20110331

Konvensyen Warga Felda dan Orang Asal

Konvensyen Warga Felda dan Orang Asal anjuran Task Force Felda Negeri Selangor yang akan berlangsung dan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, pada 2hb April 2008 di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Hulu Selangor, di Kuala Kubu Bharu.


Konvensyen tersebut akan disertai oleh lebih kurang 1000 peneroka Felda/Generasi Kedua dan Orang Asal merupakan konvensyen yang terbesar pernah dianjurkan untuk peneroka Felda/Generasi Kedua dan Orang Asal di Negeri Selangor. Pendaftaran peserta-peserta akan bermula pada jam 8.00 pagi diikuti dengan jamuan sarapan pagi. .


Tan Sri Khalid Ibrahim akan merasmikan Konvensyen itu jam 9.00 pagi diikuti dengan pembentangan Kertas Kerja Pertama oleh Peguam Surina Suhaimi dan kertas kerja ini akan diulas oleh 3 orang pengulas terdiri daripada YB Khalid Samad, YB Sivarasa Rasiah, dan YBhg Dr Kamari. .


Konvensyen akan berhenti rehat dan solat dan akan disambung semula pada jam 2.00 petang dengan pembentangan Kertas Kerja oleh Sdr Rebin Birham, Setiausaha Sekretariat Task Force dan oleh Bob Manolan, Timbalan Pengerusi Biro Warga Felda dan Orang Asal. .


Dato Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Keadilan Rakyat, akan menutup rasmi Konvensyen ini pada jam 5.00 petang.

Jika Bukan Anwar, SIAPA?

Siapa Yang Seiras Dengan Anwar Dalam Video? Perlu kepada satu siasatan siapa yang seiras tapi tak serupa dalam video seks datuk T. Video itu kepunyaan siapa sebenarnya? Soalan menarik siapakah yang memiliki wajah seiras atau mirip Anwar?


Video seks: Siasat juga seiras tapi tak serupa Jika bukan Anwar siapa? Itu persoalan paling hangat ketika ini sesudah ketua pembangkang itu mengemukakan catatan Twitter dan Facebook untuk menolak tuduhan beliau orang dalam rakaman video seks berkenaan sekaligus menganggapnya satu lagi fitnah.


Kalau diikut ungkapan Inggeris, soalan cepumas itu bernilai tujuh juta dolar, bermakna ia sukar dijawab. Namun apa yang pasti adalah dunia ini sentiasa penuh dengan mereka yang mempunyai wajah seiras.


Keajaiban solekan inilah yang membolehkan Ben Kingsley mengaut 11 anugerah Oscar kerana lakonannya sebagai Mathma Ghandi – bapa kemerdekaan India. Dan jangan lupa Ilham Anans, seorang miskin bertukar menjadi bintang terkemuka di Indonesia, semata- mata kerana wajahnya mirip Presiden Amerika Syarikat Barack Obama. Berbalik kepada politik Malaysia… bekas Presiden Majlis Belia Malaysia Datuk Suhaimi Ibrahim, tidak pernah leka dari tatapan ramai kerana wajahnya seiras dengan Anwar. Malah tidak keterlaluan mengatakan ketika bintang Anwar “bersinar” dalam Umno, Suhaimi turut mendapat tempat di bawah naungan parti itu.


Kenapa hitam putih? Apabila jatuh Anwar (dalam Umno), maka pudarlah dunia politik Suhaimi. Semua ini menjurus kepada peringatan bahawa siasatan polis terhadap video lucah yang ditayangkan oleh ‘Datuk T’ harus memperinci kemungkinan pelakunya adalah seorang yang mirip wajah Anwar. Tidak kira sama ada polis akan bergantung kepada keterangan Yusry KRU atau mendapatkan maklum balas pakar lain – yang penting ialah mengesahkan siapa pelaku dalam video itu.


Kali ini tidak cukup untuk polis mengesahkan video lucah ‘Datuk T’ adalah “ori” tanpa pengesahan siapa pelaku seks didalamnya. Dunia akan dan sentiasa, penuh dengan mereka yang mempunyai wajah seiras, tidak kira sama ada orang itu adalah Musa Hassan atau Ben Kingsley dan Mathma Gandhi. Naluri polis tentunya terangsang untuk mengetahui kenapa rakaman video itu dalam hitam putih dan bukan warna, seperti lazimnya untuk rakaman CCTV hari ini.

