20100630

2 ADUN PR Selangor Dipanggil SPRM

Kenyataan Media
30 Jun 2010




Satu Lagi Serangan BN: Dua ADUN PR Selangor dipanggil SRPM

Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengeluarkan notis pemeriksaan kepada dua orang ADUN Pakatan Rakyat Selangor untuk hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM, Putrajaya esok.

Surat dikeluarkan kepada ADUN Batu Caves Amirudin Shari dan ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafie pada Isnin lalu mengarahkan kedua-dua mereka untuk bantu siasat di bawah kesalahan 17(A) Akta SPRM.

Kami yakin langkah SPRM ini ketika spekulasi berkenaan empat ADUN Parti Keadilan Rakyat akan meninggalkan parti baru-baru ini merupakan satu lagi serangan baru daripada siri percubaan untuk menjatuhkan pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor.

Kami juga tidak menyangkal kemungkinan SPRM dipergunakan untuk menjayakan agenda Umno-Barisan Nasional merampas kuasa pentadbiran Selangor, sepertimana berlaku dalam insiden rampasan kuasa Kerajaan Negeri Perak pada tahun 2009.

Kami menggesa SRPM professional dalam menjalankan tugas dengan turut menyiasat serta mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin Barisan Nasional yang terang-terang melakukan rasuah seperti bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo.

Kedua-dua ADUN itu akan hadir bersama peguam masing-masing ke Pejabat SPRM di Putrajaya pada jam 3 petang esok (1 Julai) untuk memberi kerjasama yang sewajarnya kepada pihak SPRM.


Dr Badrul Amin Baharom
Pengarah Penerangan
Kerajaan Negeri Selangor Dahrul Ehsan
.

FELCRA SENASIB FELDA


HIMPUNAN WARGA FELCRA KEBANGSAAN
31 JULY 2010-1hb OGOS 2010
TEMPAT :
FELCRA BANDAR SEBERANG PERAK
(CHANGKAT LADA) PASIR SALAK

Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) telah ditubuhkan pada tahun 1966. Matlamatnya ialah untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduk-penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka.
Mulai 1 September 1997, semasa dikorperatkan, FELCRA Berhad telah ditukar nama kepada FELCRA BERHAD dan statusnya telah bertukar dari sebuah Badan Berkanun kepada sebuah Syarikat Milik Penuh Kerajaan.
Penukaran entiti memberi kesan langsung kepada peserta seperti :
• Peserta kurang faham kesan penukaran status dari sebuah badan berkanun kepada Syarikat Milik Penuh Kerajaan.
• Kesan hak pemilikan tanah kepada peserta.
• Perolehan hasil pertanian didapati jauh lebih rendah berbanding dengan keluasan tanah yang diusaha secara persendirian.
• Terdapat lebih kurang 30,000 hektar tanah kerajaan negeri diberi kepada FELCRA BERHAD dimana akta GSA tanah boleh diberi kepada individu atau koperasi.
Perhimpunan ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada peserta dan peneroka FELCRA BERHAD serta memahami hak mereka dan mengetahui kemantapan syarikat.Kebimbangan ini timbul kerana sejarah telah membuktikan banyak syarikat kerajaan dilaporkan menuju kearah kehancuran dan telah pun hancur seperti FELDA BHD,POS MALAYSIA,PERWAJA dan BANK BUMIPUTRA.
Pengarah perhimpunan, Haji Razman Bin Haji Zakaria yang juga merupakan Pengerusi Lajnah Tanah & Pembangunan Wilayah PAS Perak menyeru kepada semua pihak memberi sepenuh sokongan untuk menjayakan himpinan ini.



Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
YUHANIS : 0172860979 / 0133039913
AZNI MOHAMED ZAMRI : 0134851510
ZAMARUL AINI ABD MALIK (Ruang Niaga) : 0105968786
ISHAK SAARI (Penginapan) :0135922401
MAT ZUKI JUSOH (Sumbangan) : 0135962425

BANTUAN KEWANGAN AMAT DIPERLUKAN SUMBANGAN BOLEH DIBUAT MELALUI CEK DIATAS NAMA :
PAS PASIR SALAK
AKAUN NO : 0803101001611 (BANK ISLAM BERHAD)

SYAITAN MENGUGUT

Selama 4 hari yang lalu blog pencatat diganggu oleh syaitan yang menyamar sebagai manusia. Puas digodeh baru dapat dipulihkan, alhamdulillah.

Syaitan ini mula merasai tergugat dan gentar akan kejatuhan rejim bapak segala syaitan. Senyuman hanya terukir dibibir pencatat dengan gelagat syaitan bongok ini. Itu baru dibacakan ayatul kursi belum lagi dibacakan Yassin, dah terasa kepanasannya. Mahukah kamu dibacakan TALKIN untuk mengakhiri hayat kamu buat selama-lamanya?

Tak perlu talkin untuk kamu, Doa dari pencatat dan seluruh teman Pakatan agar kamu dikurniakan Hidayah dari Allah dan beroleh rahmat Nya. Semuga kamu menemui kebenaran Illahi di bumi Malaysia ini. Umno/BN bukan jalan kebenaran... Pelajarilah dengan berlapang dada dengan penuh keikhlasan untuk mencari RedhaNya Allah.

Kamu pasti menemui jika kamu ikhlas. Allah tidak pernah zalim. Kamu adalah hamba pilihanNya. Demi kebenaranNya, hapuskan pandangan sempit kamu, carilah jalan kebenaran.

Terima Kasih.

20100625


Firman Allah SWT dalam QS. Al-Imran [3] : 26

Katakanlah:
"Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan,
Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki.
Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki.
Di tangan Engkaulah segala kebajikan.
Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.

DEMO BANTAH JUDI DIMASJID JAMEK KOTA TINGGI

Selesai Solat jumaat, Seramai 15 orang anggota Pakatan Rakyat memulakan Demo membantah kelulusan lesen judi sukan bola sepak. Pencatat bersama Mazlan Aliman, Kamaldin, Sdr Onn, Zulkifli Daud, dan rakan-rakan PAS berhimpun secara aman menyatakan pendirian tidak menyokong Kerajaan Pusat meluluskan Lesen Judi tersebut.

Mukadimah ucapan dimulakan oleh Hj Kamaldin, YDP PAS Kota Tinggi diikuti oleh Sdr Onn bekas Calun PAS Parlimen kota Tinggi. Seterusnya tiba giliran pencatat. Pencatat hanya sempat berucap sekitar 5 minit sahaja sebelum dihentikan oleh Ins Sabri yang menyatakan itu perhimpunan haram.

Keadaan menjadi hampir tegang bila berlaku tarik menarik banner untuk dirampas. Poster-poster semuanya telah dirampas. begitu juga healler pembesar suara telah berada digenggaman pihak polis.

Himpunan ini tiada cop halal, sebab itu mereka katakan Haram sedangkan tujuan himpunan kami semata-mata mendesak kerajaan menarik balik keputusan Haram yang di HALALkan oleh mereka iaitu Lesen Judi Sukan Bola Sepak.

Judi inilah yang HARAM bukan himpunan kami. Kebutaan mata hati mereka yang telah menghalalkan cara. Mereka taat kepada pemimpin yang khianat.Khianat terhadap Allah. Khianat terhadap rakyat. Khianat terhadap Negara.

Namun ramai rakyat yang keluar dari masjid menyaksikan insiden tersebut. Sempat juga mereka mendengar hujah dan pidato kami. Semuga Allah mengasihi Kami dan menyedarkan Rakyat betapa malangnya kita menjadi rakyat bernaung kepada pemimpin yang dimurkai Allah

Pemakluman kepada semua Ketua Cabang

TAKLIMAT PEMILIHAN YANG DITANGGUHKAN TEMPOH HARI AKAN DIADAKAN PADA 10 JULAI DI SEKOLAH AGAMA MAAHAD, AIR MOLEK, MELAKA JAM 9.00 PAGI - 4.00 PETANG (RUJUK ROUTE KE TEMPAT TAKLIMAT). SETIAP CABANG PERLU MENGHANTAR 2 AMK, 2 WANITA DAN 2 CABANG ( KETUA DAN SETIAUSAHA ATAU WAKILNYA).

UNTUK MAKLUMAT DAN PERHATIAN;
1. 4 JULAI ; DATUK SERI ANWAR IBRAHIM DATUK CHUA JUI MENG, BERCERAMAH DI CABANG MUAR DAN CABANG LEDANG
2. 29 JUN DATUK CHUA JUI MENG BERADA DILAYANG-LAYANG ;- LAWATAN TAPAK KEBAKARAN,DAN MESYUARAT GERAK TAWAN DENGAN CABANG SIMPANG RENGGAM, AIR HITAM, KLUANG DAN SEMBRONG DI PEJABAT CABANG S/RENGGAM.
2. 29 JUN DATUK CHUA JUI MENG MESYUARAT GERAK TAWAN JOHOR UTK CABANG LABIS, SEKIJANG DAN SEGAMAT DI PEJABAT CABANG SEKIJANG 8.00 MALAM.
3. 31 JULAI; DATUK SERI ANWAR IBRAHIM, DATUK CHUA JUI MENG JAMUAN MAKAN DI CABANG BATU PAHAT, CERAMAH DI RENGIT DAN CERAMAH DI CABANG SRI GADING
.

Laporan Polis - Ketirisan Kewangan Felda

25hb Jun 2010, tepat jam 11.30am pencatat bersama Sdr Mazlan Aliman dan 30 orang Jawatankuasa ANAK dan anggota AMK dan PAS hadir ke IPD Kota Tinggi untuk membuat Laporan Polis "Datuk Seri Najib Abdul Razak membankrupkan Felda".

Sebanyak 14 aduan telah dibuat yang melibatkan peneroka dan generasi kedua terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak. Tuan Hj Kamaldin YDP PAS Kawasan Kota Tinggi turut hadir bersama-sama. Laporan yang sama juga dibuat terhadap Datuk Ahmad Maslan.

Keraguan mulai timbul apabila Datuk Ahmad Maslan memberi penjelasan di Parlimen sebagaimana didedahkan didalam media yang bertarikh 17 dan 18 Jun 2010. Menurut beliau (Ahmad Maslan)RM 2Billion dibelanjakan untuk pembangunan tanam semula, sara hidup dan pendahuluan hasil. Beliau tidak menjelaskan kos tanam semula adalah duit caruman dari peneroka. Felda telah memotong gaji bulanan peneroka dan disimpan sebagai caruman taman semula. Sementara wang sara hidup akan ditolak melalui pemotongan gaji bulanan. Wang pendahuluan hasil adalah pembohongan kerana sementara pokok sawit matang, peneroka hanya mendapat wang sara hidup sahaja.

Rm603 juta untuk pinjaman perumahan. Ini bermakna sekurang-kurangnya 15,000 unit rumah dapat di bangunkan dengan setiap pinjaman RM40,000. Peneroka dituntut bayaran semula setiap bulan. Namun masih ramai lagi permohonan yang belum diluluskan lagi. Adakah benar 15,000 peneroka telah berjaya mendapat pinjaman tersebut?


RM253 juta untuk tabung kemiskinan Sabah. Membasmi kemiskinan rakyat adalah tanggungjawab kerajaan tetapi apa kewajarannya wang Felda dialirkan untuk tujuan tersebut. Sedangkan ramai lagi peneroka yang perlu dibantu. Estat terbesar, Felda Plantation berada di Wilayah Sahabat Sabah. ini lubuk kekayaan Felda, Peneroka tidak mendapat keuntungan dari hasil sawit disana. Felda mengaut sepenuhnya. Kenapa kewangan ini tidak digunakan???


RM662 juta untuk bangunan baru Felda. Satu pembaziran yang melampau semata-mata kerana kerakusan untuk memberi projek untuk kroni. Bangunan yang tidak diperlukan oleh Felda. Lokasi yang terlalu mahal di Platinum Park KLCC sedangkan Felda memiliki banyak lagi lokasi murah dan lebih luas. Malah pembayaran penuh telah dibayar walaupun bangunan masih belum disiapkan.


Ahmad Maslan tidak menjelaskan lagi aliran kewangan untuk membangunkan FELDA JAYA di Wilayah Raja Alias, Wilayah Mempaga dan Felda Pasak di Wilayah Johor Bahru. Kononnya untuk penempatan Generasi Ke2, tetapi berapa kerat anak peneroka yang ditempatkan disitu. Begitu juga sekarang ini sedang giat pembangunan membina semula rumah kakitangan Kilang Sawit felda diseluruh negara.


