20110209

Generasi Ke2 Felda Di Pinggirkan

Generasi Baru Felda kerap dikaitkan dengan keruntuhan akhlak. Remaja-remaja yang liar, yang terbabit dengan zina, mengandung anak luar nikah, buang bayi, dadah, ganja, arak, curi motor, Mat Rempit, pergaduhan, dan pelbagai lagi akhlak negatif yang semuanya dipalitkan dengan remaja Felda. Kenapa ini berlaku? Adakah benar remaja Felda memang liar? Ini persoalan yang perlu dijawab oleh Felda...

Generasi Baru felda yang meliputi anak, cucu dan cicit peneroka merupakan pewaris kepada generasi peneroka. Mereka seharusnya dididik dengan cara yang betul. Mereka juga perlu dibantu dan dibimbing kemaheran menguruskan ladang. Tetapi kenapa Felda melarang Generasi ke2 ini melibatkan diri dengan ladang bapa mereka? Felda lebih selesa kalau Generasi ke2 ini tidak ambil tahu langsung berkenaan ladang bapa mereka.. Apa muslihat Felda?

Sekolah Berasrama Penuh Felda kini dipenuhi anak-anak Staf Felda. Anak-anak peneroka kebanyakkannya sudah tamat persekolahan. Cucu atau Cicit peneroka memang tidak layak merebut peluang bersekolah disitu. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati kerana peneroka terlibat dalam penubuhannya. Duit hasil penerokalah yang digunakan untuk perbelanjaan persekolahan tersebut. Tapi kini dimanfaatkan oleh anak-anak staf Felda...

Begitu juga penubuhan pasukan bolasepak Felda United. Kos perbelanjaannya ditanggung sepenuhnya oleh Felda. Duit dari mana?.. Tentulah duit peneroka. Tapi berapa ramai anak peneroka yang terpilih membarisi pasukan tersebut? Kenapa tidak pilih dari kalangan anak-anak peneroka? Kemaheran boleh datang dengan didikan yang berterusan. Ini kaedah menyalah gunakan duit Felda.

Felda lebih rakus merompak duit peneroka dengan pelaburan yang membazir. Pembukaan Hotel Felda di Arab Saudi dan Terengganu.. Siapa yang mendapat manfaat? Mampukah peneroka menyewa di hotel tersebut? Projek ternakan lembu Intergrasi dalam ladang peneroka.. apa khabarnya sekarang ini? Langsung tidak diketahui untung ruginya. Dimaklumkan bahawa projek ini mengalami kerugian yang teruk. Siapa yang menanggungnya... peneroka juga yang terpaksa menanggungnya.

Kenapa perlu membina menara Felda? Kenapa tidak diperbincangkan bersama peneroka? Pembaziran seumpama ini tidak seharusnya berlaku. Kewangan ini amat bermanfaat untuk membantu Generasi ke 2 felda. Boleh lah mereka menjadi usahawan, berniaga, menceburi IKS, membina penempatan untuk mereka, menambahbaik pendidikan anak-anak dan sebagainya.

Lebih menyayat hati apabila dilihat kehidupan generasi ke2 diFelda. Mereka terpaksa menumpang kehidupan bersama ibubapa. Ada satu rumah terpaksa menempatkan 2 atau 3 atau 4 kelamin dalam satu bumbung. Ditambah pula dengan berbelas cucu-cucu, memenuhi satu rumah. Felda menjanjikan tapak rumah untuk mereka. Sehingga kini, tiada sebarang anugerah yang diberikan. Kebanyakkan mereka ini tidak punya slip gaji, juga tidak punya borang J cukai pendapatan. Ini halangan utama bagi mereka untuk memiliki rumah. Sesuatu pembelaan terhadap mereka diperlukan.

Tanah-tanah rezeb atau poket diFelda seharusnya diagih-agihkan kepada mereka. Mereka memang layak kerana cukai tanah tersebut telah dibayar oleh peneroka sejak sekian lama. Atau Felda perlu menyediakan rumah untuk mereka dengan skim bayaran mudah umpama sewa beli.

Pakatan Rakyat mempunyai usul terbaik untuk membantu Generasi ke2 Felda. Kemenangan Pakatan Rakyat sehingga mengambil alih Puterajaya bakal merubah keperitan hidup generasi Felda. Estate Felda Plantation Sdn Bhd akan dimansuhkan dan memasukkan peneroka baru yang terdiri daripada Generasi ke2, bekas kakitangan Felda dan orang-orang Asal ( Asli ). Seramai hampir 80,000 orang peneroka baru akan ditempatkan di estate tersebut dengan kurniaan tanah seluas 10 ekar setiap seorang. Ini adalah tawaran keemasan bagi merubah kehidupan Generasi Ke2 demi masa depan yang lebih cemerlang.

Rebutlah peluang ini. Dalam waktu terdekat Pakatan Rakyat akan membuka permohonan kepada seluruh Generasi ke2. Tapisan akan dibuat bagi mengutamakan kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Selanjutnya temuduga akan dijalankan selepas pengumuman Pakatan Rakyat menang Pilihan Raya ke 13.

Adakah anda layak?... Dapatkan borang permohonan segera... Tarikhnya akan diumumkan pada masa yang sesuai.