20100531

SUBSIDI RM 20 BILLON IPP DIHAPUSKAN?


Anwar Cabar Najib Hapuskan Subsidi RM20 Bilion Setahun Kepada IPP

KOTA BHARU 30 Mei - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri supaya menarik balik subsidi RM20 bilion yang diberikan kepada syarikat Penjana Tenaga Bebas (IPP) dan menyelamatkan ketirisan ekonomi sebanyak RM28 bilion setahun dan tidak menjadikan rakyat mangsa kepada kegagalan kerajaan mentadbir kewangan negara.

Anwar berkata rakyat tidak seharusnya menanggung beban kesan daripada amalan rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan yang berkalu secara berleluasa di bawah pemerintahan Umno-BN.

"Siapa yang memiliki IPP di negara ini? Mereka adalah tauke dan tokoh korporat yang ingin diselamatkan oleh Umno-BN kerana kroni dan keluarga mereka juga menikmati kekayaan IPP yang dibantu oleh Umno-BN.

"Rakyat yang miskin terus dizalimi dan ditindas dan Umno-BN tidak mempedulikan nasib mereka kerana kuasa yang ada pada Umno-BN hanya digunakan untuk memperkayakan beberapa kerat kroni da kaum kerabat mereka," kata Anwar pada Ceramah Perdana di Padang Perdana malam tadi.

Menyentuh isu lompat oleh beberapa bekas wakil rakyat KEADILAN, Ketua Umum berkata beliau mempunyai cukup maklumat dan bukti untuk mendedahkan sogokan dan rasuah sebanyak RM2 juta dan kontrak yang diberikan sebagai imbuhan memujuk wakil rakyat terbabit keluar parti dan menjadi anggota Bebas.

"Saya ada bukti cukup dan akan saya dedahkan dalam parlimen kelak. Kalau ditanbya di mana saya simpan bukti, di rumah tidak ada, di pejabat lagi tidak ada, dalam beg pun tidak ada, saya sudah lupa mana saya letak," kata beliau berjenaka kepada hampir 20,000 penyokong.

Beliau juga berkata KEADILAN akan lebih berhati-hati memilih calonnya untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen mengambil pengalaman pahit lompat parti oleh wakil rakyat parti.

"Kita akan pastikan mereka melalui tarbiyah yang cukup untuk pastikan mereka adalah calon yang sebenarnya bersama perjuangan parti. Kalau tak boleh ikut tarbiyah kita akan kelurakan mereka sebagai calon. Kita mahu mereka berikrar taat setia kepada parti dan tidak sekali-kali terfikit untuk lompat dan khianati perjuangan parti," tegas Anwar lagi

ANWAR: keADILan PARTI MASA DEPAN, DEMOKRATIK YANG HEBAT

Anwar: KEADILAN Parti Masa Depan, Demokratik Yang Hebat
http://suara-keadilan.com/news-section?t=2911

KOTA BHARU 30 Mei - Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membuat perubahan pimpinan dalam beberapa jawatankuasa dengan tujuan memantap serta mengukuhkan perjalanan parti.

Kata beliau penyusunan tersebut akan dibuat dalam kadar segera sebagai respons kepada isu yang dibangkitkan oleh perwakilan pada Kongres Nasional Tahunan KEADILAN yang berakhir petang tadi.

"Penyusunan semula ini akan dibuat dalam kadar segera yang akan mengadunkan tenaga lama dengan yang baru. saya lihat penyertaan Angkatan Muda dan Wanita lebih terserlah pada Kongres kali ini dan penyertaan kedua komponen ini akan diterapkan dalam barisan pimpinan pusat," kata Anwar semasa ucapan pengulungan beliau petang tadi.

Beliau berkata permerhatiannya terhadap Kongres sejak 2004 telah memperlihatkan kematangan dalam mutu perbahasan dan peningkatan pemikiran perwakilan dalam membahaskan usul dan isu yang dibangkitkan semasa Kongres.Tanggungjawab Pemimpin

"Saya mahu semua barisan pimpinan yang duduk di atas pentas ini supaya turun padang ke setiap cabang dan bertemu dengan ahli-ahli".

Selangor

"Semua cadangan dan kritikan terhadap Menteri Besar dan pentadbiran kita dengar dengan sikap terbuka. Bandingkan Selangor di bawah Umno-Barisan Nasional dan bezakan dengan banyak perubahan yang dilakukan dalam tempoh dua tahun pentadbiran Pakatan Rakyat.

"Di bawah BN, negeri rosak kerana Menteri Besar rampas hasil mahsul negeri, rasuah dan rakus mengambil hak rakyat. Apabila kita ambil alih sumpah dan janji kita kepada rakyat ialah pentadbiran yang bersih daripada rasuah dan penyelewengan. Ini yang berjaya dilakukan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Saya menaruh kepercayaan kepada kepimpinan samada di Selangor, Pulau Pinang, Kedah atau Kelantan".

Unisel

"Saya beri tempoh dua minggu kepada Rektor supaya hormati suara pelajar. Berikan sedikit ruang dan perbezaan pendapat kepada pelajar untuk menegur universiti. Kalau dia tidak menukar sikap sata akan pastikan di keluar dari Unisel".

Projek

"Antara isu yang dibangkitkan ialah kelembapan dalam kelulusan projek untuk manfaat rakyat di Selangor. Saya akan berbincang dengan Menteri Besar Selangor supaya dipercepatkan kelulusan projek tetapi dengan syarat ia mesti mengikut peraturan".

GLC

"Calon yang dikemukakan untuk menyertai atau menerajui anak syarikat kerajaan negeri mestilah layak, profesional dan punyai 'track record' dan hanya mengambil elaunnya sahaja dan tidak rasuah. Calon itu juga mesti ikrar ketaatan kepada parti dan kerajaan negeri dan mesti dibenarkan dipantau dan dihukum jika sedikit menyeleweng".

KEADILAN

"Umno-BN boleh cakap apa saja, nak runtuh, nak reban, nak karam, 'wahtever' tetapi satu yang mesti saya nyatakan di sini KEADILAN telah berjaya mentransformasikan budaya politik negara ini. Mana pernah kita terfikir pemimpin Cina memetik hadis dan Al-Quran dan menerima pelbagai budaya dengan cara terhormat".

"We are a great party with a great future. We are a democratic party. Oleh kerana itu Umno-BN lanyak Anwar dan media mereka serang kita tidak henti-henti. Kita adalah sebuah parti bersikap terbuka. Bandingkan dengan Umno dan BN pemimpin samada Menteri Besar, Ahli Parlimen, ADUN dan pimpinan parti boleh dikritik hebat dan kita menerima segala kritikan dengan sikap terbuka dan dada yang lapang.

"Bagi pemimpin yang berkiblatkan wang roinggit dan kebendaan biarlah mereka lacurkan diri kepada Umno-BN".

Subsidi

"Dari dahuku kita sudah nyatakan bahaya apabila melihat keadaan defisit yang semakin membengkak. Yang biasa ialah defisit 1, 2 tahun tetapi apabila masuk lima tahun mula ada 'orange effect' dan tujuh tahun 'red effect' dan kita punyai 12 tahun berturut-turut maka ia kekal sebagai red effect'. Ekonomi negara rosak di bawah Umno-BN sebab pemimpinya rakus dan rasuah.

"Kita cadangakn tiga perkara asas untuk perbaiki ekonomi negara - tarik subsidi orang kaya, banteras rasuah dan jangan boros, selepas itu barulah kita minta rakyat semua supaya berkorban. Ini tidak pemimpin Umno-BN mahu rakyat berkorban sekarang sebab mereka mahu terus 'enjoy'".

Khianat

"Kepada Tian Chua dan Gobalakrishnan saya beri jaminan parti akan tetap mempertahankan anda daripada konspirasi Umno-BN. Kita akan pertahankan hak anda. kita beri amaran kepada Najib, biarlah mereka buang, guling sebagai ahli parlimen atau buat pilihan raya baru, kita akan tetap lawan tindakan zalim mereka".

AHLI UMNO JUGA MENGKRITIK JODI BOLASEPAK

Re: Kafir Lim GE merosakkan imej khalifah Umar R.A. (Score: 1)
by afterdark on Sunday, May 30 @ 02:18:01 MYT
(User Info Send a Message)

Tentang Pembangkang bijak ambil kesempatan tu satu hal.. itu memang dah kerja mereka.. Tapi seriously cakap Kerajaan memang silap besar membenarkan lesen judi bolasepak.. Alasan yang diberi tu memang tidak masuk akal.. Dalam keadaan Kerajaan BN masih lemah sekarang ini, keputusan itu memang lebih melemahkan lagi.. Siapa punya idea dalam Kerajaan ni.

You all pun tau saya memang penyokong UMNO dari dulu, tapi kalau tak mau kritik tindakan kerajaan itu maka lebih baik kita tutup ja cerita ni supaya tak malu sangat. Cuba menyokong alasan 'after thought' yang membenarkan semula judi itu hanya menyebabkan kita nampak dangkal beragama dan sikap menegakkan benang yang basah.

Kita mesti membezakan diri kita dengan penyokong taksub Pembangkang. Kita kena realistik dan menentukan garisan halal dan haram. Tiada siapa yang di atas hukum agama, walaupun Kerajaan.


NOTA PENCATAT:

Keputusan Kerajaan meluluskan lesen judi bolasepak hanya mengundang kemarahan umat Islam sahaja. Inilah tindakan Pemimpin Jahilliah yang mengundang kemurkaan ALLAH. Demi kuasa dan kerakusan mengaut keuntungan, hukum ALLAH diterbalikkan, segala cara dihalalkan, kepentingan rakyat dinodai.

Tindakan Kerajaan bakal mengundang musibbah dari ALLAH SWT. Demi ALLAH dan agama Islam, kami tidak rela kerajaan menghalalkan Judi.. Kami tetap akan bangkit menentang walau sehingga ketitisan darah yang terakhir.


