan, penulis Syaikh Salim bin Ied Al-Hilaaly, Syaikh Ali Hasan Abdul Hamid. Penerbit Al Maktabah Al islamiyyah cet. Ke 5 th 1416 H. Edisi Indonesia Sifat Puasa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam oleh terbitan Pustaka Al-Mubarok (PMR), penerjemah Abdurrahman Mubarak Ata. Cetakan I Jumadal Akhir 1424 H.

Sumber artikel : http://www.salafy.or.id/print.php?id_artikel=302

20100822

lefthanded - keadilan



MAY - Keadilan



Wali Band - Puaskah + Lirik



20100819

"Perang Besar Kaum Tidak Akan Berlaku" ANWAR

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menolak laporan Utusan Malaysia kononnya 'perang besar' boleh berlaku di Malaysia sekiranya kerajaan gagal menangani isu perkauman yang bebas diperdebatkan secara terbuka sekarang.


Katanya, ia tidak lain daripada percubaan terakhir Umno yang kini sudah tenat untuk meraih sokongan rakyat terutamanya orang Melayu.

"Saya tak mahu layan Utusan," katanya kepada wartawan pada sidang media di ibupejabat PKR di Tropicana Petaling Jaya hari ini.

Menurut Anwar Umno yang sekarang kehilangan pengaruh untuk memerintah negara, mula dilihat memainkan sentimen perkauman.

"Kita berhadapan dengan satu parti yang sudah tenat dan tahu kehilangan dukungan dan pengaruh orang Melayu dan rakyat.

Dalam rencananya yang bertajuk "Benar, 'perang besar' boleh berlaku di Malaysia”, penolong ketua pengarang I, Kumpulan Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan menulis 'perang' kali ini lebih besar daripada tragedi 13 Mei 1969, kerana itu hanyalah konflik melibatkan kegelisahan kaum atau social unrest yang kecil sahaja.

Menurut Zaini, pelbagai pihak sedang membakar semangat antara satu kaum dengan kaum yang lain, termasuk cubaan untuk menukar perlembagaan Malaysia sekarang kepada satu perlembagaan yang baru.

"Kalau benar ada orang yang mahu buat perlembagaan baru, kita minta perkara itu disiasat kerana ia bertentangan dengan pendirian rakyat negara ini.

Cara ugut

"Ini cara ugut, menakutkan orang supaya kes kezaliman, rasuah itu ditutup. Saya tidak percaya ketegangan ini parah melainkan ia sengaja dimainkan oleh orang-orang berkepentingan," tegas Anwar.

Katanya, sekiranya ada pihak tertentu cuba menghilangkan semua peruntukan orang Melayu-Islam atau hak Raja-Raja Melayu, beliau menggesa supaya pihak polis supaya menyiasat dakwaan tersebut.


"Kalau Pakatan Rakyat, kita ketiga-tiga parti sudah pun tandatangan. Saya, Datuk Seri Hadi Awang dan Lim Kit Siang mengesahkan peruntukan yang ada dalam perlembagaan dengan pendekatan baru untuk rakyat Malaysia lebih yakin,” kata Anwar lagi.
.

20100818

Doa Hari Ketujuh Ramadhan

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya

Ya Allah, bantulah daku di dalamnya untuk melaksanakan puasa dan qiyâmul layl (shalat malam), jauhkan daku di dalamnya dari dosa dan kesalahan, anugerahkan padaku di dalamnya untuk selalu berzikir pada-Mu dengan taufik-Mu wahai Pembimbing orang-orang yang tersesat. (Mafâtihul Jinân: bab 2, pasal 3)

Doa Hari Kedelapan Ramadhan
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على محمد وآل محمد
Bismillâhir Rahmânir Rahîm
Allâhumma shalli ‘alâ Muhammad wa âli Muhammad

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya


اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِي فِيْهِ رَحْمَةَ اْلاَيْتَامِ، وَاِطْعَامَ الطَّعَامِ، وَاِفْشَاءَ السَّلاَمِ، وَصُحْبَةَ الْكِرَامِ، بِطَوْلِكَ يَا مَلْجَاَ اْلاَمِلِيْنَ
Allâhummarzuqnî fîhi rahmatal aytâm, wa ith’âmath tha’âm, wa ifsyâas salâm, wa shuhbatal kirâm, bithawlika yâ Malja-al âmilîn.

Ya Allah, karuniakan kepadaku di dalamnya rasa sayang kepada anak-anak yatim, kemampuan memberi makan, menebarkan salam dan berteman dengan orang-orang yang berakhlak mulia dengan kemurahan-Mu wahai Tempat bersandar para pengharap. (Mafâtihul Jinân: bab 2, pasal 3)


Doa Malam Kesembilan Ramadhan
Doa Rasulullah saw pada Malam Ke 9 Ramadhan

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya

Wahai Junjunganku, wahai Tuhanku, wahai Pemilik keagungan dan kemuliaan, wahai Pemilik Arasy yang tak pernah tidur, wahai Pemilik keagungan yang tak pernah hancur, wahai Yang Menunaikan semua urusan, wahai Yang Menyembuhkan hati.

Karuniakan dalam urusanku kebahagiaan dan jalan keluar (solusi)
Kuatkan dalam hatiku harapanku kepada-Mu sehingga aku tidak berharap kepada siapa pun selain-Mu.

Kepada-Mu kupasrahkan diriku duhai Junjunganku
kepada-Mu aku kembali dan Engkaulah tempat kembaliku duhai Mawlaku

Aku memohon kepada-Mu wahai Tuhan dari semua yang dituhankan, Yang Maha Berkuasa dari semua yang berkuasa, Yang Maha Besar dari semua pembesar.
Yang bila bertawakkal kepada-Nya Dia mencukupinya, memenuhi keperluannya, dan menyelesaikan urusannya.

Kepada-Mu aku pasrahkan diriku, maka cukupi aku
Kepada-Mu aku kembali, maka sayangi daku
Kepada-Mu tempat kembaliku, maka ampuni daku
Jangan hitamkan wajahku pada hari wajah-wajah menghitam dan wajah-wajah memutih
Sesungguhnya Engkau Maha Mulia Agung dan Maha Bijaksana
Sampaikan shalaat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad
Sayangi daku, dan ampuni daku
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penyayang
(Iqbâlul A’mâl, Sayyid Ibnu Thawus Al-Hasani, jld 1: 271)

.