Polis juga rasanya mahu mengetahui kenapa Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Shazyl Eskay dan Datuk Shuib Lazim menyembunyikan identiti mereka apabila mengatur majlis pra-tonton video ini pada minggu lalu di Hotel Carcosa Seri Negara. Mereka hanya mengakui mendalangi video itu selepas PKR membongkar identiti mereka, itu pun selepas mereka dilaporkan berjumpa dengan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak. Hanya ambil jam? Jika Eskay dihantar kembali ke hotel itu pada 21 Februari, kononnya hanya untuk mengambil semula jam tangan Anwar yang tertinggal, bagaimana beliau boleh muncul dalam rakaman berkenaan? Adalah tidak keterlaluan untuk mengatakan Eskay sendiri mempunyai iras wajah Anwar dari sudut tertentu.


Apa yang pasti ialah rakyat tidak percaya Eskay “terserempak” dengan rakaman video lucah dan tiba-tiba bertindak mahu mendedahkan siapa Anwar demi “agama, bangsa dan negara.” Ini kerana beliau sendiri pernah mendakwa kerap membawa Anwar ke tempat- tempat maksiat seumpama ini. Percanggahan pegangan moral Eksay pasti menimbulkan pelbagai persoalan.

Bekas pengawal peribadi Allahyarham ,Tan Sri Megat Junid Megad Ayob, Mohamad Mahti mengesahkan Eskay berdendam dengan Awar kerana urusan perniagaan yang melibatkan sebuah kes saman. Dendam Eskay tidak banyak berbeza dari dendam Rahim terhadap Anwar. Apapun terlalu banyak persoalan yang masih belum ditangani, contohnya mana pergi pelaku wanita dalam video itu dan kenapa mereka yang menonton video itu – ahli parlimen Sungai Petani Johari Abdul dan bekas MPP PKR BadrulHisham Shahrin tidak disoal polis.

Begitu juga dengan Mahti . Publisiti murahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sering menunjukkan ketangkasan luar biasa dalam menyiasat kes- kes membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat walaupun alasan mereka mencurigakan. Namun siasatan terhadap Anwar kali ini berjalan pada kadar lambat, membolehkan Umno memerah sebanyak mungkin publisiti murahan menerusi media kawalannya.

Ini tentunya untuk menghakis maruah Anwar dan keluarganya menerusi fitnah. Jika siasatan terus berjalan pada kadar sambil lewa ini, rakyat tidak boleh dipersalahkan jika beranggapan Umno dan polis bersekongkol sekali lagi dengan Anwar Ibrahim sebagai sasaran utama.


Wira Arjuna

Empat Soalan Kepada Amirul Mukminin

by : abdulreza . View Profile View Forum Posts Private Message View Blog Entries View Articles Published on 09-12-2010 04:12 PM . . Seorang lelaki telah bertanya kepada Amirul Mukminin (as) : Aku akan bertanya kepadamu 4 perkara. Imam Ali (as) bersabda : Tanyalah walaupun 40 perkara. . . Lelaki itu kemudian berkata :

  1. Apakah yang wajib dan apakah yang paling wajib? .

  2. Apakah yang dekat dan apakah yang paling dekat? .

  3. Apakah yang ajaib/aneh dan apakah yang paling ajaib dan aneh? .

  4. Apakah yang sukar dan yang paling sukar? .

Imam Ali (as) menjawab : .



  1. Perkara yang wajib adalah taat kepada ALLAH swt dan yang paling wajib adalah meninggalkan dosa.

  2. Yang dekat adalah Hari Kiamat dan yang paling dekat adalah kematian.

  3. Perkara yang ajaib dan aneh adalah dunia dan yang paling aneh darinya adalah cintakan dunia.

  4. Yang sukar itu pula adalah kubur dan yang paling sukar adalah pergi kepada kubur tanpa bekalan. .

Categories: Imam Ali a.s.,

Larangan Mengimport Kenderaan Potong

Menurut maklumat yang diperolehi dari rakan yang boleh dipercayai, menjelang bulan jun 2011 ini, kerajaan akan mengharamkan import sparepart kenderaan terutama kenderaan potong. Ianya bertujuan untuk memaksa pengguna menggunakan kenderaan baru dan kenderaan Nasional sahaja.


Bagi pengguna yang masih menggunakan kenderaan lama akan mengalami masalah untuk mendapatkan alat ganti jika kenderaan rosak. Jika ada pun, harga akan melambung tinggi. Hal ini akan hanya menyulitkan pengguna sahaja. Pengguna yang tidak mampu pasti akan menghadapi masalah.


Tidak mustahil akan berlaku kecurian kenderaan dengan kerap. Akan lahir juga agen-agen menjual alat ganti tiruan ataupun seludup. Pengguna yang tidak mampu memperbaiki kenderaan mereka sudah tentu akan menjadi pelanggan utama mereka.


Kehidupan masyarakat juga akan tertekan. Kebimbangan yang keterlaluan akan timbul kerana khuatir kenderaan sendiri kena curi. Penjenayah curi kenderaan akan bertambah, penyeludupan alat ganti kenderaan akan meningkat.


Kerajaan perlu mengkaji semula dasar ini sebelum bertindak mengharamkan import kenderaan potong. Rakyat masih memerlukan alat ganti terpakai kerana harganya yang murah dan berkualiti original. Jangan bebankan rakyat hanya kerana hendak memberi keuntungan kepada beberapa kerat kroni-kroni.

20110327

Fitnah Sex Anwar Ibrahim

Satu fitnah yang tidak bermaruah dan tidak bermoral telah dikaitkan terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Rakaman Video Sex yang kononnya dipalitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim ternyata satu fitnah yang teramat keji dilakukan oleh banjingan Umno.


Fitnah ini dilakukan bermotifkan politik, semata-mata mahu menghapuskan kerjaya politik Anwar. Sungguh hina dan tidak bermaruah langsung Umno menggunakan kaedah fitnah sex untuk menghadapi Anwar. Umno, Bacol dan penakut.


Anwar!, jawapan yang diberikan "Sudah-sudah lah tu... yang dah lepas biarkanlah... saya maafkan semuanya". Selaku pendokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, kami tidak rela Anwar diperlakukan sedemikian rupa. Tidak tertahan pedih hati ini menahan fitnah bangsat Umno menzalimi Anwar. Negara ini seakan-akan sudah ketiadaan undang-undang yang adil. Polis kelu, KDN turut membisu, Menteri pula menjadi bangkai yang lantang menokok tambah jadi batu api.


Fitnah oh fitnah... Rakyat menjadi bingung. Malaysia memuliakan pemimpin kaki Fitnah. Juak-juak Umno terus memalu gendang, bersorak riang, meneruskan fitnah, mencaci-cerca diwarong-warong kopi. Sehingga Anwar dilihat seorang yang cukup hina dan penyokong-penyokong beliau turut dipalitkan mempunyai watak yang serupa.


Cukup, cukup, cukup, Anwar mesti segera bangkit memperbetulkan keadaan ini. Anwar tidak boleh hanya duduk bertahan sahaja. Anwar mesti menyerang. Anwar mesti mendedahkan petualang sebenar. Ditangan Anwar ada banyak bukti skandal-skandal bobrok salah laku pemimpin Umno. Baik PM, mantan-mantan PM, TPM.NPM, Menteri-menteri malah sehingga kejawatan yang serendah-rendahnya, semuanya sudah tercemar, rosak dan tidak boleh diperbetulkan lagi.


Ayuh Anwar!!!... Mulakan serangan... Kita bukan sekadar menentang umno tetapi berhadapan dengan zionis berwajahkan Umno. Kami tetap teguh dibelakang Anwar. Sudah tiba masanya kita menegakkan kebenaran dan keadilan dengan tangan kita. Biar kita mati Bermaruah daripada hidup Terhina. Tidak ada mati yang mulia selain Syahid...


Kami bersedia.......

20110321

Video Sex Anwar? Satu Fitnah Jahat Datuk "T"

Warisan politik usang yang jelik – itu rumusan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap video seks fitnah yang mula diedarkan dalam pusingan terbaru kempen untuk mengaibkan beliau dan keluarganya.

Anwar mengemukakan bukti untuk menolak dakwaan fitnah bahawa beliau kononnya dirakam mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 21 Febuari lalu.

Ketua Pembangkang itu turut mendedahkan pembabitkan Polis Cawangan Khas di samping penyelarasan di peringkat yang tertinggi untuk menyebarkan video fitnah itu.

Anwar menegaskan beliau mempunyai rekod yang membuktikan pada hari kejadian itu didakwa berlaku, beliau mengemaskini maklumat di Twitternya dan berada di rumah bersama isteri, anggota keluarga lain termasuk cucu serta kakitangan yang bekerja untuk beliau.

Beliau menyifatkan video seks yang didedahkan hari ini sebagai fitnah yang diselaraskan pada peringkat tertinggi untuk mengekang kemaraan Pakatan Rakyat.