Saiful Nafi Dubur Dimasukkan Plastik

Monday, 31 May 2010 12:18 PM

Oleh Noor Safinas (Emel penulis ini )



KUALA LUMPUR : Perbicaraan fitnah liwat membabitkan ketua umum PKR, Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan peguamnya, Karpal Singh sekali lagi memohon mahkamah bagi membekalkan pihaknya dengan senarai saksi.
Menurut Karpal, pihaknya masih gagal menghubungi pemilik kondominium di mana pengadu yang juga saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa tempat dia diliwat.
Beliau juga yakin yang pihak pendakwaan akan memanggil pemilik kondo terbabit sebagai saksi.
Peguam Cara II Negara, Mohd Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pasukan pendakwa berkata beliau hanya mengetahui berhubung permohonan senarai saksi pendakwaan telah dibuat hari ini.

Ketika disoal-balas Karpal, Saiful menceritakan bahawa ayahnya bercerai dengan ibunya semasa dia berada di darjah satu. Karpal yang berkerusi rodak kemudian bertanya mengenai adik perempuan Saiful, Saidati yang dikatakan mengikut seorang lelaki dan berkahwin di Thailand.

Beliau kemudiannya menyemak semula keterangan awal Saiful mengenai perjumpaan dengan Perdana Menteri, Najib Razak, Rodwan Mohd Yusof (ketika itu pengarah Jabatan Siasatan Jenayah yang sekarang ini Ketua Polis Melaka) dan bekas olahgarawati negara, Mumtaz Jaafar yang merupakan sahabat akrab kepada isteri perdana menteri, Rosmah Mansor.

Karpal kemudian bertanyakan kepada Saiful sama ada Najib, Mumtaz, Rodwan, Ezam ada membuat laporan polis berhubung dakwaannya yang dia diliwat oleh Anwar. Saiful menjawab dia tidak tahu.

Pertikaman lidah berlaku antara Karpal dan Mohd Yusof apabila peguam utama Anwar itu berhujah Najib dan yang lain boleh diheret ke mahkamah kerana tidak membuat laporan polis berhubung dakwaan Saiful diliwat.

"Di bawah Seksyen 13, Kanun Prosedur Jenayah, adalah satu prosedur bagi seseorang untuk membuat laporan polis. Jika ini tidak dilakukan, ia adalah satu kesalahan mengikut sekyen 202, Kanun Keseksaan,” kata Karpal.

Karpal kemudianya bertanya kepada Saiful berhubung acara mengangkat sumpah yang dilakukannya di Masjid Wilayah Persekutuan, beberapa hari sebelum hari penamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pauh yang ditandingi oleh Anwar, dua tahun lalu.

Pada acara itu, Saiful menjunjung al-Quran di hadapan seorang iman sambil mendakwa dia diliwat oleh Anwar. Dia menafikan acara mengangkat sumpah itu sesuatu yang dirancang dan berkata dia memang berhasrat melakukannya lebih awal.

Yusof pula kemudiannya bertanyakan Saiful berhubung pengalamannya di Hospital Pusrawi, tempat pertama yang dilawatinya untuk menjalani ujian perubatan. Saiful menafikan pernah berkata plastik dimasukkan ke dalam duburnya. “Saya juga tidak pernah berkata perkara seumpama itu kepada doktor atau polis di Hospital Kuala Lumpur,” katanya seperti dipetik media.

Saksi itu juga berkata bahawa Ezam dan Mumtaz agak keberatan membuat laporan polis kerana bimbang masa depannya terjejas. Saiful kemudiannya dibebaskan daripada kandang saksi tetapi boleh dipanggil semula oleh Karpal pada masa yang sesuai sepanjang perbicaraan itu.

20100527

2020 MALAYSIA MAJU - 2019 MALAYSIA BANKRAP

Subsidi berterusan: M'sia bankrap 9 tahun lagi
Mei 27, 10 2:28pm
http://www.malaysiakini.com/news/132887

Malaysia menghadapi risiko menjadi negara Greece kecuali rakyatnya menelan hakikat pahit bahawa pengurangan subsidi akan menyaksikan harga petrol, makanan, elektrik dan beberapa barang keperluan tidak dapat dielakkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, yang juga ketua pegawai eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) - sebuah badan yang ditubuhkan bagi mengurangkan bebanan subsidi negara sambil menerangkannya kepada rakyat berkata hutang negara akan meningkat 100 peratus daripada keluaran dalam negara kasar menjelang tahun 2019 jika pemberian subsidi diteruskan.

Subsidi kini merupakan 54 peratus daripada KDNK negara.

Namun semua cadangan pengurangan subsidi berkenaan belum dilulus atau dipersetujui oleh kerajaan.

"Kita tidak mahu menjadi seperti Greece, akhirnya," kata Indris merujuk kepada ahli Kesatuan Eropah itu yang hutangnya menyebabkan ketidak-tentuan pasaran antarabangsa.

Rasionalisasi subsidi untuk pertumbuhan nyata

Malaysia membelanjakan 15.3 peratus daripada perbelanjaan persekutuan bagi menampung subsidi pada bajet 2009 yang menyaksikan defisit berada pada peringkat tertingginya dalam dua puluh tahun.

Katanya, Malaysia perlu merasionalisasikan subsidi untuk bergerak ke depan secara lebih ekonomi, selain menggalakkan pemuliharaan yang lebih tinggi dan mengurangkan penggunaan.

Menurut Idris, Malaysia juga perlu mengikuti perkembangan terkini arah aliran pengurangan subsidi global.

"Bayangkan, rakyat Somalia sendiri kena bayar harga yang lebih tinggi untuk petrol berbanding rakyat Malaysia," katanya pada Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.

Makmal itu yang dibuka dari jam 9 pagi hingga 2 petang hari ini, dilangsungkan bagi mendapat cadangan dan maklum balas daripada orang ramai mengenai rancangan kerajaan untuk mengurangkan subsidi.

Idris berkata, mengikut perangkaan daripada Pertubuhan bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), perbelanjaan subsidi Malaysia berdasarkan peratusan keluaran dalam negara kasar (KDNK) nominal antara 2006 dan 2009, adalah pada 11 peratus.

Ia, katanya, hampir tiga kali ganda berbanding negara bukan OECD seperti Filipina dan 55 kali lebih tinggi berbanding negara OECD seperti Switzerland.

"Bil subsidi kerajaan tidak berkekalan, terutama berdasarkan defisit bajet dan hutang kerajaan yang semakin meningkat. Ia lebih tinggi berbanding Indonesia pada 28 peratus dan semakin menghampiri Filipina pada 62 peratus," katanya.

Kaya juga dapat subsidi

Menurut Idris, budaya subsidi mempunyai kesan negatif, dengan subsidi kerap dinikmati mereka yang tidak berhak selain tertakluk kepada ketirisan dan penyalahgunaan dan pada masa yang sama menggalakkan gangguan pasaran selain menggalakkan penggunaan berlebihan hasil daripada lebihan pengeluaran.

Beliau berkata, kira-kira 97 peratus daripada subsidi Malaysia diagihkan secara asas "menyeluruh".

"Ia diberi kepada setiap orang tanpa mengira paras pendapatan, sebagai contoh, memberi subsidi untuk pendidikan rendah, menengah dan tinggi, perkhidmatan perubatan, petrol, gula dan minyak masak, selain bantuan kebajikan dan elaun," katanya.

Kerajaan, dalam kerangka kerja merasionalisasikan subsidi, antara lain akan memberi tumpuan terhadap barangan utama bagi mencapai penjimatan yang lebih besar seperti bahan api, gas dan tol dan pada masa yang sama meneruskan subsidi pendidikan, sebagai pelaburan modal insan.

Usaha akan dibuat bagi mengurangkan pembaziran dan penyalahgunaan.

Menurut sumber yang dipetik Reuters, jemaah menteri pada Rabu lalu membincangkan cadangan pengurangan subsidi berkenaan tetapi tiada keputusan dibuat.

20100526

KONGRES NASIONAL PKR

Kongres KEADILAN 28-30 Mei 2010

Seramai 2,000 perwakilan dan 200 pemerhati dijangka hadir pada Kongres Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertema Harapan Baru Selamatkan Malaysia di Kelantan Trade Centre, Kota Bahru, Kelantan pada 28-30 Mei ini.

Timbalan Setiausaha Agung PKR, Sharifah Shahidah berkata, kongres ini sepatutnya dijalankan tahun lalu tetapi ditangguh bagi memberi laluan kepada konvenysen khas parti pada tahun lalu.

Bercakap pada sidang media, beliau berkata, kongres ini bermula dengan perasmian kongres Angkatan Muda Keadilan dan Wanita yang dijadual diadakan pada 27hb Mei 2010 jam 9.00 malam disempurnakan Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Hussin Ali.

Kongres Angkatan Muda Keadilan dan Wanita akan diteruskan pada 28hb Mei 2010 bermula jam 8.00am - 6.00pm. Sementara Kongres Nasional akan diadakan pada 29 dan 30hb Mei 2010.

"Perbahasan pada tahun ini dijangka berkisar mengenai kejayaan pentadbiran kerajaan selangor, hubungan PKR dalam Pakatan Rakyat dan persiapan jentera pilihan raya umum ke-13," katanya lagi.

SELAMAT BERKONGRES KEPADA SEMUA PERWAKILAN

Tanah KTMB: Pemuda Pakatan Rakyat Johor Dakwa Najib Ada Kepentingan Peribadi

Oleh Sidiqin Omar
http://suara-keadilan.com/news-section?t=2853

SHAH ALAM 26 Mei - Pakatan Rakyat Johor mendakwa keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang bersetuju untuk memindahkan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad dari Tanjung Pagar ke Woodlands mempunyai agenda kepentingan peribadi.

Sehubungan itu satu laporan polis terhadap Najib di buat di Balai Polis Sentral, Johor Bahru pagi tadi oleh pimpinan Pakatan Rakyat Johor termasuk Ketua Penerangan KEADILAN Johor, Zabidie Abbas, Ketua Penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman dan Timbalannya, Onn Jaafar.

"Kita mengesyaki bahawa Najib mempunyai kepentingan peribadi di dalam membuat keputusan kerana persetujuan tersebut dicapai selepas tidak sampai sehari perbincangan dilakukan. Beliau mesti membentangkannya di parlimen sebelum membuat sebarang keputusan" kata Zabidie ketika dihubungi Suara Keadilan.