PENGETUA Fanatik Perkauman

Tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini ialah '1Malaysia Menjana Transformasi,' Tetapi berlainnan pula yang sebenarnya berlaku terhadap Pengetua STARP Kulaijaya.
Tindakan disiplin yang paling keras perlu dikenakan terhadap pengetua SMK Tunku Abdul Rahman Putera, Siti Inshah Mansor yang didakwa mengeluarkan berbaur perkauman dan membangkitkan kemarahan Kaum Cina dan India.

Tindakan perlu diambil terhadap Siti Inshah memandangkan ucapannya itu bertentangan dengan konsep 1Malaysia yang dipelopori perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, Siti Inshah sanggup mengeluarkan kata-kata yang begitu menghina, menyinggung dan rasis itu dalam satu majlis untuk melancarkan sambutan Hari Kebangsaan sekolah tersebut.

Menurut beberapa laporan polis yang disebarkan di dalam talian, Siti Inshah didawak mengeluarkan kata-kata berkenaan pada 12 Ogos lalu ketika mengulas mengenai masalah disiplin pelajar.

Didakwa, beliau menyatakan bahawa pelajar Cina "tidak diperlukan" dan perlu "pulang" ke China manakala pelajar India patut membuang ikatan tali di pergelangan tangan mereka. Beliau juga didakwa berkata hanya anjing yang memakai tali seperti itu
.

CHUA - TPM - MCA - UMNO

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengingatkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa keadaan sosio-ekonomi Malaysia telah berubah dan sehubungan itu, tidak perlu baginya mengungkit lagi pertumpah berdarah 13 Mei 1969.


Dalam kenyataan hari ini, Chua melahirkan rasa kecewa dengan amaran Muhyiddin semalam yang mengingatkan MCA supaya jangan terlalu ghairah menjuarai kepentingan dan tuntutan kaum sendiri sehingga boleh menjejaskan kestabilan dan keharmonian antara kaum di negara ini.

“Keadaan sosio-ekonomi Malaysia hari ini adalah jauh berbeza daripada 1969 di mana rakyat Malaysia kini mampu mengadakan perbincangan rasional tanpa perlu memalu gendang perang perkauman.MCA hanya mendesak ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat.

Chua berhujah ia hanya boleh dicapai melalui liberalisasi sektor minyak, gas dan telekomunikasi serta pemotongan subsidi. Selain itu, sistem tender yang sebelum ini memihak kepada bumiputera perlu digantikan dengan sistem terbuka.

NOTA PENCATAT

Selagi rasuah yang dipeloporioleh kerajaan Umno/BN masih bermaharajalela di negara ini, tuntutan Chua tidak akan tercapai. Ekuiti 30% dikurangkan akan dilihat sebagai ancaman kepada Kroni Umno dan gendang perkauman mula dipalu.

Begitu juga sistem tender terbuka, ianya tidak akan berjaya sepenuhnya selagi RASUAH masih menjadi amalan pemimpin negera. Kerajaan perlu serius menangani rasuah dan perasuah.

Tuntutan Chua akan dinilai oleh Umno sebagai ancaman Melayu. Sentimen perkauman akan menarik Umno menentang MCA dan sebaliknya kekecewaan tuntutan tersebut akan mengakibatkan orang-orang MCA benci/meluat dengan Umno.

20100816

Doa Haji Dan Kemudahan Rezki

Doa ini dianjurkan dibaca pada siang hari, saat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Doa ini secara khusus sebagai permohonan kita kepada Allah swt agar Dia menetapkan kita dalam takdir-Nya yang akan ditetapkan pada malam Al-Qadar.

Dalam hadis-hadis mutawatir yang bersumber dari Ahlul bait Nabi saw disebutkan bahwa malam Al-Qadar adalah malam penetapan takdir manusia selama satu tahun hingga malam Al-Qadar berikutnya.

Semoga berkat doa yang mulia ini:
Bagi yang akan menunaikan ibadah haji tahun ini, Allah swt menjaganya dari segala rintangan yang menghangi, memberi kesehatan dan keselamatan.

Bagi yang belum haji dan mengharapkannya, Allah swt memberi kemudahan dan keberkahan rejeki sehingga dapat mencapai harapannya yang mulia.

Bagi yang sedang kesulitan dan yang punya hutang, Allah Jalla Jalaluh mengantarkannya ke pintu gerbang curahan rahmat-Nya dan mengkaruniakan kemudahan rejeki di luar dugaan kemampuan pikiran manusia. Berikut ini doanya:

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu
Sampaikan shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad.
Jadikan aku dalam ketetapan dan takdir-Mu yang akan Kau tetapkan pada malam Al-Qadar, ketetapan yang tak tertolakkan dan tak tergantikan. Agar Kau catat aku sebagai orang yang tergolong kepada mereka yang menunaikan haji ke rumah-Mu yang mulia, yang diterima haji mereka dan diridhai sa'i mereka, yang diampuni dosa-dosa mereka dan ditutupi kejelekan-kejelekan mereka.

Dan jadikan aku dalam takdir-Mu itu, Kau panjangkan umurku, Kau luaskan rizkiku, Kau tunaikan amanatku dan hutangku, amin ya Rabbal `alamin.

Ya Allah, karuniakan kepadaku dalam urusanku kebahagiaan dan jalan keluar. Anugrahkan kepadaku rejeki yang kuduga dan yang tak kuduga. Jagalah aku dari arah yang kujaga dan yang tak kujaga. Sampaikan shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad. (Mafâtihul Jinân: bab 2, pasal 3)
.

20100814

Gaji, Elaun Pengerusi Felda RM2 Juta Setahun?

Oleh Sidiqin Omar

PETALING JAYA 14 Ogos - Dalam keadaan golongan peneroka bergelut dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) untuk mendapatkan hak mereka dan layanan yang lebih adil, dan juga kemungkinan agensi itu bankrap, pengerusinya, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor didakwa menikmati gaji, imbuhan serta elaun berjumlah RM2 juta setahun.

Mendedahkan perkara ini, Naib Presiden KEADILAN Sivarasa Rasiah melontar cabaran kepada Dr Mohd Yusof bersifat telus dan mendedahkan kepada rakyat jumlah ganjaran sebenarnya yang diterima beliau selaku Pengerusi Felda.

Bercakap pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana hari ini, Sivarasa berkata daripada maklumat diterimanya, pendapatan yang diterima Dr Mohd Yusof tersebut gaji serta elaun.

“Saya nak tanya kepada beliau berapa jumlah ganjaran yang diperoleh sebagai Pengerusi Felda yang turut mengawal anak-anak syarikat Felda?