" Saya mengecam konspirasi terbaru untuk memfitnah dan mengaibkan saya serta keluarga. Visual yang ditayangkan tengahari tadi di Carcossa merupakan satu rekasaya jahat musuh politik yang berhasrat untuk membantutkan kemaraan Pakatan Rakyat.

Anwar menegaskan beliau akan membuat laporan polis bersabit video itu pagi esok di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

" Tayangan tengahari tadi kelihatan dirancang dengan penuh teliti. Rancangan untuk mengadakan tayangan ini juga hanya didedahkan kepada ketua-ketua editor media arus perdana terlebih dahulu. Saya difahamkan acara tadi juga membabitkan ahli pasukan Special Branch (SB).

Anwar juga berkata orang yang dirakam melakukan persetubuhan itu jelas mempunyai “perut yang jauh lebih besar” berbanding beliau.

"Saya belum lihat lagi dan saya tidak tahu siapa (disebalik video itu. Atau samada ianya telah diedarkan. Perut lebih buncit daripada saya.

"Saya minta kepimpinan PKR supaya tidak terperangkap dengan politik kotor. Tumpu perhatian untuk Sarawak," tambah Anwar.

Anwar dengan senyum bangun pada sidang media untuk membolehkan jurukamera mengambil gambar perutnya.

Anwar percaya video fitnah itu mempunyai hubung kait dengan kempen Umno-Barisan Nasional untuk mencari kelebihan pada pilihanraya Sarawak.

“Fitnah terbaru ini muncul pada ketika pendakwaan fitnah ll pasti berkecai dan hampir pasti tewas. Kerana terdesak musuh politik saya terpaksa mereka fitnah baru demi memburukkan serta menjejaskan reputasi saya. Ini juga bertujuan untuk mengalih perhatian rakyat dari isu nasional serta pilihanraya Sarawak,” kata Anwar.

“Musuh politik Pakatan Rakyat terdesak untuk lari dari membahaskan rasuah dan kepincangan pentadbiran Taib Mahmud. Maka tidak hairanlah sekiranya sekali lagi musuh politik bertindak menurut warisan politik usang yang jelik,” tegas beliau.

20110320

Hapuskan Diktator Taib Mahmood

KENYATAAN MEDIA

ANAK dan Pakatan Rakyat mengalu-alukan pembubaran DUN Sarawak pada hari isnin ini bagi membolehkan pengundi membuat pertimbangan semula untuk memilih kerajaan baru 5 tahun akan datang. Keputusan Datuk Patinggi Taib Mahmood mempertahankan kerusi Asajaya demi mengekalkan kedudukan beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak sebenarnya suatu laluan lebih baik Pakatan Rakyat untuk menumbangkan BN.

Adalah diketahui umum dengan reputasi buruk 30 tahun memerintah Sarawak dalam usia 85 tahun; keghairahan mempertahankan kuasa adalah ciri-ciri pemimpin diktator. Penderitaan dan kesengsaraan rakyat akibat kemiskinan tegar meliputi sebahagian besar kehidupan penduduk Sarawak. Sebagai perbandingan; sesetengah penempatan rakyat ketinggalan 40 tahun kebelakang daripada semenanjung. Ketiadaan bekalan api letrik, air, jalan tanah merah dan prasarana adalah fenomena biasa di Sibu, Bintulu, Batang Lupar, Miri, Limbang dan bahagian-bahagian lain di Sarawak. Tidak tergambar di minda kita semua sebuah negeri yang demikian luas tanahnya, mempunyai minyak dan kawasan balak yang terbesar di Malaysia; rakyatnya hidup begitu daif!

Adalah menyedihkan tanah-tanah NCR yang diteroka sebelum merdeka lagi dengan begitu mudah di rampas oleh syarikat milik kroni Taib Mahmood. Penduduk melakukan segala cara untuk mempertahankan tanah mereka. Slogan ' Tanah adalah nyawa kami; tanah adalah kehidupan kami' jelas tertera pada pakaian yang mereka pakai sebagai salah satu bentuk kempen yang giat dijalankan. Memorandum dan laporan polis sudah menjadi rutin tetapi dipandang sepi oleh Taib Mahmood. Tindakan mahkamah yang agak kerap mutaakhir ini ada sedikit kesan yang mendapat tindak balas Kerajaan BN Sarawak. Tapi keangkuhan BN; ugutan dan penggunaan samseng digunakan untuk mengekang kesedaran rakyat.