Majlis Belia Felda mendapat ratusan ribu ringgit setiap tahun bermula Majlis Belia Felda Malaysia, Majlis Belia Felda Wilayah seluruh negara sekurang-kurangnya RM100,000 setiap wilayah dan Majlis Belia Felda Cawangan yang mendapat RM 3,000 setiap cawangan. Darimana datangnya duit tersebut??? Penerokalah yang menerima akibatnya. Inilah pengorbanan peneroka sanggup tertipu dan ditipu namun tetap bersyukur....


Siasatan yang telus diharapkan agar Perogol Kekayaan Felda dapat dihadapkan dimuka pengadilan. Hukuman yang setimpal mesti dikenakan. Laporan Polis yang berterusan akan dilakukan. Setiap tanah rancangan Felda yang terdapat Balai Polis, Pasti Laporan yang sama akan dibuat. Seluruh negara akan bergegar dengan laporan polis tersebut.


Felda mulai terasa terancam. Tembelang mereka telah dihidu. ketakutan mula menyelubungi. Datuk Ahmad Maslan menyeringai mengeluarkan taring mulakan tindakan mahu menyaman Suara Keadilan dan Pemimpinan Kanan Keadilan.. Inilah peluang keemasan "Pucuk dipinta Ulam mendatang". Bakal lebih banyaklah lagi penyelewengan Felda didedahkan.


Felda mempunyai usaha menyaman Suara Keadilan. Peneroka juga giat memulakan tindakan saman terhadap Felda. Moakil kini dalam kes. Akan menyusul Felda sekitar Kota Tinggi, Tenggaroh, Kahang, Pemanis dan Cempelak. Felda-felda di Pahang juga sedang giat mengumpul bahan-bahan bukti untuk turut menyaman Felda. Terengganu dan Negeri Sembilan tidak ketinggalan. Nantikan siri terbesar saman Felda
.

Ceramah Ezam hanya FITNAH

Sebentar tadi pencatat bersama rakan-rakan AMK Gelang Patah dan JB mengunjungi program Bongkar tajaan umno di Gelang Patah yang menyajikan penceramah sensasi Senator Ezam Mohd Nor.

Wah!!!! hebat sungguh Ezam meneruskan tomahan dan menabur FITNAH untuk ulam telinga pengunjung-pengunjung totok umno. Serangan hebat berterusan khusus untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim... Liwat! Liwat! liwat!!!!!.. Sanggup bersumpah lagi tu...

Sementara itu, beliau bukan main menjulang Datuk Seri Najib Tun Abd Razak. Pemimpin yang terbaik konon katanya. Almaklumlah senator pun diperolehi daripada Najib.. terhutang Budi.. Sanggup lakukan apa saja walaupun arahan daripada PM yang skandal.

Konon konsisten membenteras rasuah... Hampeh... Betulkanlah siNAJIB PERASUAH tu. Tengok esok AMK Johor dan ANAK akan buat laporan polis tentang salah laku Najib membankrupkan Felda. Kalau Ezam telus ingin membenteras rasuah, ayuh join kami buat laporan polis esok. Kita tuntuk agar siasatan dijalankan keatas Najib. Inilah Bapak segala Perasuah Pimpinan umno.

Ezam menyedari kehadiran kami, beliau berlengah dan tidak mahu bertembung berjumpa kami. Belaiu (Ezam) pernah dimalukan oleh Pemangku ketua AMKJ Sdr Azlan Ishak sewaktu menyampaikan ceramah di Tenggara dan kali ini beliau tidak mahu pisang berbuah dua kali. selepas makan beliau terus angkat kaki. Kami tertunggu-tunggu juga kalau-kalau beliau tergamak bertemu kami, tapi ternyata beliau tidak berani.

Ghani Harun rakan tempel beliau mula naik berang juga dengan kehadiran kami. Almaklumlah orang berangin, panas baran, macam cacing kepanasanlah dia.

Ternyata terang lagi bersuluh, Ezam merupakan socai, barua suruhan umno untuk terus menabur fitnah dan mencaci hamun Datuk Seri Anwar Ibrahim. Baru memperolehi kedudukan Senator, sudah angkuh dan lupa hukum Allah. Syukurlah beliau terlebih awal berambus daripada KEADILAN. Memang benarlah, Beliau tidak layak bersama-sama KEADILAN atau Pakatan Rakyat, dan tempat yang layak untuk beliau adalah lubuk umno. Biarkan beliau terjun bersama labu-labunya.

Libatkan diri bersama kami, untuk menyertai Laporan Polis berhubung kerakusan Najib membankrupkan Felda pada 25hb Jun 2010 jam 11.30am di IPD kota Tinggi. Dan selesai Solat Jumaat, satu Demo membantah kelulusan Lesen Judi Sukan Bola Sepak akan diadakan diperkarangan Masjid Jamek Kota Tinggi.
.

20100622

ADUN Seri Serdang kosongkan kerusi?

Seorang pemimpin Umno Puchong - bahagian yang dipimpin ADUN Seri Serdang Datuk Mohamed Satim Diman - meminta agar semua pihak tidak membuat andaian.

Ahli jawatankuasa bahagian itu, Abd Hamid Md Yusof berkata Satim menelefonnya malam tadi dan menasihatkan agar mereka "supaya diam tentang perkara ini" dan "tidak membuat sebarang andaian".


"(Dalam perbualan telefon) Saya berkata kepadanya (Satim), kalau tidak betul perkara itu, kita buat sidang media (menafikannya). Tapi beliau suruh (saya) diam sahaja perkara ini.

"Saya pun tidak pasti apa matlamat beliau cakap begitu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Menurut Abdul Hamid, pejabat Umno Puchong pagi ini juga telah mengeluarkan arahan supaya isu peletakan jawatan Satim itu "tidak dibesar-besarkan".

Katanya, beliau sendiri mendengar desas-desus berhubung hasrat ketuanya untuk mengosongkan kerusi tersebut sejak minggu lalu

Nota Pencatat
Hidayat Allah akan sampai kepada HambaNya yang ikhlas dalam matlamat kehidupannya. Jika kebenaran telah diperolehi oleh Datuk Satim tidak mustahil beliau meninggalkan umno dan Jawatan ADUN yang disandang.
Jangan ada dari kalangan Pimpinan Pakatan Rakyat yang cuba membeli beliau. Biarkan beliau mendapat hidayah dan bertindak menuruti hati kesedaran beliau. Allah bersama orang yang benar.
Doa kami iringi agar Beliau ( Datuk Satim ) bertindak berlandaskan ketakwaan. Tidak tunduk dengan ugutan dan paksaan dari mana-mana pihak terutamanya Parti lama beliau. Semuga Allah meRahmati beliau. Buatlah pilihan bijak demi kerana Allah dan Rakyat Malaysia keseluruhannya.
.

LAPORAN POLIS BESAR-BESARAN ~ NAJIB BANKRUPKAN FELDA

Laporan Polis secara besar-besaran akan diadakan diseluruh Malaysia yang melibatkan daerah yang terdapat Tanah Rancangan Felda keatas Datuk Seri Najib Abd Razak kerana telah membankrupkan Felda.

Tujuan Laporan adalah untuk mendesak sisatan dijalankan keatas Datuk Seri Najib Abd Razak yang telah membazirkan perbelanjaan Felda kearah yang tidak sepatutnya. Kewangan tersebut adalah datangnya daripada Peneroka, sedangkan peneroka pun tidak dibawa berbincang bersama untuk membuat keputusan tersebut. Hal ini dianggap mencuri hak peneroka.

Peneroka dan anak generasi peneroka dijemput hadir bersama-sama dalam Laporan Polis yang bakal dibuat. Penglibatan semua pihak amat dialu-alukan.

Sebagai pembukaan Laporan Polis yang pertama akan diadakan di IPD Temerloh, jam 10.00 pagi pada tarikh 23 hb Jun 2010. Sdr Mazlan Aliman Presiden ANAK akan mengetuai misi tersebut.

Jangan benarkan harta Felda dikaut kikis oleh Najib dan kuncu-kuncunya. Ini makhluk dari jenis yang tidak pernah puas dengan nikmat Allah SWT. Kita sekat dan hentikan kerakusan mereka...

Laporan Polis Terhadap Dato Seri Najib Tun Razak
LAPORAN POLIS
23 Jun 2010


Laporan dibuat terhadap:-


1.Datuk Seri Najib Tun Abd RazakPerdana Menteri Malaysia

2.Datuk Ahmad bin MaslanTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Muqaddimah

Ketika menjawab soalan tambahan di Parlimen sebagaimana didedahkan dalam media bertarikh 17 dan 18 Jun 2010, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan mengakui bahwa kedudukan tunai Felda merosot daripada RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada RM1.35 bilion pada tahun 2009. Kemerosotan RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun sangat mengejutkan.


Alasan yang digunakan ialah :-


1.RM2 bilion digunakan untuk pembangunan tanam semula termasuk sara hidup dan pendahuluan hasil,
2.RM603 juta untuk pinjaman rumah,
3.RM253 juta untuk tabung kemiskinan Sabah,
4.RM662 juta untuk bangunan baru Felda.

ADUAN

1.Setiap peneroka yang terlibat dengan tanam semula telah mencarum setiap bulan dan dipotong oleh pengurusan Felda. Berapakah jumlah sebenar kutipan daripada caruman tersebut? Adakah ianya disimpan atau dilaburkan?Berapakah jumlah caruman peneroka tanam semula persendirian yang belum dikembalikan kepada peneroka?

2.Setiap pinjaman perumahan yang dibuat oleh peneroka adalah hutang yang dibayar balik setiap bulan dengan jumlah tertentu. Mereka dikenakan kos pengurusan 2.5 peratus atas pinjaman. Berapakah jumlah kutipan keseluruhan daripada bayaran balik pinjaman perumahan oleh peneroka?

3.Apakah relevannya Felda membiayai dana khas kemiskinan Sabah; sedangkan penempatan peneroka di negeri tersebut terlalu kecil. Felda Plantation, Estet Felda yang terbesar di Malaysia terletak di Felda Gugusan Sahabat. Kenapa tidak digunakan keuntungan dari Felda Plantation?
Kemanakah agihan RM253 juta disalurkan dan melalui siapa?


4.Adakah benar pendedahan yang dibuat oleh bekas Timbalan Menteri Tanah Dan Pembangunan Koperasi, Dr Tan Kee Kwong(1999-2004)bahwa Felda telah membayar pendahuluan 40 peratus atau RM230 juta daripada harga sebenar RM662 juta kepada pemaju projek, Naza TTDI(TTDI Development Sdn Bhd) untuk membina bangunan baru Felda di Platinum Park KLCC?
Mengikut amalan biasa bayaran pendahuluan tidak lebih daripada 10 peratus daripada harga keseluruhan projek. Apa istimewanya, pemaju projek mendapat bayaran pendahuluan yang cukup tinggi?

Sehingga kini berapa peratuskah kerja-kerja pembinaan telah dilakukan?


5.Akhbar Berita Harian dalam sisipan khas bertarikh 26 Februari 2008 mencatatkan kos pembinaan bangunan baru Felda yang bertaraf lima bintang(terletak bersebelahan Suruhanjaya Tinggi Republik Singapura) ialah RM640.77 juta. Kenapakah harganya kini meningkat kepada RM662 juta?

6.Adakah benar pendedahan yang dibuat oleh Dr Tan Kee Kwong bahawa wujudnya suatu perancangan pada tahun 2006 untuk menggantikan ibupejabat Felda sedia ada di atas tapak yang sama di Jalan Semarak dengan kos anggaran RM220 juta sahaja. Tender untuk meruntuhkan bangunan lama telah pun dibuka dan Perdana Menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi juga telah bersetuju merasmikan majlis pecah tanah pembinaannya.
Apakah kewajarannya perancangan asal dibatalkan dan di bina bangunan baru di tapak lain dengan kos begitu mahal?


7.Adakah benar dakwaan harga bangunan baru setinggi 50 tingkat itu yang mencecah RM662 juta terlalu tinggi dan bagaimana penilaiannya dibuat?