“Betul atau tidak pendapatan beliau termasuk gaji dan elaun mencecah sehingga RM2 juta setahun?" kata beliau.

Sivarasa menjelaskan walaupun ini satu dakwaan tetapi Dr Mohd Yusof perlu menjawab dakwaan tersebut sama ada benar beliau menerima gaji dan elaun sebanyak itu.

“Saya cuma nak tahu ya atau tidak, itu sahaja. Jadi saya menantikan jawapan daripada beliau.

“Ini kerana sebagai Pengerusi Felda yang mengawal anak-anak syarikat sudah tentu pendapatannya tinggi.

“Itu yang saya mahu tahu apakah ganjaran sebenarnya yang diperoleh beliau setiap tahun. Adakah ia ada mencecah RM2 juta,” kata Sivarasa.

Isnin lalu seramai 766 peneroka dari vRancangan Felda Serting dan gugusan Raja Alias menyaman agensi itu RM200 juta atas dakwaan menipu dalam kiraan perahan minyak sawit
.

FELDA Tidak Jadi Saman Suara Keadilan ???


Felda Dinasihat Fikir Masak-masak Sebelum Saman Suara Keadilan

Oleh Sidiqin Omar

PETALING JAYA 14 Ogos - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dinasihatkan mendapatkan penasihat undang-undang yang pintar sebelum meneruskan niatnya untuk menyaman lidah rasmi KEADILAN, Suara Keadilan berhubung artikel 'Felda Bankrap' yang menimbulkan persoalan sama ada agensi tersebut sudah lingkup setelah mengalami penurunan rizab tunai secara mendadak dalam tempoh lima tahun.

Ini berikutan Felda menghantar surat tuntutan ganti rugi RM200 juta 1 Julai lalu kerana mendakwa artikel tersebut telah menjejaskan imejnya.

"Persoalan yang ingin ditimbulkan disini, adakah secara moral, perundangan dan etika membolehkan Felda untuk membawa satu tindakan undang-undang ke atas rakyat dan orang awam yang mengeluarkan kritikan. Kita perlu ingat bahawa Felda adalah sebuah badan berkanun, yang ditubuhkan dengan menggunakan dana awam. Jadi tindakan mereka untuk menyaman pandangan orang ramai adalah tidak masuk akal," kata peguam yang mewakili Suara Keadilan, N Surendran pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana, hari ini.

Surendran berkata undang-undang jelas menunjukkan Felda ditubuhkan dengan dana awam dan tujuannya adalah untuk memberikan bantuan kepada rakyat melalui rancangan tanah dan program skim pertanian.

Kata beliau, usaha untuk menyaman penerbit akhbar tersebut bukan sahaja berkaitan prinsip perundangan semata-mata, tetapi lebih kepada persoalan moral dan etika.

"Undang-undang adalah jelas. Felda tidak boleh saman fitnah. Ugutan saman yang diambil oleh Felda tidak mempunyai asas dan prinsip undang-undang. Mana-mana badan berkanun yang menggunakan wang rakyat dan memberikan perkhidmatan untuk kepentingan rakyat, tidak boleh mengeluarkan saman fitnah setiap kali dikritik oleh rakyat.

"Ia sama seperti kerajaan persekutuan atau pun kerajaan negeri yang tidak boleh mengeluarkan saman fitnah kepada mana-mana individu, setiap kali dikritik. Jika itu dibenarkan, maka hak rakyat untuk mengeluarkan kritikan membina terhadap kerajaan, terhadap institusi kerajaan dan badan berkanun akan tergugat," jelas Surendran.

Turut sama dalam sidang media itu termasuk Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah, bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Dr Tan Kee Kwong dan Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said

Politik Selak Kain - Ezam

Saturday, August 14, 2010
Politik dalam kain tak membijakkan rakyat

Berkesempatan diperdengarkan beberapa keratan rakaman teman - teman lama yang bersama Ezam menyeberang untuk bersama regim penguasa dalam parti Umno.

Umno yang makin hilang hujah dalam mempertahankan tindakan mereka dari serangan sudah tentu seronok mempergunakan mereka ini. Garis pendekatan mereka yang sensasi, bermain politik selak kain cukup untuk menarik perhatian rakyat dan mengalihkan tumpuan terhadap isu polisi dan dasar.

Cuma selaku anak muda hendak mempertegaskan politik selak kain ini tidak mendidik rakyat sama sekali. Kalau hendak jawab dan berlawan politik dalam kain mudah sangat.

Ghani Haron dalam banyak siri ucapanya menumpang pentas Ezam sering menyerang Azmin dengan menyatakan akan membogelkan Azmin. Walaupun semua dalam parti tahu selepas Ghani keluar ISA dia 'dibela' oleh Azmin. Pada ketika itu ramai kelompok seperti ini dalam parti di mana dia mahu disudu kerana pada mereka, mereka hilang punca pendapatan kerana bersama perjuangan maka pemimpin utama parti harus memikirkan makan minum mereka dan keluarga.

Masih teringat dalam satu mensyuarat Pemuda Keadilan terpaksa dihentikan kerana Ghani Haron dan Zahid Md Arif bergaduh. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Saifuddin Nasution pada ketika itu memangku tugas Ezam Md Nor terpaksa dihentikan kerana Zahid dengan lantang menuduh Ghani ada hubungan 'luar biasa' dengan isteri Ezam.

Ramai dalam Pemuda pada ketika itu mengetahui bagaimana Ghani sering bangga kerana ke sana sini beritahu orang dia pakai pakaian Ezam dan diberi tidur rumah Ezam.

Zahid dalam mesyuarat juga menuduh Ghani pernah cuba 'try' isteri seorang tokoh Sarawak tempat dia menumpang ketika mereka ke Sarawak untuk program parti. Ghani minta Zahid menarik tuduhan itu, tetapi Zahid enggan.

Tak perlu diteruskan kisah ini. Kini Zahid, Ghani dan Ezam semuanya duduk dalam Umno dan cuba bermain dalam garis politik akhlak dengan kononya membongkarkan politik dalam kain. Kalau nak kata orang dayus tidakkah Ezam dayus kerana terus membela Ghani Haron yang pernah dikaitkan dengan hubungan istemewa bersama isterinya ? cukup............

