Kampung Denai Jaya, Kempas Johor semalam mengalirkan air mata ramai penduduk, kanak-kanak dan ahli politik terdapat juga beberapa ahli UMNO yang berada disitu hanya mampu melihat sahaja.
Dakyah yang disampaikan oleh juak UMNO Pulai ialah, " apalah orang setinggan ni.. duduk tanah kerajaan nak minta RM350 sekaki persegi. Roboh lagi bagus".
Apa yang berlaku semalam amat menyayat hati. Bukan sahaja pakaian dan peralatan dihumban dari rumah. Anak-anak kecil dan wanita dihumpan-halau seperti haiwan.
Penduduk Kg. Denai Jaya sebelum ini telah dijanjikan pelbagai janji seperti rumah tanpa wang pendahuluan dan sebagainya. Tetapi sehingga rumah mereka dirobohkan tiada apa dikotakan.
Setelah berunding dan campur tangan daripada beberapa pemimpin patan Rakyat dan NGO pihak pemaju bersetuju untuk menangguhkan dari terus merobohkan rumah seterusnya . tetapi hanya beberapa hari sahaja.
Dimaklumkan tanah tersebut adalah milik kerajaan pusat dan dikatakan tanah tersebut akan dibuat hospital dan tiada tarikh dan tiada cadangan konkrit pada pembinaannya.
No comments:
Post a Comment