TUNTUTAN

Felda adalah institusi pembangunan tanah milik bumiputera.yang bertujuan menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan. Pendedahan yang dibuat oleh Dr Tan Kee Kwong selaku bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi yang menterinya ketika itu Tan Sri Kasitah Gadam adalah sangat serius. Pengakuan oleh Datuk Ahmad Maslan sangat memeranjatkan. Kemerosotan rezab tunai Felda lebih 60 peratus dalam tempoh lima tahun di bawah pengendalian Datuk Seri Najib Tun Abd Razak adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.


Selaku institusi mega yang membangunkan tanah terbesar dunia dengan mempunyai 43 anak syarikat dan 23,000 kakitangan kumpulan; kestabilan Felda telah menjadi tanda tanya. Wang peneroka Felda telah dibazirkan sesuka hati. Adakah betul untuk kepentingan rakyat atau kegiatan politik kerajaan Barisan Nasional kerana Felda adalah talian hayat terakhir mereka. Logiknya, beberapa tahun akan datang; samada Felda terpaksa membuat pinjaman baru berskala besar atau diisytiharkan bangkrap.


Isu ini membabitkan kepentingan 112,635 orang peneroka dan 800,000 generasi baru Felda. Penyelewengan dan salahguna kuasa atau apa sahaja boleh dikaitkan dengan dakwaan di atas.


Saya mendesak laporan polis ini disiasat dan tindakan segera dapat dilakukan

20100621

Dr Asri Menyertai UMNO/BN???

Sabtu lalu, akhbar web Umno Online melaporkan Dr Mohd Asri bersama 100 ulama berkelulusan tinggi, termasuk PhD akan menyertai Umno Jumaat ini.

Memetik setiausaha kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusof, Dr Mohd Asri dilaporkan akan menyertai Umno menerusi cawangan dataran Merdeka dalam bahagian Bukit Bintang.

NOTA PENCATAT

Dr Mohd Asri juga manusia seperti kita. Mempunyai akal dan nafsu. Sudah pasti beliau boleh membezakan yang mana satu kebenaran dan mana satu kebatilan. Beliau juga mempunyai kekuatan untuk memilih berada dipihak kebenaran mahupun kebatilan. Kalau beliau hendak bersama dengan kebenaran, beliau akan duduk bersama dengan kita Pakatan Rakyat.

Sebaliknya kalau beliau berminat untuk bersekongkol dengan kebatilan, maka beliau akan bertindak untuk mendampingi umno/BN. Masa itu, kedengaranlah yang beliau bermaksud untuk mencuci umno dari dalamlah, umno/BN merupakan parti yang terbaiklah, umno/BN boleh dipulihkan seandainya kembali kepada Islam sebenarlah, Melaya perlu bersatu menyelamatkan umno/BNlah.... dan pelbagai alasan yang kita sendiri dapat menjangkakannya.

Kemungkinan akan berlaku juga beliau dijanjikan imbuhan yang bertimbun-timbun. Mungkin juga beliau dibeli, mungkin juga beliau dipaksa, diugut, atau sebagainya. Mohon Dr Mohd Asri kuat keimanan,mampu mengharungi dugaan menghadapi umno/BN.

Apapun keputusan Dr Mohd Asri, bakal mencerminkan wajah jelas beliau. Adakah sama yang digambarkan oleh Rasullah SAW tentang Ulamak Akhir Zaman. Atau beliau merupakan Ulamak sebenar yang berani menyatakan tentang kebenaran dan menghapuskan kezaliman.

.
Rombakan PKR dijangka minggu ini
Jun 21, 10 8:02pm
PKR dijangka membuat beberapa perubahan pada barisan kepimpinannya dalam satu rombakan yang mungkin diumumkan hujung minggu ini.

Beberapa ketua perhubungan dan ketua biro parti dijangka diganti manakala beberapa lantikan baru akan mengisi jawatan majlis tertinggi, badan pembuat keputusan parti.

"Terdapat beberapa perubahan kecil yang akan diumumkan kemudian oleh kepimpinan parti," Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail memberitahu Bernama.

Saifuddin berkata parti itu dijangka mengumumkan rombakan tersebut selepas mengadakan permukiman di sebuah hotel di Shah Alam hujung minggu ini.

Terdapat spekulasi bahawa dua bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim dan Datuk Chua Jui Meng, yang merupakan anggota majlis pimpinan pusat, akan diberi peranan lebih besar.

Zaid kini mengetuai sekretariat pakatan pembangkang PKR-DAP-PAS manakala Chua menganggotai biro politik parti.

Terdapat desas-desus bahawa ketua komunikasi parti Jonson Chong akan diganti dengan ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad, yang juga setiausaha politik Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

--Bernama

Program Pakatan Rakyat Kulai

TURUN PADANG JUMPA RAKYAT

Pada 20 Jun yang lalu, Pakatan Rakyat Parlimen Kulai telah mengadakan lawatan kerja sehari menemui pelbagai kelompok rakyat. Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang juga Ketua Penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman telah mengetuai program menemui rakyat jelata. Turut hadir ADUN Senai dari DAP YB Ong Kow Meng, Pn Hatijah Mohamed Jani, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Muslimat PAS Negeri Johor, Sdr Hisham Mohd Zin selaku YDP PAS Kawasan Kulai, Penyelia DAP Parlimen Kulai, Ng Pek Siong, Sdr Gopal Krishsubra, Naib Pengerusi PKR Cabang Kulai dan kepimpinan Pakatan Rakyat Parlimen Kulai.

Lawatan dimulakan dengan beramah mesra bersama penduduk Tionghua di Pekan Sengkang yang mendapat sambutan meriah mereka. Bahkan komitmen penduduk yang dari dulu lagi sentiasa menyokong DAP dan beberapa kali memenangkan calon PAS di UPU Pekan Saleng yang 85 peratus masyarakat cina.
Ziarah rombongan menemui keluarga melayu di Kg Melayu Sengkang sangat tragis. Seorang penduduk, Hamzah Sudin, 77 tahun mendiami rumah yang teramat daif selama 15 tahun tanpa bekalan api dan air serta rumah yang menunggu masa untuk menyembah bumi. Hidup sebatang kara dan tidur diatas lantai tanpa sebarang kemudahan asas yang sepatutnya ada bagi seorang manusia!
Pakatan Rakyat bersepakat akan bergotongroyong dalam tempoh seminggu akandatang untuk membaik pulih rumah beliau.

Rombongan kemudiannya bergegas melawat Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Kulai Besar yang terbakar pada petang 19 jun lalu. Kebakaran yang memusnahkan 3 bilik darjah dan kawasan sekitar menyebabkan kerugian dianggarkan hampir 1juta. Sekolah tersebut wujud sebelum merdeka dan mempunyai lebih seribu orang murid dan pernah dinobatkan antara sekolah terbaik di Malaysia.

Adalah menyedihkan sekolah yang usang seperti itu masih wujud ditengah bandar Kulai dan berbeza sekali jika dibandingkan dengan sekolah bantuan Kerajaan yang lain. Konsep Satu Malaysia nampaknya hanya gimik semata-mata. Apabila sekolah ini terbakar barulah pelbagai pihak termasuk Menteri Pelajaran berjanji untuk memberi peruntukan bagi menggantikan bangunan baru. Samada janji tersebut ditunaikan, belum dapat dipastikan kerana presiden MIC telah berjanji sebelum ini. Yang nyata, sekolah usang dan tidak selamat serta bilik tambahan menggunakan kabin tetap kekal menampung jumlah murid yang padat!

Badan Perhubungan PAS Johor dengan Kerjasama Dewan Muslimat dan PAS Kawasan Kulai telah menghulurkan sumbangan untuk Tabung PIBG sekolah. Sumbangan diserahkan kepada YDP PIBG, En S.Sreetharan disaksikan beberapa wakil ibubapa murid. Takziah untuk sekolah berkenaan.

20100620

Pendedahan Kepincangan Felda

From: tan kee kwong
Subject: FELDA SAGA CHAPTER 2
To: "Tan Kee Kwong Ron" <tankeekwong@keadilanrakyat.org>
Date: Saturday, 19 June, 2010, 5:26 PM

From the desk of Dr Tan Kee Kwong. My email is tkk18247@yahoo.com.sg

At one time Felda was the model in the whole world of an example of developing new areas & giving land to the landless. Before the merger of the plantation companies in Sime Darby, Felda was the biggest producer of crude palm oil in the WHOLE WORLD!
Once again by their direct interference, the evil & corrupt political masters have managed to destroy in a short space of time what was a very well run GLC company. Please note being a GLC the wealth of Felda belongs to the whole country and all its citizens

NEW FELDA BUILDING NEAR KLCC
I am told that in 2006 the new design of the new Felda building on their own land bank in Jalan Semarak was finalised. Details, will be 29 floors, cost about RM220 million. Tender to demolish their old building was called. Even the former PM Pak Lah was given a date to officiate the ground breaking ceremony. This plan of course makes much more sense than to spend RM662 million to pay for a new building in KLCC area where land cost is the highest in the whole of Malaysia. In Jalan Semarak, itis their own land & after depreciation will be "free"
Suddenly around 2007 WITHOUT the knowledge of the Felda Chairman & Ketua Pengarah, a meeting was convened in the DPM's office ie Najib at Putrajaya. Initially only 3 people were present Najib , the late Tan Sri Nassimudinof Naza-TTDI and Bakke MD of Felda. They decided to abandon the cost effective plan to build on their own land but instead invest in a 5 star building at a 5 star price!
Mr Prime Minister may I remind you of what happended to Perwaja Steel when the MD at that time said during his court trail ie the late Eric Cheah "As MD of Perwaja, I do not report to the Chairman or board of Perwaja, I go sraight to the PM ie Dr Mahatir" When things happen like this there is no accountability at all. We all know what happened to Perwaja with its mountain of debts. If this is going to be the pattern how to run GLC's why bother to have a Chairman or board at all?

RM 2 BILLION FOR REPLANTING CROPS
This was the official answer in Parliament on Wed 16 June 2010. What utter rubbish. In fact it was an attempt to mislead the Parliament, the Rakyat & worse of all the 113,000 Felda settlers.
The facts are for the past 30 years there was already in place a special cess for replanting called "Tabung Tanam Semula" What this means is that for every metric ton of FFB(fresh fruit bunch) sold to Felda's oil palm mill Felda deducts RM3 to RM5 depending on the market price of CPO. This money belongs to the settlers & on the average a sum of RM15,000 is set aside when it is needed to replant oil palm/rubber. Sorry Maths was my poorest subject in Secondary School, Notwithstanding that RM15,000 x 113,000 settlers works out to a princely sum of RM 1.7 Billion. So Dato Ahmad Mazlan your answer in Parliament is totally misleading, that sum belongs to the settlers NOT to Felda. In fact Felda should be paying interest back to the settlers for holding their money for such a long time.

FELDA GLOBAL VENTURES
This was the result of the brainchild of Bakke the present MD of Felda, formed about 3 years ago. As a result Felda went ahead to invest RM500 million in Boston & Cincinatti, USA. I am made to understand that the project is a failure & that it has never generated any returns for Felda. Please tellus exactly what this this Twin Rivers INC is all about. Or is this another attempt to siphon meney out like what happened to the Euro 100 Million commission paid to purchase French submarines for our Navy?

PROPOSED LISTING OF FELDA
It seems there are steps to list parts of Felda by mid 2011 in time for the next General elections.What benefits will listing bring to the settlers & KPF(Koprasi Permodalan Felda)??? In fact it is very fortunate that Felda is NOT a lasted entity now. If not with so many unanswered questions in the accounting & management of Felda, Bursa Saham Malaysia may well deem it a PN17 case.

CONCLUSION
Please come clean as to what is actually happened in Felda.
Political masters, DO NOT interfere in the runninf of Felda anymore
How come.Bakke who has done such a poor job as MD of Felda is given a much bigger &
more complex job as MD of Sime Darby? Is it because he is an "obedient servant"?
Do not list Felda in the near future
Do not forget the very reason why Felda started ie social resposibilitie

.

20100618

FELDA PERLU DISIASAT


Bekas timbalan menteri mahu Felda disiasat
Jun 18, 10 2:30pm

Pemimpin PKR Dr Tan Kee Kwong yang juga timbalan menteri tanah dan pembangunan koperasi sehingga tahun 2004 mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat dakwaan salahurus dalam Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).


Beliau yang hari ini menemani ahli parlimen Klang, Charles Santiago membuat laporan ke SPRM berhubung kemerosotan rizab tunai Felda yang menjunam daripada RM4.08 billion pada 2004 kepada hanya RM1.35 billion pada tahun lalu.