Pasal main sumpah-sumpah pun cukuplah juga.... Ezam paksa Kak Wan sumpah.... apa kata paksa pula kak Bahirah isteri Ezam sumpah nafi tuduhan Zahid mengenai hubungan Ghani dan dia semasa Ezam dalam penjara, kemudian paksa pula Ghani atau Zahid sumpah bukan susah semua dah ada dalam Umno.... lebih lagi paksa Lokman Adam yang kini exco pemuda Umno sumpah mengenai tuduhanya terhadap Ezam iaitu mengenai harta Ezam yang disebat dari sumbangan terhadap gerakan reformasi, suruh Ezam sumpah nafi cubaan mengorat Nurul Izzah ...ops lupa Lokman dah sumpah cuma Ezam tak jawab sumpahnya.... persoalanya bila nak sudah...??
.

Doa Taubat



20100812


Bekas MB Johor Didakwa Dalang Pasang Kain Rentang Provokatif

Oleh Sidiqin Omar
http://suara-keadilan.com/news-section?t=3703#


SHAH ALAM 11 Ogos - Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng berkata mendakwa perbuatan memasang kain rentang provokatif yang membangkitkan kemurkaan Sultan Johor didalangi oleh seorang bekas Menteri Besar negeri itu daripada Umno-Barisan Nasional.

Jui Meng juga mendakwa kain rentang provokatif itu dicetak di sebuah premis di bandaraya Johor Bahru.

"Nama bekas Menteri Besar itu ada disebut di dalam maklumat yang saya terima. Nampaknya dia cuba untuk menjadi jaguh dan cuba untuk memulihkan imejnya yang satu ketika dulu tercemar kerana terlibat dalam krisis dengan Raja-raja Melayu sehingga imuniti Raja-raja Melayu dihapuskan.

"Suatu ketika dulu, dia pernah tidak dialu-alukan untuk hadir ke Istana sewaktu Almarhum Sultan Iskandar masih hidup. Chua Jui Meng masih tidak lupa, dan masih mempunyai memori yang kuat. Jadi, tak masuk akal kalau dia meminta saya untuk meminta maaf kepada Tuanku Sultan. Beliaulah orang yang paling lantang mengkritik Sultan," kata bekas Menteri Kesihatan itu kepada Suara Keadilan ketika dihubungi.

Beliau menegaskan tindakan pihak tertentu memasang kain rentang provokasi disepanjang laluan perjalanan Sultan Johor dalam program siri jelajah 'Kembara Mahkota Johor 2010' bertujuan untuk menimbulkan kemarahan rakyat dan percubaan untuk dan melaga-lagakan KEADILAN dengan pihak istana.

Beliau berharap pihak polis segera menjalankan siasatan yang mendalam dan mendakwa dalang dibelakang perbuatan tersebut.

Sehubungan itu KEADILAN Johor bersetuju dan menyokong pandangan Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar yang mengingatkan rakyat di negeri itu supaya tidak terpengaruh dengan tindakan yang disifatkan sebagai boleh memecah-belahkan kerukunan hidup bermasyarakat.

"Pakatan Rakyat menolak sebarang usaha untuk mencemar sistem Raja Berperlembagaan yang wujud dalam negara kita. Kita akan mempertahankan Institusi DiRaja daripada mana-mana pihak termasuk parti politik dalam agenda untuk mengheret Istana ke dalam persaingan politik kepartian," tegas beliau.

Jui Meng membidas pihak terbabit yang dianggap mempunyai niat jahat dan ingin membelakangkan Undang-undang Tubuh Negeri Johor yang hanya membenarkan orang Melayu dan beragama Islam sahaja menjadi Menteri Besar.

Beliau menganggap tindakan melaga-lagakan KEADILAN dengan Sultan Johor sebagai fitnah yang gagal.

Beliau berpendapat tindakan bodoh itu adalah usaha untuk menjadikan orang Melayu pekak, buta dan menjadi hamba kepada Umno selama-lamanya.

Tambah Jui Meng Umno-BN Johor kini terdesak disebabkan oleh gelombang perubahan yang dituntut oleh rakyat Malaysia umumnya, khususnya rakyat Johor.

"Angin perubahan ini tetap akan sampai dalam pilihan raya umum kelak. Yang jelas, Umno dan Barisan Nasional sekarang ini sedang menggigil ketakutan," kata beliau
.

PKR sedia menghadap Baginda Tuanku

SENAI – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan bahawa parti itu rela menghadap Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bagi memberi penjelasan sebenar, namun bukan bererti untuk memohon ampun dan maaf.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Zabidie Abas berkata, keputusan untuk menghadap Baginda Tuanku diputuskan Majlis Pimpinan PKR negeri dalam mesyuarat tergempar yang diadakan kelmarin.

Katanya, keputusan yang dicapai itu akan dilakukan dalam waktu terdekat bagi meredakan kemurkaan Baginda Tuanku yang sebelum ini murka dengan penyebaran kain rentang yang melibatkan Baginda Tuanku di kancah politik.

“Kami semua sepakat untuk menghadap Baginda Tuanku sekiranya diperkenankan dan kita akan memberi penjelasan sebenar kepada Baginda Tuanku tentang apa yang berlaku.

“Untuk minta maaf, kita tidak akan lakukan sebab kita tidak bersalah, yang bersalah seharusnya yang meminta maaf,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendesak kepimpinan PR memohon ampun dan maaf berikutan tindakan mengaitkan Baginda Tuanku dalam arena politik.

Muhyiddin menegaskan, tindakan itu jelas tidak menghormati institusi diraja selain boleh disifatkan sebagai menjatuhkan maruah serta martabat institusi berkenaan.

“Kami sentiasa menghormati titah Baginda Tuanku dan jauh sekali untuk mencemarkan nama Institusi Diraja demi mencapai kepentingan politik,” katanya.

Katanya, beliau berharap agar polis dapat menjalankan siasatan yang terperinci bagi mengheret individu yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

20100811

DOA HARIAN DIBULAN RAMADHAN

Doa Hari Pertama Ramadhan


بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على محمد وآل محمد
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ صِيَامِي فِيْهِ صِيَامَ الصَّائِمِيْنَ، وَقِيَامِي فِيْهِ قِيَامَ الْقَائِمِيْنَ، وَنَبِّهْنِي فِيْهِ عَنْ نَوْمَةِ الْغَافِلِيْنَ، وَهَبْ لِي جُرْمِي فِيْهِ يَا اِلَهَ الْعَالَمِيْنَ، وَاعْفُ عَنِّي يَا عَافِياً عَنْ الْمُجْرِمِيْنَ


Allâhummaj’al shiyâmî fîhi shiyâmash shâimîn, wa qiyâmî fîhi qiyâmal qâimîn, wa nabbihnî fîhi ‘an nawmatil ghâfilîn, wa hablî jurmî fîhi yâ Ilâhal ‘âlamîn, wa’fu ‘annî yâ ‘âfiyan ‘anil mujrimîn.