Taib Mahmood adalah Hosni Mubarak di Malaysia. Mungkin tuduhan ini terlalu berat. Tetapi pendedahan Sarawak Report dan Badan Ngo tentang kekayaan beliau sesuatu yang tidak boleh dinafikan. Kenyataan Transperancy International (Malaysia) yang mendesak SPRM menyiasat kekayaan luarbiasa Taib Mahmood wajar dilakukan segera. Ahli Parlimen Pakatan Rakyat boleh memulakan langkah melalui usul tergempar agar Suruhanjaya Bebas ditubuhkan bagi mengheret Taib Mahmood ke siasatan terbuka terhadap semua dakwaan ke atas beliau. Jurang kehidupan antara Taib Mahmood dan pemimpin BN terlalu amat jauh dengan rakyat jelata. Rakyat tinggal di pondok buruk sedangkan pemimpin memiliki mahligai berharga jutaan ringgit. Perhatikan penduduk yang tinggal di Kg Pujut, Miri dengan kroni BN yang tinggal di perumahan elit Luak Esplanade. Macam langit dengan bumi!

Pengundi Sarawak mesti berubah dan berani melakukan perubahan. Jenayah Taib Mahmood dan kuncu-kuncunya tidak boleh dimaafkan. Dosa mereka terlalu besar dan rakyat mesti menyingkirkan mereka. Kejatuhan pemimpin diktator di Tunisia, Mesir dan kebangkitan rakyat di Bahrain, Oman, Algeria serta Libya wajar menjadi rangsangan untuk menjatuhkan BN di Sarawak.

' UBAH SEKARANG, SELAMATKAN SARAWAK'


Mazlan bin Aliman
Presiden ANAK
AJK Kerja PAS Pusat
Pengerusi Tanah & Pembangunan Wilayah PAS Pusat

20110319

Umno Tersepit Lidah Pula Bercabang

Keputusan Kerajaan UMNO-Barisan Nasional (BN) melepaskan 35,000 naskhah kitab Injil dalam Bahasa Malaysia yang ditahan oleh Kementerian Dalam Negeri di Pelabuhan Kuching dan Pelabuhan Klang telah menimbulkan polemik di kalangan masyarakat Islam.

Sebelum ini, UMNO dengan lantang menentang penggunaan kalimah ALLAH di kalangan bukan Islam kononnya bagi memelihara kesucian agama Islam yang didakwa akan tercemar jika kalimah suci itu turut digunakan oleh masyarakat bukan Islam khususnya penganut Kristian.

Hasutan hampir menimbulkan ketegangan kaum dan agama. Beberapa gereja diserang termasuk Gereja Metro Tabernacle yang musnah dalam kebakaran. Beberapa surau dan masjid di Petaling Jaya dan Kerinchi dirosakkan. Kepala babi pula dilempar ke kawasan masjid; semuanya dikatakan akibat rasa tak puas hati isu penggunaan kalimah Allah.

Hari ini, demi pilihan raya Sarawak yang dikatakan akan diadakan bulan depan tiba-tiba UMNO-BN membuat satu kejutan hingga pimpinan UMNO di peringkat akar umbi tercengang-cengang. Tidak kurang juga pakcik makcik di kampung yang ternganga kehairanan. Mana mungkin UMNO yang begitu garang mempertahankan kalimah Allah dari turut diguna agama lain tiba-tiba meloloskan pengedaran Kitab Injil dalam bahasa Malaysia? Apakah sebenarnya pendirian UMNO? Berbagai persoalan timbul akibat keputusan cepu emas di ambang pilihan raya Sarawak ini.

UMNO terdesak. Dalam keadaan terdesak manusia golongan ini akan tega menggadaikan apa sahaja walau maruah dan jati diri. Inikan pula satu pandangan dangkal yang hanya bermatlamatkan politik seperti penggunaan kalimah Allah secara eksklusif.

Jelas menunjukkan UMNO sanggup melakukan apa sahaja demi pilihan raya dan bukannya atas dasar dan kepercayaan tulus.

Ke mana hilangnya pemimpin-pemimpin dan ulama UMNO yang sebelum ini begitu lancang membantah penggunaan kalimah ALLAH? Mengapa mereka tidak pula bangkit menentang tindakan Kementerian Dalam Negeri yang membenarkan kitab itu diedarkan di negara ini? GAPS dan PERKASA turut tersentap umpama tertelan biji salak.

