20100318

Delima Wee Choo Keong Bersama Pakatan Rakyat

Ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong diketahui umum telah mengikuti rombongan Datuk Seri nazri Aziz ke Amerika Syarikat. Pengalisis politik berkata, bekas ahli DAP ini 99% akan melompat menjadi MP bebas.

Wee Choo Keong pernah menjadi ahli parlimen Bukit Bintang pada tahun 1990, kemudian terjerat ke dalam kes MBF yang berakhir dengan pelucutan kelayakannya sebagai ahli parlimen pada tahun 1995.

Wee dipecat oleh DAP pada tahun 1998, atas tuduhan terlibat dalam konspirasi "Kick Off Kit Siang" ketika itu. Beliau telah menubuhkan Parti Demokratik Malaysia (MDP) pada tahun 2 Mei 1999, namun kecundang di semua kawasan yang dipertandingkan dalam PRU ke-10 dan ke-11.

Dalam PRU ke-12, Wee bertanding di Wangsa Maju dengan mengunakan logo PKR tanpa MDP dibubarkan. Maka tidak mustahil beliau akan menyertai 'team katak'.

Cuma percaturan Wee jika beliau ikut 'team katak', parti mana yang perlu dikendung pada PRU-13 nanti. Seorang rakan berkata, ini yang membuatkan Wee masih mencari rakan PKR untuk mendapat habuan lebih besar.

Ini semua sepekulasi yang belum pasti. tetapi yang pasti MP Pakatan Rakyat telah bersedia menyerang sebagai anak jantan di Dewan Rakyat tanpa dihadiri ketua pembangkang yang sedang berada di London ketika ini.

Pencatat merasakan rakan-rakan pembaca ternanti-nanti siapakah yang seterusnya menghianati undi rakyat.

No comments:

Post a Comment