Dalam aduannya, Santiago meminta SPRM menyiasat penjelasan yang diberikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan bahawa jumlah rizab tunai Felda susut sebanyak RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun.

Ahmad dalam jawapannya di Dewan Rakyat pada 16 Jun berkata, walaupun jumlah rizab berkurangan, nilai aset yang dimiliki oleh Felda tetap meningkat.

Ahmad juga berkata, rizab tunai tersebut digunakan untuk program kebajikan peserta rancangan dan juga untuk membina ibu pejabat Felda yang baru.


Sementara itu, Tan yang pernah berkhidmat sebagai timbalan menteri yang kementeriannya bertanggungjawab ke atas Felda berkata bangunan baru berkenaan bertaraf "lima bintang" dan terletak bersebelahan Suruhanjaya Tinggi Republik Singapura.

Felda, katanya telah membayar pendahuluan sebanyak RM230 juta kepada Naza TTDI, pemaju yang bertanggungjawab membina bangunan baru dengan kos RM662 juta.

Beliau juga mendedahkan bahawa wujudnya satu rancangan pada 2006 untuk menggantikan ibu pejabat Felda sedia ada di atas tapak yang sama di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Rancangan itu akan hanya membabitkan kos pembinaan RM220 juta kerana tanah itu dimiliki Felda sendiri, kata Tan yang berkhidmat di kementerian tanah dan pembangunan koperasi sehingga tahun 2004.

"Tende
r untuk meruntuhkan bagunan lama telahpun dibuka," katanya dalam ketika bercakap kepada wartawan di perkarangan pejabat SPRM hari ini.

"Perdana Menteri (pada ketika itu) Tun Abdullah Ahmad Badawi juga telah bersetuju untuk merasmikan majlis pecah tanah itu," katanya lagi.

Beliau seterusnya mempertikaikan apa perlunya bangunan baru itu dibina dengan kos RM662, sedangkan ia boleh dibina dengan satu pertiga daripada kos berkenaan
.

Check your KEADILAN membership status by sending
"Semak"(space) (i/c no without hyphen) to 0162450530.

Telco SMS charge only

KEJAHATAN YAHUDI ISRAEL

Perampokan Terbesar Abad 20 (Kejahatan Yahudi Israel)
Tahukah saudara perampokan terbesar abad 20?
Siapa kawanan rampok tersebut?

Bila mereka merampok?

Adakah yang mendengar teriakan orang yang dirampok?

Apa yang mereka rampok?

Inilah perampokan terbesar itu:

Peta berwarna hijau itu dulunya milik Palestina muslim, sekarang warna hijau itu berubah menjadi putih milik zionis Bani Israel israel Yahudi yang didudukung oleh negara negara Barat.

Sumber: http://deutsche.files.wordpress.com/2007/10/palestine-2disrael-2dloss-2dland-2d1946-2dto-2d2000.jpg
Apa yang kita lakukan bila anda orang Palestina?
Bila kita tetangga Palestina?
Bila kita mengetahui perampokan?
Sebenarnya diamnya banyak penonton adalah restu dan bantuan terbesar bagi para perampok untuk semakin beraksi dalam kejahatannya?
Sekarang, sudah fahamkah kita siapa sebenarnya teroris terbesar dunia beserta para pendukungnya?

JEJAK KEJAHATAN ZIONIS YAHUDI BANI ISRAEL
Pada 3/11/1952 pasukan Bani Israel menduduki negri Khan Yunus dan perkemahan al-Wakalah yang bersebelahan dengannya. Mereka membunuh warga sipil dalam jumlah besar hingga mencapai 275 jiwa.
Pada 5/4/1956 Bani Israel Yahudi itu menghujani Gazza dengan roket hingga menewaskan 56 warga sipil dan meluaki 103 yang lain.
Pada 14/7/1956 atase perdagangan Mesir di Oman dibunuh dengan cara dipasangi ranjau.
Pada 29/10/1956 di sore hari, segerombolan Zionis melakukan pembantaian berdarah di Kafr al-Qasim, yang menelan korban 49 tewas, dan 13 luka-luka.
Pada 12/111956 pasukan Bani Israel itu melancarkan penyerbuan ke kamp pengungsi di Rafah. Mereka memberondongkan peluru ke penghuninya sehingga tewaslah 111 orang yang tidak berdosa.
Pada 13/11/1966 pasukan yahudi Bani Israel menyerang perkampungan al-Samu’ di wilayah al-Khalil, mereka mnghancurkan 125 rumah penduduk dan di antaranya adalah sebuah madrasah, klinik dan masjid, tewaslah18 orang dan terluka 130 orang. Semuanya adalah warga sipil.
Pada 20/12/1967 Pasukan Israel membombardir kamp pengungsi di daerah al-Karamah Yordania yang menewaskan 14 orang, diantaranya adalah seorang guru madrasah dan 3 anak-anak, serta melukai 28 yang lain.
Pada Juni 1967: Israel mencaplok Jalur Gaza yang sebelumnya dikuasai oleh Mesir selama perang. Menurut sensus Israel saat itu, populasi penduduk di Jalur Gaza hanya 380.000 jiwa, dan setengahnya merupakan pengungsi dari Israel. Saat ini, populasi di wilayah seluas 360 km persegi tersebut mencapai 1,5 juta jiwa, dengan jumlah pengungsi beserta keluarganya mencapai 1 juta jiwa.
Pada 15/2/1968 pesawat-pesawat Yahudi membombardir dengan bom Napalm lebih dari 15 desa dan satu kamp pengungsi Palestina di sepanjang sungai Yordania, menewaskan 56 orang dan melukai 82 yang lain.
Pada 28/12/1968 pasukan Yahudi melancarkan serangan udara di atas bandara internasional Beirut, yang menghancurkan 13 pesawat milik penerbangan sipil yang tengah parkir di bandara.
Pada 2/2/1969 pasukan bersenjata Bani Israel menyerang siswi-siswi SMU di Gazza, dan mengenai 90 siswi.
Pada 8/4/1970 pesawat bani Israel menyerang sebuah pabrik di daerah Abu Za’bal Mesir, yang menewaskan 70 pekerja dan melukai 98 yang lain.
Pada 30/2/1976 terjadi pembantaian di kawasan al-Khalil yang menewaskan 6 orang palestina, dan hari itu dikenal dengan yaumul Ardh (hari bumi)
Pada 7/6/1981 14 pesawat tempur Bani Israel menyerang reaktor nuklir Irak di baghdad, dengan menjatuhkan bom seberat 2000 Rithl yang memporak-porandakan rektor tersebut.
Pada 16-18/9/1982 pasukan Bani Israel terlibat pembantaian yang sadis terhadap warga sipil yang tidak bersenjata di kamp shabira dan syatilla sebelah selatan Libanon, yang berlangsung selama 40 jam berturut-turut, menewaskan 3500 jiwa baik laki-laki, perempuan dan anak-anak. Setelah itu PM Israel mengatakan: “Benar, kami memang telah membunuh 3500 hewan yang berjalan di atas dua kaki.”
Desember 1987: Perselisihan di kamp pengungsi Jebaliya memicu pemberontakan/perlawanan warga Palestina, yang berakhir pada tahun 1993. Kelompok militan Islam Hamas merupakan yang pertama kali muncul pada masa-masa awal perlawanan.
13/4/1990 terjadilah pembantaian Masjidil Aqsha yang dilakukan oleh pasukan bani Israel yang membunuh 22 jiwa.
September 2005: Bani Israel menarik pasukannya beserta 8.500 pendatang Yahudi dari Jalur Gaza. Namun, Israel tetap menguasai wilayah udara, perairan di garis pantai, dan perbatasan. Hal ini menyebabkan ahli-ahli hukum Palestina dan beberapa dari Israel menuduh Israel masih menduduki Jalur Gaza.
Juni 2007: Hamas mengambil alih Jalur Gaza dari tangan Presiden Palestina Mahmoud Abbas.
Juni 2008: Kelompok pejuang Hamas dan Israel sepakat untuk melakukan gencatan senjata untuk menghentikan pertempuran.
November 2008: Hamas kembali melontarkan roket dan mortir ke wilayah Israel sebagai balasan serangan mendadak yang dilancarkan Israel beberapa saat setelah perjanjian gencatan senjata berakhir.
Dalam tiga tahun terakhir, Israel telah menghancurkan 667 rumah warga Palestina. Lebih parah lagi, sedikitnya 4200 muslimin Palestina telah ditangkap dan dipenjarakan tanpa pengadilan.
Jumlah pengangguran warga Palestina semakin meningkat seiring ditutupnya jalur perhubungan darat oleh militer Israel. Menteri Pertanian Palestina Muhammad Al-Agha mengatakan, “Lebih dari 900.000 pekerja muslim Palestina menjadi pengangguran.”
Selain itu, akibat serangan bertubi-tubi oleh Israel, jumlah petani muslim yang menganggur juga meningkat, mencapai 45.000 petani. Sehingga, sekitar 250.000 ribu keluarga mereka jatuh miskin.
“Para pekerja muslim tidak lagi bekerja di lahan-lahan pertanian atau di pabrik-pabrik karena ditutupnya jalur perhubungan ke tempat pekerjaan tersebut oleh tentara Israel dan adanya serangan bertubi-tubi,” tegas Al-Agha
Beberapa sumber di Palestina menyatakan, Israel kini menerapkan kebijakan baru. Setiap kali ada seorang wanita Palestina yang ingin menjenguk suaminya atau keluarganya di penjara, maka ia harus menjalani pemeriksaan terlebih dahulu dengan melepas pakaian mereka atau dengan istilah lain ditelanjangi.
Di penjara Israel terdapat 12 ribu tahanan dari warga Palestina, mereka dibagi menjadi 11 penjara di Israel. Ratusan dari mereka dilarang untuk dijenguk oleh keluarganya.
Ada satu juta setengah kaum muslimin di Gaza yang dilarang sholat ke Al-AqsaPatutkah ini?
27 Desember 2008: Pesawat-pesawat tempur Israel membombardir Jalur Gaza, dan menyebabkan lebih dari 200 warga Palestina tewas pada hari pertama penyerangan. Korban tewas hingga Senin mencapai lebih dari 400 orang, sebagian besar wanita dan anak-anak, serta menciderai 1.700 lainnya. Sampai makalah ini ditulis 6 Januari penyerbuan Yahudi melaui udara, darat dan laut terus berlangsung di hadapan mata dunia, tanpa ada yang bisa mencegahnya.


Sekarang …

Siapakah yang lebih pantas disebut Teroris dan para pendukung teroris?
Dengan hanya berdiam diri, kita telah membantu bani Israel untuk melakukan pengrusakan dan kejahatan-kejahatannya!


Sumber:
http://www.khayma.com/internetclinic/images/arm3yh.gif
http://alislamu.com/index.php?option=com_content&task=view&class=988&Itemclass=38
http://paguyubanpulukadang.forumotion.net/dunia-muslim-f23/jejak-kejahatan-israel-di-jalur-gaza-t964.h
http://www.antara.co.id/arc/2008/12/31/yahudi-di-iran-protes-kejahatan-perang-israel/
http://www.ditox.co.cc/214.html

20100616

KEKAYAAN FELDA TELAH DICEMARI KERAKUSAN NAJIB


Najib 'destroyed' Felda, says ex-deputy minister
NEWS/COMMENTARIES
Monday, 14 June 2010 Super Admin
www.malaysia-today.net/





By Patrick Lee, Free Malaysia Today

PETALING JAYA: In a scathing open letter, the former deputy minister of land and cooperatives Tan Kee Kwong has accused Prime Minister Najib Tun Razak of “destroying” Felda.

Felda or the Federal Land Development Authority is a government agency tasked with handling the resettlement of rural poor into newly developed areas.

In his letter, first sighted on the popular blog “People's Parliament”, Tan said: “I publicly accuse Najib of single-handedly destroying Felda.”

Contacted later, the former Gerakan leader and ex-Segambut MP, who is now with PKR, told FMT that the letter was penned in a “moment of anger and frustration” after learning of some new information 10 days ago.

According to Tan, Felda's cash reserve was around RM4.5 billion in 2004, but the amount has since declined by RM200 million. He blames Najib's “mismanagement” of the scheme for this.

He also claimed that Najib's real intention to helm Felda was to have access to its huge hoard.

“The sacrifices (in the Felda scheme) have all gone down the drain. Felda was a world-class name many years ago. It's (just) utter rubbish,” he said.

Asked if he had documents to back his claim, Tan expressed confidence in his source and challenged the government to probe the matter

NOTA PENCATAT

Sejak dulu lagi, kekayaan Felda tidak pernah melimpah kepada peneroka. Walaupun pendapatan Felda berbilllion Ringgit setiap bulan, bukan peneroka yang mengecapi hasilnya tapi kroni-kroni mereka melalui anak-anak syarikat Felda.

Sekarang bapak segala perompak sudah mengaut kekayaan Felda. Adakah peneroka menanggung kesan akibatnya? Apa yang mampu peneroka lakukan? Bagi peneroka samada najib merompak harta Felda ataupun tidak bukan persoalannya. Asalkan masih dapat makan, cukuplah... Pilihanraya nanti tetap mengundi umno/BN

Peneroka cukup selesa dengan kehidupan sekarang. Peneroka tidak berani membuat perubahan. Peneroka masih dibayangi perasaan terhutang budi dengan bapa Najib. Peneroka tidak mengetahui perkara yang sebenarnya. Peneroka tidak merasakan diri mereka tertipu. Peneroka adalah ahli Ortodok terhadap umno/BN.

Tahukah anda, golongan terbesar yang tetap menganggap Datuk seri Anwar Ibrahim peliwat adalah PENEROKA dan generasi Felda. Golongan yang menyakini Utusan Malaysia menyamai Al Quran juga datangnya daripada golongan ini.

Golongan ini perlukah dibiarkan sahaja dan menunggu sehingga semuanya mati. Lagipun mereka-mereka semuanya dari saluran 1, hidup dihujung hayat, Atau menjadi tanggungjawab kita mentarbiah mereka kepada kebenaran sebagaimana yang lain-lain.

Selama ini kita gagal merubah peneroka bukan kerana mereka pengikut umno totok tetapi kegagalan kita menyampaikan maklumat kebenaran kepada mereka. Maklumat sebenar tidak sampai kepada mereka. Tiada tumpuan khusus untuk mereka

20100614

GILA BOLA, JUDI BOLA

Terimakasih dan tahniah kepada Datuk seri Abd Ghani Othman Menteri Besar Johor yang turut bersetuju bersama Pakatan Rakyat menolak sebarang pertaruhan dalam bidang sukan termasuk bola sepak.

Abdul Ghani, selaku Menteri Besar Johor, berkata beliau akan mengemukakan penolakan pertaruhan itu kepada peringkat tertinggi dalam masa terdekat ini.

Kerajaan sebelum ini bercadang mengeluarkan lesen pertaruhan bola sepak bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Pakatan Rakyat optimis dalam memperjuangkan tindakan Kerajaan Pusat meluluskan lesen judi sukan. Kita mendesak agar kerajaan menarik balik kelulusan lesen judi tersebut yang akhirnya memberi kesan negatif terhadap masyarakat.

Kegagalan kerajaan pusat berbuat demikian,akan mengakibatkan keruntuhan intitusi kekeluargaan. Kerajaan mesti bertanggung jawab diatas tindakan tersebut.

Negara telah digugat dengan perjudian sukan secara haram, bukan bermakna jalan penyelesaiannya dengan memberi lesen judi halal. Kerajaan perlu bertindak memantau dan menyekat perjudian tersebut. Kebodohan kerajaan pusat dalam membuat keputusan akan mengakibatkan rakyat menderita. Kerajaan pemerintah perlu mengambil kira kesan dan akibatnya kepada rakyat. Jangan kerana kerakusan setengah-setengah pemimpin umno/BN, kehidupan rakyat diperjudikan.

Rakyat terlalu banyak menderita menanggung kesan kerakusan pemimpin umno/BN. Diatas jiwa patrotik dan cintakan negara, rakyat sanggup menerima semua tindakan kerajaan. Tapi malangnya kerajaan umno/BN sudah melampau, kerajaan kini menuju kearah memunah ranahkan negara.

Meluluskan lesen judi sukan menunjukkan kerajaan mahu menghancurkan masyarakat. Kerajaan seumpama ini mesti ditentang dan dihapuskan. Selaku rakyat yang cintakan negara, menjadi tanggung jawab semua rakyat bangun hapuskan kerajaan rejim ini.

SELAMAT DATANG REJAB 1431H

Awal bulan Rajab, 01 Rajab 1431 H = 14 Juni 2010
Marhaban yâ Syahra Rajab Al-Mubârak

Selamat Datang wahai Bulan Rajab, bulan yang dimuliakan oleh Allah swt.
Semoga di bulan yang mulia ini, Allah swt mengampuni dosa2 kita, memberkahi hidup kita, dan mengijabah doa kita. Amin ya Rabbal `alamin.

Rasulullah saw bersabda:
"Bulan Rajab adalah bulan Allah Yang Maha Agung, tak ada bulan yang dapat menandingi keutamaannya. Di dalamnya diharamkan berperang dengan orang-orang kafir, karena bulan Rajab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan ummatku. Barangsiapa yang berpuasa sehari saja di dalamnya, maka wajib baginya memperoleh ridha Allah, dijauhkan dari murka-Nya, dan diselamatkan dari semua pintu neraka." (Mafatihul Jinan, bab 2: 131)

Bulan Rajab adalah bulan yang mulia dan utama. Bulan yang istimewa untuk berdoa dan bermunajat, mengadu dan menangis kepada Allah Yang Maha Agung. Bulan yang istimewa untuk mempersiapkan diri memasuki bulan yang penuh berkah, rahmat dan maghfirah yaitu bulan suci Ramadhan.


Di antara keutamaan bulan Rajab di dalamnya terdapat malam Raghaib. Malam Raghaib adalah malam Jum’at pertama di bulan Rajab, malam seluruh malaikat langit dan bumi berkumpul di Ka’bah dan sekitarnya untuk memohonkan ampunan bagi kaum muslimin dan mukminin. Lebih detail tentang keutamaannya silahkan baca pernyataan Rasulullah saw tentang malam Raghaib. Selain malam Raghaib masih banyak lagi amalan dan doa-doa di bulan Rajab

Rasulullah saw bersabda:
“Bulan Rajab adalah bulan Allah Yang Maha Agung, tak ada bulan yang dapat menandingi keutamaannya. Di dalamnya diharamkan berperang dengan orang-orang kafir, karena bulan Rajab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan ummatku. Barangsiapa yang berpuasa sehari saja di dalamnya, maka wajib baginya memperoleh ridha Allah, dijauhkan dari murka-Nya, dan diselamatkan dari semua pintu neraka.” (Mafatihul Jinan, bab 2: 131)


20100612

KETOKOHAN KEPIMPINAN ALI BIN ABI TALIB (sa)

Sikap Imam Ali bin Abi Thalib (sa) terhadap Keluarganya
Posted by Syamsuri Rifai Thursday, June 10, 2010 at 9:16 AM 0 Comments


Berikut ini keteladanan dan sikap Imam Ali bin Abi Thalib (sa) terhadap keluarganya saat beliau menjabat khalifah.


Dalam pembagian baitul-mal, Imam Ali (sa) tidak mendahulukan atau mengistimewakan anak-anak dan kerabatnya, melainkan menyamakan Imam Hasan dan Imam Husain dengan Muslimin lainnya. Habib bin Abi Tsabit menyebutkan bahwa pada suatu hari, anak saudara lelaki dan menantu Ali yang bernama Abdullah bin Ja’far bin Abi Thalib datang menemui Ali dan berkata: “Wahai Imam! Pengeluaranku sehari-hari cukup tinggi. Maka, ringankanlah beban hidupku ini dengan memberiku uang dari baitul-mal melebihi bagian orang lain. Demi Allah! tiada tersisa uang sedikit pun di kantongku sehingga aku harus menjual rumput untaku!” Imam Ali menanggapi permintaan tersebut, “Demi Allah! Aku tidak dapat memberikan sesuatu kepadamu, kecuali apabila engkau menyuruh pamanmu ini mencuri dan kemudian memberikannya kepadamu.” (Gharat, jilid 1, hlm. 66)


Abdullah bin Abi Sufyan menceritakan: ”Salah seorang warga desa menghadiahkan sehelai pakaian kepada Hasan dan Husain lalu mereka mengenakannya. Pada hari Jumat, manakala berdiri untuk berkhutbah di Madain, Imam Ali terperanjat menyaksikan kedua putranya, Hasan dan Husain memakai pakaian baru. Kemudian Ali mengutus orang kepada Hasan dan Husain untuk menanyakan dari mana mereka memperoleh pakaian baru itu?” Kami berkata: “Salah seorang warga desa menghadiahkannya kepada mereka.” Imam Ali (sa) kemudian mengambil pakaian itu dari Hasan dan Husain lalu menyerahkannya ke baitul-mal. (Tarjumah Imam Ali bin Abi Thalib sa, jilid 3, hlm 182)


Imam Ja’far Shadiq (sa) mengatakan bahwa ayahnya, Imam Baqir, berkata: “Suatu ketika, Ali bin Abi Thalib membagikan pakaian kepada penduduk Kufah dan di antara pakaian tersebut terdapat topi yang terbuat dari sutera. Lantas Imam Hasan meminta topi itu kepada ayahnya dengan berkata: “Wahai Ayah! Berikan topi ini kepadaku.” Imam Ali tidak mengabulkan permintaan anak yang dikasihinya itu dan mengadakan undian bagi semua Muslim untuk mendapatkan topi indah itu. Seorang pemuda Hamadani keluar sebagai pemenang dalam undian itu. Topi itu kemudian diberikan kepada pemuda tersebut dan dibawanya pulang. Setelah itu, dikatakan kepada pemuda itu bahwa Hasan bin Ali meminta topi itu dari ayahnya tetapi tidak dikabulkannya.


Pemuda Hamadani itu memberikannya kepada Imam Hasan dan beliau menerimanya. (Biharul Anwar, jilid 41, hlm 104)


Ali bin Abi Rafi’ mengatakan, “Aku diberi tugas untuk menjaga baitul-mal Ali bin Abi Thalib. Di dalam baitul-mal, terdapat kalung yang dibawa dari Basrah. Suatu hari, putri Ali bin Abi Thalib mengutus orang kepadaku dan berkata, “Aku mendengar di dalam baitul-mal, ada kalung dari batu mahal dan hari ini adalah hari raya Idul Adha. Pinjamkanlah kalung itu kepadaku untuk aku gunakan pada hari raya Idul Adha.” Dalam jawabannya, aku mengatakan: “Aku akan berikan dengan syarat pinjaman itu ada jaminannya.” Putri Imam Ali (sa) dalam jawabannya mengatakan : “Ya! Aku terima pinjaman ini dengan jaminan dan setelah tiga hari, akan kukembalikan ke baitul-mal.” Dengan diterimanya persyaratan ini, kukirimkan kalung itu kepadanya. Imam Ali melihat kalung itu di leher putrinya dan mengenalinya. Imam lantas bertanya kepadanya, “Dari mana engkau mendapatkan kalung itu?” Putrinya berkata: “Aku meminjamnya dari penjaga baitul-mal dan setelah hari raya, akan kukembalikan.”


Ali bin Abi Thalib memangilku dan berkata: “Kenapa engkau berkhianat terhadap harta Muslimin?” Aku berkata: “Aku berlindung kepada Allah dari mengkhianati Muslimin!” Beliau berkata: “Mengapa engkau meminjamkan harta baitul-mal tanpa seijinku.” Aku berkata: “Putrimu meminjam dariku hanya untuk beberapa hari. Ia pun meletakkan jaminan untuk itu. Setelah hari raya Idul Adha, dia berjanji akan mengembalikannya. Selain dari itu, aku juga menjadi penjaminnya.”


Imam Ali berkata: “Hari ini juga engkau harus mengambilnya dan mengembalikannya ke baitul-mal. Jangan sampai engkau mengulangi hal-hal yang seperti ini. Kalau tidak, engkau akan kukenakan hukuman. Sekiranya putriku meminjamnya tanpa jaminan, niscaya dia layak untuk dihukum.”


Ketika berita ini sampai ke telinga putrinya, ia bertanya: “Wahai Ayah! Aku adalah putrimu. Katakanlah bahwa aku layak untuk memakainya pada hari raya!” Imam Ali berkata: “Apakah semua wanita Muhajirin menghiasi dirinya dengan kalung semacam ini?”


