20100330

Mesyuarat Agung Tahunan AMK Johor 2010

Alhamdulillah, hampir semua AMK Cabang dan Cabang PKR telah selesai Mesyuarat Agung Tahunan Parti Keadilan Rakyat sehingga hari ini.

Pencatat telah diminta untuk merasmikan beberapa AMK Cabang dan lainnya mengucapkan terima kasih kepada Cabang yang menjemput. Semangat bercobar- cobar dari rakan-rakan pejuang.

Terdapat onak berlaku di AMK Cabang Muar, beberapa ahli telah berpaling tadah kerana sedikit habuan dan ingin bersalam dengan Timbalan Perdana Menteri. Namun kerana kebulurnya UMNO untuk 'mencuri' AMK, UMNO mengistiharkan 54 ahli PKR lompat parti walaupun hanya 3 ahli sahaja.

Pertambahan mendadak dari 7-8 Cabang sahaja yang mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan tahun lepas, tahun ini mencecah 20 Cabang yang melaksanakannya. Ia membangkitkan satu gelombang baru AMK dan PKR Johor.

Kepada pemimpin baru yang akan mengnakhodakan AMK Johor dan Cabang tahun ini kerana majoriti ketua AMK Cabang telah melepasi usia 35 tahun. Pencatat berharapkan ketua yang bakal dilantik kelak akan meneruskan perjuangan yang digalas pemimpin terdahulu.

Penghargaan juga buat Cabang Cabang AMK yang baru ditubuhkan. Ia memperlihatkan UMNO-BN telah semakin goyang-goyah di Johor. Terima kasih kepada rakan-rakan, usaha teperdaya dakyah semakin kotor-keji yang dimainkan pemimpin dan media pro UMNO-BN.

Imbang Penuh

No comments:

Post a Comment