25hb Jun 2010, tepat jam 11.30am pencatat bersama Sdr Mazlan Aliman dan 30 orang Jawatankuasa ANAK dan anggota AMK dan PAS hadir ke IPD Kota Tinggi untuk membuat Laporan Polis "Datuk Seri Najib Abdul Razak membankrupkan Felda".
Sebanyak 14 aduan telah dibuat yang melibatkan peneroka dan generasi kedua terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak. Tuan Hj Kamaldin YDP PAS Kawasan Kota Tinggi turut hadir bersama-sama. Laporan yang sama juga dibuat terhadap Datuk Ahmad Maslan.
Keraguan mulai timbul apabila Datuk Ahmad Maslan memberi penjelasan di Parlimen sebagaimana didedahkan didalam media yang bertarikh 17 dan 18 Jun 2010. Menurut beliau (Ahmad Maslan)RM 2Billion dibelanjakan untuk pembangunan tanam semula, sara hidup dan pendahuluan hasil. Beliau tidak menjelaskan kos tanam semula adalah duit caruman dari peneroka. Felda telah memotong gaji bulanan peneroka dan disimpan sebagai caruman taman semula. Sementara wang sara hidup akan ditolak melalui pemotongan gaji bulanan. Wang pendahuluan hasil adalah pembohongan kerana sementara pokok sawit matang, peneroka hanya mendapat wang sara hidup sahaja.
Rm603 juta untuk pinjaman perumahan. Ini bermakna sekurang-kurangnya 15,000 unit rumah dapat di bangunkan dengan setiap pinjaman RM40,000. Peneroka dituntut bayaran semula setiap bulan. Namun masih ramai lagi permohonan yang belum diluluskan lagi. Adakah benar 15,000 peneroka telah berjaya mendapat pinjaman tersebut?

RM253 juta untuk tabung kemiskinan Sabah. Membasmi kemiskinan rakyat adalah tanggungjawab kerajaan tetapi apa kewajarannya wang Felda dialirkan untuk tujuan tersebut. Sedangkan ramai lagi peneroka yang perlu dibantu. Estat terbesar, Felda Plantation berada di Wilayah Sahabat Sabah. ini lubuk kekayaan Felda, Peneroka tidak mendapat keuntungan dari hasil sawit disana. Felda mengaut sepenuhnya. Kenapa kewangan ini tidak digunakan???
RM662 juta untuk bangunan baru Felda. Satu pembaziran yang melampau semata-mata kerana kerakusan untuk memberi projek untuk kroni. Bangunan yang tidak diperlukan oleh Felda. Lokasi yang terlalu mahal di Platinum Park KLCC sedangkan Felda memiliki banyak lagi lokasi murah dan lebih luas. Malah pembayaran penuh telah dibayar walaupun bangunan masih belum disiapkan.
Ahmad Maslan tidak menjelaskan lagi aliran kewangan untuk membangunkan FELDA JAYA di Wilayah Raja Alias, Wilayah Mempaga dan Felda Pasak di Wilayah Johor Bahru. Kononnya untuk penempatan Generasi Ke2, tetapi berapa kerat anak peneroka yang ditempatkan disitu. Begitu juga sekarang ini sedang giat pembangunan membina semula rumah kakitangan Kilang Sawit felda diseluruh negara.
Majlis Belia Felda mendapat ratusan ribu ringgit setiap tahun bermula Majlis Belia Felda Malaysia, Majlis Belia Felda Wilayah seluruh negara sekurang-kurangnya RM100,000 setiap wilayah dan Majlis Belia Felda Cawangan yang mendapat RM 3,000 setiap cawangan. Darimana datangnya duit tersebut??? Penerokalah yang menerima akibatnya. Inilah pengorbanan peneroka sanggup tertipu dan ditipu namun tetap bersyukur....
Siasatan yang telus diharapkan agar Perogol Kekayaan Felda dapat dihadapkan dimuka pengadilan. Hukuman yang setimpal mesti dikenakan. Laporan Polis yang berterusan akan dilakukan. Setiap tanah rancangan Felda yang terdapat Balai Polis, Pasti Laporan yang sama akan dibuat. Seluruh negara akan bergegar dengan laporan polis tersebut.
Felda mulai terasa terancam. Tembelang mereka telah dihidu. ketakutan mula menyelubungi. Datuk Ahmad Maslan menyeringai mengeluarkan taring mulakan tindakan mahu menyaman Suara Keadilan dan Pemimpinan Kanan Keadilan.. Inilah peluang keemasan "Pucuk dipinta Ulam mendatang". Bakal lebih banyaklah lagi penyelewengan Felda didedahkan.
Felda mempunyai usaha menyaman Suara Keadilan. Peneroka juga giat memulakan tindakan saman terhadap Felda. Moakil kini dalam kes. Akan menyusul Felda sekitar Kota Tinggi, Tenggaroh, Kahang, Pemanis dan Cempelak. Felda-felda di Pahang juga sedang giat mengumpul bahan-bahan bukti untuk turut menyaman Felda. Terengganu dan Negeri Sembilan tidak ketinggalan. Nantikan siri terbesar saman Felda
.
No comments:
Post a Comment