KENYATAAN MEDIA
ANAK dan Pakatan Rakyat mengalu-alukan pembubaran DUN Sarawak pada hari isnin ini bagi membolehkan pengundi membuat pertimbangan semula untuk memilih kerajaan baru 5 tahun akan datang. Keputusan Datuk Patinggi Taib Mahmood mempertahankan kerusi Asajaya demi mengekalkan kedudukan beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak sebenarnya suatu laluan lebih baik Pakatan Rakyat untuk menumbangkan BN.
Adalah diketahui umum dengan reputasi buruk 30 tahun memerintah Sarawak dalam usia 85 tahun; keghairahan mempertahankan kuasa adalah ciri-ciri pemimpin diktator. Penderitaan dan kesengsaraan rakyat akibat kemiskinan tegar meliputi sebahagian besar kehidupan penduduk Sarawak. Sebagai perbandingan; sesetengah penempatan rakyat ketinggalan 40 tahun kebelakang daripada semenanjung. Ketiadaan bekalan api letrik, air, jalan tanah merah dan prasarana adalah fenomena biasa di Sibu, Bintulu, Batang Lupar, Miri, Limbang dan bahagian-bahagian lain di Sarawak. Tidak tergambar di minda kita semua sebuah negeri yang demikian luas tanahnya, mempunyai minyak dan kawasan balak yang terbesar di Malaysia; rakyatnya hidup begitu daif!
Adalah menyedihkan tanah-tanah NCR yang diteroka sebelum merdeka lagi dengan begitu mudah di rampas oleh syarikat milik kroni Taib Mahmood. Penduduk melakukan segala cara untuk mempertahankan tanah mereka. Slogan ' Tanah adalah nyawa kami; tanah adalah kehidupan kami' jelas tertera pada pakaian yang mereka pakai sebagai salah satu bentuk kempen yang giat dijalankan. Memorandum dan laporan polis sudah menjadi rutin tetapi dipandang sepi oleh Taib Mahmood. Tindakan mahkamah yang agak kerap mutaakhir ini ada sedikit kesan yang mendapat tindak balas Kerajaan BN Sarawak. Tapi keangkuhan BN; ugutan dan penggunaan samseng digunakan untuk mengekang kesedaran rakyat.
Taib Mahmood adalah Hosni Mubarak di Malaysia. Mungkin tuduhan ini terlalu berat. Tetapi pendedahan Sarawak Report dan Badan Ngo tentang kekayaan beliau sesuatu yang tidak boleh dinafikan. Kenyataan Transperancy International (Malaysia) yang mendesak SPRM menyiasat kekayaan luarbiasa Taib Mahmood wajar dilakukan segera. Ahli Parlimen Pakatan Rakyat boleh memulakan langkah melalui usul tergempar agar Suruhanjaya Bebas ditubuhkan bagi mengheret Taib Mahmood ke siasatan terbuka terhadap semua dakwaan ke atas beliau. Jurang kehidupan antara Taib Mahmood dan pemimpin BN terlalu amat jauh dengan rakyat jelata. Rakyat tinggal di pondok buruk sedangkan pemimpin memiliki mahligai berharga jutaan ringgit. Perhatikan penduduk yang tinggal di Kg Pujut, Miri dengan kroni BN yang tinggal di perumahan elit Luak Esplanade. Macam langit dengan bumi!
Pengundi Sarawak mesti berubah dan berani melakukan perubahan. Jenayah Taib Mahmood dan kuncu-kuncunya tidak boleh dimaafkan. Dosa mereka terlalu besar dan rakyat mesti menyingkirkan mereka. Kejatuhan pemimpin diktator di Tunisia, Mesir dan kebangkitan rakyat di Bahrain, Oman, Algeria serta Libya wajar menjadi rangsangan untuk menjatuhkan BN di Sarawak.
' UBAH SEKARANG, SELAMATKAN SARAWAK'
Mazlan bin Aliman

Presiden ANAK
AJK Kerja PAS Pusat
Pengerusi Tanah & Pembangunan Wilayah PAS Pusat