20100505

JOHOR TAK JADI MUFLIS?



MB: Kedudukan Kewangan Negeri Kukuh
Ditulis oleh Hamirul Hairi Mohd Noh
Rabu, 05 Mei 2010 15:04 | 3 hits



JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri sekali lagi menegaskan bahawa kedudukan kewangan negeri berada dalam keadaan yang kukuh, tidak seperti yang didakwa oleh pembangkang.

Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman, berkata, dakwaan pembangkang itu adalah berdasarkan laporan pada tahun 2008, sedangkan pada 2009 kebanyakan liabiliti Kerajaan Negeri sudah diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan termasuk yang berkaitan dengan air.

"Jadi, kita sudah tidak lagi berhutang dalam jumlah yang besar dengan Kerajaan Persekutuan. Kalau ada pun, hanya lebih kurang RM80 juta sahaja," katanya.

Beliau berkata demikisan semasa sidang akhbar sempena lawatan kerja ke kawasan Parlimen Gelang Patah, di sini, semalam.

Katanya lagi, Kerajaan Negeri juga mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh melalui hasil sumber baru seperti air yang boleh menjana pendapatan dan juga daripada premium-premium yang masih belum dibayar oleh Kerajaan Persekutuan.

"Selain itu, kita juga mempunyai jumlah kecairan kewangan yang baik dalam simpanan tetap dan Tabung Warisan," katanya.



Nota Pencatat:
Isu Johor akan muflis menjelang 2012 mungkin dapat diatasi dengan menjadikan Rakyat Johor sebagai mangsanya. Kerajaan Negeri hanya bergantung kepada 2 sumber ( dinyatakan oleh MB Johor ) iaitu sumber air dan premium daripada kerajaan pusat. Rakyat Johor bakal dibebani dengan kenaikkan harga air. Kaedah ini bakal memberi pulangan besar kepada kerajaan negeri.

Sementara itu Tabung Warisan adalah tabungan wang rakyat Johor yang tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya. Sebagai rakyat Johor kita tetap menghalang penggunaan wang tersebut sekeras-kerasnya. Setelah pembaziran yang dilakukan selama lebih 50 tahun.

Johor sebuah negeri yang kaya. Memiliki sumber pertanian, sumber galian, hasil bumi, perlancungan, dan sebagainya. Jika digarap sebaiknya Johor tidak akan dibebani hutang malah jauh sekali muflis. Ini berpunca Kerajaan Negeri terlalu boros dan banyak pembaziran disamping penyelewengan dan ketirisan yang berlaku.

Amalan dan cara pemerintahan UMNO/BN di Johor yang semakin korup amat membimbangkan rakyat Johor. Jika dibiarkan berterusan akan punah ranahlah negeri Johor. Hutang akan berlipat kali ganda, rasuah bertambah berluas-luasa, Rompakkan kekayaan Negeri, rakyat terus tidak terbela dan pelbagai kerosakan akan berlaku.

Pencatat mengingatkan, rakyat Johor kena bangkit hentikan kerakusan pemerintahan UMNO/BN Johor. Selamatkan Johor bermula dari sekarang

No comments:

Post a Comment