Selanjutnya, aku mengambil kalung itu dan mengembalikannya ke baitul-mal. (Biharul Anwar, jilid 40, hlm 327)


Pada suatu hari Aqil, saudara Imam Ali, menjumpai Imam Ali dan meminta bantuan materi. Imam Ali berkata kepada Imam Hasan: “Berikan pakaian kepada pamanmu.”


Imam Hasan memberikan pakaian dan jubah kepada Aqil. Ketika mengikuti makan malam bersama Imam Ali, Aqil bertanya keheranan: “Adakah makan malam kalian juga seperti ini?” Beliau berkata : “Bukankah ini nikmat Allah!”


Aqil berkata: ”Aku mempunyai hutang. Bayarkanlah hutangku lalu aku akan pergi.” Beliau berkata: “Berapa banyak hutangmu.” Aqil berkata: “Seratus ribu dirham.” Imam berkata: “Tidak demi Allah! Aku tidak memiliki uang sebanyak itu. Bersabarlah sampai datang saat pembagian baitul-mal. Maka, aku akan memberikan kepadamu dari bagian keluarga.” Aqil berkata: “Baitul-mal ada di tanganmu dan engkau menunda untuk memberiku sampai pembagian baitul-mal. Selain itu, berapa banyak bagianmu? Jika semuanya engkau berikan kepadaku, kesulitanku tidak akan selesai.” Beliau berkata: “Apakah aku dan engkau berbeda dengan Muslimin yang lain?”


Kejadian berikut terjadi di Istana “Darul-Imarah” yang letaknya tidak jauh dari kotak uang para pedagang. Imam Ali berkata kepada Aqil, “Pecahkan kotak itu dan ambillah uang milik para pedagang itu.” Aqil terheran-heran dan berkata: “Adakah engkau menyuruhku untuk memecahkan kotak ini dan mencuri uangnya?” Imam Ali membenarkan: “Engkau juga menyuruhku mengambil uang dari baitul-mal dan memberikannya kepadamu. Apabila engkau ingin, ambillah pedangmu dan aku pun akan mengambil pedangku. Lalu mari kita bersama-sama pergi untuk merampok.” Aqil bertanya: “Apakah kita datang ke sini dengan maksud mencuri sehingga engkau berkata seperti itu?” Imam berkata: “Mencuri milik satu orang adalah lebih baik daripada mengambil harta semua Muslim.” Aqil berkata: “Kalau demikian, apakah engkau mengijinkan aku pergi kepada Muawiyah.” Ali berkata, “Terserah engkau.” Aqil meminta biaya untuk pergi kepada Muawiyah. Imam Ali berkata kepada Imam Hasan, “Berikan empat ratus dirham kepada pamanmu.” (Biharul Anwar, jilid 41, hlm 113

20100611

DARJAH KEBESARAN DATUK SERI CHUA JUI MENG DITARIK BALIK

Anwar mohon mengadap Sultan Johor
Christine Chan
Jun 11, 10
12:44pm
http://malaysiakini.com/news/134250


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memohon mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar berhubung penarikan balik darjah kebesaran yang dianugerahkan kepada Datuk Chua Jui Meng.


Menulis dalam tweetnya pagi ini, Anwar berkata beliau terkejut dengan penarikan balik anugerah tersebut, tetapi mendakwa Chua menerima berita itu dengan tenang dan tabah.

Semalam, Chua - bekas pemimpin MCA yang kini menyertai PKR - telah dihubungi setiausaha Majlis Diraja Johor, Datuk Ramli Abdul Rahim, yang memintanya memulangkan semua darjah kebesarannya.

Chua yang kini merupakan anggota Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR, dianugerahkan darjah kebesaran itu oleh Sultan Mahmud Iskandar.

Anugerah tersebut membawa gelaran 'Dato Paduka Makhota Johor' dan 'Seri Paduka Mahkota Johor'.

Bagaimanapun, Chua tidak dimaklumkan sebab mengapa anugerah tersebut ditarik balik. Sebaliknya, beliau dimaklumkan bahawa pihak istana tidak perlu menyatakan sebab-sebabnya.


NOTA PENCATAT:


Chua Jui Meng kelihatan tenang walaupaun kehilangan darjah kebesaran anugerah Sultan Mahmud Iskandar. Bagi setengah-setengah pemimpin, Darjah Kebesaran tersebut amat bermakna sebaliknya ianya tidak bererti buat Chua Jui Meng.


Pencatat melihat hal ini berlaku ada hubung kait dengan politik. Dimaklumkan secara sulit, 3 pemimpin umno/BN Johor menemui Tunku Sultan Johor meminta agar gelaran "Datuk Seri" Chua Jui Meng ditarik balik. Bertujuan untuk menakutkan pemimpin yang punya gelaran Datuk/Seri daripada menyertai Pakatan Rakyat.


Takut sungguh umno/BN dengan kemaraan Chua Jui Meng di Johor. Memang wajar ditakuti kerana beliau adalah Pengerusi Gerak Tawan Negeri Johor. Beliau juga telah berjaya menyedarkan dan menarik masyarakat Cina untuk menolak BN. 85% masyarakat Cina Johor Beralih kepada Pakatan Rakyat. Walauapapun tindakan gila yang bakal dilakukan oleh umno/BN, PRU 13 bakal menyaksikan kemusnahan kekuasaan umno/BN. BN akan tumbang.


Wajarkah kalau Datuk Seri Chua Soi Lek juga dilucutkan gelaran Darjah Kebesarannya???? Beliau memang terbukti dengan skandal sex.


Datuk Seri Abdul Ghani Othman juga ada skandal sex. Di Singapura, di sebuah hotel ( tidak didedahkan namanya ). Datuk Seri Najib Tun Razak, lagilah banyak skandalnya...


Sepatutnya mereka ini lebih layak ditarik balik gelaran darjah kebesaran masing-masing. Nantikan pelucutan darjah kebesaran daripada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Amat benarlah yang diungkapkan `berjuang bukan kerana mengejar pangkat atau kedudukan`. Chua Jui Meng membuktikan dan mendahului yang lain.. Syabas Chua Jui Meng. Gelaran Datuk daripada Sultan Pahang dan Selangor masih dikekalkan lagi.

20100610

INTIPATI RANCANGAN MALAYSIA KE 10

Intipati Rancangan Malaysia Ke-10
Jun 10, 10 12:04pm
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang membentang Rancangan Malaysia kesepuluh (RMK10) di Dewan Rakyat mulai jam 11.40 pagi tadi.


RMK10 memperuntukkan sejumlah RM290 bilion, yang dibahagikan mengikut nisbah 60/40 untuk pembangunan fizikal dan bukan fizikal.

Tema pembentangan hari ini ialah Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial.

RMK10 (2011-2015) amat kritikal bagi meneruskan kesinambungan prakarsa nasional ke arah merealisasikan Wawasan 2020 menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.


Intipati RMK10:

* RMK9 (2006-2010): 4.2 peratus setahun perkembangan ekonomi; Pendapatan negara kasar per kapita RM26,420 (US$8,260) tahun 2010; Inflasi 3.6 peratus tahun 2010; Defisit fiskal kerajaan pusat mengecil kepada 5.3 peratus tahun 2010 berbanding 7 peratus kepada KDNK 2009.


* Kadar kemiskinan turun kepada 3.8 peratus tahun 2009 berbanding 5.7 peratus tahun 2005. Peratusan miskin tegar turun daripada 1.2 peratus kepada 0.7 peratus.

* Anggaran pertumbuhan ekonomi 6 peratus tahun 2010.

* RMK10 sasar pendapatan negara kasar per kapita meningkat kepada RM38,850 (US$12,140) pada tahun 2015; memerlukan KDNK 6 peratus setahun.

*Pertumbuhan diterajui sektor perkhidmatan dan pembuatan, menggiatkan semula sektor pertanian yang bernilai tambah tinggi dan penyerapan kaedah ICT, bioteknologi serta pelantar teknologi yang berkaitan.

* Cabaran besar memangkin pelaburan swasta berkembang 12.8 peratus atau RM115 bilion setahun.

* Kerajaan komited untuk mengurangkan defisit fiskal daripada 5.3 peratus KDNK dalam tahun 2010 kepada kurang daripada 3 peratus pada tahun 2015.
* RMK10: 10 PREMIS UTAMA


Pertama:- Memacu ekonomi domestik dengan kepekaan persekitaran luar negara.

Kedua: Memanfaatkan dan menuas faktor kepelbagaian etnik sebagai satu elemen kejayaan di arena antarabangsa.

Ketiga: Mentransformasi negara ke arah pendapatan tinggi menerusi pengkhususan.

Keempat: Menjayakan pertumbuhan diterajui oleh produktiviti dan inovasi.

Kelima: Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan unggul.

Keenam: Memastikan peluang yang saksama dan melindungi golongan mudah terjejas.

Ketujuh: Pertumbuhan bertumpu, pembangunan inklusif.

Kelapan: Menyokong perkongsian pintar yang efektif.

Kesembilan: Menghargai khazanah alam sekitar.

Kesepuluh: Kerajaan umpama syarikat yang berdaya saing.

*RMK10: 5 TERAS STRATEGIK

Pertama: Menggubah falsafah dan pendekatan kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia dengan metodologi NKRA.

Kedua: Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi.

Ketiga: Menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif.

Keempat: Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia.

Kelima: Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup.

* Peruntukan RMK10 bagi infrastruktur bukan fizikal meningkat kepada 40 peratus, berbanding 21.8 peratus dalam RMK9, tumpuan diberikan kepada program pembangunan kemahiran, aktiviti R&D dan modal teroka.

* Sebuah institusi perkhidmatan awam bertaraf dunia akan diwujudkan untuk meningkatkan kompetensi penjawat awam.

* Tumpuan kepada 12 bidang ekonomi utama negara (NKEA) akan diumumkan Oktober nanti:

(i) Minyak dan gas
(ii) Minyak sawit dan produk berkaitan
(iii) Perkhidmatan kewangan
(iv) Pemborongan dan peruncitan
(v) Pelancongan
(vi) Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
(vii) Perkhidmatan Pendidikan
(viii) Elektrik dan elektronik
(ix) Perkhidmatan perniagaan
(x) Penjagaan kesihatan swasta
(xi) Pertanian
(xii) Greater Kuala Lumpur

* Satu unit khas, iaitu Unit Transformasi Ekonomi, akan ditubuhkan untuk merancang, menyelaras pelaksanaan dan pembangunan NKEA.

* Suruhanjaya Persaingan dan Tribunal Rayuan akan ditubuhkan untuk memastikan pelaksanaan undang-undang lebih teratur dan berkesan.

* Kerajaan terus berusaha untuk meletakkan Malaysia di lima tangga terbaik negara paling kompetitif di dunia.


*Dana berjumlah RM20 bilion akan disediakan melalui Dana Mudahcara atau “Facilitation Fund“ bagi memudahkan sektor swasta membiayai projek perkongsian awam-swasta.

*Melalui Dana Mudahcara, kerajaan anggar menarik pelaburan swasta sekurang-kurangnya RM200 bilion; Antara projek yang dipertimbangkan ialah penambakan tanah di Westport, Pelabuhan Klang, Pembangunan Malaysia Truly Asia Centre di Kuala Lumpur dan Taman Teknologi Tinggi Senai di Iskandar Malaysia, Johor.

*Sebuah unit khas ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi memandu dan mengarah keberkesanan sistem inovasi negara serta program pembangunan inovasi sedia ada.

*Pembiayaan kerajaan kepada syarikat modal teroka awam akan berbentuk ekuiti dan bukan pinjaman.

*Dana Inovasi Mudharabah (MIF) dengan peruntukan sebanyak RM500 juta akan diperkenal bagi menyediakan modal berisiko kepada syarikat modal teroka kerajaan.

*Dana Perkembangan Perniagaan dengan peruntukan permulaan sebanyak RM150 juta akan ditubuhkan bagi merapatkan jurang pembiayaan antara pengkomersilan peringkat awal dan pembiayaan modal teroka bagi produk berteknologi tinggi.

*Undang-undang kebankrapan akan dipermudah untuk menyokong budaya mengambil risiko terhitung, menghapuskan stigma kegagalan dan membenarkan usahawan berkaliber lagi wibawa yang gagal untuk kembali aktif.

*Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi akan meliputi bandar-bandar besar, kawasan pertumbuhan ekonomi utama dan kawasan industri, liputan jalur lebar ke kawasan pinggiran bandar dan luar bandar dan prasarana tanpa wayar dengan pakej mampu langgan bagi penduduk di luar bandar.

