20110307

Peneroka: "Terima Duit Tapi Hati Sakit"

Esok ( Selasa 8.3.2011 ), adalah hari yang paling mengembirakan bagi peneroka Jengka 22 & 23. Dengan kemenangan berganda BN dalam PRK Dun Kerdau dan Dun Merlimau, pastinya janji BN untuk membayar wang SES berjumlah RM 13,000.00 setiap peneroka akan diterima. Seronok sakanlah peneroka menikmatinya.
.
Dalam masa yang sama peneroka juga jangan lupa bahawa wang tersebut perlu dibayar kembali. RM 650.00 setiap bulan akan ditolak daripada gaji peneroka. Bayaran ini akan berterusan sehingga 15 tahun atau 180 bulan. (RM650.00 X 180 bulan = RM117,000.00 ).
.
Adakah berbaloi habuan yang diterima ini?...
Persoalan lain yang timbul, kenapa peneroka dimestikan membayar semula? Sedangkan ini adalah Wang SES, caruman oleh peneroka. Kemana perginya wang tanam semula RISDA? Kenapa duit penjualan kayu getah tidak diberikan kepada peneroka? Kenapa hanya peneroka di Jengaka 22 & 23 sahaja yang dibayar? Kenapa bayaran ini di janjikan sewaktu PRK?
.
Adakah benar peneroka Jengka 22 & 23 akan memperolehinya? Pencatat turut simpati terhadap peneroka ini kerana bayaran kembali yang terlalu tinggi. Adakah Felda berperanan sebagai ALONG atau LINTAH DARAT?...
.
Kemenangan BN dalam PRK ini tidak mampu untuk dibanggakan. Setelah semua agensi Kerajaan digunakan, rasuah jutaan ringgit kepada pengundi, ancaman menakut-nakut pengundi sehingga membawa pengundi mengundi BN secara terpaksa, kemewahan dan pembaziran berleluasa, projek-projek yang tidak berkualiti malah BN yang mengatakan mereka menang, turut juga memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat.
.
Undi Pakatan Rakyat juga turut meningkat. Seharusnya, Pakatan Rakyat diberi pujian. Kawasan Felda kini sudah boleh ditembusi. PKR berjaya menubuhkan Ranting di ketiga-tiga Felda. Permohonan menjadi ahli PKR dan PAS turut meningkat... ANAK turut mendapat tempat dikalangan anak-anak muda Felda dan berjaya menubuhkan cawangan.
.
Jika BN mengamalkan Demokrasi yang telus, sistem pilihanraya yang adil, ruang liputan media yang jujur, memberi peluang kepada Pakatan Rakyat bersiaran di TV @ Radio seimbang dengan BN, laporan media akhbar bersikap adil, semua agensi Kerajaan tidak dibaruakan oleh BN, BN belum tentu mampu mencapai kemenangan.
.
Kita nantikan pengistiharan pembubaran DUN & Parlimen PRU 13. Inilah masa yang paling sesuai untuk menterjemahkan penerimaan rakyat kepada parti yang bakal memerintah. Hanya kerajaan yang Adil, Jujur, berintergriti dan mengutamakan rakyat dan negara sahaja yang menjadi pilihan. Pakatan Rakyat mampu membawa rakyat dan negara kearah perubahan dan pembentukan Malaysia Baru yang lebih sempurna.