O Allah be pleased with my fasts, in this month, as Thou gives credit to those who (sincerely) observe fasts; and (be pleased with) my special night prayers, in this month, as Thou give credit to those who pray (sincerely) in the night; direct me to be on guard and pay attention to free myself from the lethargy of forgetfulness; O the God of the worlds overlook my wrongdoings, and grant amnesty to me, O He who shows sympathy to the wrongdoers.


Ya Allah, jadikan puasaku di bulan ini sebagai puasa orang-orang yang berpuasa sebenarnya, shalat malamku di dalamnya sebagai orang yang shalat malam sebenar¬nya, bangunkan daku di dalamnya dari tidurnya orang-orang yang lalai. Bebaskan aku dari dosa-dosaku wahai Tuhan semesta alam. Maafkan aku wahai Yang Memberi ampunan kepada orang-orang yang berbuat dosa.
(Mafâtihul Jinân: bab 2, pasal 3)


Doa Hari Kedua Ramadhan
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على محمد وآل محمد
اَللَّهُمَّ قَرِّبْنِي فِيْهِ اِلَى مَرْضَاتِكَ، وَجَنِّبْنِي فِيْهِ مِنْ سَخَطِكَ وَنَقِمَاتِكَ، وَوَفِّقْنِي فِيْهِ لِقِرَآءَةِ آيَاتِكَ بِرَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Allâhumma qarribnî fîhi ilâ mardhâtika, wa jannibnî fîhi minsakhatika wa naqimâtika, wa waffiqnî fîhi liqirâati âyâtika birahmatika yâ Arhamar râhimîn.


O Allah let me come nearer to Thy benevolence in this month; let me be far off from Thy displeasure and contempt; let me grow used to the recitation of Thy verses (in the Holy Quran), through Thy mercy O the Most Merciful.


Ya Allah, dekatkan daku di bulan ini kepada keridhaan-Mu. Jauhkan daku di dalamnya dari marah dan murka-Mu, serta bimbinglah daku untuk membaca ayat-ayat-Mu dengan rahmat-Mu wahai yang Paling Pengasih dari semua yang mengasihi. (Mafâtihul Jinân: bab 2, pasal 3)




Doa Hari Ketiga Ramadhan


بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على محمد وآل محمد
اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِي فِيْهِ الذِّهْنَ وَالتَّنْبِيْهَ، وَبَاعِدْنِي فِيْهِ مِنَ السَّفَاهَةِ وَالتَّمْوِيْهِ، وَاجْعَلْ لِي نَصِيْبًا مِنْ كُلِّ خَيْرٍ تُنْزِلُ فِيْهِ، بِجُوْدِكَ يَا اَجْوَدَ اْلاَجْوَدِيْنَ
Allâhummarzuqnî fîhidz dzihna wattanbîh, wa bâ’idnî fîhi minas safâhati wattamwîh, waj’allî nashîban min kulli khyarin tunzilu fîhi, bijûdika yâ Ajwadal ajwadîn.


O Allah keep me alive, in this month, in a state of alertness and watchfulness; and keep me away from impudence and cynicism, let me share everything good there is in this months, which is in plenty, O the Liberal Most Beneficent.


Ya Allah, karuniakan padaku di dalamnya pengetahuan dan kesadaran, jauhkan daku di dalamnya dari kebodohan dan kepalsuan, dan berikan padaku bagian dari setiap kebaikan yang diturunkan di dalamnya dengan kedermawanan-Mu wahai Yang Maha Dermawan semua yang dermawan.
(Mafâtihul Jinân: bab 2, pasal 3)


Doa Hari Keempat Ramadhan


بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على محمد وآل محمد
اَللَّهُمَّ قَوِّنِي فِيْهِ عَلَى اِقَامَةِ اَمْرِكَ، وَاَذِقْنِي فِيْهِ حَلاَوَةَ ذِكْرِكَ، وَاَوْزِعْنِي فِيْهِ لاَِدَاءِ شُكْرِكَ بِكَرَمِكَ، وَاحْفَظْنِي فِيْهِ بِحِفْظِكَ وَسَتْرِكَ، يَا اَبْصَرَ النَّاظِرِيْنَ
Allâhumma qawwinî fîhi ‘alâ iqâmati amrika, wa adziqnî fîhi halâwata dzikrika, wa awzi’nî fîhi liadâi syukrika bikaramika, wahfazhnî fîhi bihifzhika wa satrika, yâ Absharan nâzhirîn.


O Allah make me stronger to carry out Thy commands, in this month, let me taste the sweetness of Thy praise, put me in the mood of giving thanks to Thee, and protect me with Thy most reliable cover, O the discerning Perceiver.


Ya Allah, berilah daku di dalamnya kekuatan untuk melaksanakan perintah-Mu. Berikan kepadaku di dalamnya kelezatan berzikir kepada-Mu. Bantulah aku di bulan ini untuk bersyukur kepada-Mu dengan kemuliaan-Mu. Lindungilah daku di bulan ini dengan penjagaan-Mu dan perlin¬dungan-Mu wahai Yang Maha Pengasih dari segala yang mengasihi.


Doa Hari Kelima Ramadhan
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على محمد وآل محمد
اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِي فِيْهِ مِنَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ، وَاجْعَلْنِي فِيْهِ مِنْ عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ اْلقَانِتِيْنَ، وَاجْعَلْنِي فِيْهِ مِنْ اَوْلِيَائِكَ الْمُقَرَّبِيْنَ، بِرَأْفَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Allâhummaj’alnî fîhi minal mustaghfirîn, waj’alnî fîhi min ‘ibâdikash shâlihînal qânitîn, waj’alnî fîhi min awliyâikal muqarrabîn, bira’fatika yâ Arhamar râhimîn.


O Allah let me be, in this month, from among those who turn repentant and ask forgiveness for their sins; let me be from among those who do good and obey (Thee); let me be from among those who are Thy close friends, through Thy kindness O the Most Merciful.