*Lebuhraya Pantai Timur dari Kuantan ke Kuala Terengganu akan disiapkan dalam tempoh RMK10 kos RM3.7 bilion dan akan dihubungkan ke Pelabuhan Kuantan yang akan dinaik taraf.

*Projek membina landasan elektrik berkembar dari Gemas ke Johor Baharu, dengan kos anggaran RM8 bilion akan dilaksanakan sebagai pelengkap kepada sistem landasan elektrik berkembar dari Padang Besar di utara ke Johor Baharu di selatan.

*Loji rawatan kumbahan yang menggunakan teknologi hijau di Lembah Pantai, Kuala Lumpur, akan diperluaskan ke seluruh negara.

*Bekalan tenaga akan terus diperkukuh ke arah mewujudkan pasaran yang lebih kompetitif dan mengurangkan tanggungan subsidi tenaga secara berperingkat.

*Beberapa bandar raya akan dijadikan destinasi tarikan baru kepada pelabur dalam industri berteknologi tinggi serta tenaga kerja berbakat dan berpengetahuan.

*Kerajaan akan tambah RM3 bilion lagi menjadikan jumlah Skim Jaminan Modal Kerja kepada RM10 bilion bagi enterpris kecil dan sederhana (SME) mendapat akses kemudahan pembiayaan.

*Kerajaan sedang mengkaji untuk mempertingkatkan lagi sumber kewangan SME dan Agro Bank.

*Sasaran untuk mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus pemilikan ekuiti korporat Bumiputera dan ekonomi di peringkat makro kekal.

*Lima inisiatif strategik memperkasakan agenda pembangunan Bumiputera:


Pertama: Meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera melalui penginstitusian.

Kedua: Mempertingkatkan pemilikan hartanah Bumiputera.

Ketiga: Menambah baik program pembangunan kemahiran dan keusahawanan serta pembiayaan melalui pelbagai agensi pembangunan Bumiputera.

Keempat: Membangunkan guna tenaga profesional Bumiputera secara lebih tuntas.

Kelima: Menubuhkan satu majlis peringkat tertinggi untuk merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan agenda pembangunan Bumiputera.


* Fokus kepada meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup bagi kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah di mana Bumiputera merupakan bilangan terbesar, iaitu 73 peratus daripada 2.4 juta isi rumah dalam kumpulan ini.

* Subsidi dirasionalkan secara berperingkat, golongan berpendapatan rendah dan mereka yang paling memerlukan akan terus diberi bantuan.

* Pelaksanaan pelbagai program ekonomi dan penyediaan kemudahan asas kepada golongan terpinggir yang tinggal di kawasan pedalaman, terutamanya yang mendiami rumah panjang di Sabah dan Sarawak, serta Orang Asli dan pekerja di estet di Semenanjung Malaysia.

* Peruntukan RM109 juta untuk sambungan bekalan air ke 182 estet yang mempunyai keluasan 1,000 ekar (400 hektar) atau kurang dan terletak tidak melebihi lima kilometer dari paip utama.

* Kemudahan pinjaman AIM dan TEKUN akan disediakan dalam usaha menangani kemiskinan bandar dan akan dipakej bersama dengan latihan keusahawanan.

* Dana RM100 juta untuk pinjaman mudah bagi 280,000 isirumah kampung baru Cina membayar premium tanah bagi perlanjutan tempoh pajakan melalui Bank Simpanan Nasional.


* Nisbah guru siswazah di sekolah rendah akan ditingkatkan daripada 28 peratus kepada 60 peratus untuk meningkatkan lagi kualiti pelajar.

* Prestasi pelajar dalam mata pelajaran kritikal, terutamanya bahasa Kebangsaan, bahasa Inggeris, Sains dan Matematik, akan juga dipertingkatkan
dengan menambah bilangan guru berkualiti.

* Syarat kelayakan pelantikan guru prasekolah akan ditingkatkan kepada Diploma dan Sarjana Muda.

* Calon lulusan Unified Examination Certificate (UEC) dengan sijil SPM akan dipertimbangkan untuk mengikuti pengajian di institut pendidikan guru bagi program bahasa Cina bagi memenuhi keperluan guru bahasa Mandarin di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina serta Sekolah Kebangsaan.

* Pertimbangan yang sama kepada calon lepasan Sijil Menengah Agama atau Sijil Tinggi Agama kelolaan Jabatan Agama Islam dan Majlis Agama Islam Negeri-negeri yang telah memiliki SPM untuk menjadi guru program pendidikan agama Islam dan J-Qaf.

* Bilangan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) akan ditambah kepada 100 buah pada akhir tahun 2012 terdiri daripada sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah harian dan sekolah berasrama penuh.

* Sekolah Amanah atau Trust Schools, akan diperkenalkan untuk memudah cara perkongsian awam swasta dalam pengurusan sekolah-sekolah kerajaan yang terpilih dan akan diberi autonomi.

* RM280 juta bantuan disalurkan kepada sekolah bantuan modal bagi tempoh 2011 dan 2012. Setiap satu kategori sekolah bantuan modal, iaitu sekolah jenis kebangsaan Cina, sekolah jenis kebangssan Tamil, sekolah agama dan sekolah mubaligh akan menerima peruntukan tambahan RM70 juta setiap satu dalam tempoh 2011 dan 2012.

* Kerajaan akan memberi bantuan berdasarkan bil elektrik dan air sebenar sehingga RM2,000 sebulan bagi setiap daripada hampir 1,900 sekolah bantuan modal.

* Penyertaan kanak-kanak berumur antara empat dan lima tahun di peringkat prasekolah akan dipertingkatkan daripada 67 peratus pada tahun 2010 kepada 87 peratus pada tahun 2012.

* Insentif RM10,000 akan diberi kepada sektor swasta yang menubuhkan institusi prasekolah swasta.

* Kerajaan sedang menimbang mengurangkan umur persekolahan formal daripada enam tahun kepada lima tahun pada akhir tempoh Rancangan tertakluk kepada kemampuan kerajaan.

* Komposisi pekerja berkemahiran tinggi perlu ditambah kepada sekurang-kurangnya 37 peratus menjelang tahun 2015 untuk menjadi sebuah negara maju.

* RM500 juta akan disediakan di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran untuk latihan sekurang-kurangnya 38,000 pekerja.

* Tabung pembiayaan bersama kerajaan dan majikan akan ditubuhkan untuk membiayai pekerja melanjutkan pengajian di peringkat PhD dalam bidang yang berkaitan.

*Peruntukan kewangan kepada universiti bergantung kepada pencapaian KPI dan universiti diberi autonomi secara berperingkat bagi mengukuhkan peranan dan prestasi universiti.

* Kualiti staf akademik berkelulusan PhD sebanyak 75 peratus bagi universiti penyelidikan atau research university, dan 60 peratus bagi universiti awam lain.

* MyBrain15, iaitu program pembiayaan pengajian di peringkat ijazah kedoktoran, akan digiatkan bagi meningkatkan jumlah pemegang PhD kepada 18,000 pada tahun 2015.

* Pakej penggajian akan dikaji semula untuk menarik minat pensyarah asing dan staf akademik yang telah bersara.

* Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diiktiraf sebagai universiti penyelidikan selepas Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Sains Malaysia.


* Dasar penggajian pekerja asing akan diperkemas dengan kadar levi berbeza mengikut nisbah pekerja asing kepada jumlah pekerja dalam syarikat dan berbeza mengikut tahap kemahiran. Kadar yang lebih tinggi akan dikenakan bagi pekerja kurang mahir dan akan akan ditingkatkan setiap tahun.

* Talent Corporation akan ditubuhan oleh kerajaan bagi menarik dan mengekal modal insan berkemahiran yang diperlukan termasuk rakyat Malaysia yang berkemahiran tinggi.

* Talent Corporation akan menyediakan Rangka Tindakan Modal Insan Berkemahiran dengan kerjasama sektor awam dan swasta dan menjadi pusat sehenti bagi memudahkan urusan dengan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, termasuk urusan imigresen bagi kemasukan tenaga kerja mahir ke Malaysia.

* Perancangan strategik dan terurus bagi mewujudkan kawasan bandar mampat dan efisien dan suasana kehidupan yang menarik dan nyaman.

* Pembinaan sepanjang 6,300 kilometer jalan berturap di Semenanjung Malaysia, 2,500 kilometer di Sabah dan 2,800 kilometer di Sarawak yang akan memberi faedah kepada 3.3 juta penduduk.

* Liputan bekalan air luar bandar yang lebih berkualiti dengan sasaran liputan sebanyak 99 peratus di Semenanjung Malaysia, 98 peratus di Sabah dan 95 peratus di Sarawak.

* Kemudahan elektrik di kawasan luar bandar akan diperluaskan untuk meliputi penyambungan bekalannya ke 6,000 buah rumah di Semenanjung Malaysia, 59,000 di Sabah dan 76,000 di Sarawak.

* Pelaksanaan projek mega Mass Rapid Transit berkapasiti tinggi di Greater Kuala Lumpur meliputi kawasan dalam lingkungan 20 km dari pusat bandar dan melibatkan pembinaan landasan lebih kurang 150 km yang membolehkan dua juta perjalanan penumpang sehari berbanding dengan 480,000 perjalanan penumpang sistem pengangkutan bandar masa kini.

* Meningkatkan peratus penggunaan pengangkutan awam dengan ketara di Greater Kuala Lumpur daripada 12 peratus pada tahun 2009 kepada 30 peratus pada tahun 2015.

* Sistem pengangkutan awam darat akan diperluaskan kepada bandar raya lain, iaitu sistem Bas Rapid Transit akan diperkenalkan di Wilayah Iskandar, Johor, dan jumlah bas awam akan ditambah sebanyak 200 buah di Pulau Pinang untuk menampung 26 laluan dengan penambahan kapasiti sebanyak 75,000 penumpang sehari.

* Pembinaan lapan hospital, termasuk hospital-hospital pakar, 197 buah klinik dan juga tambahan 50 klinik 1Malaysia akan disiapkan dalam tempoh separuh pertama RMK10.

* 78,000 buah rumah mampu milik akan dibina di bawah RMK10.

* Dana RM500 juta bagi membiayai kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan rumah mampu milik awam mahupun swasta berdasarkan perkongsian 50-50 kerajaan dengan pengurusan atau persatuan penduduk rumah berkenaan.

*Keselamatan dan ketenteraman awam akan dipertingkatkan, rondaan polis akan ditambah terutama di 50 "hot spots" yang telah dikenal pasti dan 496 CCTV sedang dipasang di seluruh negara bagi meningkatkan keupayaan pemantauan.

* Undang-undang dan peraturan berkaitan sedia ada akan disesuaikan bagi mendorong penyertaan lebih besar daripada wanita.

* Sektor swasta diminta meningkatkan bilangan wanita dalam jawatan peringkat tertinggi seperti ketua pegawai eksekutif dan ahli-ahli Lembaga Pengarah.

* Putrajaya akan dijadikan lokasi tumpuan belia bagi menjalankan aktiviti dan program yang bermanfaat dan bersesuaian.

* Golongan warga emas mendapat infrastruktur yang lebih mesra, akses kemudahan kesihatan yang mampu dibiayai, rumah perlindungan yang mencukupi dan juga supaya mereka dapat mengukuhkan kewangan serta peluang pekerjaan.

* Langkah diteruskan untuk menyediakan pelbagai peluang termasuk latihan kemahiran, pekerjaan serta keusahawanan bagi orang kurang upaya.

* Feed in Tariff dan Dana Tenaga Boleh Diperbaharu akan diperkenalkan bagi menggalakkan perkembangan aplikasi tenaga boleh diperbaharu.

* Garis panduan, piawaian dan undang-undang berkaitan akan diperkenal bagi memastikan kecekapan penggunaan tenaga, termasuk penurunan tahap pelepasan gas rumah hijau.

* Putrajaya dan Cyberjaya akan dijadikan model perintis bagi bandar hijau contoh dan bangunan baru kerajaan akan direka bina untuk mematuhi piawaian bangunan hijau.

* Peruntukan program dan projek pembangunan RMK10 akan dibuat untuk setiap dua tahun bermula dengan 2011-2012 dan "rolling plan" pertama akan dikeluarkan pada akhir Ogos 2010.