Laporan media sebelum ini menyatakan kerajaan Malaysia telah 'menyelesaikan' beberapa perkara yang menjadi pertikaian kedua buah negara antaranya mengenai pertukaran tanah di Kranji, Woodlands dan Tanjung Pagar serta Lot 76-2 MK 16, Lot 249 MK 4 dan Lot 32-10 MK 16.

Selain itu, laporan polis itu juga tersebut mendesak siasatan mengenai status beberapa loji air Public Utitlities Board (PUB) di sekitar daerah Johor Bahru dan status rumah api Pulau Pisang yang terletak di luar pantai Pontian.

Pakatan Rakyat Johor bimbang sekiranya wujud unsur salahlaku atau pun penyalahgunaan kuasa di dalam membuat keputusan dan persetujuan yang membabitkan kepentingan negara.

"Kedudukan stesen keretapi KTMB Tanjong Pagar yang lebih dekat dengan Pelabuhan Singapura tentulah mempunyai nilai hartanah yang tinggi. Jadi, atas dasar apakah perjanjian 60-40 antara syarikat Malaysia dan Singapura berkenaan pembangunan di kawasan tersebut atau pun di tempat lain."

"Kita tidak mahu pisang berbuah dua kali seperti yang terjadi apabila Malaysia hilang hak kedaulatan terhadap Pulau Batu Putih dan kehilangan dua blok padang minyak di Sarawak, jelasnya.

Beliau turut bimbang aset dan warisan sejarah negara seperti bangunan lama Stesen KTMB Tanjung Pagar yang berusia 73 tahun itu akan dirobohkan sekiranya Malaysia telah kehilangan kepentingan di kawasan tersebut.

"Tempat ini dahulunya merupakan kawasan yang didiami oleh perkampungan orang Melayu. Harta dan aset negara kita juga banyak terdapat di kawasan ini.

Saya tidak yakin kepentingan mereka akan dapat dipertahankan sekiranya kerajaan Malaysia meneruskan rancangan tersebut," jelas Zabidie.

20100525

LAPORAN POLIS - PERJANJIAN MALAYSIA / SINGAPURA

Rakyat Malaysia terutamanya Rakyat Negeri Johor diminta turut serta dalam membuat Laporan Polis bersama atas nama kecintaan terhadap Tanahair bagi menunjukkan sokongan bahawa kita membantah keputusan Najib memindahkan KTM dari Tanjung Pagar ke Woodland.

Najib secara bersendirian membuat keputusan ini tanpa merujuk ke Parlimen. Jangan pisang berbuah dua kali.

Datang beramai-ramai beri sokongan kepada kami pada:

Tarikh : 26hb Mei 2010 ( Rabu )
Masa : 11.00 Pagi
Tempat : Balai Polis Central, JB

Bertindak sebelum terlambat. Kita tahu pemimpin umNO/BN mabuk kekuasaan dan sanggup melakukan apa saja. Bangunlah menentang tindakan pemimpin Pelahap Lahoba ini. Tidak perlu tunggu PRU 13 untuk mengubah keadaan ini. Mulakan dari sekarang...

DEBAT ISU FELDA BERSAMA KETUA PEMUDA umNO TENGGARA

Setelah Senator Ezam Md Nor dirasakan berjaya menyampaikan ceramah fitnah di Felda Sungai Sibol, Tenggara, Ketua Pemuda umNO tenggara Sdr Abd Halim mulai naik tocang dengan angkuh mencabar agar diadakan Debat Isu Felda kepada pemuda Pakatan Rakyat. Meremang buli roma pencatat, AMK Johor pantang dicabar, Pemuda PAS juga pantang dicabar. Bila? Dimana?...

Kami bersedia dan menyahut baik cabaran Abd Halim. Kami menunggu tarikh dan tempat untuk diadakan. Kalau Abd Halim tidak dapat menetapkan tarikh, kami bersedia memilihkan tarikh yang sesuai.

Kami percaya, demi kebaikkan Warga Felda, Debat ini amat releven dan bakal menyelesaikan tuntutan Warga Felda, penindasan terhadap Peneroka, penipuan Felda dan langkah terbaik untuk mempertingkatkan mutu kehidupan Warga Felda.

Kalau benarlah Abd Halim anak jantan umNO, jangan hanya pandai berkokok sedangkan tahi berselepat diekor. Pencatat menyahut cabaran ini. Kita jumpa di Pentas Debat.

Penyerahan Memoremdum Kepada Mufti Besar Johor

Jam 10.30 pagi tadi, Pemuda Pakatan Rakyat, PAS dan AMK yang diketuai oleh Sdr Khairul Faizi Ahmad Kamil Ketua Dewan Pemuda PAS Johor telah berjaya menyerahkan memorendun mendesak kepada Mufti Besar Johor Dato` Hj Mohd Tahir Dato` Kiai Hj Samsuddin agar peka kepada isu kerajaan pusat meluluskan lesen judi bolasepak.

Kehadiran kami seramai lingkungan 50 orang telah disambut mesra oleh kakitangan Jabatan Agama dan Dato` Mufti sendiri. Dato` Mufti amat perihatin berkenaan isu judi tersebut dan bersedia memenuhi hasrat kami dan menyeru agar tindakan bersama diambil demi keharmonian seluruh umat Islam.

Beliau bersedia untuk melaksanakan tanggungjawab sebagaimana tuntutan memorendum yang diserahkan daripada kami. Tuntutan memorendun tersebut meminta Dato` Mufti :

1. Membuat kenyataan dan pandangan mengenai keputusan kerajaan pusat meluluskan lesen judi sukan ini,
2. Mendesak Majlis Mufti Kebangsaan untuk mengadakan perbincangan khas berkaitan dengan keputusan meluluskan lesen judi sukan ini dan mendesak supaya lesen bagi pertaruhan sukan bagi kejohanan bolasepak dibatalkan,
3. menjelaskan dan mempertegaskan kepada masyarakat johor khususnya masyarakat Islam betapa judi adalah haram dan merosakkan instituisi kekeluargaan.

Kejayaan menyerahkan memorendum tersebut diharap mendapat tindakbalas yang positif daripada beliau. Sebagai ketua Agama negeri, menjadi kewajiban beliau membenteras kemungkaran. Doa kami iringi agar beliau diberikan kekuatan oleh ALLAH SWT menghadapi rejim umNO/BN atas nama Islam. juga semuga ALLAH merahmati usaha beliau.

Malaysia setuju serah tanah KTMB di Singapura



Malaysia setuju serah tanah KTMB di Singapura
Mei 24, 10 5:28pm

Malaysia bersetuju memindahkan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar di Singapura ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) menjelang 1 Julai 2011.

Malaysia akan juga menempatkan kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) kereta apinya di WTCP.

Keputusan itu dicapai pada pertemuan Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong di Hotel Shangri-La Hotel di Singapura.



Pada sidang akhbar bersama itu, kedua-dua pemimpin berkenaan berkata tanah yang akan dikosongkan itu akan dimajukan oleh sebuah syarikat usaha sama Malaysia-Singapura dikenali M-S Pte Ltd yang akan ditubuhkan sebelum 31 Dis tahun ini.

Syarikat itu melibatkan Khazanah Nasional Berhad dari Malaysia yang akan memegang 60 peratus kepentingan, dan Temasek Holdings Limited, cabang pelaburan kerajaan Singapura, yang akan memegang baki 40 peratus ekuiti dalam syarikat usaha sama itu.

Menurut satu kenyataan bersama, pertemuan Najib dan Lee banyak berkisar kepada Perkara-perkara Dipersetujui (PoA) mengenai tanah KTMB di Singapura yang menjadi penghalang kepada hubungan baik antara kedua-dua negara.

Tana
h KTMB di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga keping tanah tambahan di Bukit Timah, yang kesemuanya berjumlah 271 hektar, akan diserahkan kepada syarikat berkenaan untuk dimajukan.

Menurut kenyataan berkenaan, tanah-tanah yang dimajukan itu boleh ditukar, berdasarkan nilai masing-masing, dengan tanah di Marina South dan Ophir Rochor di Singapura.

Kedua-dua negara akan membuat penilaian masing-masing, dan Lee dijangka melawat Kuala Lumpur dalam tempoh sebulan ini, dengan cadangan mengenai penukaran tanah itu untuk pertimbangan Malaysia.

Bernama

NOTA PENCATAT:

PM malaysia Najib Tun Razak memperjudikan tanah Malaysia kepada Singapura. Rakyat Malaysia masih berdiam diri. Bangsat sungguh Malaysia memiliki Perdana Menteri bernama Najib. Tergamak menggadaikan tanah kita kepada Singapura. Inilah satu-satunya Perdana Menteri terBODOH didunia. Belum ada pemimpin didunia yang seBODOH Najib. umNO/BN kami cabar bangkit halang PM yang BODOH ini.

AYUH RAKYAT MALAYSIA... Bangun bangkit menghalang keputusan Najib ini. Esok kita beramai-ramai buat laporan polis di Central JB jam 10.00 pagi. hebah-hebahkan. Ini tanggung jawab wajib semua pihak. Tindakan Najib mesti dibayar dengan menjatuhkan umNO/BN. Tiada kompromi lagi, sebelum lebih banyak kerosakkan dilakukan oleh sibangsat ini. Ayuh... bangun... sertai kami...

20100524


Assalamualaikum Warohmatullohi Wabarokatuh

Bissmillahirrohmaan irrohiim


Barang siapa yang menjadi musuh Allah, malaikat-malaikat- Nya, rasul-rasul- Nya, Jibril dan Mikail, maka sesungguhnya Allah adalah musuh orang-orang kafir. [QS. Al-Baqarah (2) : 98]




Kita memahami, bahwa Allah Azza wa Jalla menciptakan fitrah atas diri manusia, yaitu bisa mengetahui dan mengenal kebenaran, serta menjauhi dan menghindari kebathilan. Akan tetapi, meskipun fithrah manusia itu sudah disiapkan dan memiliki kemampuan untuk mengetahui yang haq dan yang bathil, namun bukan berarti untuk mengamalkan al haq ataupun menghindari yang bathil itu mudah.