Ya Allah, jadikan daku di dalamnya tergolong kepada orang-orang yang memohon pengampunan, jadikan daku di dalamnya tergolong pada hamba-hamba-Mu yang shaleh dan taat, dan jadikan daku di dalamnya tergolong pada para kekasih-Mu yang didekatkan pada-Mu dengan kasih sayang-Mu, wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi. (Mafâtihul Jinân: bab 2, pasal 3)

20100810

UMNO "Lempar Batu Sembunyi Tangan"

Kain Rentang Provokatif Usaha Lagakan KEADILAN Dengan Istana
http://suara-keadilan.com/news-section?t=3688
Oleh Sidiqin Omar

SHAH ALAM 10 Ogos - Ketua Angkatan Muda KEADILAN Johor, Zabidie Abbas menyelar tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab, yang cuba melaga-lagakan KEADILAN dengan Istana Johor dengan memasang kain rentang yang bersifat provokasi di sepanjang laluan Sultan Johor dan Tengku Mahkota Johor dalam siri program jelajah 'Kembara Mahkota Johor 2010' yang diadakan minggu lalu.

Angkara yang dipercayai didalangi oleh Umno Johor telah menyebabkan Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar murka apabila berita tersebut disiarkan media.

"Kami menafikan sekeras-kerasnya, yang tindakan tersebut dilakukan oleh pihak kami," kata Zabidie ketika dihubungi Suara Keadilan.

Beliau berkata kain rentang tersebut yang tertera gambar Sultan Ibrahim, jata kerajaan Johor, gambar Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng dan logo KEADILAN turut memaparkan ungkapan 'PKR Johor Menyokong Penuh Dato' Seri Chua Jui Meng Sebagai Pengerusi PKR Johor Dan Calon MB Johor'.

Berikutan kejadian tersebut, AMK Johor telah membuat laporan di Balai Polis Simpang Renggam semalam serta menuntut siasatan segera dan terperinci dijalankan untuk mendakwa pihak terbabit ke muka pengadilan.

Zabidie menyifatkan pihak yang cuba mengapi-api sentimen serta memainkan emosi rakyat sebagai buta undang-undang.

Ini kerana Artikel 3 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor menyatakan Menteri Besar hendaklah dilantik daripada kalangan orang Melayu yang beragama Islam.

"Apa yang jelas, tindakan menggantung kain rentang tersebut di sepanjang laluan Kembara Mahkota Johor 2010 yang bakal dilalui oleh Tuanku Sultan, berniat untuk mengaitkan institusi diraja dengan politik kepartian. Ia juga bertujuan untuk melaga-lagakan KEADILAN dengan Istana Johor dan menimbulkan kemarahan orang ramai," tegas Zabidie lagi.

Tambah Zabidie, tindakan tersebut dilihat sebagai terancang kerana beliau difahamkam hanya kain rentang provokasi tersebut yang digantung di sepanjang laluan itu.

Tidak ada sebarang kain rentang lain, sama ada yang berbentuk iklan atau kain rentang mengalu-alukan baginda berdua dipasang.

Zabidie berkata pihaknya bercadang untuk berbincang bersama pimpinan KEADILAN untuk ke Istana Johor bagi menjelaskan kedudukan sebenar.

"Kami akan memohon bagi menghadap ke bawah Duli Tuanku Sultan Ibrahim, bersama pimpinan KEADILAN negeri, untuk memperjelaskan keadaan yang sebenarnya," katanya.
.

Kenyataan DCJM di Sinar Harian Telah Dipotong

Berikutan kenyataan Datuk Chua Jui Meng di Sinar Harian berkenaan Banner Provokasi yang mengakibatkan Sultan Johor murka, Setiausaha AMK Johor, Ahmad Anwar Asyraf berkata pihaknya turut mempersoalkan kewajaran akhbar Sinar Harian edisi Johor semalam yang menyiarkan laporan berkenaan program 'Majlis Makan Malam anjuran KEADILAN Cabang Gelang Patah Bersama Presiden' dengan tajuk dan gambar yang mengelirukan.

"Laporan muka surat J5 Sinar Harian edisi Johor yang ditulis oleh Nurul Riduan Nor Ashana memaparkan artikel yang bertajuk 'Perjelas Hak Bukan Bumiputera' dengan gambar Datuk Chua Jui Meng yang sedang memegang kain rentang 'provokasi' tersebut," kata Ahmad.

Ahmad berpendapat, tajuk artikel tersebut tidak ada kena-mengena dengan gambar yang dipaparkan.

Malah gambar tersebut sebenarnya menunjukkan Chua sedang menerangkan kepada hadirin bahawa kain rentang tersebut merupakan tindakan provokasi yang dilakukan oleh pihak tertentu yang ingin melaga-laga beliau dengan pihak istana.

"Setelah menghubungi pihak Sinar Harian disini, mereka memaklumkan akan menulis tentang 'ralat' bagi berita tersebut dan akan disiarkan dalan edisi nasional. Kami menuntut mereka untuk menarik balik semula laporan itu. Jika tiada sebarang reaksi diambil, kami akan berbincang untuk membuat tindakan susulan," kata beliau.
.

Kenyataan melalui Sinar Harian

Baginda Tuanku murka

KOTA TINGGI – Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, murka dengan penyebaran kain rentang memaparkan gambar Baginda Tuanku bersama Pengerusi Parti Keadilan Johor (PKR) Johor, Datuk Chua Jui Meng yang dicadangkan sebagai Menteri Besar.

Tindakan individu yang tidak dikenal pasti itu seolah-olah dilihat mencabar Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor, yang memperuntukkan seorang Menteri Besar itu mestilah Melayu dan beragama Islam.

Titah Baginda Tuanku, tindakan memaparkan kain rentang sedemikian rupa boleh memecah belahkan perpaduan rakyat Johor.

“Ada pihak cuba memecah belah perpaduan di kalangan rakyat demi untuk kepentingan peribadi. Contohnya baru-baru ini di Batu Pahat, ada pihak cuba untuk mengheret saya ke dalam kancah politik dengan memaparkan gambar saya sebagai suatu kempen politik.

“Perbuatan ini adalah biadab dan kurang ajar,” titah Baginda Tuanku semasa Majlis Penutup Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2010 Fasa II di Padang Majlis Daerah Kota Tinggi, semalam.

DYMM Sultan Ibrahim bertitah, Baginda Tuanku tidak mahu rakyat berpecah-belah hanya disebabkan politik kerana ia merugikan rakyat.

“Saya tidak mahu rakyat saya dipecahbelahkan,” titah Baginda Tuanku.

Kelmarin, Jui Meng pada Majlis Makan Malam PKR bersama Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, di Skudai, mendedahkan PKR menemui beberapa kain rentang berkenaan digantung di beberapa daerah antaranya di Muar, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru.

Jui Meng mendakwa ‘kerja’ itu dilakukan UMNO negeri bagi mencetuskan kemurkaan Baginda Tuanku.

Dalam perkembangan lain, Baginda Tuanku turut mengingatkan pegawai kerajaan supaya peka dengan masalah rakyat.

