20100625

DEMO BANTAH JUDI DIMASJID JAMEK KOTA TINGGI

Selesai Solat jumaat, Seramai 15 orang anggota Pakatan Rakyat memulakan Demo membantah kelulusan lesen judi sukan bola sepak. Pencatat bersama Mazlan Aliman, Kamaldin, Sdr Onn, Zulkifli Daud, dan rakan-rakan PAS berhimpun secara aman menyatakan pendirian tidak menyokong Kerajaan Pusat meluluskan Lesen Judi tersebut.

Mukadimah ucapan dimulakan oleh Hj Kamaldin, YDP PAS Kota Tinggi diikuti oleh Sdr Onn bekas Calun PAS Parlimen kota Tinggi. Seterusnya tiba giliran pencatat. Pencatat hanya sempat berucap sekitar 5 minit sahaja sebelum dihentikan oleh Ins Sabri yang menyatakan itu perhimpunan haram.

Keadaan menjadi hampir tegang bila berlaku tarik menarik banner untuk dirampas. Poster-poster semuanya telah dirampas. begitu juga healler pembesar suara telah berada digenggaman pihak polis.

Himpunan ini tiada cop halal, sebab itu mereka katakan Haram sedangkan tujuan himpunan kami semata-mata mendesak kerajaan menarik balik keputusan Haram yang di HALALkan oleh mereka iaitu Lesen Judi Sukan Bola Sepak.

Judi inilah yang HARAM bukan himpunan kami. Kebutaan mata hati mereka yang telah menghalalkan cara. Mereka taat kepada pemimpin yang khianat.Khianat terhadap Allah. Khianat terhadap rakyat. Khianat terhadap Negara.

Namun ramai rakyat yang keluar dari masjid menyaksikan insiden tersebut. Sempat juga mereka mendengar hujah dan pidato kami. Semuga Allah mengasihi Kami dan menyedarkan Rakyat betapa malangnya kita menjadi rakyat bernaung kepada pemimpin yang dimurkai Allah

No comments:

Post a Comment