20100508

Laporan Lawatan DSAI ke Johor


Malam tadi bertempat di Taman Saujana, plentong, ceramah Dato` Seri Anwar Ibrahim telah dicemari dengan adengan provokasi pencacai UMNO. Mereka cuba menimbulkan pergaduhan dikalangan jentera AMK dengan laungan-laungan menghina dan mencaci AMK dan memaki hamun Dato` Seri Anwar Ibrahim. Reaksi ini adalah usaha untuk membangkitkan kemarahan dikalangan yang hadir lantaran mengharapkan agar progran tersebut dibatalkan.

Anggota polis yang beruniform yang ditempatkan di tapak ceramah hanya sekitar 5 orang sahaja. Situasi ini seolah-olah telah dirancang terlebih awal.Berbanding dengan ceramah-ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim yang sebelumnya, dipenuhi anggota polis beruniform dilengkapi juga dengan FRU.

Mereka saja memainkan isu Anwar Pengkhianat, Anwar kaki Liwat dan sebagainya dengan banner-banner yang besar disekitar laluan ketapak ceramah. Sehari sebelum itu, diblog-blog pencacai Umno, memang telah dimainkan provokasi dikalangan mereka agar membangkit dan kemarahan terhadap DSAI dan mereka memang merancang untuk menggagalkan program tersebut.

Mereka mengedarkan risalah dan memasang Banner menghina DSAI, seterusnya bila ceramah bermula, mulalah tindakan tidak bermoral mereka lakukan. Difahamkan setiap seorang daripada mereka telah dibayar RM 50.00. Berbaloikah dengan bayaran tersebut, mereka sanggup memfitnah dan mengganggu program kita. Beginikah generasi baru yang dibina oleh umno. Anak-anak muda yang tidak tahu apa-apa dilatih untuk melakukan tindakan liar.

DSAI dalam ceramahnya turut menyelar pemimpim Umno Johor yang menghambakan anak-anak muda kearah keruntuhan akhlak sebagaimana yang diperlakukan dalam progran tersebut. DSAI juga menasihati mereka agar tidak meneruskan fitnah yang boleh mengakibatkan jatuhnya Hukum Fasik. Tapi nasihat itu tidak dihiraukan. Jelas menunjukkan mereka telah BUTA HATI dan BUTA FIKIRAN. Golongan inilah yang perlu ditarbiah.

Sebelum itu, DSAI telah menghadiri Majlis Makan Malam di Taman Sutera Utama. Sebanyak 200 meja telah habis ditempah. Ramai lagi yang hadir tidak dapat turut serta dan terpaksa berdiri dan mendengar ceramah DSAI diluar dewan. Kemudian DSAI sempat singgah sebentar di Taman Dahlia Kempas, menemui warga setinggan Johor. DSAI menyampaikan ceramah sekitar setengah jam telah memberi harapan baru kepada warga setinggan yang rata-ratanya adalah ahli Umno. Kesedaran dikalangan mereka dapat dilihat mereka melahirkan kemarahan terhadap Umno dengan kata-kata yang kesat.
Kesan daripada itu juga Penganjur Program Sdr Suhaizan Kayat telah ditahan reman malam tadi. Umno merasa terancam dengan kehadiran DSAI.

Terima kasih Dato` Seri Anwar Ibrahim diatas kesudian mengunjungi Negeri Johor. Johor mampu berubah. Jangan diragukan, Johor akan dimiliki oleh Pakatan Rakyat menjelang Pilihan Raya yang ke 13 nanti. Kesedaran dikalangan rakyat sudah bermula... petanda positif untuk kita.

Pakatan Rakyat Johor berazam akan Tawan Johor Menjelang PRU 13 ini...

No comments:

Post a Comment