20100227

Video Lucah Najib Razak Dan Altantuya !

Malam tadi program sambutan Tahun Baru Cina PKR Johor yang diadakan di Cabang Sekijang mendapat sambutan luarbiasa. Bukan sahaja dari kaum cina, melayu dan india juga hadir. Ribuan yang hadir.

Program ceramah yang diadakan di Segamat, walaupun puluhan sekatan jalanraya oleh Polis, tidak menghalang lebih 7,000 orang yang hadir dan turut dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beberapa minggu lepas ada seorang rakan menawarkan video klip sex antara Pardana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan arwah Altantuya. Pencatat tidak dapat memastikan kebenarannya, namun ianya tidak mustahil.

Beliau mahu ianya disampaikan kepada Anwar Ibrahim. Malangnya pihak tersebut meminta imbuhan.

Beliau menyatakan jika ianya digunakan oleh PKR, pasti Najib Razak akan terkubur. Seorang rakan pimpinan pusat berkata, " berikan saja pada KJ dan Muhyiddin, dia lebih memerlukan".

Jika sebelum ini Najib boleh bersalaman dengan Datuk Seri Chia Soi Lek dan tersenyum selepas terdedahnya vidoe lucah , ia memperlihatkan 'mereka sealiran'.

Malah Najib tidak rasa bersalah menerima Chia Soi Lek 'kembali' ke MCA-BN.

Pencatat merasakan rakan-rakan Pakatan Rakyat dan PKR tidak memerlukan isu maksiat untuk menumbangkan UMNO-BN. Isu keadilan, rasuah, ketirisan dan penyelewengan sudah memadai untuk rakyat menolak UMNO-BN.

Tentu ada diantara pembaca berkata, "betul ke ni Zabidie ?". Jawapannya, gambar boleh diedit, adakah video 20-30 minit boleh diubah raup wajah, suara dan aksi semulajadi individu itu.

Namun selepas 'tawaran berkait' tersebut pencatat tidak berminat untuk mengetahui sumber video dan siapa yang menyimpannya. Anda boleh bertanyakan kepada Najib Razak.

Jika sebelum ini Najib pernah bersumpah tidak pernah mengenali dan bersua Altantuya. Sudah pasti Najib akan menafikannya lagi.

Jika ianya benar, seperti skandal Najib dan seorang artis popular di Port Dickson sautu ketika dulu. Sudah pasti video ini akan tersebar tidak lama lagi.

Harap Polis tidak 'kebulur' mengintip perbulan telefon pencatat lagi. Juak UMNO pun tidak perlu bimbang, jika telah berlaku pasti terdedah juga.

Anwar: Lawan Tetap Lawan, Johor Tetap Ditawan
( Suara Keadilan )

SEGAMAT 27 Feb - Ketua Umum KEADILAN Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendirian dan keyakinan beliau bahawa Pakatan Rakyat akan terus menyerang Johor walaupun negeri tersebut dicanang sebagai kubu kuat Umno-Barisan Nasional.

"Mereka kata inilah kubu kuat Umno, kubu apa? "Saya berjanji akan datang. Minggu depan saya turun ke Johor lagi, jangan main-main, saya serang Johor betul-betul," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu disambut tepukan gemuruh hadirin yang hadir.
Sementara itu, beliau turut mempersoalkan tujuan kedatangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz ke Washington, Amerika Syarikat 25 Februari lalu.

Datuk Seri Anwar menjelaskan kedatangan menteri tersebut adalah kerana kerajaan terdesak ekoran tekanan Amerika Syarikat agar beliau diberi keadilan sewajarnya berhubung kes Konspirasi II.

"Mereka (Umno-BN) kata Amerika campurtangan. Sekarang kenapa Nazri pergi Washington semalam? Untuk tujuan apa? Nak terang kepada orang Amerika pula?" soal beliau.

Malah kata Datuk Seri Anwar lagi Peguam Negara Tan Sri Abd Gani Patail akan sentiasa cemas dan ketakutan untuk memberikan sebarang kenyataan berhubung kes beliau itu.

"Gani tidak akan berani mahu pergi bersidang dan bercakap dengan mereka (Amerika) mengenai kes saya. Nak cari pasal bila orang tanya dekat dia. Tergagap-gagap kalau orang Amerika tanya. Dekat sini (Malaysia) tak apa, sebab depan hakim pilihan dia," kata Ketua Pembangkang itu lagi.

Majlis ceramah turut dihangatkan lagi dengan kempen "Boikot Utusan" yang diketuai oleh Ketua Angkatan Muda KEADILAN Johor Zabidie Abas bersama pimpinan Pakatan Rakyat dan penyokong yang hadir.

Langkah simbolik membakar akhbar itu adalah sebagai usaha memberi kesedaran kepada rakyat supaya tidak melanggan akhbar milik Umno itu yang sentiasa mengaburi dan membohongi rakyat dengan laporan dan berita memburukkan Datuk Seri Anwar serta Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, kempen yang sama telah dijalankan di Selangor dan Perak.

Turut hadir pada ceramah di Sekijang termasuk Datuk Chua Jui Meng, Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye, Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Ketua Wanita KEADILAN Zuraida Kamarudin, Ketua AMK Pusat Shamsul Iskandar Mohd Akin serta Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Johor Annuar Salleh.

Datuk Seri Anwar juga sempat beramah mesra serta menghadiri sambutan Tahun Baru Cina bersama pimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat Johor di Segamat.

No comments:

Post a Comment