Ada rintangan dan hambatan yang menjadi ujian. Ada musuh yang selalu menghalangi dari jalan al haq. Dan sebaliknya ada musuh yang selalu berusaha membimbing ke arah yang bathil.

Musuh-musuh ini memberikan gambaran tentang kebenaran dan kebathilan. Al haq, yang semestinya indah, menjanjikan kebaikan dan membawa kepada kebahagiaan dunia dan akhirat, digambarkan oleh musuh manusia sebagai sesuatu yang menakutkan dan menyusahkan.

Sebaliknya yang bathil, yang mestinya menjijikkan dan berujung pada penderitaan, digambarkan oleh musuh manusia sebagai keindahan nan menyenangkan. Akhirnya banyak orang yang terpedaya, meninggalkan jalan yang benar dan mengikuti jalan yang bathil, Iyadzan Billah.

Karenanya, wahai saudara-saudaraku, Rahimanillahu Wa Iyyakum Ajma’in, kita perlu mengetahui musuh-musuh itu, agar dapat bersikap. Musuh tetaplah musuh, bukan sebagai teman, apalagi sebagai pembimbing. Siapakah musuh-musuh yang selalu berusaha mengajak kita kepada perbuatan batil dan keliru?


Tindakan GILA kerajaan Umno/BN meluluskan Lesen Judi Bola Sepak bakal menyaksikan keruntuhan moral kehidupan rakyat Malaysia. Golongan remaja lah antara golongan teramai yang menggilai sukan bola sepak. Kelulusan judi bola sepak akan hanya menggalakkan anak-anak muda bertaruh judi.

Pakatan Rakyat membantah sekeras-kerasnya keputusan kerajaan. Kerajaan Umno/BN berhasrat mahu menghancurkan masyarakat. Mereka mahu melihat masyarakat bertelagah. Mereka mahu membunuh jiwa-jiwa Islam dalam masyarakat. Mereka mahu Umat Islam Malaysia jauh dari Agama. Inilah maksud tujuan Umno/BN meluluskan Lesen Judi.



Tidak mustahil. Umno/BN juga akan meluluskan Lesen Pelacuran, Lesen Dadah, Lesen Rompakan, Lesen Pembunuhan dan pelbagai Lesen gila lagi akan diluluskan. Cuma Lesen keneraka saja yang tidak dikeluarkan kerana lesen ini akan diberikan secara percuma kepada pemimpin Umno.

KABAR ERA PAKATAN DIRAMPAS


Akhbar kabar Era Pakatan bil 4 telah dirampas oleh KDN di Parit raja jumaat yang lalu. Kehadiran akhbar ini mula dirasai dan menggugat keharmonian Umno/BN. Mereka berasa cemas, takut kebocoran rahsia mereka ketahuan.

Khabar Era Pakatan sebuah akhbar Pakatan Rakyat yang amat berani dan banyak memuatkan isu-isu politik sebenar tanahair. Pendedahan salahlaku pemimpin Umno/BN dalam semua skandal termasuk PM Mongolia. Mengisikan perkembangan semasa perjalanan Pakatan Rakyat dari segenap aspek.

RAkyat Malaysia, dapatkan cerita sebenar melalui akhbar seumpama ini. dijamin sahih kebenarannya. Andai palsu, sudah pasti akhbar ini telah lama disaman. AMK johor amat kesal dengan tindakan KDN merampas KABAR ERA PAKATAN baru-baru ini. Tindakan ini sekadar menakut-nakutkan penjualannya saja. Akhbar ini mempunyai permit KDN.

Nizar VS Ezam



Warga Felda kini mulai terdedah kepada maklumat-maklumat dan kebenaran penipuan sebenar Felda. Terbukit malam tadi di Felda Pasir Raja, ribuan warga Felda hadir membanjiri Majlis Perasmian Pasti Al Ummah dan ceramah YAB Dato` Seri Ir Nizar Jamaluddin. Keseluruhan yang hadir amat menanti kunjungan YAB DS Nizar.

Jelas sungguh kedudukan sebenar sehingga berjaya mengajak yang hadir turut sama berjanji menolak Umno/BN dalam Pilihanraya akan datang. BN/Umno mesti ditumbangkan. Jangan biarkan mereka terus berkuasa kerana terlalu banyak kerosakan yang dilakukan. Mereka ini perlu digantikan dengan pimpinan baru yang jauh lebih baik. Pakatan Rakyat satu-satunya Parti menunggu yang paling layak.

Beberapa hari sebelum itu, Senator Kotak, Ezam Md Nor diperintahkan oleh Najib meracuni fikiran Warga Felda di Sg Sibol. Beliau berceramah, penuh dengan fitnah. Ezam lebih hina daripada pemimpin Umno/BN yang telah memang hina. Seperti biasa, Ezam juga turut bersumpah sebijik macam budak didiknya Saifol bersumpah. Sumpah itu, sumpah ini.... Ezam Sesumpah sesumpit.



Manusia bernama Ezam terlalu jauh terpesong. Tergamak beliau merperlekehkan Tok Guru Nik Aziz, mempertikaikan keulamakkan Yusof Qardawi. Beliau terus-terusan menabur fitnah DSAI kaki Liwat. Najib pemimpin yang betul. Najib tidak terlibat dalam pembunuhan Altantuhya.. Ezam membela Najib yang kaya dengan skandal. Manusia apa Ezam ini. Lebih hina daripada Yahudi, menyerupai Syaitan...

Adakah Ezam sudah tidak mampu membezakan antara kebenaran dengan kebatilan? Adakah Ezam mahu menjadikan kebatilan itu suatu kebenaran, dan kebenaran itu bertukar menjadi kebatilan?.. Kalau itu niat Ezam, Sdr adalah sejahat-jahat makhluk yang Allah ciptakan diatas muka bumi ini. Semuga Allah memperlihatkan kekuasaanNya kepada Sdr.

20100519

Wasiat Imam Ali bin Abi Thalib (sa) kepada Puteranya




Wasiat Imam Ali bin Abi Thalib (sa) kepada Puteranya
Posted by Syamsuri Rifai Monday, May 17, 2010 at 9:37 AM

Wahai anakku!


1. Jangan sekali-kali memilih orang yang bodoh sebagai sahabat karibmu, karena ia hanya akan mendatangkan kesulitan bagimu saat ia ingin menolongmu.
2. Jangan kau jadikan orang yang bakhil sebagai sahabatmu, karena ia akan menjauhkan diri darimu saat kau sangat membutuhkanmu.


3. Jangan bersahabat dengan orang yang akhlaknya rendah, karena ia akan menjualmu dengan harga yang murah.
4. Dan jangan bersahabat dengan orang yang pendusta, karena ia sama saja dengan fatamorgana, mendekatkan bagimu sesuatu yang jauh dan menjauhkan sesuatu yang dekat. (Syarah Nahjul balaghah Syeikh Muhammad Abduh, jilid 3)

Poligami: Bung Moktar dipenjara, Zizie didenda


Poligami: Bung Moktar dipenjara, Zizie didenda
Salhan K Ahmad
Mei 19, 10
10:04am

Ahli parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin hari ini dijatuhi hukuman penjara selama sebulan atas kesalahan poligami tanpa kebenaran.

Beliau
juga didenda RM1,000 bagi satu lagi kesalahan bernikah tanpa kebenaran dan berhadapan dengan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut hari ini

Baca selanjutnya di www.malaysiakini.com

NOTA PENCATAT:

UMNO berbangga memiliki pemimpin seperti Bung Moktar. seorang pemimpin yang tidak mengamalkan undang-undang. adakah beliau tidak mengetahui kesalahan tersebut? Atau beliau memang pemimpin bodoh?

Sememangnya denda RM 1000 terlalu kecil bagi beliau. MALAH BELIAU MAMPU MELAKUKAN kesalahan seumpama ini beribu kali kalau dendanya sebegitu. Persoalannya layakkah persalah seperti Bung Moktar terus kekal sebagai pemimpin UMNO? Tidakkah wujud perasaan malu?

Pandangan jijik dari seluruh rakyat Malaysia terhadap beliau sepatutnya melahirkan rasa malu lantas bersedia meletakkan jawatan. tetapi dengan muka tembuk, tanpa rasa malu, selamba saja mukanya bila hakim membuat keputusan... Lamgsung tak bermaruah...

Sikap beliau di Parlimen cukup lantang, ucapan berapi-api, kuat melenting, keterampilan seorang Gengster. Sebaliknya mempunyai sikap yang jahil. Lelaki memang dibolehkan berpoligami tetapi mestilah melalui saluran yang betul. Bung Mohtar telah amat memalukan Malaysia..

Najib perlu memecat beliau seandainya beliau enggan melepaskan jawatan. Najib perlu tegas dan berani.Imej pemimpin negara perlu dibersihkan. Dan Bung Moktar juga perlu menyarankan agar Najib juga meletakkan jawatan kerana Najib mempunyai lebih banyak SKANDAL...

Kalau hendak dibersihkan nama baik pemimpin Malaysia, Pecat semua atau tukar kepada kerajaan Pakatan Rakyat... PASTI MALAYSIA SEMPURNA

20100517

PROTEST AT RTM - AGAINST POLITICAL INTERFERENCE




Salam reformasi!


Satu piket akan diadakan di pintu masuk utama RTM, sebelah Lebuhraya NPE pada 19 Mei 2010 (Rabu), 11am. Tujuan piket tersebut adalah menyampaikan bantahan campur tangan politik ke atas editorial TV program.


Sahabat seperjuangan dijemput untuk hadir ke piket tersebut untuk memberi sokongan kepada golongan media aktivis.


Jumpa di sana! Sekian, terima kasih.


Thanks,
Khai Loon

20100516

TAHNIAH DAP MEMULIHKAN KEPERCAYAAN PR



Setelah BN menghabiskan jutaan Ringgit duit rakyat. Janji manis yang ditabur pasti tidak akan dikotakan. Pasti tentu hutang BN semakin menimbun yang tidak akan dibayar. Pemimpin-pemimpin hipokerit BN bergegas pulang ke Semenanjung dengan penuh kekecewaan. Tahniah DAP diatas kejayaan penuh bermakna. BN jatuh tersungkur dengan penuh keaiban.

