20110220

Kecelaruan Fitnah II

Kes Fithan Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin bercelaru. Bukti demi bukti yang dikemukakan bertambah mengarut. Hal ini berlaku ketika perbicaraan Kes Anwar baru-baru ini. Anwar mengesahkan bahawa memang berlaku kecelaruan pihak pendakwa raya dalam perbicaraan kes Fitnah II yang sedang berlangsung antara 14 Februari lalu hingga 25 Mac depan.

Menurut beliau, “Pendakwa sekarang bercelaru dengan bukti mereka sendiri. Pertama, muka surat laporan lain. Yang dia bagi saya dengan yang ada pada mereka, tak sama".

“Kedua, bukti tambahan. Mula-mula dalam laporan, bukti ditanda sampai B11. Tiba-tiba hari bicara, jadi B12 pula,” kata Anwar.

Beliau yakin kecelaruan itu adalah berkat doa rakyat yang menolak fitnah jahat pemimpin Umno BN kepadanya. Juga fitnah keatas beliau menemui jalan buntu. Kekuasaan Allah SWT mengatasi segala-galanya.

Untuk menjadi Ahli Parlimen BN tak perlu pandai dan lebih layak untuk patuh sahaja. Jangan membantah, jangan bertindak baik, yang penting taat terhadap pemimpin. Apa yang pemimpin katakan mesti setuju...

Dalam nada seloroh, Anwar mengulas pertemuan Najib dengan Ahli Parlimen BN baru-baru ini.

Katanya, Najib memperuntuk masa tiga minit setiap seorang untuk sekadar memastikan mereka menyebut ‘setuju’ atau ‘tidak’ sahaja atas hal diusul Perdana Menteri itu.

“Kerja Ahli Parlimen BN tak payah pandai sangat, cuma kena pandai cakap ‘setuju’.

“Sebab itu bincang dengan Ahli Parlimen tiga minit, cuma kena tengok pandai sebut setuju atau tidak sahaja,” kata Anwar disambut hilai tawa daripada hadirin.
Inilah nilai kepimpinan dalam pentadbiran Umno/BN