Hari ini rakyat khususnya masyarakat Melayu-Islam sekali lagi dapat menilai wajah sebenar pemimpin UMNO yang mempunyai pendirian berubah-ubah mengikut kepentingan diri dan politik; bukannya memperjuangkan hak rakyat secara keseluruhannya. Sebaliknya, pemimpin PAS dan KEADILAN telah menyatakan pendirian yang hampir sama dengan isu penggunaan kalimah ALLAH.

*Kenyataan media oleh Faekah Husin selaku Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor.

Merdeka Review

20110315

DNA Datuk Najib-Altantuya

KEADILAN lancar kempen DNA ‘Datuk-Najib-Altantuya’

KUALA LUMPUR: KEADILAN mewakili Pakatan Rakyat akan menggerakkan kempen yang dinamai ‘DNA Najib-Altantuya’ sebagai reaksi terhadap tohmahan pimpinan dan media kawalan Umno Barisan Nasional (BN) terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan isu sampel DNA.

“KEADILAN akan menggerakkan kempen bertema ‘DNA Najib-Altantuya’. Kita merancang untuk memulakan kempen itu mulai minggu hadapan,” kata Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail.

Bercakap pada sidang media di Pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen semalam, beliau berkata, kempen itu berbentuk pengedaran risalah dan ceramah penerangan di seluruh negara.

“Kita kini sedang menyediakan dokumen berkaitan,” katanya.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula berkata, demonstrasi yang diadakan ahli Umno BN menuntut Anwar menyerahkan sampel DNA sebagai suatu tindakan politik yang pincang.

“Sudah jelas bahawa kes ini adalah kes politik. Ia sengaja diwujudkan untuk memberi kesan kepada pengundi pada pilihan raya akan datang,” katanya.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Penasihat Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua.

Kira-kira 50 orang yang mewakili 30 badan bukan kerajaan berhimpun semalam bagi mendesak Anwar menyerahkan sampel DNA beliau berhubung kes Fitnah II.

Pada perbicaraan semalam, pendakwa raya membuat permohonan untuk mendapatkan sampel DNAnya, seolah-olah Anwar perlu membuktikan beliau tidak bersalah dan ia bertentangan dengan semangat undang-undang.

Kes Fitnah II cuba untuk sekali lagi mensabitkan Anwar dengan rekaanpertuduhan liwat seperti pada tahun 1998.

Wayang yang sama diulang tayang selepas Anwar berjaya memimpin PakatanRakyat menawan lima buah negeri dalam pilihan raya umum 2008.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=8953

Anwar Peliwat? - Gagal serah DNA

Fitnah Liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kini semakin menjadi-jadi. Keengganan Anwar memberikan Sample DNA untuk siasatan kali ini menjadi bahan cemuhan oleh talibarut dan barua Umno untuk menambah burukkan nama baik Anwar.
.
Walaupun rekod DNA Anwar masih disimpan oleh mereka, sample DNA baru tetap diperlukan untuk dibubuh di botol, berus gigi malah tidak mustahil akan dibubuh di jubur Saifol atau kepada lain-lain orang untuk dijadikan saksi baru.
.
Nasihat Peguam Anwar untuk tidak memberikan sample DNA adalah tepat kerana bimbang akan disalah gunakan oleh pihak-pihak yang khianat dan berkepentingan untuk mengaibkan Anwar.
.
Pemuda-pemuda Umno mula giat mencerca disana sini, memburuk-burukkan, memfitnah Anwar semata-mata mahukan Anwar hilang kepercayaan rakyat. Usaha mereka hanya untuk menghilangkan kepercayaan rakyat dan anggota Pakatan Rakyat.
.
Anwar Ibrahim dilihat seorang pemimpin yang paling digeruni Umno. Beliau paling layak dan mampu menggugat kedudukan Umno. Pemimpin-pemimpin Umno hampir keseluruhannya telah rosak, korup, terlibat rasuah, pengkhianat negara, dan langsung tidak setanding denganAnwar Ibrahim. Rakyat amat yakin bahawa Anwar mampu merubah corak kehidupan rakyat Malaysia kepada kehidupan yang lebih baik.
.
Namun maklumat sebenarnya tidak sampai kepada rakyat. Masih ramai lagi rakyat yang buta maklumat tentang kebenaran Anwar. Rakyat hidup didalam penipuan Umno. Rakyat tidak nampak kebenaran. Rakyat telah dibutakan. Dimata rakyat apa yang diperkatakan Umno semua betul. Sehingga fitnah yang dilemparkan terhadap Anwar dan Pakatan Rakyat disambut baik oleh mereka.
.
Sedarlah, dunia hari ini telah meletakkan KEBATILAN itu sebagai BENAR dan KEBENARAN itu pula diperlihatkan sebagai BATIL. Gunakan akal fikiran yang sempurna untuk menilai sesuatu KEBENARAN. Jangan menerima sesuatu secara melulu, elakkan kesesatan dan penyesalan kemudian nanti.
.
Anggota PKR dan Pakatan Rakyat perlu mengukuhkan perpaduan. Dikalangan kita juga turut termakan hasutan Umno. Ada dikalangan kita yang turut serta mencemuh Anwar, ada dikalangan kita sudah mula melaga-lagakan sesama kita, ada dikalangan kita saling bermusuhan, ini adalah keberkesanan jarum Umno menyelinap dalaman kita.
.
Sesiapa juga yang cuba memporak-perandakan PKR atau Pakatan Rakyat, beliau adalah talibarut Umno. Orang seperti ini perlu disingkirkan segera. Kita lihatlah sendiri diseliling kita, perhatikan berapa ramai yang melaga-lagakan antara kita? "Tak puas hati itu, tak puas hati ini", "Sepatutnya macam tu bukan macan ni", keputusan pucuk pimpinan ditentang tanpa asas, cakap banyak tanpa membuat kerja, dan pelbagai lagi....
.
Selamatkan Malaysia, Selamatkan PKR, Selamatkan Pakatan Rakyat

