20100319

Saya Tetap Akan Meninggalkan AMK Johor

Beberapa minggu lepas pencatat membayang untuk 'bercuti' dari mengepalai AMK Johor. Ia tersebar dengan pantas. Pelbagai spekulasi dan persoalan diutarakan kepada pencatat. Terima kasih diatas segala sokongan.

Ia keputusan mutamad dimana pencatat perlu pergi dari jentera AMK selewat-lewatnya pemilihan agung tahun ini. Ia disebabkan usia pencatat sudah melangkaui 40 tahun. Tiada erti merajuk.

Sepanjang pencatat bersama AMK sejak Parti Keadilan Nasional sehingga Parti Keadilan Rakyat begitu banyak kenangan yang digapai bersama. Pemergian Ezam Mohd Noor bukannya kenangan pahit bagi pencatat.

Pemergian bekas Ketua Pemuda PKN Johor, Srd Lokman Noor Adam juga bukan yang mengagetkan. Bagi pencatat ianya sautu lumrah bagi manusia yang memikirkan jawatan dan wang dalam perjuangan.

Mereka yang berpaling tadah daripada perjuangan, pertamanya sudah qada' dan qadar dari Ilahi. Keduanya, tersemat semasa berada di PKR-PKN semata-mata untuk kemewahan, pangkat dan darjat.

Tidak mustahil selepas ini ada diantara kita yang kecewa kerana pangkat dan bertemu media dan UMNO-BN untuk mencari pulisiti dan terus lompat.

Ingin pencatat mengingatkan diri sendiri dan rakan-rakan, apa juga kata-kata perjuangan yang dihamburkan tetapi didalam hati berlumba-lumba untuk jawatan dan dipuji. Tidak mustahil kita insan seterusnya berstatus 'katak'.

Menyambung kepada jawatan AMK Johor. Pencatat menyerahkan sepenuhnya kepada rakan-rakn untuk memilih siapakah bakal mengantikannya. Dipoket pencatat tiada nama. Ianya kuasa Srd Shamsul Iskandar untuk melantik ketua AMK Johor.

Tiada pesanan khusus kepada bakal penganti pencatat. Al Quran dan hadist sepagai penduan perjuangan. Inshallah berjaya dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment