20100301

Skesta Lompatan Mohd Fairus Khairuddin

Pencatat tidak terkejut berita Mantan Timbalan Ketua Menteri 11 Pulau Pinang dan bekas ADUN Penanti, Mohd Fairus Khairuddin pula menyertai Umno.

Semasa membela beliau semasa ditahan bersama beberapa rakan PKR Johor oleh SPRM Cawangan Johor belaiu ada melahirkan kekecewaannya kerana terpaksa melarikan diri kerana tekanan SPRM dan UMNO begitu 'keras'.

Eidul Fitri yang lepas, pencatat sekali lagi melawat beliau dirumah mertuanya di Taman Tun Aminah,Skudai Johor. Beliau mengadu kerana tiada perkerjaan dan masalah kewangan.

Kelulusan yang ada tidak dapat digunakan kerana kerana kata beliau, "mana mungkin bekas Timbalan Keua Menteri 11 diterima kerja oleh majikan firma biasa".

Pencatat percaya Fairus terpaksa menyertai UMNO kerana malu berkerja sebagai orang awam dan 'habuan' yang berbaloi.

Kepada Fairus, pencatat mendoakan keafiatan dan kotakan janji semasa kami menyelamatkan saudara.

No comments:

Post a Comment