Umno/BN Johor mula menggelisat sekarang ini. Faktwa yang mengatakan "Johor Kubu Kuat BN" sudah tidak boleh digunapakai lagi. Mereka mulai merasa bimbang, takut "Kubu" bertukar menjadi "KUBUR".
.
Kemenangan PRK DUN Tenang hanya berlandaskan tipu muslihat Umno/Bn sahaja. Jika mereka telus ketika itu, jangan mimpi kemenangan berpihak kepada mereka. Dalam suasana banjir besar yang melanda, dalam kesibukan pengundi menyelamatkan barang dan harta benda, jumlah yang keluar mengundi masih tinggi 70% lebih. Penipuan ini sengaja dilakukan bagi menyelamatkan maruah Muhyidin.
.
Banjir besar tersebut boleh dielakkan sekiranya kawalan empangan Bekok dan Juaseh dikawal selia dengan sempurna. Ada pendapat menyatakan bahawa banjir tersebut memang telah dirancang dengan membuka empangan yang kononnya dikhuatiri empangan pecah. Oh Tuhan... jika benar ini perancangan mereka... tergolonglah mereka dikalangan orang yang zalim.
.
Hal ini dilakukan kerana perasaan takut menyelubungi mereka. Mereka sanggup lakukan apa saja walaupun terpaksa menghalalkan cara. Terbaru, suatu yang mengejutkan dimana terdapat beberapa orang pemimpin AMK Johor telah ditawarkan RM 50,000 seorang agar meninggalkan AMK /PKR. Jijik sungguh perbuatan mereka.
.
Selepas ini, jika ada dari kalangan anggota PKR yang secara tiba-tiba istihar keluar parti, bermakna beliau telah dibeli. Anggota yang melompat selepas ini adalah dari manusia yang tidak bermaruah, tamakkan ganjaran kebendaan, bukan pejuang yang sebenarnya.
.
Pencatat mengingatkan agar kembali kepada matlamat asal perjuangan PRK. Bukan harta kekayaan yang dicari, bukan pangkat dan kedudukan dikejar, yang terpenting adalah pembelaan dan perjuangan untuk seluruh rakyat. Tegakkan keadilan di bumi ini dan menghapuskan kezaliman itulah matlamat kita. Rakyat lebih memerlukan pembelaan kita. Janganlah menggadaikan kepercayaan rakyat hanya sekadar imbuhan yang seciput.
.
Namun Pencatat juga mengalu-alukan kepada sesiapa juga yang tidak bermaruah tersebut untuk melompat. Kehadiran anda tidak diperlukan dalam PKR. Menjelang PRU 13 nanti bakal menyaksikan berduyun-duyun orang yang mengaku anggota PKR istihar keluar parti. Tentunya besar ganjaran yang diterima kelak.
.
"Hidup Bermaruah, Mati Mulia"