Menjelang Pilihanraya Umum Sabah & Serawak ini, bakal menyaksikan pertembungan yang lebih mencabar. Ekoran daripada kemenangan Parlimen Sibu, Malaysia Timur bakal menyerahkan kepercayaan pentadbiran kepada Pakatan Rakyat.

Pengundi Sibu bijak dalam membuat keputusan. Duit ditabur, projek dijalankan, habuan melimpahruah, makan berlambak-lambak, barangan diagih-agihkan.... Sambut dan terima dengan tangan terbuka namun,... Undi tetap untuk Pakatan Rakyat.

Malang menimpa BN, banjir melanda, rakyat rasa menyampah. Takdir ALLAH SWT, kuasa ALLAH SWT. Keangkuhan BN ditewaskan

Inilah ganjaran diatas keangkuhan buatmu BN. Selamat juga diatas kegagalan BN.

DAP BERJAYA RAMPAS PARLIMEN SIBU


DAP berjaya rampas parlimen Sibu

NONE10.58malam: DAP berjaya merampas kerusi parlimen Sibu dengan menewasan BN dengan majoriti tipis 398 undi.

Calon DAP Wong Ho Leng mendapatkan 18,845 undi untuk menewaskan calon BN Robert Lau Hui Yew yang mendapat 18,447 undi. Manakala calon Bebas Narawi Haron mendapatkan 232 undi.

Keputusan tersebut diumumkan oleh pengurus pilihan raya, Wong See Meng.

Mengenai undi pos pula, BN memperolehi 2,323 undi manakala calon DAP mendapat 70 undi dan calon Bebas pula mendapat 36 undi.

azlan10.35malam: Nampaknya berlaku pertikaian kecil berhubung undi pos. Bagaimanapun, difahamkan SPR akan mengumumkan keputusan pilihan raya kecil parlimen Sibu tidak lama lagi.

Difahamkan juga, DAP menang antara 300 hingga 400 undi.

10.15malam: Di Dewan Suarah, dua pemimpin SUPP sedang mengadakan pertemuan dengan pegawai pengurus pilihan raya, Wong See Meng. Difahamkan mereka sedang berbincang mengenai kelewatan pengumuman keputusan undi pos.

Mereka kemudian disertai oleh pemimpin DAP Ng Wei Aik, Lim Lip Eng dan Ronnie Liu.

Hujan masih turun di Sibu. Penyokong kedua belah pihak yang berpayung, sedang menunggu di luar Dewan Suarah.

10.10malam: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof memberitahu Malaysiakini melalui SMS bahawa Borang 15 bagi undi pos sedang dibawa ke pusat perjumlahan di Dewan Suarah.

"SPR sedang menunggu keputusan rasmi undi pos," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Omar Wan Omar berkata pihaknya akan memberi penjelasan mengenai kelewatan tersebut.

"Saya akan jelaskan selepas kami umum keputusannya sebentar lagi," katanya.

10.09malam: Semua pemimpin utama DAP sedang menunggu di Wisama Sanyan, tempat undi pos dikira.

Lim Guan Eng memberitahu Malaysiakini bahawa beliau bimbang "sesuatu yang tak kena sedang berlaku" dan berharap pegawai SPR boleh mengeluarkan Borang 15 - dokumen yang mengesahkan keputusan rasmi undi pos.

Juga difahamkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pulang ke Kuala Lumpur.

GURU OH GURU






BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)



Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

DOAKU








Sajak - Doaku

Kongsi Semalam pada pukul 10.35 pagi


Tuhanku
kata-kataMu
indah suci
sedingin embun subuh
menyiram dosa ditubuh

Tuhanku
dalam jalanMu
ku panggil namaMu
walau berat sungguh
di gelanggang sunyi

Tuhanku
langkahku luntur
kelana di bumi mimpi
Tuhanku
wajahMu ku sujud
aku tak bis ingkari

sekian
Amni Jagat

MAMPUKAH BN MENGEKALKAN KEMENANGAN DISIBU?



Sibu masih memihak kepada BN
Dr Jeniri Amir
Mei 15, 10
8:01am

Penduduk di Sibu tidak pernah menyaksikan hampir seluruh anggota Kabinet Persekutuan turun ke akar umbi berjumpa dengan rakyat, termasuk di rumah panjang dan kampung Melayu-Melanau.

Mereka hairan mengapa lebih daripada 20 orang anggota kabinet perlu turun padang untuk menumbangkan hanya seorang calon DAP?

Begitu kuatkah pengaruh pengerusi DAP Sarawak itu sehingga perdana menteri perlu turun ke bandar Foochow ini sebanyak tiga kali dalam tempoh yang relatif singkat. Itu belum lagi mengambil kira jumlah ahli politik dan menteri Sarawak, serta seluruh instrumen dan agensi kerajaan yang terpaksa dikerah untuk memujuk dan menundukkan pengundi di Sibu.

Memang ada sesuatu yang tidak kena dengan Barisan Nasional (BN) di kawasan yang mempunyai 54,695 pengundi ini.

Meskipun dikuasai mendiang Datuk Robert Lau, mantan Timbalan Menteri Pengangkutan dari parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) selama lima penggal sejak 1990, namun majoriti yang dimenanginya pada 2008 tidaklah begitu menggembirakan.

BN sedar akan risiko yang bakal ditanggung jika mereka tidak bekerja keras untuk menggerakkan seluruh jentera pilihan raya kali ini. Itulah sebabnya, segala langkah diambil untuk memujuk pengundi agar menyokong calon SUPP Robert Lau Jr.

Setiap kaum mempunyai rungutan dan masalah masing-masing.


Sebahagian besar daripada 8,665 pengundi Iban di rumah panjang kecewa kerana kerajaan dipersepsi meminggirkan mereka. Jika tidak, bagaimanakah sesudah lebih 45 tahun merdeka, masih ada yang merungut tidak menikmati bekalan air bersih, elektrik dan jalan berturap.

Iban hidup melarat

Menteri Persekutuan yang berjumpa dengan pengundi yang sebahagiannya miskin dan papa kedana terkejut melihat keadaan rumah panjang yang daif dan kehidupan sebahagian orang Iban yang melarat.

Melayu-Melanau di kawasan DUN Nangka pula kecewa dengan sikap wakil rakyat sehingga gagal memahami aspirasi dan masalah mereka.

Manakala 36,494 pengundi Cina pula mempunyai persepsi yang negatif terhadap dasar kerajaan yang dianggap tidak adil sehingga merugikan mereka dari segi pendidikan, ekonomi dan peluang pekerjaan di sektor swasta. Bagi mereka, kerajaan menganggap mereka seolah-olah anak tiri meskipun tinggal di bawah rumah yang sama.

Pada pillihan raya kecil parlimen Sibu sekurang-kurangnya 60 peratus daripada mereka dijangka menyokong DAP. DAP dilihat berani, lantang dan mampu menyuarakan kepentingan dan masalah mereka.

SUPP pula, yang dibelenggu oleh masalah dalaman yang belum selesai, dianggap gagal menyelesaikan masalah mereka. Malah, parti Cina Sarawak itu dikatakan tidak berani membangkitkan isu dan masalah yang dianggap sensitif, kerana takut menyinggung perasaan Ketua Menteri, Tan Sri Taib Mahmud, yang telah berkuasa selama 29 tahun.

Tidak hairanlah, antara kata-kata yang terdapat di kain rentang di bandar 270,000 penduduk ini ialah 'Undi SUPP = Undi Taib'. DAP menyifatkan kepemimpinan Taib semarak dengan nepotisme, kronisme dan penyelewengan, khususnya dari segi agihan sumber kekayaan negeri.

Pengundi Cina sebanyak 66.7 peratus sudah mendahului rakan mereka di Semenanjung dari segi pola pengundian.

Pada pilihan raya negeri 2006, enam kerusi SUPP terlepas ke tangan DAP kerana isu kenaikan harga minyak dan isu tanah yang dianggap merugikan mereka.

Masalah banjir

Mereka kecewa dengan kerajaan kerana gagal menangani masalah banjir di Sibu. Banjir kerap melanda bandar ini setiap kali hujan lebat. Bagi memujuk hati pengundi, sebanyak RM300 juta diperuntukkan untuk melaksanakan projek tebatan banjir.

Manakala isu ketiadaan universiti ditangani dengan rancangan untuk menaikkan taraf Kolej Laila Taib menjadi kolej universiti menjelang 2012.

Tetapi DAP mengkritik SUPP kerana menjual kolej itu kepada pihak Yayasan Sarawak dengan harga RM1, tanpa mempedulikan perasaan dermawan Cina yang telah menyumbang kepada kewujudan kolej itu.

Kehadiran Perdana Menteri, Timbalan Perdana, serta puluhan menteri dan timbalan menteri Persekutuan dan negeri, untuk menyelesaikan masalah rakyat menimbulkan pertanyaan.

Mengapakah masalah berkenaan seolah-olah hanya cuba diselesaikan menjelang pilihan raya?

Mengapakah kerajaan BN kelihatan begitu bermurah hati waktu berkempen?

Namun, sejauh manakah projek mi segera dan penyelesaian ala bomba memadamkan kebakaran itu, berjaya memujuk pengundi? Dalam tempoh 10 hari lalu, beratus-ratus juta ringgit nilai projek diumumkan bagi memujuk rakyat.

Melayu-Melanau kecewa

Alangkah hausnya pengundi di Sibu ini terhadap projek pembangunan walaupun slogan politik pembangunan Taib telah didendangkan sekian lama.

Hakikatnya, meskipun pengundi Iban dan Melayu-Melanau kecewa, mereka tetap merupakan pendukung kuat BN.

Dengan rekod yang tidak memihak kepada pembangkang dalam pilihan raya kecil selama ini dan sikap pengundi Bumiputera luar bandar yang begitu setia kepada kerajaan, dijangka sekitar 75 peratus daripada 40 peratus keseluruhan pengundi Bumiputera akan tetap menyokong BN.

BN begitu berjaya membenamkan ke dalam minda pengundi terbabit konsep kebergantungan sehingga minda mereka tertawan oleh BN. Golongan ini ialah pengundi tegar yang menganggap politik pembangunan masih relevan.