“Saya mahukan supaya pegawai kerajaan peka dengan masalah rakyat dan jangan sesekali mengutamakan kepentingan peribadi,” titah Baginda Tuanku.


AMK beri amaran kepada UMNO Johor

SENAI – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor memberi amaran keras kepada UMNO negeri supaya tidak bertindak luar batasan dengan menyentuh sensitiviti rakyat Johor sehingga menyebabkan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, murka.

Amaran itu dikeluarkan selepas Pakatan Rakyat (PR) menemui beberapa kain rentang yang tertera gambar Tuanku di bahagian kiri bawah bersama gambar Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Datuk Chua Jui Meng dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PR mendakwa, kain rentang yang tertera ‘PKR Johor Menyokong penuh Datuk Chua Jui Meng sebagai Pengerusi PKR Johor dan calon MB (Menteri Besar) Johor’, dilakukan UMNO.

Susulan itu, satu laporan polis dibuat AMK negeri di Balai Polis Gelang Patah, kelmarin, bagi mendesak polis melakukan siasatan terperinci berhubung penyebaran poster yang dianggap sebagai mencemarkan imej PR.

Ketuanya, Zabidie Abas berkata, laporan polis itu dibuat di Balai Polis Gelang Patah sebagai langkah susulan berhubung penemuan kain rentang di beberapa daerah antaranya di Muar, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru.

“Ayat yang tertera di kain rentang itu jelas berunsur perkauman yang boleh menggugat kesejahteraan rakyat terutama rakyat Johor. Jadi di sini kami nafikan penyebaran kain rentang itu dilakukan PKR,” katanya kepada :Sinar Harian:, semalam.

Menurutnya, beliau berharap individu atau syarikat yang menerbit dan mencetak kain rentang itu patut dikenakan tindakan sewajarnya.

“Ini adalah satu tindakan di luar batasan kerana DYMM Sultan Johor telah murka,” katanya.

Terdahulu, Jui Meng mengulas penemuan beberapa poster di sekitar Johor yang meletakkan gambar Jui Meng bersama DYMM Sultan Johor yang mahukan beliau menjadi Menteri Besar Johor didakwanya sebagai ‘kerja’ orang-orang UMNO.

“UMNO tidak tahu undang-undang Johor ke? Untuk jadi Menteri Besar Johor mesti orang Melayu dan Islam, mereka sengaja mahukan DYMM Sultan Johor murka kepada kami,” katanya.

Polis rekod keterangan 39 individu berhubung penggunaan gambar Sultan Johor
http://www.sinarharian.com.my/bterkini/6041.asp

JOHOR BAHRU -- Polis sudah merekodkan keterangan daripada 39 individu termasuk ahli politik bagi membantu siasatan berhubung tindakan sebuah parti politik yang menggunakan poster gambar Sultan Johor, Sultan Ibrahim pada majlis ceramah di Batu Pahat, baru-baru ini.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata keterangan kesemua individu itu diambil sejurus polis menerima sembilan aduan daripada beberapa pihak mengenai perkara itu.

"Ketua Polis Daerah Batu Pahat dan pasukan Cawangan Khas kini ditugaskan untuk menyiasat aduan tersebut," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.

Mohd Mokhtar berkata siasatan mengenai perkara itu dibuat mengikut Akta Hasutan dan beliau menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai perkara itu supaya tampil membantu siasatan polis.

Semalam, Sultan Ibrahim ketika bertitah pada majlis penutup Kembara Mahkota Johor Bermotosikal 2010 di Kota TInggi, melahirkan rasa murka terhadap tindakan menggunakan gambar baginda itu.

Dalam titah baginda, Sultan Ibrahim mengingatkan rakyat negeri ini supaya tidak terpengaruh dengan tindakan itu yang disifatkan sebagai boleh memecah-belahkan kerukunan hidup bermasyarakat di negeri ini
* Pembetulan - Laporan Polis tersebut dibuat di Balai Polis Simpang Renggam bukan Gelang Patah

FELDA Tidak Bankrap ?

Felda disaman lebih 700 peneroka
Darwish Zainal
Ogos 9, 10
12:35pm

Kongsi 254Seramai 766 peneroka Felda memfailkan saman berjumlah RM200 juta di Mahkamah Tinggi Seremban terhadap agensi kerajaan itu atas dakwaan terlibat dalam penipuan dan pecah amanah dalam jual beli hasil kelapa sawit.

Tuntutan itu difailkan oleh peguam Sivarasa Rasiah bagi pihak peneroka daripada Felda Serting dan Gugusan Raja Alias, berdekatan Jempol, Negeri Sembilan.


Mereka menamakan Felda dan Felda Palm Sdn Bhd masing-masing sebagai defenden pertama dan kedua.

Dalam tuntutanya itu, mereka mendakwa "wujud penipuan dan/atau konspirasi untuk melakukan penipuan dalam urusan jual beli dan hasil buah sawit" selama 15 tahun.

Menurut Sivarasa, dalam pembayaran kadar perahan gred kelapa sawit Felda didakwa menggunapakai 18.9 peratus sedangkan nilai sebenar didakwa antara 24 hingga 25 peratus - seperti kajian Lembaga Kelapa Sawit Malaysia.

Katanya, pihaknya mempunyai dokumen bagi membuktikan bahawa pada tahun 2008 sahaja, setiap peneroka kerugian RM20,000 ekoran kadar itu.


"Ini bermakna selama 15 tahun, Felda menyebabkan kesemua 766 peneroka ini kerugian sebanyak RM200 juta," kata Sivarasa.

Sehubungan itu, Sivarasa yang juga naib presiden PKR memberitahu, kesemua plaintif menuntut ganti rugi am dan teladan, bersama faedah untuk penipuan dan pecah amanah yang berlaku.

Sementara itu, sejak jam 9.30 pagi tadi, kira-kira 300 peneroka Felda mula berkumpul dan memenuhi mahkamah tinggi tersebut bagi menunjukkan sokongan mereka.

Kedengaran mereka bersorak kuat berulang kali tanda sokongan ketika ahli parlimen Subang itu membacakan kenyataaan medianya kepada pemberita selepas memfailkan tuntutan itu.

Dua lagi peguam peneroka tersebut Latheefa Koya dan T Kumar turut hadir
.

