20100318

Dewan Rakyat Bergegar, Shafie Afdal Menghina Orang Asli

Tentunya semalam rakan-rakan mengikuti perbahasan di Dewan Rakyat. Lumrahnya budaya media UMNO-BN, cerita Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi tajuk utama.

Apa yang mampu editor Utasan Malaysia lakukan selain menutup kejahatan Najib-UMNO dan memperbesarkan kisah lama.

Pencatat tersentak kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan memberi amaran agar kisah kehilangan enjin jet dan kerosakkan kapal selam tidak boleh dibicarakan di Dewan Rakyat. Beliau mengugut agar maklumat 'ketenteraan' tidak dibocorkan.

Ahmad Zahid perlu tahu wang rakyat digunakan membeli semua peralatan tentera dan membayar gaji beliau. Setiap penyelewangan wajib didedahkan dan rakyat perlu tahu. Tidak perlu berselendung kerana 'bangkai Kementerian Pertahanan' telah diketahui diseluruh dunia.

Aktiviti ketenteraan dan kawalan keselamatan tidak perlu dibicarakan. Ahmad Zahid bagai 'anjing takukan bayang-bayang'.

Sementara itu UMNO yang menjaja 1Malaysia dan Juara Rakyat terpaksa mengunakan Polis untuk 'menghalau' orang asli yang ingin berjumpa Perdana Menteri yang didakwa mereka telah ditipu.

Polis terpaksa melencongkan perhimpunan dan kenderaan orang asli tersebut. Dari pelusuh hutan mereka datang untuk berjumpa PM tetapi diberitakan PM terpaksa menyorok untuk menerima momerandum.

Sementara itu Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal berkata: "Mereka datang bukan untuk protes tetapi untuk berjalan-jalan melawat Putrajaya dan kita juga bagi mereka makan-makan."

Ia merupakan penghinaan kepada orang asli.
Tidak sepatutnya Shafie berkata demikian kerana meraka datang ke Putrajaya untuk menuntuk hak mereka dan bukannya 'makan angin' dan harapkan makan percuma.

No comments:

Post a Comment