Politik penaungan masih mengambil tempat utama ketika mereka masih lagi memerlukan kemudahan asas seperti bekalan elektrik, api dan jalan berturap. Sedangkan bagi pengundi Cina di bandar, isu berkaitan sudah lama diselesaikan.

Pengundi Cina lebih selesa bercakap tentang isu tadbir urus yang baik, ketelusan, rasuah, ekonomi, pendidikan dan isu nasional yang lain. Bagi pengundi Bumiputera di rumah panjang, isu ini terlalu abstrak dan tidak meninggalkan sebarang kesan.

Bergelut untuk hidup

Bagaimankah Pakatan Rakyat dapat mempengaruhi pengundi terbabit ketika sebahagian mereka masih bergelut untuk hidup?

Kemiskinan dan kesukaran mencari pekerjaan di Sibu-lah yang menjadi punca anak muda mencari peluang pekerjaan sejauh Singapura dan Kuala Lumpur. Siapakah yang mahu memerah tulang empat kerat di ladang kelapa sawit dengan gaji kurang RM20 sehari?

Hanya buruh asing terutama dari Indonesia yang sanggup melakukannya. Ketiadaan golongan muda di Sibu menguntungkan BN, kerana rata-rata, kerana pendidikan dan pendedahan kepada media alternatif, mereka menjadi anti-BN.

Jentera BN terlalu hebat untuk dilawan oleh Pakatan Rakyat. Laporan media tidak memihak kepada mereka, apatah lagi tiga akhbar tempatan dikaitkan dengan keluarga calon SUPP.

Dalam usaha menggempur pengundi dari semua penjuru di semua tempat oleh instrumen kerajaan dan BN, DAP dijangka berhalangan untuk menguasai kerusi ini sekali lagi.

Sumber, wang, jentera pilihan raya dan banyak lagi memihak kepada BN. Namun, kemenangan dengan majoriti undi yang merosot kali ini, tentu merupakan pukulan hebat ketika BN yang ingin melangkah ke gelanggang pilihan raya negeri dengan lebih yakin.

20100514

NOTIS KONGRES NASIONAL TAHUNAN ANGKATAN MUDA KEADILAN 2009


NOTIS KONGRES NASIONAL TAHUNAN ANGKATAN MUDA KEADILAN 2009

Perkara di atas adalah dirujuk.
Dengan ini, dimaklumkan bahawa selaras dengan peruntukan yang dicatat di dalam perlembagaan parti,
Kongres Nasional Tahunan Angkatan Muda Keadilan 2009 akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh: 28 Mei 2010
Masa: 8.00 pagi
Lokasi: Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan,Kota Bharu,Kelantan.

Agenda Kongres Nasional Tahunan Angkatan Muda Keadilan adalah seperti berikut:-

1) Ucapan Dasar Ketua Angkatan Muda Keadilan.
2) Membentang dan mengesahkan Minit Kongres Nasional Tahunan Angkatan Muda Keadilan 2008.
3) Membentang dan mengesahkan Laporan Tahunan Angkatan Muda Keadilan berakhir 31
Disember 2008.
4) Membentang dan mengesahkan Laporan Kewangan Angkatan Muda Keadilan berakhir 31
Disember 2008.
5) Perbahasan Ucapan Dasar Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia.
6) Perbahasan usul.
7) Pemilihan 30 perwakilan Angkatan Muda Keadilan ke Kongres Nasional 2009.
8) Penggulungan dan penangguhan.
Kehadiran saudara dan saudari seluruh perwakilan amat dialu-alukan.

Perhimpunan bantah lesen judi, konsert kecoh




Perhimpunan bantah lesen judi, konsert kecoh

Abdul Rahim Sabri
Mei 14, 10
3:38pm

Kekecohan berlaku apabila pihak polis cuba menghentikan ucapan pemimpin Pemuda Pakatan Rakyat dan NGO yang membantah tindakan kerajaan mengeluarkan lesen judi pertaruhan bolasepak Piala dunia dan penganjuran konsert 12 jam yang membabitkan artis luar negara, Pitbull.

Mereka mengadakan bantahan tersebut sejurus selepas selesai solat Jumaat Masjid Jamek Kampung Baru pada kira-kira jam 2.10 petang.

Ia berlangsung di atas sebuah pentas dalam kawasan masjid tersebut.

Kejadian itu disaksikan oleh kira-kira 500 orang yang berada di situ, termasuk mereka yang sedang beredar selepas selesai solat Jumaat.

Mereka yang hadir di pentas tersebut ialah pemangku ketua PAS Wilayah Persekutuan (WP) Herman Shamsudeen dan setiausaha Pemuda PAS pusat, Kamaruzzaman Mohamad.

Yang lainnya ialah ketua Angkatan Muda (AMK) Selangor Khairul Annuar Ahmad Zainuddin, wakil Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Zambry Mat Isa, wakil Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Kelab Penyokong PAS dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Majlis itu bermula dengan ucapan Kamaruzzaman selama lima minit, membantah pengeluaran lesen judi pertaruhan tersebut serta penganjuran konsert berkenaan.

Selepas itu, tiba giliran Khairul Annuar pula berucap. Ketika beliau sedang berucap, anggota polis naik ke pentas untuk merampas pembesar suara.

Khairul Annuar bagaimanapun meneruskan ucapannya tanpa pembesar suara.

Pada masa yang sama, kelihatan Kamaruzzaman berunding dengan pegawai polis di belakang pentas.

Kamaruzzaman berkata, beliau meminta kepada polis supaya membenarkan mereka meneruskan majlis itu selama 10 minit.

Bagaimanapun, katanya, pihak polis hanya membenarkan mereka meneruskannya selama lima minit sahaja.

Pihak polis juga kemudiannya memulangkan pembesar suara yang dirampas sebelum ini.

Bagaimanapun, tidak sampai dua minit penceramah berikutnya berucap, anggota polis naik semula ke pentas untuk merampas pembesar suara tersebut.

Ketika itu berlaku insiden tolak menolak dan tarik menarik sehingga ada yang terjatuh dari pentas.

Ekoran itu, kata Kamaruzzaman, beliau terpaksa berunding lagi sekali dengan polis supaya membenarkan mereka meneruskan bantahan tersebut.

Bagaimanapun, katanya, pihak polis mengarahkan beliau supaya meminta orang ramai beredar dari situ.

Ekoran itu, katanya, beliau terus meminta orang ramai beredar.

Difahamkan seorang pemuda ditahan ketika kekecohan berlaku di pentas tetapi kemudiannya dilepaskan.

ZULKIFLI NORDIN - TERCUCUK HIDUNG


Friday, May 14, 2010
Zul Noordin Barua UMNO Cuba Jatuhkan Kerajaan Kedah Sebab Dia Palsu kan Dokumen

Nota Editor: Mengikut pendedahan Raja Petra yang terbaru, rupanya Zul Noordin tidak fail penyata kewangan untuk tahun 2004. Lepas tu, apabila kes tersebut di bawa ke mahkamah, Zul Noordin telah cuba memalsukan penyata kewangan. Malangnya, penipuan Zul Noordin telah diketahui oleh UMNO. kalau hanya setakat tidak menghantar penyata kewangan, Zul cuma akan hilang kerusi Parlimen sahaja. Namun, kesalahan memalsukan dokumen bakal menyebabkan Zul merengkok dalam penjara.

Tapi, Najib bijak dan menggunakan peluang ini membeli Zul Noordin untuk bekerja untuk Najib. Tugas utama Zul Noordin adalah menjana kejatuhan Kerajaan Kedah.

Sememangnya penggerak UMNO dan BN adalah penjenayah. Macam si Zul Noordin. Amat wajar talibarut UMNO/BN ini dinyah singkairkan dari PKR.

Semuga dengan pendedahan Raja Petra, terbongkar sikap sebenar Zul Nordin. Bertopengkan agama seakan-akan pejuang Islam tulin tetapi penipu besar. Hati-hati dengan syaitan jelmaan manusia ini. Mungkin dialah Firaun Kecil yang beliau sebut-sebutkan sendiri.

Nota Pencatat : Zul Nordin sama sahaja dengan ulamak-ulamak UMNO...

20100513

UMNO LULUSKAN LESEN JUDI





Jika dilihat tindak tanduk PERKASA dan Umno sebelum ini berkaitan kes-kes yang melibatkan agama dan akidah, mereka begitu ke hadapan, kononnya mereka pejuang agama yang sejati.

Ketika kempen Pilihan Raya Kecil P094 (PRK P094), PEMUDA Umno juga begitu konsisten dalam memperkatakan tentang arak,judi dan akhlak dengan menyerang peribadi calon yang mewakili Pakatan Rakyat (PR) iaitu Datuk Zaid Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Begitu juga di dalam kes yang melibatkan penggunaan kalimah ‘ALLAH’ oleh orang bukan Islam, Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas dengan lantang menyatakan pendirian yang hanya orang Islam sahaja yang boleh menggunakan kalimah tersebut sehingga sanggup menulis surat kepada Pope di Vatican City.

"Mereka juga menyatakan bahawa PAS dan PKR tidak tegas di dalam hal ini hanya kerana hendak menjaga ‘sahabat’ di dalam PR,".

Pemuda Umno tidak kurang hebatnya dengan membabi buta melancarkan demonstrasi jalanan di beberapa tempat.

"Jadi persoalannya, mengapa dalam isu judi ini, mereka hanya berdiam diri? Apakah judi itu bukan satu dosa? Bukankah judi itu haram disisi agama? Atau benarkah judi sebenarnya merupakan sumber pendapatan bagi mereka?,"


Kami mencabar Pemuda Umno, Halang dan cegahlah kerajaan daripada meluluskan lesen judi kalau benar-benar pejuang agama dan bangsa. Tapi kita percaya dalam kes ini, Pemuda Umno memang BACUL. mereka tidak akan berani menghalang. Mereka lebih takuti pemimpin daripada ALLAH SWT. Ini bukan pejuang, tetapi MUNAFIK Laknatullah.

20100512

T-SHIRT 1 MONGOLIA

20100511

BN JOHOR AKAN JATUH PRU 13???



