Cubaan UMNO untuk merebut sebagai calon Pilihanraya Kecil Parlimen Ulu Selangor disangkal dengan pantas oleh MIC. UMNO Selangor berkata berdasarkan undi melayu yang majoritinya, maka UMNO layak.
MIC akan mencadangkan timbalan presidennya, Datuk G Palanivel sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor kata Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.
Alasan MIC, Palanivel yang mewakili parlimen Hulu Selangor selama dua penggal (1999 dan 2004) dan sudah turun padang sejak kalah kepada PKR pada 2008 dan sejak berita sakitnya Allahyarham Zainal Abidin.
Manakala bagi Pakatan Rakyat, sudah tentu PKR akan bertanding dikawasan tersebut melalui sejarah lepas. Beberapa nama dan tokoh pimpinan PKR disebut-sebut sedang dalam pemerhatian.
PKR mempunyai tokoh nasional yang popualar seperti Datuk Zaid Ibrahim, Datuk Seri Chua Jui Meng, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan tokoh AMK Selangor,
Ustaz Badrul Amin dan lainnya juga terserlah untuk dicalaonkan. Tidak dinafikan Ketua AMK Nasional, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Datuk Zaid Ibrahim mempunyai pontensi besar untuk menyambung tugas Allahyarham.
Namun ramai rakan-rakan berkata Shamsul Iskandar selayaknya berada di Dewan Rakyat atas rangkingnya dipersada kacamata media nasional. Malah tidak dinafikan setiap kali ceramah umum atau temuramah langsung samaada di NTV7 mahupun Astro Awani, Shamsul gagah dan terserlah setiap apa juga persoalan.
Jika anda bertanya pencatat siapakah yang layak ? Pencatat akan menjawab, " Tuanguru Datuk Abdul Nik Aziz Nik Mat". Kerana ramai wakil rakyat UMNO 'berhutang' dengan beliau. Terutama Ibrahim Ali.
No comments:
Post a Comment