20100621

Program Pakatan Rakyat Kulai

TURUN PADANG JUMPA RAKYAT

Pada 20 Jun yang lalu, Pakatan Rakyat Parlimen Kulai telah mengadakan lawatan kerja sehari menemui pelbagai kelompok rakyat. Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang juga Ketua Penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman telah mengetuai program menemui rakyat jelata. Turut hadir ADUN Senai dari DAP YB Ong Kow Meng, Pn Hatijah Mohamed Jani, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Muslimat PAS Negeri Johor, Sdr Hisham Mohd Zin selaku YDP PAS Kawasan Kulai, Penyelia DAP Parlimen Kulai, Ng Pek Siong, Sdr Gopal Krishsubra, Naib Pengerusi PKR Cabang Kulai dan kepimpinan Pakatan Rakyat Parlimen Kulai.

Lawatan dimulakan dengan beramah mesra bersama penduduk Tionghua di Pekan Sengkang yang mendapat sambutan meriah mereka. Bahkan komitmen penduduk yang dari dulu lagi sentiasa menyokong DAP dan beberapa kali memenangkan calon PAS di UPU Pekan Saleng yang 85 peratus masyarakat cina.
Ziarah rombongan menemui keluarga melayu di Kg Melayu Sengkang sangat tragis. Seorang penduduk, Hamzah Sudin, 77 tahun mendiami rumah yang teramat daif selama 15 tahun tanpa bekalan api dan air serta rumah yang menunggu masa untuk menyembah bumi. Hidup sebatang kara dan tidur diatas lantai tanpa sebarang kemudahan asas yang sepatutnya ada bagi seorang manusia!
Pakatan Rakyat bersepakat akan bergotongroyong dalam tempoh seminggu akandatang untuk membaik pulih rumah beliau.

Rombongan kemudiannya bergegas melawat Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Kulai Besar yang terbakar pada petang 19 jun lalu. Kebakaran yang memusnahkan 3 bilik darjah dan kawasan sekitar menyebabkan kerugian dianggarkan hampir 1juta. Sekolah tersebut wujud sebelum merdeka dan mempunyai lebih seribu orang murid dan pernah dinobatkan antara sekolah terbaik di Malaysia.

Adalah menyedihkan sekolah yang usang seperti itu masih wujud ditengah bandar Kulai dan berbeza sekali jika dibandingkan dengan sekolah bantuan Kerajaan yang lain. Konsep Satu Malaysia nampaknya hanya gimik semata-mata. Apabila sekolah ini terbakar barulah pelbagai pihak termasuk Menteri Pelajaran berjanji untuk memberi peruntukan bagi menggantikan bangunan baru. Samada janji tersebut ditunaikan, belum dapat dipastikan kerana presiden MIC telah berjanji sebelum ini. Yang nyata, sekolah usang dan tidak selamat serta bilik tambahan menggunakan kabin tetap kekal menampung jumlah murid yang padat!

Badan Perhubungan PAS Johor dengan Kerjasama Dewan Muslimat dan PAS Kawasan Kulai telah menghulurkan sumbangan untuk Tabung PIBG sekolah. Sumbangan diserahkan kepada YDP PIBG, En S.Sreetharan disaksikan beberapa wakil ibubapa murid. Takziah untuk sekolah berkenaan.

No comments:

Post a Comment