20100305

Kenyataan Media AMK Johor Terhadap YB Zulkifli Noordin


UNTUK EDARAN SEGERA
Tarikh: 05 Mac 2010

Kenyataan Media AMK Johor Terhadap YB Zulkifli Noordin

Peristiwa demi peristiwa ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Kulim-Baharu, Zulkifli Noordin terutama mengenai Ketua Menteri Pulau Pinang dan isu Kalimah Allah. Ia berkaitan langsung 100% dengan pemimpin Pakatan Rakyat.

Terbaru, semalam Zulkifli Noordin enggan diadili oleh Lembaga Displin PKR. Dakwaan beliau majoritinya bukan beragama Islam. Ini merupakan helah beliau untuk memporak-perandakan Pakatan Rakyat-PKR.

Selaku ahli parlimen yang mendapat undi dari pelbagai agama termasuk Hinddu dan Kristian atas prinsip individunya 'muslim teramat sholeh'. Saya merasakan beliau wakil rakyat yang lupa bahawa sebelum ini beliau diadili oleh bukan Islam untuk kemenangan mutlak pilihanraya ke-12.

AMK Johor berharap Biro Politik PKR tidak terkesan dan terpengaruh dengan permintaan tidak masuk akal tersebut. Ia disebabkan :

1. Beliau sebelum ini bersetuju bertanding dan menang pada pilihanraya lalu dan merayu bukan Islam mengundi beliau.Beliau bersetuju menjadi YB dengan dapatnya undi bukan Islam.

2. Sebelum ini beliau pernah berkerjasama dan meminta persetujuan mesyuarat dengan bukan Islam dalam hal-ehwal PKR dan apa juga pekara.

3. Semasa mesyuarat agung dan gubal perlembagaan PKR yang lepas Zulkifli Noordin tidak pernah membantah atau mencadangkan individu tertentu sebagai Ahli Lembaga Displin termasuk hal-ehwal berkaitan agama-politik.

4. Tiada cadangan-bantahan bertulis beliau kepada pucuk pimpinan parti mengenai siapakah yang sepatutnya menjadi panel Lembaga displin semasa surat undangan kehadiran untuk dibicarakan.

5. Motif kehadiran beliau pada 4 Mac 2010 dengan niat memalukan parti. Tidak mustahil beliau akan meminta syarat-syarat pelik yang lain lagi. Mungkin selepas ini beliau akan meminta lembaga yang hafiz atau mahir AlQuran- hadist.

6. Beliau bersetuju mengunakan topi keledar bukan buatan orang Islam. Sepatutnya beliau mengunakan kopiah atau serban sahaja semasa menunggang motosikal.

Sebagai ahli pemimpin muda dari Johor, saya berharap Biro Politik tidak perlu melayan permintaan YB Zulkifli Noordin. Beliau hanya ingin memalukan agama Islam dikaca mata umum.

Rasullulah S.A.W sendiri ketika menjadi pemimpin, pernah berurusniaga dan berbincang mengenai peradapan dengan bukan muslim. Jika beliau menganggap dirinya pendakwah ulung, saya mencadangkan beliau boleh berhujah mengunakan nas-nas Al Quran dan hadist Nabi S.A.W. ketika dibicarakan.

Saya yakin Lembaga Displin akan merujuk kepada mereka yang arif dalam undang-undang Islam.

Jika beliau begitu bersungguh mengenai isu penghakiman muslim, sepatutnya beliau membantah secara keras semasa kes mahkamah pada perbicaraan Isu Allah dibicarakan.

Zabidie Abas
Ketua AMK Johor

No comments:

Post a Comment