Johor bukan lagi kawasan selamat buat BN - Fairus
Tuesday, 11 May 2010 8:02 AM
Oleh Era Pakatan


KUALA LUMPUR : Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin berkata, negeri Johor bukan lagi kawasan selamat bagi Barisan Nasional di negeri itu.

Menurutnya, walaupun negeri itu selama ini merupakan kubu Barisan Nasional, namun beliau tidak menolak Tsunami Politik yang melanda negara pada 8 Mac 2008 boleh berulang kembali.

"Saya difahamkan Pakatan Rakyat sedang mengadakan gerakan intensif secara berterusan ke setiap negeri untuk menyebarkan pemikiran serta perjuangan mereka termasuk di Johor.

"Memang semua orang tahu Johor merupakan kubu kuat kerajaan BN, tetapi harus diingat ia tidak akan kekal jika parti duduk diam dan tidak mustahil juga 'tsunami' politik 2008 akan berulang semula," katanya dalam satu majlis di Johor Bahru semalam.


NOTA PENCATAT:

PKR Johor bergerak di bawah tanah. Ada orang kata Ala Komunis. Lantak la apa orang nak kata yang penting hebahan maklumat sampai kepada rakyat. BN Johor jangan bimbang sangat. Pakatan Rakyat Johor belum menggugat BN lagi. Masih terlalu awal. Tapi memang ada tanda-tanda yang BN akan tumbang dibumi Johor....

Pemimpim-pemimpin BN bolehlah siap sedia untuk turun meninggalkan kerusi masing-masing. tapi jangan meninggalkan Negara pula. Manalah tahu ada kes-kes yang berkaitan. Boleh intai-intai peluang yang ada dalam Pakatan Rakyat terutama PKR. Banyak kekosongan.....

Pencatat; Tapisan yang menyeluruh kepada ahli baru

PRK SIBU - KATAK MELOMPAT TERIMA HABUAN


Teramat hina perangai katak-katak ini. Melompat menjelang PRK Sibu. Besar sangat ke habuannya. Kalaulah wang ringgit menjadi habuannya, berbaloikah menggadaikan sebuah perjuangan yang suci. Memang dasar mata duitan... sanggup menggadaikan perjuangan.

Inilah UMNO/BN, didikan Yahudi, menipu rakyat. Kejahatan yang dilakukan dilemparkan kepada Pakatan Rakyat. Budak tak bermoral AMK Serawak pun di kutipnya. Sememangnya setiap kali katak-katak melompat keluar, mereka ini dibayangkan UMNO/BN yang membeli dengan janji manis. UMNO/BN Dilihat sanggup mengeluarka jutaan ringgit untuk memujuk ahli-ahli Pakatan Rakyat sertai mereka walaupaun mereka ini terdiri dari sampah-sampah yang tak berguna.

Munasabahkah lompat katak ini berlaku dimusim PRK Sibu. Kenapa tidak berlaku selepas PRK Sibu? Mungkin imbuhannya kecil berbanding musim PRK. Tapi ingat penipuan BN, semua telah maklum, pencatat amat bimbang, tidak mendapat imbuhan seperti yang dijanjikan.

PRK Sibu memang tipis untuk dimenangi oleh Pakatan Rakyat. BN bakal menabur wang ringgit sebanyak mungkin. Waktu inilah rakyat kena bijak, mintalah apa juga samada untuk peribadi mahupun masyarakat. Ugutlah kerajaan semaksimum yang boleh. Kepada yang bijak pasti mengaut keuntungan. Pemimpin BN yang hadir berkempen sudah tentu akan pulang dengan duit penuh dipoket. Inilah kempen bacol BN...

Pakatan Rakyat akan bersedia mengambil alih pemerintahan negara menjelang Pilihanraya Umum ke 13 nanti. PRK ni memang milik BN kerana mereka terkenal dengan Perasuah, Penipu, dan sanggup melakukan apa saja untuk memenangi PRK ini. Tunggu Pilihan raya Umum akan datang.... BN akan terkubur....

KETERANGAN SAIFUL BERCANGGAH





Kewibawaan Saiful dicabar, mahkamah ditangguhkan
Hafiz Yatim
Mei 11, 10
10:21am

Perbicaraan kes liwat ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan peguambela , Karpal Singh menyoal balas pengadu, Saiful Bukhari Azlan.

Karpal berhujah oleh kerana Saiful mendakwa hubungan seks yang dilakukan itu adalah tanpa kerelaannya, manakala Anwar pula didakwa menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu persetubuhan
dengan kerelaan maka berlaku percanggahan antara dakwaan dan kenyataan Saiful.

"Memang pasti ada kesilapan berhubung dakwaan, dan perlu untuk melihat semula kenyataan yang dirakamkan


NOTA PENCATAT:

Saiful mula terperangkap dengan keterangan beliau sebelum ini. Belia mendakwa hubungan seksnya dengan Dato` Seri Anwar Ibrahim dilakukan dengan paksaan, tanpa kerelaan hatinya. Sedangkan Dato` Seri Anwar Ibrahim didakwa menurut Seksyen 377B iaitu persetubuhan dengan kerelaan.

Penipuan dan pembohongan Saiful mulai kelihatan. Dalam keterangannya sebelum ini, bermati-matian beliau menjelaskan beliau terpaksa melakukan menuruti kemahuan DSAI. Beliau tidak merelakan pesetubuhan tersebut dilakukan terhadapnya, namun beliau takut dimarahi oleh DSAI dan terpaksa menuruti saja kemahuan DSAI. bertentangan pula dengan Dakwaan yang dikenakan terhadap DSAI iaitu Persetubuhan dengan kerelaan.

Kerpal Singh selaku peguam DSAI akan terus mengasak dan terus mengasak Saiful... Kita perlu sentiasa mengikuti siri perbicaraan ini tanpa ketinggalan. Kes ini akan jadi lebih menarik dengan soalan-soalan Karpal yang tidak dijangka sama sekali. Pengalaman Karpal diharap bakal membela keadilan untuk DSAI berjaya di tegakkan.

Ingatlah Saiful, satu dunia Islam, mendoakan untuk DSAI. Kecuali UMNO sahaja. Malah Solat Hajjat juga dilakukan untuk tujuan sama. Tunggulan AZAB ALLAH, Teramat pedih dan mengerikan sekali. Bertaubat lah segera... Minta ampunlah kehadrat ALLAH SWT dan memohon maaf lah kepada DSAI. ALLAH maha pengampun lagi maha penyayang. Ketepikan rasa malu dan buangkan rasa takut pada Najib. Segerakan lah Taubatmu...


Tapi kalau Saiful angkuh dan mahu meneruskan Fitnah ini,... terserah kapada anda.
Ya.. ALLAH, kau tegakkan lah kebenaran dan keadilan diantara DSAI dengan Saiful. Fitnah yang dilemparkan terhadap DSAI amat berat. Kau balaslah sesuai dengan dosa kesalahannya. Namun jangan Kau musnankan alam ini disebabkan dosanya Ya ALLAH....

20100509

KETELADANAN IMAM ALI BIN ABI TALIB

Keteladanan Imam Ali bin Abi Thalib (sa) dalam Membelanjakan Harta Negara
Di masa khilafahnya, secara syariat Imam Ali (sa) memiliki hak seperti para penguasa pada umumnya, dalam membelanjakan baitul-mal untuk keperluan pribadi dalam batas yang umum. Namun, berbeda dengan khalifah yang lain, Imam Ali (sa) sama sekali tidak pernah menggunakan harta milik umum. Adakalanya beliau menggunakannya hanya dalam batas yang sangat kecil yang tak berarti. Imam Ali hidup sangat sederhana dan zuhud. Belanja hidupnya ditopang dari panen ladang kurma di Madinah yang beliau miliki sebelumnya.



Zadan berkata: “Bersama dengan Qanbar (pembantu Imam Ali), aku menjumpai Imam Ali (sa). Qanbar berkata, “Wahai Imam Ali! Aku menyembunyikan sesuatu untukmu.” Beliau bertanya, “Apa itu?” Qanbar berkata, “Datanglah ke rumah kami agar aku tunjukkan kepada Anda.” Imam bangun dan bersama Qanbar menuju rumah pembantunya itu. Qanbar menunjukkan satu wadah besar yang dipenuhi dengan emas dan perak. Dia berkata, “Engkau telah membagikan semua harta baitul-mal kepada Muslimin dan tidak meninggalkan sedikit pun untuk diri Anda sendiri. Maka, aku menyimpan dan menyembunyikan harta ini untuk Anda.”

Imam Ali (sa) berkata: “Engkau ingin memasukkan api ke dalam rumahku?” Kemudian, Imam Ali (sa) mengeluarkan pedangnya dan memotong-motong emas dan perak itu lalu memerintahkan agar dibagikan kepada Muslimin. Lantas beliau berkata: “Wahai emas dan perak! Janganlah menipuku! Tipulah selain aku!”

Harun bin Antharah mengutip dari ayahnya yang berkata: “Suatu ketika, aku menemui Imam Ali (sa) di gedung Khurnaq. Beliau melilitkan sehelai handuk di tubuhnya yang menggigil kedinginan. Aku bertanya, “Wahai Amirul Mukminin! Allah swt telah menetapkan bagian dari baitul-mal untukmu dan keluargamu. Namun, mengapa engkau menyiksa dirimu seperti ini!” Imam berkata, “Demi Allah! Aku tidak pernah membeli pakaian dari harta milik kalian dan handuk yang aku lilitkan di tubuhku ini aku bawa dari Madinah.” (Tarjumah Imam Ali bin Abi Thalib (sa), jilid 3, hlm 181)

Asbagh bin Nabathah mengutip ucapan Imam Ali : “Demi Allah! Aku datang ke negeri kalian dengan satu pakaian ini dan perlengkapan hidupku hanyalah kuda (binatang kendaraan). Apabila aku keluar dari negeri kalian dalam keadaan membawa sesuatu yang lain dari apa yang aku miliki sebelumnya, niscaya aku termasuk orang yang berkhianat.”

