Malam tadi bertempat di Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi, pencatat bersama Md Shah Misnan Presiden SEPAKAT dan Hj Nazari Mohtar Kolonel Bersara telah menyampaikan ceramah yang membongkarkan ketirisan dalam Tanah Rancangan Felda.
Pencatat memulakan ceramah dengan mengupas isu Felda Bankrap dan seterusnya mendedahkan penipuan yang telah lama dimainkan oleh Felda terhadap peneroka. Isu nilai perahan minyak, grading hasil BTS dikilang sawit, hasil kenel, minyak kotor/minyak busuk, Felda Plantation Sdn. Bhd, anak benih campuran yang tidak berkualiti, baja, pengurusan ladang oleh Technoplant, tanah generasi ke2 dan pelbagai lagi.
Hj Nazari Mohtar selaku Kolonel Bersara yang juga merupakan anak peneroka Felda Bukit Besar, banyak mengupas permasalan generasi ke2 di Tanah Rancangan Felda. Isu penempatan menjadi topik utama dengan mendedahkan terdapat ibu bapa peneroka yang terpaksa berkongsi kehidupan duduk serumah dengan anak-anak mereka yang telah berkahwin. Ada sehingga 3 atau 4 kelamin masih menumpang bersama ibubapa. Dan lebih menyayat hati, mereka ini tidak layak untuk membeli rumah kerana tidak mempunyai slip gaji dan juga mempunyai pendapatan dibawah RM 1000.
Beliau juga menyingkap jasa-jasa pengorbanan tentera kepada negara. Kerana tenteralah, rakyat dapat hidup aman dan selesa, dapat tidur lena, tapi malangnya kebanyakkan bekas-bekas tentera hidup tidak menentu selepas bersara. Mereka masih menumpang bersama ibubapa kerana alasan tidak punyai rumah, wang pencen yang kecil, tak tahu bagaiman hendak memulakan kehidupan. Sebab itu kebanyakkan persara tentera menjadi `Pak Guard`. Mereka ini sepatutnya dikurniakan tanah dan tempat tinggal sebagai mengenang jasa yang telah dicurahkan kepada negara.
Sdr Md Shah Bin Misnan Presiden SEPAKAT menutup tirai ceramah dengan membongkar penipuan Felda terhadap wang caruman tanam semula. Caruman tersebut merupakan duit tersimpan peneroka yang dipotong melalui gaji peneroka setiap bulan. Nilai keseluruhannya RM 17,000 telah dilengah-lengahkan oleh Felda, dan masih belum dikembalikan kepada peneroka yang mengusahakan ladang sendiri walaupun 17 tahun penanaman semula berlalu. SEPAKAT telah menyediakan peguam kepada peneroka yang berhasrat untuk mengambil tindakan mahkamah dan tuntutan wang tersebut.
Beliau juga menyeru kepada seluruh peneroka yang hadir untuk menyertai SEPAKAT dan mendokong perjuangan demi mengembalikan semula hak-hak peneroka. Kesuntukan masa menyebabkan beliau hanya dapat mengupas beberapa topik sahaja. Namun penampilan beliau telah berjaya memberi harapan baru kepada peneroka. Selama ini peneroka yang tertindas tidak tahu arah untuk menuntut hak mereka.
ANAK diwujudkan untuk memperjuangkan generasi baru Felda sementara SEPAKAT diwujudkan untuk membela dan memperjuangkan Peneroka dan Peneroka wati. FELCRA juga akan mewujudkan NGO yang bertujuan untuk membela dan memperjuangkan hak mereka.
Ini bermakna, dimana-mana saja di Malaysia ini terdapat banyak ketirisan yang dipelopori oleh umno/BN. Rakyat mulai bangkit menuntut hak dan kesedaran mula berputik diseluruh negara.
.
No comments:
Post a Comment