20100303

Mohsin Fadzli Samsuri Umumkan Jadi Wakil Rakyat Bebas.

Pencatat menerima perkhabaran sebentar tadi bahawa Ahli parliman Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri mengumumkan menjadi wakil rakyat Bebas.

Perkhabaran tersebut sudah diduga. Tidak mustahil esok atau lusa dan seterusnya ada lagi yang mengistiharkan seperti Mohsin dan MP lainnya.

Kita delah dengar beberapa MP Pakatan rakyat 'dengan rela hati' bertemu dengan Datuk Seri Najib Razak ataupun Rosmah Mansur.

Buat masa ini kesemua yang istihar sebagai wakil rakyat bebas masih belum mengemukakan surat perlucutan ahli PKR.

Insyallah pencatat akan mengulasnya nanti.

Catatan Raja Petra

Menurut Raja Petra, "Orang di belakang 'shoping spree' membeli anggota Parlimen Pakatan Rakyat ini adalah Hamdan, sepupu Najib, yang telah diberikan Kudat IPP sebagai 'cash cow' untuk membiayai 'shoping spree' ini."


Menurut Raja Petra, Hamdan bekerja rapat dengan Special Branch (Cawangan Khas) dan Military Intelligence (Penyiasat Tentera).

"Orang hubungan beliau di Bukit Aman adalah Akril Sani manakala dalam Military Intelligence adalah Datuk Salleh," tulis Raja Petra.

"Nombor telefon Hamdan adalah +6012-279-5945," tulis Petra lagi.

Menurutnya, Hee Yit Fong, Adun DAP Perak yang meninggalkan partinya dibayar RM25 juta kerana peranan beliau untuk menjatuhkan kerajaan negeri Perak.

Namun, katanya, Tan Tee Beng, anggota Parlimen PKR dari Pulau Pinang yang baru sahaja keluar dari PKR dibayar hanya RM2 juta sahaja.

No comments:

Post a Comment