Kedengaran desas desus disekitar Negeri Johor, bekas Ketua AMK dari Cabang....? telah mengumumkan keluar Parti. Pengumuman tersebut dibuat sehari sebelum PRK 05 Tenang. Berita ini amat memeranjatkan pencatat.
Pencatat segera menghubungi beliau untuk mendapatkan penjelasan. Tanpa berselindung, beliau menjawab "Ya Benar" ungkapan jujur keluar dari mulut beliau sendiri. Pencatat menghormati keputusan beliau dan terasa juga akan kehilangannya. Beliau melahirkan rasa meluat terhadap PKR dan hilang keyakinan. Beliau menginginkan PRK benar-benar adil, benar-benar demokrasi, benar-benar mengutamakan rakyat dan akar umbi.
Selama ini beliau berjuang bersama AMK tanpa mengharapkan sebarang imbuhan selain mahu melihat keadilan dapat ditegakkan di bumi Malaysia ini. Apa yang mengecewakan beliau adalah, PKR masih sama dengan umno. Kenapa aduan yang diterima tidak diambil tindakan oleh Parti? Kenapa tidak segera menyelesaikan masalah tersebut? Kenapa perlu ada perebutan kuasa dan jawatan yang melampau? Sedangkan kebanyakan daripada ahli menyertai PKR kerana mahu memperjuangkan KEADILAN.
Pencatat merasakan bahawa perkara ini perlu dipandang serius oleh Pucuk pimpinan. PKR belum memerintah sepenuhnya. Adalah lebih baik diselesaikan segera. Ramai dari kalangan kita yang berjuang dengan tidak mengharapkan sebarang imbuhan. Kita mahukan keadilan. Seandainya PKR menang sekalipun, kita sebagai penjual Berger tetap menjadi penjual Berger. Kita buruh binaan tetap sebagai buruh binaan. kita petani tetap sebagai petani. kita nelayan tetap sebagai nelayan.. Tetapi adakah pemimpin kita akan menjadi kaya raya dengan meninggalkan kita terus miskin?
No comments:
Post a Comment