20100622

LAPORAN POLIS BESAR-BESARAN ~ NAJIB BANKRUPKAN FELDA

Laporan Polis secara besar-besaran akan diadakan diseluruh Malaysia yang melibatkan daerah yang terdapat Tanah Rancangan Felda keatas Datuk Seri Najib Abd Razak kerana telah membankrupkan Felda.

Tujuan Laporan adalah untuk mendesak sisatan dijalankan keatas Datuk Seri Najib Abd Razak yang telah membazirkan perbelanjaan Felda kearah yang tidak sepatutnya. Kewangan tersebut adalah datangnya daripada Peneroka, sedangkan peneroka pun tidak dibawa berbincang bersama untuk membuat keputusan tersebut. Hal ini dianggap mencuri hak peneroka.

Peneroka dan anak generasi peneroka dijemput hadir bersama-sama dalam Laporan Polis yang bakal dibuat. Penglibatan semua pihak amat dialu-alukan.

Sebagai pembukaan Laporan Polis yang pertama akan diadakan di IPD Temerloh, jam 10.00 pagi pada tarikh 23 hb Jun 2010. Sdr Mazlan Aliman Presiden ANAK akan mengetuai misi tersebut.

Jangan benarkan harta Felda dikaut kikis oleh Najib dan kuncu-kuncunya. Ini makhluk dari jenis yang tidak pernah puas dengan nikmat Allah SWT. Kita sekat dan hentikan kerakusan mereka...

Laporan Polis Terhadap Dato Seri Najib Tun Razak
LAPORAN POLIS
23 Jun 2010


Laporan dibuat terhadap:-


1.Datuk Seri Najib Tun Abd RazakPerdana Menteri Malaysia

2.Datuk Ahmad bin MaslanTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Muqaddimah

Ketika menjawab soalan tambahan di Parlimen sebagaimana didedahkan dalam media bertarikh 17 dan 18 Jun 2010, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan mengakui bahwa kedudukan tunai Felda merosot daripada RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada RM1.35 bilion pada tahun 2009. Kemerosotan RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun sangat mengejutkan.


Alasan yang digunakan ialah :-


1.RM2 bilion digunakan untuk pembangunan tanam semula termasuk sara hidup dan pendahuluan hasil,
2.RM603 juta untuk pinjaman rumah,
3.RM253 juta untuk tabung kemiskinan Sabah,
4.RM662 juta untuk bangunan baru Felda.

ADUAN

1.Setiap peneroka yang terlibat dengan tanam semula telah mencarum setiap bulan dan dipotong oleh pengurusan Felda. Berapakah jumlah sebenar kutipan daripada caruman tersebut? Adakah ianya disimpan atau dilaburkan?Berapakah jumlah caruman peneroka tanam semula persendirian yang belum dikembalikan kepada peneroka?

2.Setiap pinjaman perumahan yang dibuat oleh peneroka adalah hutang yang dibayar balik setiap bulan dengan jumlah tertentu. Mereka dikenakan kos pengurusan 2.5 peratus atas pinjaman. Berapakah jumlah kutipan keseluruhan daripada bayaran balik pinjaman perumahan oleh peneroka?

3.Apakah relevannya Felda membiayai dana khas kemiskinan Sabah; sedangkan penempatan peneroka di negeri tersebut terlalu kecil. Felda Plantation, Estet Felda yang terbesar di Malaysia terletak di Felda Gugusan Sahabat. Kenapa tidak digunakan keuntungan dari Felda Plantation?
Kemanakah agihan RM253 juta disalurkan dan melalui siapa?


4.Adakah benar pendedahan yang dibuat oleh bekas Timbalan Menteri Tanah Dan Pembangunan Koperasi, Dr Tan Kee Kwong(1999-2004)bahwa Felda telah membayar pendahuluan 40 peratus atau RM230 juta daripada harga sebenar RM662 juta kepada pemaju projek, Naza TTDI(TTDI Development Sdn Bhd) untuk membina bangunan baru Felda di Platinum Park KLCC?
Mengikut amalan biasa bayaran pendahuluan tidak lebih daripada 10 peratus daripada harga keseluruhan projek. Apa istimewanya, pemaju projek mendapat bayaran pendahuluan yang cukup tinggi?

Sehingga kini berapa peratuskah kerja-kerja pembinaan telah dilakukan?


5.Akhbar Berita Harian dalam sisipan khas bertarikh 26 Februari 2008 mencatatkan kos pembinaan bangunan baru Felda yang bertaraf lima bintang(terletak bersebelahan Suruhanjaya Tinggi Republik Singapura) ialah RM640.77 juta. Kenapakah harganya kini meningkat kepada RM662 juta?

6.Adakah benar pendedahan yang dibuat oleh Dr Tan Kee Kwong bahawa wujudnya suatu perancangan pada tahun 2006 untuk menggantikan ibupejabat Felda sedia ada di atas tapak yang sama di Jalan Semarak dengan kos anggaran RM220 juta sahaja. Tender untuk meruntuhkan bangunan lama telah pun dibuka dan Perdana Menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi juga telah bersetuju merasmikan majlis pecah tanah pembinaannya.
Apakah kewajarannya perancangan asal dibatalkan dan di bina bangunan baru di tapak lain dengan kos begitu mahal?


7.Adakah benar dakwaan harga bangunan baru setinggi 50 tingkat itu yang mencecah RM662 juta terlalu tinggi dan bagaimana penilaiannya dibuat?


TUNTUTAN

Felda adalah institusi pembangunan tanah milik bumiputera.yang bertujuan menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan. Pendedahan yang dibuat oleh Dr Tan Kee Kwong selaku bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi yang menterinya ketika itu Tan Sri Kasitah Gadam adalah sangat serius. Pengakuan oleh Datuk Ahmad Maslan sangat memeranjatkan. Kemerosotan rezab tunai Felda lebih 60 peratus dalam tempoh lima tahun di bawah pengendalian Datuk Seri Najib Tun Abd Razak adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.


Selaku institusi mega yang membangunkan tanah terbesar dunia dengan mempunyai 43 anak syarikat dan 23,000 kakitangan kumpulan; kestabilan Felda telah menjadi tanda tanya. Wang peneroka Felda telah dibazirkan sesuka hati. Adakah betul untuk kepentingan rakyat atau kegiatan politik kerajaan Barisan Nasional kerana Felda adalah talian hayat terakhir mereka. Logiknya, beberapa tahun akan datang; samada Felda terpaksa membuat pinjaman baru berskala besar atau diisytiharkan bangkrap.


Isu ini membabitkan kepentingan 112,635 orang peneroka dan 800,000 generasi baru Felda. Penyelewengan dan salahguna kuasa atau apa sahaja boleh dikaitkan dengan dakwaan di atas.


Saya mendesak laporan polis ini disiasat dan tindakan segera dapat dilakukan

1 comment:

  1. Kenapa buat begini Zabidie?
    Anda pun tahu siapa yang jujur, siapa yang sebaliknya. Siapa yang berusaha lillahita'ala, siapa yang sebaliknya. Bidie, Bidie...Allahuakbar..

    ReplyDelete