Seorang pemimpin Umno Puchong - bahagian yang dipimpin ADUN Seri Serdang Datuk Mohamed Satim Diman - meminta agar semua pihak tidak membuat andaian.
Ahli jawatankuasa bahagian itu, Abd Hamid Md Yusof berkata Satim menelefonnya malam tadi dan menasihatkan agar mereka "supaya diam tentang perkara ini" dan "tidak membuat sebarang andaian".
"(Dalam perbualan telefon) Saya berkata kepadanya (Satim), kalau tidak betul perkara itu, kita buat sidang media (menafikannya). Tapi beliau suruh (saya) diam sahaja perkara ini.
"Saya pun tidak pasti apa matlamat beliau cakap begitu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.
Menurut Abdul Hamid, pejabat Umno Puchong pagi ini juga telah mengeluarkan arahan supaya isu peletakan jawatan Satim itu "tidak dibesar-besarkan".
Katanya, beliau sendiri mendengar desas-desus berhubung hasrat ketuanya untuk mengosongkan kerusi tersebut sejak minggu lalu
Nota Pencatat
Hidayat Allah akan sampai kepada HambaNya yang ikhlas dalam matlamat kehidupannya. Jika kebenaran telah diperolehi oleh Datuk Satim tidak mustahil beliau meninggalkan umno dan Jawatan ADUN yang disandang.

Jangan ada dari kalangan Pimpinan Pakatan Rakyat yang cuba membeli beliau. Biarkan beliau mendapat hidayah dan bertindak menuruti hati kesedaran beliau. Allah bersama orang yang benar.
Doa kami iringi agar Beliau ( Datuk Satim ) bertindak berlandaskan ketakwaan. Tidak tunduk dengan ugutan dan paksaan dari mana-mana pihak terutamanya Parti lama beliau. Semuga Allah meRahmati beliau. Buatlah pilihan bijak demi kerana Allah dan Rakyat Malaysia keseluruhannya.
.
No comments:
Post a Comment