20100809

KAEDAH BIADAP POLITIK UMNO




Bertaburan Banner-banner provokasi dan berbaur fitnah yang tertera ayat

"PKR JOHOR MENYOKONG PENUH
DATO` SERI CHUA JUI MENG
SEBAGAI PENGERUSI PKR JOHOR
DAN CALUN MB JOHOR"
Juga terpapar gambar Baginda Sultan Johor, Jata Johor, gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Chua Jui Meng dan logo PKR telah terpasang dimerata tempat diantaranya di Daerah Muar, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru.

AMK Johor telah membuat laporan polis pada 8hb Ogos 2010 jam 5.45 petang di Balai Polis Simpang Renggam dengan no repot : SPG RENGGAM/003024/10. Repot tersebut telah diterima oleh L/KPL Tuan Nor Azurani Bt Raja Yaakob No Personel R131679.
AMk Johor mendesak agar siasatan terperinci dan telus dijalankan kerana banner-banner tersebut telah memfitnah Datuk Chua Jui Meng dan Keadilan sendiri. Lebih mendukacitakan lagi ianya berbaur perkauman dan berniat jahat dengan melibatkan intitusi raja iaitu Baginda Sultan Johor.

Tidak syak lagi, banner-banner tersebut dilakukan oleh puak-puak umno. Ini dapat diperkukuhkan lagi kerana sebutan ayat yang tertera, jauh bezanya berbanding ayat-ayat Keadilan walaupun terpapar Logo Keadilan. Perkataan Dato` dan Pengerusi PKR bukan istilah dalam Keadilan.

Umno terdesak dan telah mengambil kesempatan memasang Baner-banner Fitnah tersebut sempena "Kembara Mahkota Johor". Mereka juga memang berhasrat untuk membangkitkan kemurkaan Baginda Sultan Johor terhadap Keadilan dan Pakatan Rakyat. Tindakan biadap umno inilah yang telah membangkitkan kemurkaan Bagida Sultan.

Sesungguhnya AMK Johor mengecam keras tindakan umno yang secara sengaja membangkitkan kemurkaan Baginda Sultan yang kononnya dilakukan oleh Keadilan. Jijik sungguh permainan politik umno.

Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor, Menteri Besar mestilah dari kalangan Orang Melayu yang beragama Islam dan ianya tidak boleh disangkal samasekali. Tetapi umno yang jahil dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor telah membangkitkan kemarahan dikalangan orang Melayu Johor. Sentimen perkauman terus dimainkan agar Datuk Chua Jui Meng dan Keadilan dibenci dan dimusuhi rakyat Johor.

AMK Johor juga mendesak agar individu atau syarikat yang menerbitkan banner-banner tersebut diambil tindakan sewajarnya dan bersesuaian dengan akta penerbitan. AMK Johor dan Keadilan Johor bersedia menghadap kebawah Duli Tuanku bagi memperjelaskan keadaan yang sebenarnya.


.

20100807

Anwar Ibrahim: I Am Agent 007 James Bond



Menyelinap Kasawan Felda

Malam tadi bertempat di Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi, pencatat bersama Md Shah Misnan Presiden SEPAKAT dan Hj Nazari Mohtar Kolonel Bersara telah menyampaikan ceramah yang membongkarkan ketirisan dalam Tanah Rancangan Felda.

Pencatat memulakan ceramah dengan mengupas isu Felda Bankrap dan seterusnya mendedahkan penipuan yang telah lama dimainkan oleh Felda terhadap peneroka. Isu nilai perahan minyak, grading hasil BTS dikilang sawit, hasil kenel, minyak kotor/minyak busuk, Felda Plantation Sdn. Bhd, anak benih campuran yang tidak berkualiti, baja, pengurusan ladang oleh Technoplant, tanah generasi ke2 dan pelbagai lagi.


Hj Nazari Mohtar selaku Kolonel Bersara yang juga merupakan anak peneroka Felda Bukit Besar, banyak mengupas permasalan generasi ke2 di Tanah Rancangan Felda. Isu penempatan menjadi topik utama dengan mendedahkan terdapat ibu bapa peneroka yang terpaksa berkongsi kehidupan duduk serumah dengan anak-anak mereka yang telah berkahwin. Ada sehingga 3 atau 4 kelamin masih menumpang bersama ibubapa. Dan lebih menyayat hati, mereka ini tidak layak untuk membeli rumah kerana tidak mempunyai slip gaji dan juga mempunyai pendapatan dibawah RM 1000.
Beliau juga menyingkap jasa-jasa pengorbanan tentera kepada negara. Kerana tenteralah, rakyat dapat hidup aman dan selesa, dapat tidur lena, tapi malangnya kebanyakkan bekas-bekas tentera hidup tidak menentu selepas bersara. Mereka masih menumpang bersama ibubapa kerana alasan tidak punyai rumah, wang pencen yang kecil, tak tahu bagaiman hendak memulakan kehidupan. Sebab itu kebanyakkan persara tentera menjadi `Pak Guard`. Mereka ini sepatutnya dikurniakan tanah dan tempat tinggal sebagai mengenang jasa yang telah dicurahkan kepada negara.


Sdr Md Shah Bin Misnan Presiden SEPAKAT menutup tirai ceramah dengan membongkar penipuan Felda terhadap wang caruman tanam semula. Caruman tersebut merupakan duit tersimpan peneroka yang dipotong melalui gaji peneroka setiap bulan. Nilai keseluruhannya RM 17,000 telah dilengah-lengahkan oleh Felda, dan masih belum dikembalikan kepada peneroka yang mengusahakan ladang sendiri walaupun 17 tahun penanaman semula berlalu. SEPAKAT telah menyediakan peguam kepada peneroka yang berhasrat untuk mengambil tindakan mahkamah dan tuntutan wang tersebut.


Beliau juga menyeru kepada seluruh peneroka yang hadir untuk menyertai SEPAKAT dan mendokong perjuangan demi mengembalikan semula hak-hak peneroka. Kesuntukan masa menyebabkan beliau hanya dapat mengupas beberapa topik sahaja. Namun penampilan beliau telah berjaya memberi harapan baru kepada peneroka. Selama ini peneroka yang tertindas tidak tahu arah untuk menuntut hak mereka.


ANAK diwujudkan untuk memperjuangkan generasi baru Felda sementara SEPAKAT diwujudkan untuk membela dan memperjuangkan Peneroka dan Peneroka wati. FELCRA juga akan mewujudkan NGO yang bertujuan untuk membela dan memperjuangkan hak mereka.

Ini bermakna, dimana-mana saja di Malaysia ini terdapat banyak ketirisan yang dipelopori oleh umno/BN. Rakyat mulai bangkit menuntut hak dan kesedaran mula berputik diseluruh negara.

.