Di dalam riwayat lain, beliau berkata: “Wahai penduduk Basrah! Mengapa kalian masih mengkritikku?” Kemudian beliau menunjuk pakaiannya dan berkata : “Pakaian ini telah kumiliki sebelum aku berkuasa dan dijahit oleh keluargaku.” (Biharul Anwar, jilid 4, hlm 325)

Pembelanjaan hidup Imam Ali (sa) ditopang dari hasil ladang yang beliau miliki di Madinah dan diperoleh dari Yanbu’ (mata air). Beliau mengundang makan orang dengan daging dan roti sedangkan yang beliau makan sendiri adalah roti, zaitun, dan kurma. (Gharat, jilid 1, hlm 68)

SELAMAT HARI IBU


Pencatat mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU kepada seluruh wanita yang bergelar ibu dan bakal ibu. Tanpamu ibu tiadalah kita didunia ini. Jasamu ibu tetap dikenang seluruh alam. Dari perutmu ibu lahirnya insan bernama manusia. Beruntunglah mu wahai ibu yang telah melahirkan insan-insan kamil, zuriat-zuriat yang solleh dan solehah.

Dari tangan-tanganmu wahai ibu bisa mampu menggoncang dunia. Berkat tangan-tanganmu juga bakal merubah suasana politik tanahair kita. Justeru itu seruan ditujukan khas kepadamu wahai kaum ibu, lakukanlah perubahan untuk membina Malaysia yang lebih sempurna bersama Pakatan Rakyat. IBU, Kamu penentu baik dan buruk corak pemerintahan negara... Jasamu akan diabadikan dengan jari-jemarimu yang mengundi Pakatan Rakyat.

SELAMAT HARI IBU.

20100508

PERTANDINGAN 3 PENJURU DISIBU



Pertandingan tiga penjuru di Sibu
Wong Teck Chi & Joseph Sipalan
Mei 8, 10
9:46am


Pilihan raya kecil Parlimen Sibu pada Ahad depan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hui Yew; calon DAP, Richard Wong Ho Leng; dan calon Bebas, Narawi Haron.

Kelayakan ketiga-tiga calon itu bertanding diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Sibu, Wong See Meng, di pusat penamaan calon di Dewan Suarah di Sibu pada jam 11.25 pagi tadi



NOTA PENCATAT

PRK Sibu amat bermakna buat Pakatasn Rakyat. Kemenangan PR amat diharapkan bagi merubah sinario politik di Malaysia Timur. Pencatat melahirkan keyakinan yang penuh untuk memenangi PRK Sibu ini.

Semua pihak perlu memberi tumpuan yang sewajarnya. Sokongan dan gerakkerja yang rapi perlu diatur. Jentera dan para petugas disana mesti memanfaatkan setiap sudut ruang yang ada. Tidak ada lagi istilah makan angin.. Hadirnya kita di bumi Sibu ini untuk memikul amanah bagi memenangkan Pakatan Rakyat.

Temui seramai mungkin pengundi Sibu. Sampaikan dan perjelaskan agenda Pakatan Rakyat. Tonjolkan sikap yang baik, usaha untuk memenangkan hati pengundi, dekati mereka, berikan harapan pada mereka, yakinkan mereka tentang kemampuan Pakatan rakyat.

Tahniah kepada calun Pakatan Rakyat Richard Wong Ho Leng. Semuga kejayaan menanti anda. Berkhidmatlah untuk Rakyat dan Negara. Setiap jentera yang berada di Sibu akan senantiasa memberi sokongan padu. Kami akan berusaha sehingga kejayaan dapat kita raikan.

Kepada seluruh jentera yang telah berada dibumi Sibu, ayuh kita garap segenap kekuatan kita untuk mencapai kemenangan di PRK Sibu

Laporan Lawatan DSAI ke Johor


Malam tadi bertempat di Taman Saujana, plentong, ceramah Dato` Seri Anwar Ibrahim telah dicemari dengan adengan provokasi pencacai UMNO. Mereka cuba menimbulkan pergaduhan dikalangan jentera AMK dengan laungan-laungan menghina dan mencaci AMK dan memaki hamun Dato` Seri Anwar Ibrahim. Reaksi ini adalah usaha untuk membangkitkan kemarahan dikalangan yang hadir lantaran mengharapkan agar progran tersebut dibatalkan.

Anggota polis yang beruniform yang ditempatkan di tapak ceramah hanya sekitar 5 orang sahaja. Situasi ini seolah-olah telah dirancang terlebih awal.Berbanding dengan ceramah-ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim yang sebelumnya, dipenuhi anggota polis beruniform dilengkapi juga dengan FRU.

Mereka saja memainkan isu Anwar Pengkhianat, Anwar kaki Liwat dan sebagainya dengan banner-banner yang besar disekitar laluan ketapak ceramah. Sehari sebelum itu, diblog-blog pencacai Umno, memang telah dimainkan provokasi dikalangan mereka agar membangkit dan kemarahan terhadap DSAI dan mereka memang merancang untuk menggagalkan program tersebut.

Mereka mengedarkan risalah dan memasang Banner menghina DSAI, seterusnya bila ceramah bermula, mulalah tindakan tidak bermoral mereka lakukan. Difahamkan setiap seorang daripada mereka telah dibayar RM 50.00. Berbaloikah dengan bayaran tersebut, mereka sanggup memfitnah dan mengganggu program kita. Beginikah generasi baru yang dibina oleh umno. Anak-anak muda yang tidak tahu apa-apa dilatih untuk melakukan tindakan liar.

DSAI dalam ceramahnya turut menyelar pemimpim Umno Johor yang menghambakan anak-anak muda kearah keruntuhan akhlak sebagaimana yang diperlakukan dalam progran tersebut. DSAI juga menasihati mereka agar tidak meneruskan fitnah yang boleh mengakibatkan jatuhnya Hukum Fasik. Tapi nasihat itu tidak dihiraukan. Jelas menunjukkan mereka telah BUTA HATI dan BUTA FIKIRAN. Golongan inilah yang perlu ditarbiah.

Sebelum itu, DSAI telah menghadiri Majlis Makan Malam di Taman Sutera Utama. Sebanyak 200 meja telah habis ditempah. Ramai lagi yang hadir tidak dapat turut serta dan terpaksa berdiri dan mendengar ceramah DSAI diluar dewan. Kemudian DSAI sempat singgah sebentar di Taman Dahlia Kempas, menemui warga setinggan Johor. DSAI menyampaikan ceramah sekitar setengah jam telah memberi harapan baru kepada warga setinggan yang rata-ratanya adalah ahli Umno. Kesedaran dikalangan mereka dapat dilihat mereka melahirkan kemarahan terhadap Umno dengan kata-kata yang kesat.
Kesan daripada itu juga Penganjur Program Sdr Suhaizan Kayat telah ditahan reman malam tadi. Umno merasa terancam dengan kehadiran DSAI.

Terima kasih Dato` Seri Anwar Ibrahim diatas kesudian mengunjungi Negeri Johor. Johor mampu berubah. Jangan diragukan, Johor akan dimiliki oleh Pakatan Rakyat menjelang Pilihan Raya yang ke 13 nanti. Kesedaran dikalangan rakyat sudah bermula... petanda positif untuk kita.

Pakatan Rakyat Johor berazam akan Tawan Johor Menjelang PRU 13 ini...

20100505

JOHOR TAK JADI MUFLIS?



MB: Kedudukan Kewangan Negeri Kukuh
Ditulis oleh Hamirul Hairi Mohd Noh
Rabu, 05 Mei 2010 15:04 | 3 hits



JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri sekali lagi menegaskan bahawa kedudukan kewangan negeri berada dalam keadaan yang kukuh, tidak seperti yang didakwa oleh pembangkang.

Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman, berkata, dakwaan pembangkang itu adalah berdasarkan laporan pada tahun 2008, sedangkan pada 2009 kebanyakan liabiliti Kerajaan Negeri sudah diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan termasuk yang berkaitan dengan air.

"Jadi, kita sudah tidak lagi berhutang dalam jumlah yang besar dengan Kerajaan Persekutuan. Kalau ada pun, hanya lebih kurang RM80 juta sahaja," katanya.

Beliau berkata demikisan semasa sidang akhbar sempena lawatan kerja ke kawasan Parlimen Gelang Patah, di sini, semalam.

Katanya lagi, Kerajaan Negeri juga mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh melalui hasil sumber baru seperti air yang boleh menjana pendapatan dan juga daripada premium-premium yang masih belum dibayar oleh Kerajaan Persekutuan.

"Selain itu, kita juga mempunyai jumlah kecairan kewangan yang baik dalam simpanan tetap dan Tabung Warisan," katanya.



Nota Pencatat:
Isu Johor akan muflis menjelang 2012 mungkin dapat diatasi dengan menjadikan Rakyat Johor sebagai mangsanya. Kerajaan Negeri hanya bergantung kepada 2 sumber ( dinyatakan oleh MB Johor ) iaitu sumber air dan premium daripada kerajaan pusat. Rakyat Johor bakal dibebani dengan kenaikkan harga air. Kaedah ini bakal memberi pulangan besar kepada kerajaan negeri.

Sementara itu Tabung Warisan adalah tabungan wang rakyat Johor yang tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya. Sebagai rakyat Johor kita tetap menghalang penggunaan wang tersebut sekeras-kerasnya. Setelah pembaziran yang dilakukan selama lebih 50 tahun.

Johor sebuah negeri yang kaya. Memiliki sumber pertanian, sumber galian, hasil bumi, perlancungan, dan sebagainya. Jika digarap sebaiknya Johor tidak akan dibebani hutang malah jauh sekali muflis. Ini berpunca Kerajaan Negeri terlalu boros dan banyak pembaziran disamping penyelewengan dan ketirisan yang berlaku.

Amalan dan cara pemerintahan UMNO/BN di Johor yang semakin korup amat membimbangkan rakyat Johor. Jika dibiarkan berterusan akan punah ranahlah negeri Johor. Hutang akan berlipat kali ganda, rasuah bertambah berluas-luasa, Rompakkan kekayaan Negeri, rakyat terus tidak terbela dan pelbagai kerosakan akan berlaku.

Pencatat mengingatkan, rakyat Johor kena bangkit hentikan kerakusan pemerintahan UMNO/BN Johor. Selamatkan Johor bermula dari sekarang