20100827

AMKJ - Memilih Calun Reformis

AMK Negeri Johor melihat pertembungan 3 Penjuru untuk merebut jawatan Ketua AMK Pusat sebagai satu amalan budaya sihat dan perlu di sokong. Perebutan ini bakal memberi Gambaran bahawa Keadilan mengamalkan sistem keterbukaan dan lebih Demokratik.
Setiap calun perlu mempamerkan kehebatan masing-masing. Apakah gagasan yang akan dibawa dalam AMK yang mampu memenangkan PR dalam PRU 13. Keadilan mesti sentiasa berada pada landasannya yang sebenar. Perjuangan Keadilan bukan sekadar menegakkan Keadilan di bumi Malaysia untuk menumbangkan BN sahaja tetapi perlu diterjemahkan dan direalisasikan disetiap pemegang jawatan pemimpin Keadilan itu sendiri.
"Tidak ada maknanya menyertai Keadilan seandainya dalam Keadilan itu sendiri sudah tidak ada lagi Keadilannya". Justeru itu, setiap anggota Keadilan mesti meletakkan kepentingan rakyat lebih utama berbanding kepentingan individu dalam menentukan bakal pemimpin Keadilan. Jangan sesuka hati memilih pemimpin berlandaskan ikut-ikutan membabi buta.
AMK Johor teramat benci kepada calun yang mengaitkan dirinya dengan Datuk seri Anwar Ibrahim semata-mata untuk meraih sokongan. Begitujuga sebaliknya, DS Anwar Ibrahim tidak bertindak menentukan sesiapa untuk memegang jawatan Keadilan. Berikan ruang demokratik yang seluas-luasnya kepada anggota untuk memilih.
Selagi Keadilan masih berada dilandasan Keadilan, selagi itu ianya tetap didokongi. Tetapi andainya ia tergelincir dari landasan itu, maka kami tidak teragak-agak bertindak sesuatu. Keadilan mesti diperjuangkan dan dihindari daripada dicengkap oleh individu-individu yang berkepentingan peribadi dan gila kuasa/jawatan.
.

No comments:

Post a Comment