20100303

PKR Ramal Lima Lagi Ahlinya Keluar Parti

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Dr Mansor Othman menjangka sekurang-kurangnya lima lagi ahli parti itu termasuk wakil rakyat akan keluar parti itu tidak lama lagi.

Tanpa menyebut ahli parti dari negeri tertentu, Mansor (kiri) yang juga Timbalan Ketua Menteri I berkata, terdapat sebilangan ahli PKR yang tidak berpuas hati dan tidak menunjukkan prestasi di dalam parti itu dijangka berbuat demikian beberapa minggu lagi.

"Saya nampak ada kira-kira lima ahli parti termasuk wakil rakyat akan keluar parti tidak lama lagi," katanya ketika Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan ahli Exco negeri yang lain melawat mangsa kebakaran di Kampung Sungai Nibong Tengah di Georgetown, hari ini.

Beliau mengulas tindakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti, Mohammad Fairus Khairuddin dan Ahli Parlimen Nibong Tebal dari PKR, Tan Tee Beng, keluar parti itu.

Mansor juga meminta ahli parti yang kecewa supaya meninggalkan parti itu daripada mengeluarkan kenyataan negatif terhadap parti itu.

"Kami tidak bimbang dengan ahli yang meninggalkan parti kerana kami menerima permohonan kira-kira 30,000 orang untuk menyertai parti setiap tahun," katanya.

- Bernama

No comments:

Post a Comment