Tanda2 besar kiamat sudah mula muncul?

oleh YB Dr Lo'lo' Bt Mohd Ghazali pada pada 14hb Mac 2011 pukul 6.28 ptg

Bila matahari tidak lagi terbit dari timur itulah tandanya kiamat semakin hampir dan ianya merupakan tanda besar hari kiamat. Hari ini sudah banyak tanda-tanda kecil kiamat. Diantara kiamat kecil ialah:



1. Zina bermaharajalela

2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.

3. Bermaharajalela alat muzik.

4. Menghias masjid dan membanggakannya.

5. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

6. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.

7. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa.

8. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.

9. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)

10. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.

11. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.

12. Orang akan melakukan homoseksual.

13. Akan terdapat ramai anak luar nikah.

14. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik

15. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan

16. Banyaknya berlaku gempa bumi.



Dan apabila melihat pada tanda-tanda kecil berlaku kiamat, maka jelas, diantara 1-16 itu jelas menunjukkan bahawa kiamat semakin hampir. Namun yang paling mengejutkan, tanda-tanda besar kiamat juga sudah ada. Yang paling ketara ialah matahari semakin menaik ke arah barat dan semakin meninggalkan timur.



Jepun,11 Mac 2011 negara matahari terbit telah dilanda tragedi tsunami Jepun dan kali ini ia merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter.



Ini menunjukkan negara matahari terbit itu sedang mengubah kedudukannya. Maka fenomena ’Retrograde Motion’ yang pernah diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu semakin hampir.



Dan ALLAH swt pernah berjanji bahawa hari kiamat akan tiba dan sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah memungkiri janjiNYA.



Semoga kisah Tsunami di Jepun tidak lagi menjadi bahan kelakar. Jadikanlah kisah Tsunami di Jepun sebagai pengajaran buat kita. ALLAH swt baru menyampaikan IKLAN KECIL KIAMAT. Dan sesungguhnya, hari kiamat semakin tiba. Semoga kita tidak merasai hari kiamat dan kita dimatikan sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat.

20110308

Menteri Besar dituntut semak perjanjian dengan Felda Plantation

KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mendesak semua Menteri Besar supaya menyemak semula perjanjian dengan Felda Plantation berikutan percanggahan dasar yang diwujudkan oleh Tun Dr Mahathir Muhamad pada 1992 dengan Akta Petempatan Berkelompok (GSA) 1960.

Presidennya, Mazlan Aliman mendedahkan perkara ini bahkan ada di antara Menteri Besar termasuk dari negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional (BN) yang tidak bersetuju untuk menyerahkan tanah kepada Felda Plantation, namun terpaksa akur kerana paksaan Perdana Menteri ketika itu.

“Ada di kalangan Menteri Besar yang memaklumkan kepada saya bahawa mereka menentang keputusan Tun Dr Mahathir untuk menyerahkan tanah kepada kerajaan Pusat untuk menubuhkan Felda Plantation,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen petang tadi.

Menjelaskan beliau tidak dapat mendedahkan butiran perbincangan, Mazlan berkata maklumat itu diperolehi setelah berjumpa dengan beberapa Menteri Besar termasuk dari Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor ketika menyerahkan memorandum berkaitan isu Felda.

Justeru, beliau mengulangi pendiriannya bahawa Felda Plantation sebagai organisasi haram kerana kerajaan Pusat telah menipu dan mengkhianati kerajaan negeri dengan mewujudkan penempatan tanpa peneroka.

“Jika Felda Plantation ini tidak tertakluk di bawah Akta GSA, jadi ia tertakluk di bawah akta apa?” soalnya.

Membidas kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, beliau menyatakan kerajaan negeri tidak memahami 51 kepentingan Koperasi Permodalan Peneroka Berhad yang ada dalam Felda Plantation.

Mazlan berpendapat, dividen 14 peratus secara tahunan yang diberikan kepada peneroka lari dari aspirasi pengasas Felda.

Dalam pada itu, beliau berkata, tawaran 100 hari Pakatan Rakyat melalui Buku Jingga untuk memansuhkan Felda Plantation adalah langkah paling tepat untuk mengembalikan hak peneroka dan tanah milik kerajaan negeri.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=8359

20110307

Peneroka: "Terima Duit Tapi Hati Sakit"

Esok ( Selasa 8.3.2011 ), adalah hari yang paling mengembirakan bagi peneroka Jengka 22 & 23. Dengan kemenangan berganda BN dalam PRK Dun Kerdau dan Dun Merlimau, pastinya janji BN untuk membayar wang SES berjumlah RM 13,000.00 setiap peneroka akan diterima. Seronok sakanlah peneroka menikmatinya.
.
Dalam masa yang sama peneroka juga jangan lupa bahawa wang tersebut perlu dibayar kembali. RM 650.00 setiap bulan akan ditolak daripada gaji peneroka. Bayaran ini akan berterusan sehingga 15 tahun atau 180 bulan. (RM650.00 X 180 bulan = RM117,000.00 ).
.
Adakah berbaloi habuan yang diterima ini?...
Persoalan lain yang timbul, kenapa peneroka dimestikan membayar semula? Sedangkan ini adalah Wang SES, caruman oleh peneroka. Kemana perginya wang tanam semula RISDA? Kenapa duit penjualan kayu getah tidak diberikan kepada peneroka? Kenapa hanya peneroka di Jengaka 22 & 23 sahaja yang dibayar? Kenapa bayaran ini di janjikan sewaktu PRK?
.
Adakah benar peneroka Jengka 22 & 23 akan memperolehinya? Pencatat turut simpati terhadap peneroka ini kerana bayaran kembali yang terlalu tinggi. Adakah Felda berperanan sebagai ALONG atau LINTAH DARAT?...
.
Kemenangan BN dalam PRK ini tidak mampu untuk dibanggakan. Setelah semua agensi Kerajaan digunakan, rasuah jutaan ringgit kepada pengundi, ancaman menakut-nakut pengundi sehingga membawa pengundi mengundi BN secara terpaksa, kemewahan dan pembaziran berleluasa, projek-projek yang tidak berkualiti malah BN yang mengatakan mereka menang, turut juga memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat.
.
Undi Pakatan Rakyat juga turut meningkat. Seharusnya, Pakatan Rakyat diberi pujian. Kawasan Felda kini sudah boleh ditembusi. PKR berjaya menubuhkan Ranting di ketiga-tiga Felda. Permohonan menjadi ahli PKR dan PAS turut meningkat... ANAK turut mendapat tempat dikalangan anak-anak muda Felda dan berjaya menubuhkan cawangan.
.
Jika BN mengamalkan Demokrasi yang telus, sistem pilihanraya yang adil, ruang liputan media yang jujur, memberi peluang kepada Pakatan Rakyat bersiaran di TV @ Radio seimbang dengan BN, laporan media akhbar bersikap adil, semua agensi Kerajaan tidak dibaruakan oleh BN, BN belum tentu mampu mencapai kemenangan.
.
Kita nantikan pengistiharan pembubaran DUN & Parlimen PRU 13. Inilah masa yang paling sesuai untuk menterjemahkan penerimaan rakyat kepada parti yang bakal memerintah. Hanya kerajaan yang Adil, Jujur, berintergriti dan mengutamakan rakyat dan negara sahaja yang menjadi pilihan. Pakatan Rakyat mampu membawa rakyat dan negara kearah perubahan dan pembentukan Malaysia Baru yang lebih sempurna.