20100207

Tolong... Negeri Ku Muflis... Muhyiddin, Hissamuddin... Tolonglah Negeri Ku

Pencatat mengerti para pembaca dikalangan professional, ahli politik yang bijak, pegawai kerajaan yang cekap, sebahagian polis yang jujur dan rakyat yang prihatin.

Tolonglah negeri ku yang kaya raya ini dari terus muflis. GLC di negeri ku yang terhebat di asia. Tetapi pemimpin ku dikalangan UMNO-BN 'sengal' dalam segala aspek kecuali rasuah dan tiris harta negeri ku, Johor Darul Ta'zim.

Sultanku baru lepas mangkat, Menteri Besar ku... zapin, zapin dan zapin... aduhai sahdu di benak kalbu ku.

Cacilah aku, hina lah aku dan nyahkan catatan-catatan ku ini. Tetapi bacalah gurindam ku dibawah ini :

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2008, kecairan tunai (Liquidity Ratio) kerajaan Negeri Johor adalah rendah kerana jumlah Aset Semasa hanyalah berjumlah RM 201.53 juta (Tunai RM36.37 juta & Pelaburan RM165.16 juta) berbanding dengan Tanggungan Semasa yang berjumlah RM 943.54 juta. Dengan kata lain jumlah Aset Semasa tidak dapat menampung jumlah Tanggungan Semasa.

Bajet Negeri Johor lebih kurang RM 785 Juta setahun @ RM 65 Juta sebulan. Ini bermakna jika tiada pendapatan baru diterima maka jumlah Aset Semasa sebanyak RM 201.53 juta hanya membolehkan kerajaan Negeri Johor bertahan selama 3 bulan sahaja .

Keadaan kewangan kerajaan Negeri Johor tempoh 3 tahun berturut-turut adalah defesit iaitu perbelanjaan lebih banyak daripada pendapatan. Kekurangan atau defisit bajet adalah sebanyak RM2.04 juta (Bajet 2008), RM2.746 juta (Bajet 2009) dan RM1.5 juta (Bajet 2010).

Hutang kerajaan Negeri Johor kepada kerajaan Persekutuan meningkat 20.6% dari RM 841.13 juta (2007) kepada RM1,010 juta atau RM1.01 bilion (2008).

Hutang terkumpul Johor Corporation (JCorp) adalah berjumlah RM4.032 bilion. Pada tahun 2002, JCorp telah menerbitkan Bon (surat hutang) berjumlah RM4.032 bilion dengan kerajaan Johor sebagai penjaminnya. Tempoh matang bon-bon tersebut adalah pada 2007, 2009 dan 2012.

Dalam Sidang DUN Johor pada 8/9/2009, JCorp telah menebus bayar sebanyak RM393.76 juta (bon yang matang 2007) dan RM694.98 juta (bon yang matang 2009). Jumlah baki bon yang perlu ditebus pada 31 Julai, 2012 adalah RM 3.58 bilion.

Keuntungan sebelum Cukai JCorp adalah lebih kurang RM 600 juta setahun. Ini bermakna menjelang tahun 2012, adalah dijangkakan JCorp hanya mampu mengadakan sejumlah RM 1.5 bilion bagi menebus bayar bon. Bagaimanakah JCorp hendak menampung kekurangan sebanyak RM 2 bilion ?

Kerajaan Negeri Johor sebagai penjamin kepada bon-bon (surat hutang) yang dterbitkan oleh JCorp perlu membayar kekurangan berjumlah RM 2 bilion atau RM 2,000 juta tersebut pada tahun 2012.

Kegagalan kerajaan Negeri Johor membayar RM 2 bilion boleh menyebabkan Johor diisytiharkan "MUFLIS" pada tahun 2012.

No comments:

Post a Comment