Pakatan rakyat komited untuk mengubal dasar Felda seandainya memenangi pilihan raya umum ke 13 kelak. Felda Plantation Sdn Bhd bakal dimansuhkan dan akan digantikan dengan peneroka baru. Ianya akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari setelah Pakatan Rakyat memerintah Negara,
Pembukaan Ladang Felda Plantation adalah tersasar dari matlamat asal penubuhan Felda kerana tiada seorang pun peneroka yang ditempatkan di Tanah Rancangan tersebut. Hanya buruh-buruh ladang bergaji hari termasuk tenaga buruh asing. Mengikut AKTA GSA 1960, penubuhan Felda (LKTP - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan) adalah untuk memberi tanah kepada rakyat yang sekurang-kurangnya 10 ekar setiap peserta. Tetapi lain halnya dengan Felda Plantation yang mementingkan keuntungan tanpa mengambilkira kebajikan untuk rakyat.
Oleh kerana itulah, Pakatan Rakyat mendapati bahawa penubuhan Felda Plantation sebagai tidak sah dan telah menipu kerajaan Negeri. Ianya mesti dimansuhkan dan dikembalikan kepada rakyat. Seramai 80,000 orang peneroka baru bakal memenuhi Tanah Rancangan tersebut dengan setiap peserta memperolehi tanah seluas 10 ekar.
Hanya Pakatan Rakyat sahaja yang bersungguh-sungguh untuk memperjuangkan tuntutan ini dan berjanji akan melaksanakannya setelah memperolehi kemenangan dalam PRU ke13 yang bakal tiba. Oleh yang demikian, permohonan akan dibuka tidak lama lagi dan hanya kepada anak-anak peneroka yang layak sahaja.
Proses pengambilan peneroka baru akan dimulakan dengan mengisi borang, kemudian proses penapisan dan penilaian setiap permohonan, diikuti proses temuduga dan akhir sekali keputusan permohonan samada berjaya ataupun gagal.
Tawaran ini hanya terhad kepada 3 katogeri iaitu 1) AnakPeneroka 2) Bekas Kakitangan Felda dan 3) Orang Asal ( Asli ). Setiap keluarga hanya dibenarkan untuk membuat satu permohonan sahaja. Keutamaan kepada permohonan yang telah berumah tangga dan memiliki sekurang-kurangnya 2 orang anak atau lebih serta Tidak mempunyai pekerjaan tetap.
Sila pastikan kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU 13 bagi merealisasikan pengubalan Dasar Felda ini dapat dilaksanakan. Rebutlah peluang ini dengan penuh kebijaksanaan.