* Peruntukan RM230 bilion untuk RMKe10 bagi perbelanjaan pembangunan dengan 55 peratus diagihkan kepada sektor ekonomi, 30 peratus kepada sektor sosial, 10 peratus kepada sektor keselamatan dan 5 peratus kepada sektor pentadbiran.

- Bernama

20100608

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK BERBOHONG BERHUBUNG LESEN JUDI SUKAN




Rujuk Najib Kepada Jawatankuasa Parlimen Kerana Berbohong Berhubung Lesen Judi Sukan

Oleh Fazli Othman
http://suara-keadilan.com/news-section?t=3022

KUALA LUMPUR 8 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak harus dihadapkan ke Jawatankuasa Hak Dan Keistimewaan kerana mengelirukan Dewan Rakyat berhubung kelulusan lesen judi bola sepak yang diberikan kepada Ascot Sports Sdn Bhd.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata kenyataan Najib yang juga Menteri Kewangan I semalam telah menyelewengkan Dewan Rakyat apabila menyatakan kerajaan masih mengkaji permintaan Berjaya Corporation Bhd berhubung lesen judi tersebut.

"Semalam, dalam jawapan berhubung lesen judi sukan, Najib menafikan telah meluluskan tetapi pada masa yang sama di dalam laman sesawang Kumpulan Berjaya telah mengumumkan bahawa kelulusan itu telah diberikan.

"Hari ini bila kita periksa pengumuman berhubung lesen judi tersebut, nampaknya rekod itu telah dipadamkan.

"Kenyataan ini mengarut kerana kerana Kementerian Kewangan sebenarnya sudah pun meluluskan lesen tersebut kerana kalau tidak kenapa Berjaya Corporation membuat pinjaman RM614 juta untuk mengendalikan operasi judi sukan ini.

"Najib sepatutnya dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana memberikan kenyataan mengelirukan," kata beliau.

Menurutnya, Berjaya Corporation membuat pengumuman pada 12 Mei berhubung kelulusan lesen judi sukan yang menyebabkan saham syarikat tersebut melonjak naik pada hari tersebut.

Pengumuman itu menyatakan Menteri Kewangan telah memberikan kelulusan kepada Ascot Sports lesen untuk mengendalikan operasi judi sukan mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan.

DATUK SERI ANWAR IBRAHIM TERUS DEDAH AGENDA JAHAT UMNO/BN


Anwar terus dedah agenda jahat Umno BN
Jun 7, 10 4:32pm

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjelajah setiap kampung dan daerah bagi menjelaskan kepada rakyat agenda jahat dan keburukan Umno dan Barisan Nasional/BN.

Beliau yang dipetik Harakah Online berkata segala kejahatan dan keburukan yang sekian lama menjadi amalan kepimpinan Umno dan BN harus terus dirobek dan dimaklumkan kepada rakyat.

"Banyak perkara yang tidak direlakan oleh rakyat telah dilakukan oleh kerajaan pimpinan yang ada sekarang. Arak dan judi semua ini membawa kesan negatif yang merosakkan akhlak dan kesejahteraan hidup rakyat, mereka tidak pedulikan walaupun ada bantahan dan bangkangan.

"Yang lebih teruk ialah sikap mereka yang tidak mempedulikan kritikan dan pembongkaran yang telah dibuat dalam parlimen bahawa mereka mempunyai hubungan dengan negara Israel.

“Jika perkara ini tidak benar maka saya dengan ini mencabar Perdana Menteri untuk menafikan segala dakwaan tersebut dalam Parlimen," katanya pada majlis ceramah di Kulim, malam semalam.

Tambahnya, untuk menyelamatkan negara dari terus menjadi sebuah negara yang begitu sinonim dengan aktiviti rasuah oleh kepimpinan negara, maka pembohongan BN akan terus dibongkar dalam program ceramah isu semasa yang giat dijalankan dari masa ke semasa.

"Dari Sarawak sehinggalah ke Johor, Pakatan Rakyat (PR) akan pastikan dalam pilihan raya umum yang akan datang, tonggak pemerintahan negara akan berjaya dikuasai oleh PR,” ujarnya.

20100607

Datuk seri Anwar Ibrahim Diheret ke JK Hak & Kebebasan Parlimen

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diheret ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen pada jam 11.30 pagi esok, seperti yang dirancang.

Menurut setiausaha akhbarnya, Eekmal Ahmad, ini kerana ucapannya berhubung kontroversi penyerahan dua kawasan yang kaya dengan minyak yang dikenali sebagai blok L & M kepada Brunei telah ditunda ke jam 4.30 petang esok.

Anwar akan dikehendaki menjelaskan kenyataanya yang mengaitkan 1Malaysia dengan konsep One Israel kepada jawatankuasa itu yang dianggotai sebahagian besarnya oleh MP dari BN.

Dalam dakwaanya itu, Anwar yang juga ketua umum PKR berkata Apco Worldwide adalah firma yang bertanggungjawab mencetuskan kedua-dua idea 1Malaysia dan One Israel.

Beliau juga mendakwa mempunyai bukti bagi menyokong kenyataannya itu.

SETELAH DIMALUKAN PEMUDA umno MAHU KUMPUL PENYOKONG BERDEMONTRASI

Setelah Dimalukan Pemuda Umno Mahu Kumpul Penyokong Berdemonstrasi

SHAH ALAM 7 Jun - Pemuda Umno mahu mengupah lebih 15,000 penyokong Barisan Nasional untuk menunjukkan kemarahan mereka terhadap keganasan rejim Zionis Israel yang menyerang dan menawan kapal misi kemanusiaan MV Marmara ke Semenanjung Gaza minggu lalu.

Ini berikutan insiden yang memalukan apabila rakyat Malaysia memulau demonstrasi anti-Zionis Israel anjuran Pemuda Umno dengan hanya kehadiran kira-kira 200 penyokong di Masjid Negara Jumaat lalu.

Lantas Pemuda Umno dikatakan bercadang mengadakan demonstasi secara tertutup di Stadium Bukit Jalil pada 12 Jun depan untuk menunjukkan kepada rakyat mereka juga mampu menandingi sokongan padu rakyat yang diberikan kepada demonstrasi Pakatan Rakyat bersama badan bukan rakyat dari Masjid Jamek Kampung Baru ke Kedutaan Amerika Syarikat Jumaat lalu.

Lebih 20,000 penyokong Pakatan Rakyat berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat selepas solat Jumaat dengan penyerahan memorandum kepada Presiden Barack Obama oleh Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Kerajaan Umno-BN dikritik hebat kerana lembab menyatakan bantahan terhadap kekejaman rejim Zionis Israel ke atas aktivis kempen kemanusiaan 'Lifeline For Gaza' yang membawa bantuan kepada penduduk Semenanjung Gaza.

Hanya setelah 48 jam berlalu barulah kenyataan rasmi pertama kerajaan dikeluarkan berhubung insiden serangan tersebut yang lantas mengaitkan kegagalan tersebut kepada unsur pengaruh firma komunikasi pro Zionis, Apco Worldwide yang diupah oleh Umno-BN

20100603

Pertubuhan Yahudi mahu Amerika putuskan hubungan dengan Anwar

Harakahdaily : Seb...uah pertubuhan Yahudi yang berpengaruh di Amerika meminta negara itu agar menyenaraikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai musuh Amerika berikutan tindakannya mendedahkan hubungan kerajaan dengan APCO dan Asia Soft di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Menurut surat B’nai B’rith International’s, The Global Voice of the Jewish Community, yang mempunyai 200,000 ahli dan penyokong itu, mereka sangat kesal dengan kenyataan anti-Sematic yang dikeluarkan oleh Anwar itu.

Melalui surat yang ditandatangani oleh Dennis W. Glick, Presiden dan Daniel S. Mariaschin, Naib Presiden Executif B’nai B’rith International’s itu, mereka mendesak kerajaan Amerika memutuskan hubungan dengan Anwar.

Surat yang bertarikh 25 Mei itu ditujukan kepada John F. Kerry, Pengerusi dan Richard G. Lugar, Ahli utama Jawatankuasa Hubungan Antarabangsa Amerika Syarikat.

Dalam surat itu, pertubuhan itu melahirkan rasa prihatinnya dengan sikap anti-Sematic Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim.

Menurutnya, Anwar yang telah menghabiskan beberapa tahun tinggal di Amerika dan membina imej pro-Barat telah menggunakan kedudukannya untuk menyebarkan propaganda anti-Sematic.

Anti-Sematic adalah istilah yang digunakan oleh Yahudi untuk melebelkan pihak-pihak yang anti Yahudi atau Israel.




http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=26923:pertubuhan-yahudi-mahu-amerika-putuskan-hubungan-dengan-anwar-&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124Lihat seterusnya..


Kiriman asal pada Dinding Badrulamin

HIMPUNAN MENGECAM KEGANASAN REJIM ZIONIS & LESEN JUDI BOLA

Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor mengecam sekeras-kerasnya serangan kejam askar komando Israel ke atas kapal Turki Mavi Marmara di Flotilla. Keganasan Zionis yang menindas hak kemanusiaan serta mengancam keamanan di Gaza, Palestine perlu dihentikan segera.

Pelbagai protes dan demontrasi telah diadakan di seluruh Malaysia khasnya di Kedutaan Amerika Syarikat sejak serangan komando Israel. Semalam Pemuda Pakatan Rakyat juga menghantar satu surat terbuka kepada Perdana Menteri Malaysia untuk membatalkan segala urusan perdagangan ekonomi, diplomatik dan bantuan yang berkaitan dengan regim Israel dan Zionis.

Satu Perhimpunan Anti Zionis akan diadakan pada 4 Jun 2010 (Jumaat), 2.00pm selepas Solat Jumaat di Masjid Sultan Abu Bakar, JB. Maklumat yang berkenaan adalah yang berikut :

Tarikh : 4 June 2010 ( Jumaat )

Masa : 2.00 pm Selepas Solat Jumaat

Tempat : Masjid Sultan Abu Bakar


Bertepatan dengan waktu yang sama, Himpunan Membantah Kelulusan Lesen Judi Sukan Bolasepak juga turut diadakan. Mendesak kerajaan agar membatalkan kelulusan lesen judi sukan bolasepak.


Semua pencinta keamanan diseru untuk bangkit menyertai himpunan ini

KENYATAAN MEDIA

Angkatan Muda Keadilan Malaysia

3 Jun 2010

Amaran Pada UM, Tindakan Khaled Nordin Kebumikan kebebasan Akademik

Angkatan Muda Keadilan (AMK), prihatin dan mengecam tindakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui menterinya, Datuk Seri Khaled Nordin yang mengarahkan Universiti Malaya (UM) menghantar laporan terperinci berikutan program Syarahan Barry Wain, berhubung perbincangan bukunya yang bertajuk "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times" baru-baru ini.

Kami melihat tindakan tersebut seolah-olah merupakan satu tekanan atau amaran terhadap universiti tertua negara itu dan juga kepada universiti lain yang sekaligus mengkebumikan kebebasan akademik di universiti-universiti Malaysia.

Kebebasan akademik sangat diperlukan bagi menjamin kualiti pendidikan di universiti, bukan hanya untuk memastikan kedudukan universiti naik ditangga universiti terbaik dunia tetapi yang lebih utama ialah melahirkan manusia-manusia yang luwes dan matang yang sekaligus mampu menjadi penyangga kepada kedudukan Negara di masa depan.

Namun tindakan Khaled kelihatan menyemai budaya takut kepada pentadbir,pensyarah universiti dan seterusnya kepada mahasiswa/ mahasiswi dari menyatakan kebenaran dan mengulas sesuatu dari sudut ilmiah dan akademik.

Kebimbangan Khaled, kononnya program tersebut hanya digunakan untuk memburukkan negarawan, Umno dan orang Melayu amatlah dangkal dan bodoh dan seperti mahu menutup kebenaran yang tersembunyi dari buku Barry Wain.

Amat memalukan seorang yang menjadi menteri bagi lembah ilmu menjadi seorang yang begitu anti-ilmu kerana ketakutan politik dan kehausan untuk mengekalkan kekuasaan Umno-BN.

Adalah sangat melucukan perbahasan tentang kandungan buku Barry Wain telah diulas dimerata tempat, tetapi ianya seolah dilarang untuk dibahas di dalam universiti.

Bagi kami tindakan ini adalah suatu pengkhianatan kepada masa depan Negara kerana cubaan menutup dan menghalang mahasiswa-mahasiswi tempatan terdedah dengan perdebatan sihat dan menyegarkan.





Amirudin Shari
Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia